Anda di halaman 1dari 15

Perang 3 Segi

Perang tiga segi melibatkan tiga kuasa iaitu Portugis (Melaka), Acheh dan Johor.
Perang tiga segi ini bermula apabila kota Melaka berjaya ditawan oleh Portugis pada
tahun 1511. Setelah Portugis menakluki Melaka, pedagang Islam yang dahulunya
berkunjung ke Melaka mula menumpukan kegiatan mereka di Acheh. Kemajuan
perdagangan menjadikan Acheh sebagai kuasa politik yang kemudian berjaya mengawal
bahagian timur Pulau Sumatera. Keadaan ini menjadi suatu ancaman kepada Portugis di
Melaka. Akibatnya, pada tahun 1521, Portugis menyerang Acheh tetapi gagal dan pada
tahun 1524, pasukan Acheh menghalau Portugis dari Pedir.1 Permusuhan antara Portugis
dengan Acheh menjadi semakin hebat pada tahun 1537, apabila Sultan Alauddin Riayat
Shah memerintah Acheh.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca terhadap persaingan di antara Johor,
Acheh dan Portugis iaitu dari segi politik yang melibatkan kepada kepentingan Selat
Melaka sebagai jalan terpenting dalam hubungan perdagangan antara Timur dan Barat. Di
samping itu, kedudukan Sungai Muda yang dalam dan amat strategik kerana terlindung
daripada ancaman dan angin kencang sehingga boleh memusnahkan kapal-kapal yang
datang juga menjadi penyebab kepada punca persaingan antara ketiga-tiga kerajaan ini.
Selain itu, faktor agama juga memainkan peranan yang penting dalam persaingan ini.
Bagi Kerajaan Acheh faktor utama yang menjadi penyebab mereka bersaing dengan
Kerajaan Johor dan Portugis adalah kerana mereka lebih mementingkan agama Islam dan
ingin menegakkkan agama Islam di Nusantara. Oleh kerana itulah Acheh juga dikenali
sebagai pusat penyebaran Islam. Keadaan ini amat berbeza dengan Portugis yang
bermatlamatkan untuk menyebarkan agama Kristian di Timur. Hal ini telah menimbulkan
peperangan diantara Acheh dan Portugis.
Faktor seterusnya ialah melibatkan faktor ekonomi yang cukup menguntungkan
pada masa itu iaitu faktor perdagangan. Pada zaman pemerintahan Raja Mansur yang
bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah III berlakunya peperangan antara Portugis dan
Johor. Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan abang kepada

Raja Abdullah telah

mengadakan pertemuan dengan Admiral Matelief di atas kapal perang Belanda yang
1

Zainal Abidin Abdul Wahid, op.cit., hlm. 89.

bernama Oranje. Perbincangan ini juga berkisar kepada teknik untuk menyerang Melaka
yang pada ketika itu di bawah penguasaan Portugis. Persaingan antara Johor dengan
Acheh telah bermula sejak abad ke-16 lagi namun ia menjadi semakin sengit ketika abad
ke-17 semasa Acheh diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

Latar belakang kerajaan Johor.


Sultan Alauddin Riayat Shah II telah di lantik sebagai sultan bagi seluruh kerajaan
Johor kira-kira pada tahun 1528. Baginda dilantik menjadi Sultan Johor kedua setelah
Sultan Mahmud Shah mangkat. Sultan Alauddin Riayat Shah dengan Bendahara telah
berangkat ke negeri Johor dan baginda telah berkahwin dengan Puteri Kesuma Devi dan
mempunyai putera dan puteri yang bernama Raja Muzaffar dan Raja Fatimah. Beberapa
tahun kemudian, Sultan Alauddin Riayat Shah serta Bendahara berangkat ke suatu tempat
yang dinamakan sebagai Pekan Tua, di hulu sungai Johor dan bertakhta di sana. 2 Baginda
merupakan raja pertama daripada dinasti Melaka yang bertakhta di Kerajaan Johor.3 Pada
tahun 1533, disebabkan Sultan Alauddin menghukum utusan Portugis, Portugis telah
menyerang Pekan Tua. Sultan Alauddin dan para pembesarnya berundur ke Sungai Hulu
dan telah membina tempat kediaman di Sayong. Sejak itu, ia sudah menjadi pusat
pemerintahan. Pada tahun 1536, Sultan Alauddin menghantar utusan perdamaian dan
perdamaian tersebut dipersetujui oleh Portugis dan kembali semula ke Melaka.
Pada tahun 1539 dan 1540 Acheh telah menyerang Aru. Ratu Aru telah meminta
bantuan kepada Sultan Alauddin bagi melawan Acheh. Sultan Alauddin dan Ratu Aru
berangkat ke Kampar dan berkahwin di sana. Semasa Acheh menyerang Aru, Sultan
Alauddin telah mengumpul anggota perang dan berjaya menewaskan Acheh. Sejak itu,
Aru tertakluk di bawah pemerintahan Johor.Sultan Alauddin telah membuat tempat pusat
pemerintahan baginda di Johor Lama sejak awal tahun 1540 dan ia menjadi pusat
kerajaan bagi Johor. Pada tahun 1564, Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahhar iaitu
Sultan Acheh telah menghantar anggota perang mengalahkan Negara Aru dan menyerang
serta mengalahkan negeri Johor. Sultan Alauddin serta anak isterinya ditawan dan dibawa
2
3

A. Samad Ahmad (1985), Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 161.
Ibid., hlm 161-162.

ke Acheh. Mengikut penulisan di dalam Bustanus-Salatin dan buku-buku sejarah Acheh


yang lain menyatakan bahawa Sultan Alauddin Riayat Shah telah ditawan dan baginda
telah mangkat dibunuh di negeri Acheh. Mengikut kepada Sejarah Melayu, dinyatakan
bahawa baginda mendapat gelaran Marhum Johor Lama adalah kerana baginda telah
mangkat di Johor Lama. Hakikatnya, baginda mendapat gelaran ini adalah disebabkan
sempena berakhirnya pemerintahan baginda di Johor Lama.4
SEBAB-SEBAB PERSAINGAN
POLITIK
Sebelum kedatangan kerajaan Johor, telah muncul sebuah kerajaan yang dinamakan
sebagai Kesultanan Melayu Melaka (KMM) yang cukup kuat dan mempunyai sebuah
empayar yang masyhur dalam bidang politik, ekonomi, dan perdagangan. KMM
merupakan sebuah kerajaan penaklukan di kawasan Asia Tenggara secara amnya.
Penubuhan KMM telah berkembang menjadi sebuah empayar maritim yang agung pada
zaman tersebut. 5
Persaingan dalam politik dapat dilihat melalui pewaris kesultanan Melaka oleh
Sultan Johor. Kerajaan Johor mendakwa mereka merupakan pewaris Kesultanan Melayu
Melaka dan cuba membuat tuntutan untuk mendapatkan Melaka dan tempoh tuntutan
kembali itu memakan masa selama 111 tahun. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika Sultan
Mahmud dan pengikut-pengikut baginda melakukan tidak lebih lima serangan ke atas
orang Portugis di Melaka (1512,1516,1519,dan 1521).6 Usaha ini tidak berhenti pada
tempoh ini sahaja, tetapi diteruskan oleh puteranya iaitu Sultan Alaudin Riayat Syah.
Antara serangan yang paling besar pernah dilakukan ialah pada tahun 1551 yang mana
beliau berjaya mengepung kota Melaka selama tiga bulan. Pihak Portugis pula, telah
berjaya memerangi Sultan Mahmud melebihi sepuluh kali iaitu dari tahun 1511 sehingga
1536. Namun usah ini di teruskan oleh Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah 11(1586, 1567,
1589). Tetapi kesudahannya mereka pula terpaksa meninggalkan Melaka kerana
ditewaskan oleh orang-orang Portugis.7 Persaigan ini bertujuan untuk mengembalikan
4

Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm 27.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Sejarah Malaysia 1400-1641,Pusat Pengajian Jarak Jauh, Bangi
Selangor, 1999, hlm.5.
6
Ibid
7
Ibid, hlm.25.
5

kekuasan dalam politik dengan harapan Kesultanan Melayu Melaka kembali kepada
warisan Johor.
Selain persaingan politik diantara Johor dan Portugis, Acheh juga telah muncul
sebagai persaingan baru dalam perebutan Melaka. Acheh mahukan perluaskan
pengaruhnya di Tanah Melayu dan Nusantara. Dasar perluasan wilayah dan politik yang
agresif di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 16071613. Ini telah menimbulkan persaingan dalam politik antara Johor dan Acheh.
Pihak Portugis pula merasakan mereka tidak perlu bersaing dalam bidang politik
kerana politik bukanlah matlamat utama mereka. Pihak Portugis sentiasa menyerang
orang melayu kerana ingin mengekalkan serta mengukuhkan kedudukan mereka di
sebuah pelabuhan yang menurut pandangan mereka sangat mewah dan strategik.8
Portugis membawa konsep 3G iaitu Gold,Glory and Gospel dari negara mereka.
Menurut Andaya, Portugis tidak hanya menumpukan kepada penguasaan politik sahaja
malah lebih mengutamakan penguasaan ekonomi dan persaingan untuk merebut Selat
Melaka.
EKONOMI
Selain daripada persaingan politik, terdapat juga persaingan dari sudut ekonomi.
Dalam persaingan ini, perlu dilihat juga kepada kepentingan Selat Melaka sebagai jalan
terpenting dalam hubungan perdagangan antara Timur dan Barat. Di samping itu,
kedudukan Sungai Muda yang dalam dan amat strategik kerana terlindung daripada
ancaman dan angina kencang sehingga boleh memusnahkan kapal-kapal yang datang di
Melaka juga merupakan antara sebab persaingan ini9. Bagi pihak Portugis pula, mereka
mahukan kawasan perdagangan yang lebih luas di kawasan Timur. Portugis juga
mahukan barang-barang mentah untuk memenuhi permintaan pasaran Eropah terutama
dalam bidang makanan dan perubatan. Harga rempah yang mahal biasanya mereka dapati
dari pelabuhan Venice dan Genoa, Itali, yang dibekalkan oleh para pedagang dari Asia
Barat.10 Kerajaan Johor pula, mereka mahu meneruskan kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting. Dalam hal ini, dapat dilihat
8

Haji Buyong Adil, Sejarah Johor,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979,25
Universiti Kebangsaan Malaysia, Sejarah Malaysia 1400-1641,Pusat Pengajian Jarak Jauh, Bangi
Selangor, 1999.hlm.28.
10
Ibid,hlm.237.
9

dengan jelas bahawa Portugis bersaing hanya kerana faktor ekonomi dan tidak begitu
minat untuk campur tangan dalam hal ehwal politik di Tanah Melayu.
AGAMA
Persaingan dalam agama lebih melibatkan antara Acheh dan Portugis. Persaingan
timbul daripada perbezaan agama antara Acheh dan Portugis. Bagi Acheh mereka lebih
mementingkan agama Islam dan ingin menegakkan Islam di Nusantara, dan Acheh juga
dikenali sebagai pusat penyebaran Islam. Keadaan ini sangat berbeza dengan Portugis
yang bermatlamat menyebarkan agama Kristian di Timur. Kerajaan Acheh menimbulkan
isu agama Islam untuk bekerjasama dengannya yang bertujuan mahu memperluaskan
pengaruhnya. Acheh muncul sebagai pusat perdagangan bagi orang Islam yang dating
dari Gugusan Kepulauan Melayu,Asia Barat, India dan juga Negara-negara dari rantau
ini11. Ini telah menimbulkan persaingan antara Acheh dan Portugis.
Jika dilihat secara keseluruhannya, ketiga-tiga kuasa ini mampu menawan Selat
Melaka. Contohnya Portugis di tengah perairan Selat Melaka, Johor di Selatan Selat
Melaka dan Acheh di Sumatera Utara. Berdasarkan faktor inilah maka, timbullah
persaingan antara ketiga-tiga ini untuk mengekalkan dan memperluaskan pengaruh
masing-masing.

Rententan Peristiwa Antara Johor dan Portugis


Pada tahun 1597, Raja Abdullah telah mengambil alih pentadbiran oleh Raja Mansur
Syah selepas kemangkatannya. Seterusnya pada tahun 1602, Raja Abdullah dan orangorang besar Johor telah bersahabat dengan Belanda yang datang ke negeri Johor.12 Oang
Portugis di Melaka mendapat tahu perhubungan persahabatan antara Johor dengan
Belanda. Kesanya, Portugis menasihati Sultan Alauddin Riayat Syah III supaya jangan
bersahabat dengan orang Belanda yang disifatkan sebagai pencuri. Namun begitu,
Sultan Alauddin tidak mengendahkan amaran Portugis itu.

11
12

Ibid,hlm.262.
Haji Buyong, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur,1971,hlm.55.

Pada tahun 1604, angkatan Laut Portugis yang dipimpin oleh Panglima Perang
Portugis bernama Andre Furtada de Mendoca, telah datang ke Sungai Johor.13 Angkatan
laut Portugis itu telah menduduki Johor Lama dan Kota Batu serta telah mula mengepung
Batu Sawar tempat Sultan Johor bersemayam. Orang-orang Portugis yang datang ke
negeri Johor itu bercadang hendak menjadikan Kota Batu di Tanjung Batu kepunyaan
orang Portugis. Tujuannya adalah untuk menyekat orang Melayu menjalinkan hubungan
perniagaan dengan Belanda serta berperang melawan Belanda. Namun cadangan orang
Portugis itu tidak Berjaya dilaksanakan oleh Portugis.
Seterusnya, pada tahun 1606, Raja Abdullah dengan Admiral Matelief di atas kapal
perang Belanda bernama Oranje di hujung pelabuhan Melaka berunding hendak
menyerang Bandar Melaka sewaktu pemerintahan

Portugis itu. 14 Selain itu, dalam

pertemuan itu juga Raja Abdullah meminta orang Belanda menolong Johor memerangi
Acheh. Raja Abdullah dengan Admiral Matelief di akhir rundingan telah membuat
perjanjian akan saling membantu menyerang dan mengambil negeri Melaka dari tangan
Portugis. Seterusnya, askar-askar Belanda itu telah menyerang Kota Melaka dan serangan
mereka ditentang dengan bersungguh-sungguh oleh askar-askar Portugis untuk
mempertahankan Kota Melaka walaupun terpaksa menanggung derita. Oleh itu, orangorang Portugis telah meminta bantuan daripada pihak Goa.
Seterusnya, pada bulan Ogos 1606, berita sebanyak empat belas buah kapal perang
Portugis yang besar dan sungguh kuat dari Goa telah sampai ke pelabuhan Melaka. Pada
17 0gos 1606, berlakunya peperangan antara Portugis dan Belanda dengan sangat hebat. 15
Peperangan berlaku selama seminggu antara Belanda dan Portugis dan kedua-duanya
telah kehilangan dua buah kapal perang. Namun begitu, ramai askar Portugis telah
terkorban di dalam peperangan tersebut dan Belanda telah berjaya dalam peperangan
tersebut.
13

Ibid, hlm.57

14

Ibid, hlm.58.
Ibid, hlm.61.

15

Rententan Persaingan Johor Dengan Acheh


Persaingan antara Johor dengan Acheh telah bermula sejak abad ke-16 lagi. Namun ia
semakin sengit ketika abad ke-17 semasa Acheh diperintah oleh Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam. Hal ini kerana, pada zaman pemerintahannya, beliau giat menjalankan
dasar penaklukan secara besar-besaran terutamanya di sekitar Nusantara misalnya Aru,
Kedah dan beberapa kawasan yang lain. Raja Acheh ini giat melakukan perluasan kuasa
adalah disebabkan untuk mencapai hasratnya menguasai perdagangan di Selat Melaka
dan menghalang pengaruh Barat di Negaranya kerana bimbang status Acheh sebagai
sebuah pusat penyebaran Islam sudah tidak dihormati lagi. Pada awal tahun 1610, Johor
telah dikatakan cuba berhubungan dengan Portugis di Melaka dan turut bersahabat
dengan Belanda.16 Hal ini diketahui Acheh lalu Johor telah diserang. Pemerintah Johor,
Sultan Alaudin Riayat Syah III telah ditawan dan dibawa ke Acheh.
Semasa di Acheh, Sultan Alaudin Riayat Syah III dilayan dengan baik begitu juga
dengan tawanan yang lain seperti Raja Abdullah sehinggakan beliau telah dikahwinkan
dengan adik Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. 17 Pada 25 Ogos 1614, Sultan Alaudin
Riayat Syah telah dihantar pulang bersama seorang wakil Acheh. 18 Pada ketika itu juga
wakil Belanda telah datang melawat Johor seperti yang telah dijanjikan oleh Raja
Abdullah dengan Admiral Pieter Verhoeff dalam tahun 1609.19 Malangnya, Raja Abdullah
tidak dapat menerimanya kerana pada ketika itu, Johor di bawah naungan Acheh. Namun
pada sekitar Oktober 1614, ada juga orang-orang Belanda telah menjalankan perniagaan
di Johor.
Disebabkan Belanda menjalankan aktiviti perniagaan di Johor, kerajaan Acheh
mula berang dengan tindakan Raja Abdullah yang membenarkan mereka masuk ke Johor.
Oleh yang demikian Sultan Acheh telah memanggil Raja Abdullah bagi membincangkan
hal berkenaan. Namun pada masa yang sama Sultan Alaudin telah membuat satu
perjanjian dengan Portugis dan hal ini telah diketahui oleh Acheh. Pada bulan November,
16

Haji Buyong, Sejarah Johor, hlm. 68.


