Anda di halaman 1dari 10

Hulagu Khan (1216-1265) adalah penakluk Mongol dan pengasas dinasti Il-Khans Iran.

Beliau

juga menindas mazhab Ismaili dan mengalahkan Khalifah Abbasid yang terakhir. Nama asal beliau

adalah Hüle'ü, yang merupakan cucu kepada Genghis Khan dan adik lelaki Great Khans Mangu

(Möngkë) dan Kublai. Ayahnya bernama Tolui dan ibunya Sorghaghtani Beki Apabila diadakan

perhimpunan putera Mongol, pada tahun 1251 Hulagu telah diperintahkan agar menyatukan

penaklukan di Asia barat dengan menindas mazhab Ismailis, atau Assassins of Alamut, di Persia

barat laut. Beliau juga akan menyerang khalifah sekiranya mendapat tentangan (Ensiklopedia Asia

2017).

Hulagu Khan menjadi terkenal kerana berjaya menakluki Baghdad pada tahun 1258 M

serta dapat mengalahkan kerajaan Bani Abbasiyah yang telah memerintah selama lebih 500 tahun.

Selain itu, Hulagu Khan bertanggungjawab memusnahkan peradaban Islam yang telah dibina

selama 500 tahun di Kota Baghdad. Tentera Monggol membunuh ulama, memperkosa wanita dan

membuang kitab-kitab ke dalam sungai sehingga airnya berwarna hitam. Hulagu Khan dikatakan

seorang yang kejam sehingga membenarkan tenteranya berbuat apa sahaja terhadap penduduk

Kota Baghdad. Mereka mengganas selama 40 hari 40 malam sehingga kota 1001 malam itu

menjadi padang jarak padang tekukur (Said Abdul Hadi 1977).

Menurut Abdullah Wassaf, tokoh sejarah Islam, semasa tentera Monggol menakluk

Baghdad mereka telah membunuh beratus ribu orang Islam. Ian Frazier seorang penulis barat dari

majalah The New York Worker pula dalam satu rencananya mengatakan antara 200 ribu hingga 1

juta orang Islam telah menjadi mangsa keganasan tentera Hulagu Khan. Tentera Monggol yang

dikatakan ganas itu akhirnya berjaya dikalahkan oleh tentera Mesir di bawah pimpinan Saifudin

Qutz, Berke Khan dan Baibars. Selepas itu kekalahan demi kekalahan dialami oleh Hulagu Khan

dan pasukan tenteranya apabila bertempur dengan tentera Islam.


Pemerintahan Hulagu Khan bermula apabila ayahnya Tolui telah meninggal dunia. Pada

tahun 1256 M, Hulagu Khan telah memperbaharui serangan ke pusat pemerintahan Islam.

Meskipun Hulagu Khan menganut agama tradisi Mongol, permaisurinya adalah penganut Kristen

Nestorian yang mungkin mempengaruhi Hulagu Khan untuk membenci Islam. Kekerasan dan

kekejaman yang dilakukan oleh beliau sama seperti yang dilakukan oleh datuknya iaiti Genghis

Khan ketika menyerang sesebuah negara mahupun wilayah. Bala tentara Mongol menyeberangi

pegunungan Zagros dan memasuki negeri Iraq. Hulagu Khan bersama tenteranya melakukan

pembunuhan berantai di Persia, Iraq dan Syria. Selama perjalanan menuju Baghdad, Hulagu Khan

dan pasukannya menghapuskan dan membakar kota dan desa yang dilaluinya.

Pada bulan September tahun 1257, apabila Hulagu Khan dan tenteranya sampai di kota

sebelum Baghdad, Hulagu mengirim utusan kepada Khalifah al-Musta’shim agar menyerah diri

dan mendesak agar tembok pertahanan diruntuhkan, namun permintaan Hulagu Khan tidak

diterima oleh khalifah. Tentangan ini telah menyebabkan Hulagu Khan berasa marah dan telah

memberi arahan kepada bala tenteranya untuk bersiap sedia kerana mereka ingin melancarkan

peperangan. Dalam keadaan demikian, wazir Abbasiyah, Muayyid al-Din bin Muhammad bin Al-

Alqami secara rahasia telah mengkhiantai khalifah dan bekerjasama dengan pihak Mongol (Dedi

Supriyadi 2008).

Pada bulan Muharram 656 H (1258 M), Hulagu Khan dan tenteranya 200 ribu orang

mengepung kota Baghdad. Pasukan Hulagu Khan telah menggunakan strategi untuk mengalahkan

pihak lawan. Mereka menggunakan pelempar batu dari arah barat dan timur untuk menghancurkan

tembok ibu kota. Pada Januari 1258 M, tentara Mongol bergerak dengan efektif untuk

meruntuhkan tembok tersebut dan akhirnya salah satu menara benteng berjaya diruntuhkan.

Kemaraan tentera Mongol telah menyebabkan khalifah telah mengirim Ibn Al-Alqami untuk
mengadakan perdamaian dengan pihak Mongol. Namun, permintaan ini telah ditolak oleh Hulagu

Khan.

Selain itu, Mongol juga telah menyerang kota Baghdad pada tanggal 10 Februari 1258.

Khalifah beserta 300 penjawat pejabat tinggi negara telah menyerah tanpa syarat. Sepuluh hari

kemudian, sebagian besar keluarga khalifah telah dibunuh, termasuk penduduk yang tak bersalah.

Menurut beberapa sumber sejarah, kedatangan Hulagu ke Baghdad atas undangan Ibn Al-Alqami

kerana beliau yakin bahawa Hulagu Khan akan membunuh khalifah dan meninggalkan Baghdad.

Oleh itu, beliau dapat memindahkan kekuasaan pemerintahan ke tangan orang-orang ‘Alawiyyin.

Namun, setelah Mongol membunuh khalifah, mereka telah mengambil semua yang terdapat di

dalam istana dan membakar kota Baghdad. Mongol juga telah membunuh Ibn Al-Alqami dan

mengusai Persia, Iraq, Caucasus dan Asia Kecil. Sebelum menaklukkan Baghdad, pada tahun 1256

M Hulagu Khan telah berjaya menguasai pusat gerakan Syi’ah di Persia Utara (Badri Yatim 1999).

Menurut Dedi Supriyadi (2008), serangan Mongol terhadap Baghdad telah menyebabkan

kejatuhan kota Baghdad seperti:

1) Hancurnya kota dan perpustakaan yang menjadi tumpuan utama penduduk

tempatan ketika itu.

2) Pembunuhan terhadap umat Islam bukan hanya terjadi pada masa Hulagu Khan

yang telah membunuh Khalifah Abbasiyah dan keluarganya, tetapi pembunuhan

turut dilakukan terhadap umat Islam lainnya.

3) Timbul wabak penyakit pes akibat mayat-mayat yang bergelimpangan belum

sempat dikebumikan.
4) Hancurnya sebuah peradaban unggul yang dipenuhi dengan pelbagai adat dan

budaya yang telah diamalkan setelah beratus-ratus tahun lamanya.

5) Kitab-kitab yang dikarang oleh ahli ilmuan Islam yang hebat dan unggul telah

dihanyutkan ke dalam sungai Dajlah sehingga berubah warna airnya menjadi hitam

kerana dakwat-dakwat yang telah larut.

6) Hancurnya Baghdad sebagai pusat Dinasti Abbasiyah yang pada awalnya

merupakan sebuah dinasti yang hebat dalam bidang pengetahuan dan tempat

rujukan para ilmuan telah hancur dan hilang kegemilangannya kerana telah

dimusnahkan oleh Hulagu Khan dan tenteranya.

7) Runtuhnya kekuasaan Dinasti Abbasiyah yang pernah mencapai kegemilangan

yang hebat pada suatu masa dahulu dan telah menyebabkan politik umat Islam

semakin mundur.

Setelah menguasai Persia dan Iraq, Hulagu Khan bergerak untuk memerangi Syria

dan daerah-daerah lain yang berada di bawah kekuasaan Dinasti Mamluk. Hulagu Khan

ingin menguasai Mesir, namun Mesir telah dikuasai oleh pasukan Mamluk yang

mempunyai kekuatan ketenteraan lebih kuat. Kehebatan pasukan Mamluk telah

menyebabkan Hulagu Khan membatalkan niatnya untuk menguasai Mesir. Hulagu

Khan mempunyai minat yang mendalam terhadap senibina dan pemikiran Atas saranan

Nasiruddin At-Tusi, seorang ahli falsafah Muslim, beliau telah membina

observatorium di Maragha pada tahun 1259.

Pada bulan Safar tahun 658 H, pasukan Mongol mengepung Aleppo untuk

beberapa hari. Hulagu Khan berjanji untuk memberikan keamanan kepada

penduduknya sekiranya mereka membuka pintu kota kepada Hulagu Khan dan
tenteranya, akan tetapi itu hanya janji kosong. Setelah pintu kota dibuka, pasukan

Mongol telah membunuh penduduk tempatan dan mengambil harta mereka. Pada tahun

1260 M, pasukan Hulagu Khan telah mengancam Syria Utara. Selain merebut Aleppo,

dan telah membunuh 50 000 penduduknya, beliau juga telah menyerang Hamah dan

Harim (Ibrahim Hasan 2001).

Setelah menguasai Aleppo, Hulagu Khan telah mengirim pasukan Mongol ke

Damaskus di bawah pimpinan Kitbuqa. Tentara Mongol menduduki Damaskus pada

bulan Safar, pada tanggal 10 Safar Aleppo telah jatuh ke tangan bangsa Mongol yang

telah cuba menguasai Aleppo sekian lama. Pasukan Mongol telah menghancurkan

benteng pertahanan Aleppo. Selain itu, mereka juga telah memusnahkan istana dan

menghancurkan masjid, malahan pemimpin Aleppo iaitu Jamaluddin Al-Halabi.juga

telah ditawan dan dirampas hartanya.

Hulagu Khan merupakan seorang pemimpin Monggol yang amat hebat pada

zaman pemerintahannya. Hal ini kerana, di bawah pimpinan beliau, wilayah kekuasaan

Mongol amat luas sehingga sampai ke wilayah Gaza. Hulagu Khan juga mempunyai

niat yang tinggi untuk menakluk Mesir dan Maghribi. Hal ini kerana, dua buah negara

tersebut merupakan kubu akhir yang terkuat bagi umat Islam. Hulagu Khan telah

berusaha mempengaruhi sultan Daulah Mamalik, Al Mudzaffar Saifuddin Qutuz. Pada

tahun 1260 M, Hulagu Khan mengirim utusan kepada sultan Qutuz di Kairo, yang

menuntutnya untuk menyerah.

Sultan Qutuz telah memberi jawapan kepada Hulagu Khan dengan membunuh para

utusan yang telah dihantar oleh beliau dan menggantung kepala mereka pada pintu

Zuweila, yang merupakan pintu gerbang Kairo. Sultan Qutuz juga segera
menggerakkan pasukannya untuk memancing Mongol untuk bertempur di ‘Ain Jalut.

Kekuatan pasukan Mongol semakin setelah kematian Mongke Khan Agung. Hulagu

Khan dan pemimpin awal Mongol lainnya telah kembali ke Mongolia untuk

memutuskan penggantinya. Sebagai pengganti Great Khan yang hebat, Hulagu Khan

telah membawa sebagian besar pasukannya bersama beliau, dan meninggalkan

kekuatan yang jauh lebih kecil, hanya sekitar 10 000 sehingga 20000 tentera Monggol

di bawah pemimpin jendral terbaik, seorang Kristen Nestorian Turki yang bernama

Kitbuqa (Bertold Spuler 1971).

