Anda di halaman 1dari 4

Sumbangan Atas arahan Khalifah Abu Yaakob, Ibnu Rushd telah ditugaskan untuk mengkaji dan menyaringkan hasil

pemikiran Aristotle, ahli falsafah Yunanai Tua. Perbicaraan falsafah Ibnu Rushd tertumpu kepada persoalan-persoalan berhubung dengan metafizik, khususnya mengenai ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea-idea bernas dan baru dalam bidang falsafah malahan dalam bidang ilmu perubatan dan perundangan Islam Karyanya mengenai falsafah dan perubatan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Hebrew

Karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuk: Kulliyah fit-Thibb-yang mengandungi 16 jilid mengenai perubatan secara umum. Mabadil Falsafah(Pengantar Ilmu Falsafah) Tafsir Urjuza-mengenai perubatan dan tauhid,Taslul Kasyful Adillah-mengenai ilmu kalam dan mengungkap persoalan falsafah dan agama. Tahafatul Tahafut- mengulas ilmu Iman Al-Ghazali berjudul Tahafatul Falaisafah. Muwafaqatil Hikmah Wal Syaria- membicarakan persamaan antara falsafah dengan agama.

Dunia Barat bukan sahaja kagum terhadap asasasas falsafah Ibnu Rushd, malahan falsafah mazhabmazhab yang sedia ada di Barat juga cuba mencari hubungan secara dekat atau jauh dengan falsafahnya. Sesetengah pemikiran falsafahnya dikatakan adalah selaras atau hampir selari dengan pemikiran ahli-ahli falsafah di zaman moden seperti Hume, William James dan Meyerson. Apabila dikaji semula sumbangan Ibnu Rushd dalam pelbagai bidang ini, maka agak sukar untuk mengenalpasti seorang tokoh ilmuwan Islam yang setanding dengan beliau.

Pemikiran Ibnu Rushd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematian beliau. Ibnu Rushd dianggap sebagai ahli falsafah Islam pertama yang berjaya memperoleh ramai peminat dan pengikut dalam kalangan umat Islam, Kristian dan Yahudi.

Anda mungkin juga menyukai