AF YASMIN dan Zam Ismail, Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor (1529-1855), Yayasan Warisan
Johor, hlm. 7.
18
Ibid,hlm. 7.
19
Haji Buyong, Sejarah Johor, hlm. 68
17

kerajaan Acheh telah menyerang Johor. Namun, Sultan Alaudin tidak dapat bertahan dan
telah berundur ke Seluyut dan dapat ditawan oleh askar-askar kerajaan Acheh. 20 Baginda
kemudiannya dibawa ke Acheh dan telah dihukum bunuh.
Selepas kemangkatan Sultan Alaudin Riayat Syah III, Raja Abdullah telah dilantik
oleh Sultan Acheh sebagai Sultan Johor. Hal ini kerana , Sultan Acheh mempercayai Raja
Abdullah di samping mempunyai hubungan sebagai suami adiknya. Pada tahun 1617,
Johor sekali lagi telah membangkitkan kemarahan Sultan Acheh di mana Johor telah
menjalinkan hubungan baik dengan Portugis bagi mengistiharkan Raja Bujang sebagai
Sultan Pahang. Oleh itu, satu angkatan perang dihantar dan serangan ini telah
memusnahkan daerah Pahang. Hal ini telah membuatkan Raja Abdullah tidak suka untuk
berbaik-baik dengan Acheh kerana dianggap sebagai negeri takluknya. Baginda pun
menceraikan adik Sultan Acheh dan menghantarnya pulang ke Acheh semula.
Pada tahun 1618, Sultan Abdullah telah memindahkan pusat pemerintahannya dari
Batu Sawar ke Pulau Lingga kerana bimbang terhadap keselamatan Batu Sawar yang
sering menjadi tumpuan serangan dari Acheh.21 Di sini, Baginda telah menjalinkan
hubungan perdagangan dengan beberapa kawasan termasuklah Melaka (Portugis) dengan
mengenakan bayaran cukai tertentu. Hal ini dilakukan kerana Sultan Abdullah ingin
mengukuhkan ekonominya dan memudahkan baginda untuk menstruktur pentadbiran di
Pulau Lingga. Namun setelah lima tahun baginda berkerajaan di situ, Acheh sekali lagi
menyerang pusat pemerintahan tersebut kerana Sultan Acheh berasa terhina dengan
penceraian adiknya. Serangan ini telah menyebabkan Sultan Abdullah dan keluarganya
terpaksa berpindah. Tidak beberapa lama selepas itu, Sultan Abdullah mangkat dan
digantikan oleh Raja Bujang dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Shah III. Perlantikan
Sultan Abdul Jalil ini tidak dapat diperjelaskan mengapa baginda dipilih sedangkan
Sultan Abdullah memiliki puteranya sendiri.22
Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil, baginda tidak berani datang ke Tanah Besar dan
menyebabkan ramai rakyat Johor telah diusir oleh Acheh. Namun hal ini bukanlah
20

Ibid, hlm. 73.


AF YASMIN dan Zam Ismail, Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor (1529-1855),2002, Yayasan
Warisan Johor, hlm. 8.
22
Ibid.
21

menunujukkan kelemahan beliau. Dikatakan semasa pemerintahan beliau, hubungan


Johor dengan Belanda adalah baik.23
Pada 27 Disember 1636, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam mangkat dan
digantikan oleh Raja Ahmad yang berasal dari Pahang. Ini menyebabkan Pahang telah
berhubungan baik dengan Acheh. Pada tahun 1637 Sultan Abdul Jalil membuat perjanjian
dengan Belanda untuk melawan Portugis. Disebabkan Sultan Abdul Jalil tidak suka
Pahang berhubung baik dengan Acheh, baginda telah berpakat dengan Belanda
menyerang Pahang. Hal ini kerana Sultan Abdul Jalil merasakan bahawa Pahang
merupakan naunganya kerana baginda pernah memerintah Pahang. Disebabkan
tindakannya itu, ramailah rakyat Pahang terseksa. Peristiwa ini telah diketahui oleh Raja
Ahmad dan baginda telah membuat bantahan kepada Belanda kerana berhubung dengan
Johor. Acheh tidak akan membantu Belanda dalam membuat serangan ke atas Portugis.
Walaupun tanpa bantuan Acheh, Belanda berjaya menawan Melaka. Pada 15 Februari
1641, Sultan Iskandar Thani, (Raja Ahmad) telah mangkat.
Setelah Belanda menawan Melaka, hubungannya dengan Johor bertambah erat.
Acheh pula telah menerima Pemerintah wanita iaitu isteri Sultan Iskandar Thani yang
menggunakan gelaran Puteri Seri Alam Safiatuddin Shah. Memandangkan pemerintahan
di Acheh ini tidak sehebat zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dahulu, Johor
sudah tidak lagi bimbang dengan ancaman Acheh malah rasa terbela dengan hubungan
baiknya dengan Belanda. Oleh yang demikian, Belanda telah berusaha mendamaikan
permusuhan antara Johor-Acheh yang berlaku sejak sekian lama.24

STRATEGI
Pada zaman pemerintahan Raja Mansur yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah
III berlakunya peperangan antara Portugis dan Johor. Sultan Alauddin Riayat Syah
merupakan abang kepada Raja Abdullah. Namun, selepas kematian Sultan Alauddin
Riayat Syah III, adiknya Raja Abdullah telah mengambil pemerintahan tersebut yang
23

Ibid.
Ibid.

24

bergelar Raja Bongsu, Raja di Hilir dan Yang Dipertuan Hilir. Pada tahun 1602, kerajaan
Belanda telah menjadikan Johor sebagai sebuah negeri di bawah taklukannya. Namun,
pada tahun 1605, kerajaan Portugis di bawah pimpinan Andre Furtado de Mendoca telah
mencuba untuk membuat serangan ke atas ke atas Batu Sawar. Walau bagaimanapun,
serangan tersebut tidak dapat dilancarkan kerana campur tangan dari Belanda.25
Sultan Abdullah telah berpindah ke Lingga dan mendirikan sebuah kota di sana.
Setelah lebih lima tahun berada di sana, pada awal tahun 1623 Sultan Iskandar Muda
Acheh telah menghantar angkatan perangnya untuk menyerang kerajaan Johor di
Lingga.26
Oleh keranan desakan daripada Belanda tahun 1685, Paduka Raja Tun Abdul
Jamil telah membuat perjanjian dengan orang-orang Belanda. Orang-orang Belanda yang
menginginkan bijih timah yang terdapat di Siak iaitu sebuah daerah takluk Johor. Surat
perjanjian tersebut turut telah ditandatangani oleh orang-orang besar Johor yang lain.27
Pada 11 April 1689, Bendahara Tun Habib Abdul Majid telah mewakili pihak
Johor dalam suatu perjanjian baru yang ditandatangani dengan pihak Belanda.
PERJANJIAN
Raja Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan Admiral Matelief di atas kapal
perang Belanda yang bernama Oranje. Perbincangan berkisar kepada teknik untuk
menyerang Melaka yang di bawah penguasaan Portugis. Perjanjian tersebut telah
ditandatangani pada 17 Mei 1606 dan telah menetapkan waktu untuk melakukan
serangan ke atas Melaka.28
Setelah kemangkatan Sultan Abdullah Maayat Syah, Laksamana Tun Abdul
Jamil telah mengambil kuasa bendahara dengan melantikkan Raja Bujang menjadi Sultan
Johor yang bergelar Sultan Abdul Jalil Shah III. Pemerintah tersebut telah membuat satu
perjanjian dengan orang Belanda untuk melawan Portugis di Melaka. Manakala pihak

25

Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm 56-57.
Ibid., hlm 73-74.
27
Ibid., hlm 92.
28
Ibid., hlm 58.
26