Pasukan Kitbuqa telah melanjutkan perjalanan ke selatan dari penempatan mereka

di Baalbek, dan melalui sebelah timur Danau Tiberias, Palestin. Sultan Mamluk, Qutuz

pada waktu itu bersekutu dengan pasukan Mamluk, Baibars, yang ingin membela Islam

setelah Mongol menaklukan Damaskus dan sebagian besar Syiria. Kedua-dua belah

pihak berkemah di Palestin pada bulan Julai 1260 dan akhirnya berhadapan di ‘Ain

Jalut pada tanggal 3 September (25 Ramadhan tahun 658 H), dua tahun setelah Hulagu

memusnahkan Baghdad. Kekuatan pasukan Mongol dan Islam ketika itu hampir sama

iaitu lebih kurang 20 000 tentara.

Pasukan tentera Mamluk memiliki kelebihan kerana mempunyai ilmu

pengetahuan tentang medan perang. Taktik yang dipakai oleh panglima Baibars adalah

dengan memancing keluar pasukan berkuda Mongol yang terkenal dan hebat. Pada

masa yang sama, mereka akan menghimpit pasukan Mongol ke lembah yang sempit

sehingga tidak dapat melawan dan mempertahankan diri sendiri. Pada ketika itu,

pasukan berkuda Mamluk akan melakukan serangan kepada pihak lawan. Strategi

peperangan yang digunakan oleh pasukan Mamluk telah memberi kajayaan yang besar
kepada mereka. Pihak Mongol terpaksa mundur apabila berlakunya kekacauan. Bahkan

panglima perang mereka yang hebat, Kitbuqa telah ditawan oleh pihak musah dan

beliau akhirnya dihukum mati.

Pertempuran ini yang berlaku ini dianggap sebagai pertempuran yang

penting oleh ahli sejarah. Hal ini kerana, kekalahan yang dialami oleh pasukan

Monggol merupakan titik balik penaklukan Mongol, dan pertama kalinya mereka

pernah telah dikalahkan di dalam peperangan. Pertempuran Ain Jalut ini merupakan

peperangan pertama yang menggunakan ledakan meriam tangan. Bahan peledak ini

dibuat oleh Mamluk Mesir dalam rangka untuk menakutkan kuda pihak lawan dan

pasukan Mongol dan menyebabkan gangguan dalam barisan pertahanan mereka.

Setelah Mongol kalah di ‘Ain Jalut, bersama Kubilai Khanyang merupakan

Khan Agung terakhir, Hulagu kembali ke Persia pada tahun 1262, mengumpulkan

pasukannya untuk menyerang Mamluk atas kekalahan mereka di dalam

peperangan‘Ain Jalut. Namun, Berke Khan telah menantang Hulagu Khan untuk

bertempur di Kaukasus. Hulagu menderita kekalahan berat dalam pertempuran di

sebuah sungai di utara Kaukasus pada 1263. Ini adalah perang terbuka pertama antar

Mongol, dan menandai akhir dari kerajaan Mongol bersatu. Hulagu hanya mampu

mengirim pasukan kecil untuk menyerang Mamluk setelah ‘Ain Jalut, dan telah

menemui kegagalan. Hulagu Khan meninggal pada tahun 1265 dan digantikan oleh

putranya Abaqa (David Morgan 2007).

Menurut Said Abdul Hadi (1997), walaupun Hulagu Khan terkenal sebagai seorang

pemerintahan yang banyak melakukan kekejaman terhadap umat Islam, namun beliau

mula berjasa kepada Islam dan menyesali kekejaman yang dilakukan oleh tenteranya.
Beliau telah mengumpulkan semula para cendikiawan Islam lalu membantu mereka

membina peradaban baru. Contohnya, Hulagu Khan telah membina sebuah balai cerap

dan Pusat Pengajian di Maragheh untuk Nasir Al Din Al Tusi, seorang ahli falsafah,

matematik, astronomi, teologi, pakar perubatan dan penulis Islam berbangsa Iran.

