Anda di halaman 1dari 8

KAJIAN MANUSKRIP:

UNDANG-UNDANG PENUBUHAN LEMBAGA


PENGELOLA MADRASAH AL- MASHOOR
PULAU PINANG
DISEDIAKAN OLEH :
SYAMSYATHUL MARDIAH BINTI AKBAR ALI.
DISEDIAKAN UNTUK :
Dr. AZMUL FAHIMI BIN KAMARUZAMAN

SILSILAH PENULIS
BIODATA PENULIS
Nama penuh : Syed Syeikh Al Hadi ialah Syed Syeikh
Bin Syed Ahmad Al- Hadi.
Tempat lahir: Kampung Hulu, Melaka.
Tarikh lahir: Hari Selasa 24 Rejab 1281 H bersamaan 25
Disember 1864.
Tarikh dan usia meninggal dunia: Dalam usia 67 tahun
beliau telah meninggal dunia, iaitu pada 20 februari 1934
bersamaaan 6 zulkaedah 1352 hijrah.

ASAL-USUL PENUBUHAN MADRASAH ALMASHOOR PULAU PINANG


Madrasah yang
terawal dibina di
Pulau Pinang
(memberi
pendidikan agama)

Madrasah al-Mashoor
antara madrasah yang
terkenal dengan
pengaruh gerakan
radikal pada zaman
penjajah.
( ditubuhkan lantaran
gerakan Islah)

Madrasah ini
merupakan sebagai
instrumen untuk
memberi pendidikan
kepada pemikir dan
aktivis reformis muda
Muslim ketika itu.

SENARAI UNDANG-UNDANG LEMBAGA MADRASAH


AL-MASHOOR PULAU PINANG

Manuskrip ini mengandungi undang-undang yan


perlu dipatuhi oleh
lembaga penubuhan Madrasah Al-Mashoor Pulau
Pinang.
Tujuan utama undang-undang ini ditulis adalah
supaya memudahkan

anggota lembaga berkerjasama dalam menjalanka


sesi pembelajaran
di Madrasah ini.

Antara undang-undang penubuhan lembaga pengelola


madrasah al-mashoor yang perlu dipatuhi ialah :
Lembaga madrasah wajib
memerhatikan dan memberi
amaran kepada mudir jika
keadaan mudir dilihat tidak
menyempurnakan kawajipan
jawatannya.

Tukang wang mempunyai kuasa untuk


menolak segala perbelanjaan dan
barang-barang yang tiada padanya
kebenaran lembaga.

Wajib keatas lembaga ini


menunjukkan kepada raja
belanjawan wang yang masuk,
dan wang yang keluar serta baki
wang simpanan madrasah tiaptiap setahun sekali.

lembaga perhimpunan perlu


dibangunkan dengan
melibatkan hingga 11 orang
ahlinya

Kesemua ahli lembaga ini perlu


bekerja semata-mata kerana Allah,
untuk mendapatkan manfaat
kepada orang Islam, maka
hendaklah tiap-tiap seorang
memikirkan apa yang patut
dilakukan dan diamalkan bagi
Tuhanya dan sekalian saudaranya.

Hendaklah lembaga ini melantik


seorang juru tulis untuk menulis
segala belanjawan dan seorang
untuk memungut baki
belanjawan dan segala bantuan
serta pertolongan dan layanan
daripda anggota madrasah ini.

Tidak diharuskan bagi mudir


mengeluarkan seseorang yang berjawatan
di dalam madrasah atau memasukkan
seseorang yang baru di dalam jawatan
madrasah melainkan dengan diketahui
dan dipersetujui lembaga ini.

KONTEKS
1) Tarikh penulisan
Tidak ada sebarang catatan didalam manuskrip yang mengatakan tarikh
manuskrip ini ditulis dan sehingga bila ianya selesai ditulis.
Ahmad Dzulfahmi Muhamad (kajian sarjana beliau Sejarah dan
Perkembangan Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah Pulau Pinang, 1916
1969)
Menyebut bahawa manuskrip undang-undang ini ditulis pada tahun
1916.
Selari dengan tahun penubuhan Madrasah Al-Mashoor
Pulau Pinang.

2) keadaan sosial sewaktu penulisan UndangUndang Penubuhan Pengelola Madrasah


Al- Mashoor Pulau Pinang
Manuskrip Undang-Undang Penubuhan Pengelola Madrasah Al-Mashoor
ditulis ketika berlakunya penubuhan Madrasah Al-Mashoor pada tahun 1916.
Keadaan masyarakat pada ketika itu bimbang akan kekurangan didikan
agama di kalangan anak masing-masing kerana penularan pendidikan barat
yang semakin meningkat.
Sekolah-sekolah inggeris yang diasaskan oleh mubaligh kristain semakin
bercambah, malah anak-anak Melayu dipaksa untuk belajar di sekolah
Inggeris kerana ingin dipandang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai