Anda di halaman 1dari 20

Nama : NEOH CHUAN YEE

Pensyarah : ENCIK ZAKIR BIN MAJID


Subjek : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN
ASIA
Topik : SUMBANGAN IBN RUSYD
*
 Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad (lahir
1126 dan meninggal dunia 1198) adalah ahli falsafah, perubatan,
matematik, teologi, ahli fikah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan
sains.

 Beliau dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi.

 Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman


sekularisme.

 Ibnu Rusyd lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama. Bapanya dan
datuknya merupakan kadi di Cordova (sekarang Sepanyol).
 Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya
menjadi rakan karibnya.

 Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang
juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr
yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.

 Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang


terkenal Al Taysir.

 Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris
dengan judul Facilitation of Treatment.
*
 Karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rushd adalah Kulliyah fit-
Thibb yang mengandungi 16 jilid berkaitan perubatan secara umum.

 Antara lain penulisan beliau adalah Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu


Falsafah), Tafsir Urjuza (membicarakan perubatan dan tauhid), Taslul
(mengenai ilmu kalam), Kasyful Adillah (mengungkap persoalan falsafah
dan agama), Tahafatul Tahafut (ulasannya terhadap buku Iman al-Ghazali
yang berjudul Tahafatul Falaisafah) dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari’a
(menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama).
*
 Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil karya Aristotle yang
dilupai Barat.

 Pada usia 27 tahun, Ibn Rushd telah dijemput oleh kerajaan al-
Muwahhidun di Marrakesh (di Morokko) untuk membantu mereka
dalam menubuhkan institusi-institusi pendidikan Islam.

 Sempena penterjemahan hasil kerja Aristotle dari bahasa Latin oleh


Ibnu Rushd pada awal abad ke-12, pengetahuan yang ditinggalkan
oleh Aristotle mula diketahui ramai di Barat.
 Hingga sekarang beliau dikenali di Barat sebagai pengulas agung
terhadap falsafah Aristotle yang pengaruhnya menembusi minda
hatta pendeta Kristian paling konservatif semasa Zaman
Pertengahan termasuklah St. Thomas Aquinas
*
 Ibun Rushd mengulas bahawa Islam mensasarkan pengetahuan yang
benar iaitu pengetahuan mengenai Tuhan dan ciptaan-Nya.

 Pengetahuan benar ini juga melibatkan perkara mengetahui


pelbagai cara yang membawa kepada kepuasan duniawi dan
menghindari kesengsaraan di alam akhirat.

 Pengetahuan amali jenis ini meliputi dua cabang:


 Fiqh yang menyentuh aspek kehidupan manusia yang material atau
nyata.

 Sains rohani yang menyentuh permasalahan seperti sabar, syukur


dan moral.
 Beliau membandingkan undang-undang rohani dengan perubatan
dalam kesan kedua-duanya ke atas manusia secara fizikal serta
moral dan rohani. Beliau menarik perhatian bahawa kesihatan
rohani diistilahkan sebagai taqwa dalam al-Quran.

 Dalam hasil kerjanya Fasl al-Maqal (The Decisive Treatise) beliau


menekankan pentingnya berfikir secara analitikal untuk
menterjemah al-Quran dan ini bertentangan dengan pandangan
konservatif ulama Islam di mana penekanan pentafsiran al-Quran
diletakkan kepada sumber seperti hadith.
 Hujah yang dikemukakan oleh Ibnu Rushd menjustifikasikan
pembebasan sains dan falsafah dari aliran rasmi mazhab Ash’ari.

 Ini menyebabkan sebahagian sarjana menganggap Ibnu Rushd


sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah barat.
*
 Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan
yang berkaitan dengan metafizik terutamanya ketuhanan.

 Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam pemikiran Ibnu Rushd,


terutamanya dalam bidang falsafah telah mempengaruhi ahli
falsafah Barat.

 Dua orang ahli falsafah Eropah iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan
bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rushd, tetapi
memperoleh ilham daripada pembacaan karyanya.
 Hakikatnya, karya beliau berjaya mendidik mereka untuk mencapai
tahap yang lebih tinggi.

 Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance


di Perancis sehingga mengubah wajah Eropah keseluruhannya
sebagaimana yang ada pada hari ini.
*
 Dalam falsafah, karya beliau paling utama Tafahut al-Tafahut
(Kekeliruan Buku Tafahut al-Falasifah oleh al-Ghazali) ditulis sebagai
jawapan kepada karya al-Ghazali.

 Ibnu Rushd telah dikritik oleh ramai sarjana Muslim disebabkan buku
ini, walaupun ia telah mendidik dan mempunyai pengaruh
mendalam ke atas pemikiran Eropah sekurang-kurangnya sehingga
kebangkitan falsafah moden dan sains ujikaji.
 Ibnu Rushd lebih dikenali dan dihargai di Eropah, berbanding di
Timur pada zaman pertengahan.

 Eropah pada zaman Renaisance bersedia menerima kaedah saintifik


mengikut pandangan Ibnu Rushd, sedangkan sains dan falsafah di
Timur mula dikorbankan demi gerakan mistik agama.

 Pemikiran beliau telah mendidik masyarakat di sana keluar dari


zaman kegelapan menuju era kemajuan industri yang pesat.
*
 Dalam perubatan, buku beliau yang terkenal Kitab al-Kulliyat fi Tibb
(Buku Keseluruhan Mengenai Perubatan) ditulis sebelum tahun
1162M.

 Di dalamnya, Ibnu Rushd menghuraikan pelbagai aspek perubatan


termasuklah diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit.

 Buku ini memfokuskan lapangan-lapangan khusus berbanding al-


Qanun Ibn Sina, tetapi ia mengandungi beberapa pemerhatian tulen
Ibnu Rushd.
 Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan
didapati mendahului zamannya.

 Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan


dialami oleh setiap orang sekali seumur hidup.

 Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar


perubatan umum, tetapi juga merangkumi pembedahan dan fungsi
organ dalam tubuh manusia.

 Tuntasnya, karya beliau telah mendidik orang ramai mengenai ilmu


perubatan yang amat bernilai.
*
 Dalam astronomi, beliau menulis Kitab fi Harakat al-Falak (Buku
Mengenai Perpergerakan Astronomi).

 Menurut Draper, Ibnu Rushd dikenang dengan penemuan titik suria.


 Beliau juga merumuskan Almagest tulisan Ptolemy dan
membahagikannya kepada dua bahagian:

 Penerangan mengenai sfera-sfera


 Perpergerakan sfera-sfera Rumusan Almagest ini telah
diterjemahkan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Hebrew oleh
Jacob of Anatoli pada tahun 1231.
*
 Ibnu Rushd diyakini sebagai salah seorang pemikir dan saintis
teragung pada kurun ke-12.

 Menurut Philip Hitti, Ibnu Rushd mempengaruhi pemikiran Barat dari


kurun ke-12 hingga kurun ke-16.

 Ulasan-ulasan digunakan sebagai teks standard berbanding karya-


karya Aristotle dalam abad ke-14 dan 15.
 Buku-buku beliau dimasukkan dalam sukatan pelajaran universiti
Paris dan universiti-universiti Eropah yang lain sehinggalah
kemunculan sains-sains ujikaji moden.

 Ibnu Rushd dikaji di Universiti Mexico sehingga tahun 1831.

 Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rushd turut menjangkau


bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba
membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan;
golongan elit (terdiri daripada ahli falsafah) dan masyarakat awam.
 Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan
pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan
oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang
sealiran dengannya
*

Anda mungkin juga menyukai