Selain itu, Hulagu Khan melantik Abul Muzhaffar Athamalik Juwaini, seorang

cendikiawan Islam untuk mengatur pemerintahan di Baghdad. Hulagu Khan juga

memberi kebenaran kepada Abul Muzhaffar Athamalik Juwaini memperkenalkan

pemerintahan Islam dan penduduk Baghdad dibenarkan semula mengamalkan ajaran

agama Islam.

Ekoran dari itu ramai tentera Monggol memeluk agama Islam dan Hulagu Khan

tidak menghalangnya walaupun dia sendiri masih berpegang kepada kepercayaan

nenek moyangnya, agama Syamaniah (Syamanism), menyembah bintang-bintang, dan

sujud kepada matahari yang sedang terbit. Tetapi terdapat pandangan yang mengatakan

Hulagu Khan kemudiannya menganut agama Kristian. Beberapa tahun sebelum

meninggal dunia, Hulagu Khan dikatakan mula tertarik dengan Islam. Malah turut

menyebarkan Islam ke Azerbaijan. Akhirnya dari keturunan Hulagu Khan ramai yang

menjadi pahlawan Islam dan mereka turut menyebarkan Islam hingga sampai ke India.

Oleh itu terdapat pandangan yang mengatakan Hulagu Khan adalah tokoh Islam (Said

Abdul Hadi 1977).

Hulagu Khan akhirnya memilih Azerbaijan sebagai destinasi terakhirnya lalu

mendirikan sebuah kota yang indah. Di situlah dia berehat sambil mempelajari Islam

dari ulama-ulama yang terkemuka pada masa itu. Hulagu Khan meninggal dunia pada
2 Ogos 1265 dan mayatnya dikebumikan di pulau Kaboudi, di pinggir Danau Urmia,

Azerbaijan.

KESIMPULAN

Bangsa Mongol merupakan sebuah bangsa yang amat kuat dan hebat pada zaman

kegemilangannya. Setiap pertarungan dan peperangan yang dihadapi, pihak musuh akan

mengalami kekalahan malah kerajaan mereka juga akan dihancurkan oleh pasukan

Mongol. Selain itu, kehebatan Mongol juga terbukti apabila mereka akan memperoleh

kemenangan yang berturut-turut sepanjang perjalanannya menaklukan negeri-negeri

tertentu. Kehebatan Dinasti Mongol bermula daripada pemerintahan Genghis Khan dan

telah diambil alih oleh anak dan cucunya setelah beliau meninggal dunia.

Namun secara ideologi, bangsa Mongol tidak mempunyai kelebihan lain selain

kehebatan ilmu peperangan. Mereka adalah sebuah bangsa primitif yang tidak mempunyai

ideologi dan ilmu pengetahuan yang hebat yang dapat memastikan agar mereka akan terus

kekal berkuasa.

Badri Yatim. 1999. Sejarah Sosial Keagamaan Tanah Suci. Jakarta: Logos Wacana
Ilmu.
Bertold Spuler. 1971. The Mongol in History. Columbia: Columbia University
David Morgan. 2007. The Mongols. United Kingdom: John Wiley and Sons –Ltd.
Dedi Supriyadi. 2008. Sejarah Peradaban Islam. Bandung: Pustaka Setia
Ibrahim Hasan Ibrahim. 2001. Sejarah Kebudayaan Islam. Jakarta: Kalam Mulia

Said Abdul Hadi. 1977. 28 Tokoh Islam Yang Terkemuka. Johor: Bahagian Penerbitan
Jabatan Agama Johor.
http://www.encyclopedia.com/people/history/south-asian-history-biographies/hulagu-
khan. Dicapai pada 28 Jun 2017.

Anda mungkin juga menyukai