10

Belanda pula cuba menolong Sultan Abdul Jalil III untuk membina sebuah kota yang kuat
di Batu Sawar.29
Sebagai ganjaran kepada Johor menawan Melaka, Belanda telah memberi hadiah berupa
perlindungan daripada ancaman Portugis dan Acheh. Di samping itu, hubungan
persahabatan Johor dengan Belanda menjadi semakin baik. Laksamana Tun Abdul Jamil
telah menerima banyak hadiah daripada Belanda kerana bantuan yang dihulurkan untuk
menakluk Johor.30
Sultan Johor dan orang besar baginda telah berkeinginan untuk bersahabat dengan
orang-orang Portugis. Namun, seorang putera baginda telah berkahwin dengan
sepupunya iaitu puteri Raja Siak. Keluarga tersebut bersahabat baik dengan orang-orang
Portugis. Raja Abdullah tidak suka bersahabat dengan Portugis. Seorang pegawai
Portugis yang bernama Jao Lopez d Amoreira iaitu pemerintah di Melaka telah membuat
perjanjian damai dengan Sultan Johor. Selepas peristiwa tersebut Johor dengan Portugis
telah berdamai. Namun, Sultan Johor iaitu Raja Abdullah tetap melindungi Belanda untuk
kepentingan Belanda di negeri Johor.31
KESAN -KESAN
Persaingan diantara Johor dengan Portugis dan Acheh pada kurun ke-17 telah
menimbulkan beberapa kesan. Pada tahun 1641, Belanda telah mengukuhkan
kedudukannya di Melaka dan seterusnya menggunakan sistem Portugis dalam
memunggut cukai dan menggunakan pas kebenaran. Johor telah membuat perjanjian
dengan Belanda. Perjanjian ini memainkan peranan penting bagi Johor untuk mengusir
dan membatasi kegiatan Acheh dan Portugis. Melalui sistem perjanjian ini Belanda-Johor
ini, Johor telah memperolehi peluang untuk mendapatkan semula kedudukannya untuk
berkuasa dalam bidang ekonomi dan politik utama di alam Melayu.32

29

Ibid., hlm 76.


Ibid., hlm 78.
31
Ibid., hlm 65.
32
Leonard Y Andaya, Terjemahan Shamsuddin Jaafar, Kerajaan Johor 1641- 1728 Pembangunan Ekonomi
dan Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia 1987 Kuala Lumpur , cetakan 1,
hlm 75.
30

11

Selain itu, Belanda turut memberikan Johor jaminan dan perkhimatan yang telah
membolehkan keadaan politik dan ekonomi Johor pulih dengan segera. Selain itu juga,
Pemerintah, Bendahara dan Orang kaya Johor telah diberikan keistimewaan untuk
berniaga di Melaka malahan telah dianugerahkan pas kebenaran istemewa kerana sebagai
balasan atas peranan mereka ini dalam perang menakluki Melaka yang dikuasai oleh
Portugis pada tahun 1641.33 Selain itu juga, perdagangan di Melaka telah mula merosot,
namun Kerajaan Johor telah berjaya menghidupkan kembali ekonomi entrepot dalam
waktu yang singkat. Perlabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas Maritim
yang merupakan kedudukan yang strategik dan suasana yang baik telah merupakan
tarikan utama kewujudan

perdagangan entrepot sesuatu masa dahulu. Johor telah

mengembalikan kebudayaan melayu Islam dengan merebut kembali kerjaan yang baru.
Riau telah dijadikan pusat Islam yang penting. Keadaan ini telah membolehkan ramai
ulama yang datang dari Gujerat serta dunia Arab datang untuk berhimpun di Riau bagi
mentafsirkan pengajaran Islam kepada penganutnya.34
Di samping itu, berlakunya perubahan di dalam sistem politik, penjajah Barat
telah mengurangkan kuasa politik dan pemerintahan daripada pemimpin Islam kepada
pemimpin barat. Penguasa- penguasa tradisional hanya sebagai boneka. Sultan tidak lagi
mempunyai kuasa autoriti dalam menjalankan pentadbiran malahan mereka terpaksa
mengikuti lunas-lunas perlembagaan sebuah negara demokrasi. Kejatuhan Melaka
menyebabkan berlakunya kebangktan empayar lain di sekitar Kepulauan Melayu seperti
Empayar Johor, Acheh, Sulu, Brunei. Melaka tidak mampu mengulangi semula zaman
kegemilangannya akibat penjajahan dan pengaruh kuat Barat yang sering kali berganti
dan terpaksa berhadapan dengan perubahan yang dialami oelh seluruh corak
pentadbiran.35Pengaruh Kristian, merupakan agama yang dianuti oleh orang Portugis
tidak dapat disebarkan secara meluas. Hal ini disebabkan sikap ganas dan perhubungan
mereka yang terbatas dengan bahagian-bahagian lain di Tanah Melayu. Agama Islam
33

Ibid, hlm 77.


Barbara Waston Andaya dan Leornard Y andaya, Sejarah Malaysia, Macmillan Publishers (M) sdn Bhd.
1983, Kuala Lumpur, hlm 91.
34

35

Afifah Abu Yasid, Pengajian Tamadun Asia Edisi Ke -2, PTS Publications & Distrubutors Sdn Bhd,
2003, Kuala Lumpur, hlm 76.

12

telah berkembang dengan pesat di Melaka dan jajahan takluknya. Keadaan ini telah
dipersetujui oleh N.J Reyan yang menyatakan: Inilah julung kali Islam menjadi agama
yang dianuti oleh raja, Baginda bukan sahaja seorang ketua politik, agama dan negara
malah kumpulan yang paling berpengaruh di istana juag terdiri daripada orang-orang
Islam( N.F,Ryan, 1976 ).
Walaubagaimanapun,

selepas

kejatuhan

Melaka

pedagang

Islam

tidak

menyenangi kehadiran Portugis di Melaka, maka mereka telah beralih ke perlabuhanpelabuhan lain seperti Acheh, Sulu, Brunei, Maluku, Betawi dan lain-lain lagi. Acheh
telah muncul sebagai sebuah kerajaan Islam yang terkuat bagi mengantikan Melaka,
Sehingga Acheh telah digelarkan sebagai Serambi Mekah kerana telah menjadi tumpuan
sarjana Islam dari pelusuk dunia. Keadaan ini menunjukkan penjajah hanya berjaya dari
segi pembaratan dari aspek kehidupan manakala ketinggian Islam masih tetap terpelihara
dalam kalangan masyarakat Melayu.36

Kesimpulan
Tuntasnya dapat disimpulkan

bahawa terdapat banyak kesan-kesan daripada

persaingan diantara Johor dengan Portugis dan diantara Johor dengan Acheh. Peperangan
36

Ibid, hlm 78-79.

13

diantara Portugis dengan Acheh dan Johor telah menyebabkan empayar Melaka sebagai
sebuah pelabuhan entreport telah merosot denagn teruknya. Selain itu, Pengaruh Kristian,
merupakan agama yang dianuti oleh orang Portugis tidak dapat disebarkan secara meluas.
Hal ini disebabkan sikap ganas dan perhubungan mereka yang terbatas dengan bahagianbahagian lain di Tanah Melayu.
Kesan daripada itu juga telah berlakunya perubahan di dalam sistem politik,
penjajah Barat telah mengurangkan kuasa politik dan pemerintahan daripada pemimpin
Islam kepada pemimpin barat. Penguasa- penguasa tradisional hanya sebagai boneka.
Sultan tidak lagi mempunyai kuasa penuh Johor juga telah mengadakan perjanjian
dengan Belanda. Melalui sistem perjanjian diantara Belanda-Johor ini, Johor telah
memperolehi peluang untuk mendapatkan semula kedudukannya untuk berkuasa dalam
bidang ekonomi dan politik utama di alam Melayu. Selain itu, Belanda turut memberikan
Johor jaminan dan perkhimatan yang telah membolehkan keadaan politik dan ekonomi
Johor pulih dengan segera. Persaingan ini juga telah menjadikan Kerajaan Johor menjadi
sebuah kerajaan Melayu yang digeruni oleh kerajaan Melayu lain di sekitar kepulauan
Melayu.

BIBLIOGRAFI
Afifah Abu Yasid, 2003. Pengajian Tamadun Asia Edisi Ke -2, Kuala Lumpur. PTS
Publications & Distrubutors Sdn Bhd.

14

Barbara Waston Andaya dan Leornard Y andaya, 1983.

Sejarah Malaysia, Kuala

Lumpur. Macmillan Publishers (M) sdn Bhd.


Haji Buyong Bin Adil. 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka .
Haji Buyong bin Adil. 1972. Sejarah Singapura:Rujukan Khas Mengenai Peristiwaperistiwa sebelum Tahun 1824. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leonard Y. Andaya.1987.(terj.) Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan
Politik,Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusof Hashim.1998.Pensejarahan Malaysia Nusantara.Kuala Lumpur :Teks
Publishing Sdn Bhd.
Muhamad Yusoff Hashim.1992.Hikayat Siak.Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.
Samad Ahmad.1985.Kuala Lumpur: Kerajaan Johor-Riau.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Salleh Hamzah. Perpecahan Empayar Johor. Kuala Lumpur :Longman Malaysia
Sdn.Bhd.
Sulaiman Zakaria.1994. Inggeris Di Semenanjung.Kuala Lumpur:Goodmark Enteprise.
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999. Sejarah Malaysia 1400-1641, Pusat Pengajian
Jarak Jauh, Bangi Selangor,

15

Anda mungkin juga menyukai