Anda di halaman 1dari 9

2.

0 Menyediakan satu kupasan tentang salah seorang daripada tokoh-tokoh


yang berperanan dalam mengembangkan sesebuah Tamadun.

TAMADUN ISLAM
PENGENALAN
Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi
Muhammad s.a.w. selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama
di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun
622M.
Kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai kota Andalus pada tahun 711M
sehingga ke tampuk kerajaan Nasriyyah atau Bani Ahmar yang mengakhirinya
pada tahun 1492M, pernah melakarkan catatan pemerintahan Islam yang hebat.
Tempoh tersebut hampir mencapai lapan abad (800 tahun), suatu jarak yang
seharusnya menjadi renungan buat masyarakat Islam di seluruh dunia.
Tempoh tersebut membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada
kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalus.
Ketika itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang megah dengan
munculnya tokoh-tokoh Islam seperti Ibn Hazm (994M-1064M), Ibn Rushd (1126M1198M), Ibn Bajjah (1082-1138M), Ibn Zuhr (1091-1162M) dan ramai lagi. Mereka
terkenal kerana berpengetahuan luas dan kebijaksanaan yang merangkumi pelbagai
sudut ilmu yang bermanfaat.

TOKOH IBNU RUSHD


1.0 LATAR BELAKANG IBNU RUSHD
1.1 BIOGRAFI IBNU RUSHD

Namanya ialah Muhammad bin Ahmad bin Rushd yang digelar sebagai Abu
al-Walid. Dalam kalangan muslimin beliau dikenali sebagai Ibnu Rushd. Sebenarnya
gelaran Ibnu Rushd ini merujuk kepada dua orang iaitu beliau sendiri dan datuknya.
Apabila merujuk kepada datuknya, ia digelar Ibn Rushd al-Jadd dan apabila merujuk
kepada beliau sendiri digelar sebagai Ibn Rushd al-Hafid.
Dikalangan orang Barat atau Latin, Ibnu Rushd lebih dikenali sebagai
Averroes. Dilahirkan di Cordova, Sepanyol pada 520H/1126M di mana pada masa
itu Cordova merupakan pusat perkembangan ilmu pegetahuan. Ibnu Rushd adalah
terdiri dari kalangan keluarga keilmuan di mana datuk dan bapanya pernah
menjawat jawatan kadi di Cordova.
Ibnu Rushd merupakan pengikut aliran Fiqh Maliki yang merupakan mazhab
fiqh rasmi Andalus pada masa itu. Dari sudut aqidah, Ibnu Rushd mengikut aliran Ahl
al-Sunnah wa al-Jamaah. Beliau hidup pada era pemerintahan kerajaan alMuwahhidin. Beliau meninggal dunia pada tahun 595H/1198M di Marakish, Morocco,
pusat pemerintahan kerajaan al-Muwahhidin. Selepas tiga bulan, mayatnya
kemudian dipindahkan ke Cordova bersama maqam keluarganya. Pemindahan
mayat ini disaksikan sendiri oleh Ibnu Arabi, tokoh tasawuf terkenal di dunia Islam,
lalu beliau berkata :

Semasa mayat Ibnu Rushd yang berada di dalam keranda itu diletakkan di atas
belakang binatang tunggangan, maka di sebelah yang bertentangan dengannya itu
terdapat karya-karya beliau
1.2 PENDIDIKAN IBNU RUSHD
Pendidikan awal Ibnu Rushd bermula di rumah dan bapanyalah yang
megajarnya khususnya dalam bidang Fiqh Maliki. Ibnu Rushd mempelajari dalam
berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti al-Quran, kesusasteraan Arab alMutanabbi dan ilmu kalam. Beliau juga menghafaz kitab al-Muwatta karangan Imam
Malik. Dalam bidang perubatan pula beliau mempelajari daripada gurnya Marwan alBalansi dan Abu Jafar Harun yang juga guru feqahnya. Guru-gurunya dalam bidang
falsafah pula ialah Ibn Massarah, keluarga Ibnu Zuhr, Ibnu Bajjah dan Ibnu Tufail.
Berhubung dengan pengajian Ibnu Rushd dengan Ibnu Bajjah ini terdapat pertikaian
ahli sejarah kerana semasa Ibnu Bajjah meninggal umur Ibn Rushd sekitar 12 tahun
sahaja. Ibn Tufail merupakan guru yang menggilap pemikiran falsafah Ibnu Rushd,
bahkan beliau jugalah yang bertanggungjawab memperkenalkan Ibnu Rushd kepada
Khalifah Abd. Mukmin yang memerintah kerajaan al-Muwahhidin.
Beliau ditugaskan untuk membuat ulasan terhadap karya-karya Aristotle di
istana khalifah. Sebenarnya tugas ini merupakan tugas Ibnu Tufail. Oleh kerana
usianya yang telah lanjut dan sibuk dengan tugas pentadbiran sebagai menteri
kerajaan al-Muwahhidin, dan juga sebagai doktor peribadi kepada khalifah. Bermula
dengan tugas itu, akhirnya Ibnu Rushd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun
1169M. Ibnu Rushd tidak dapat menyiapkan sepenuhnya karya Aristotle kerana
pada tahun 1171M beliau balik ke Cordova dan dilantik sebagai ketua hakim. Di
Cordova, beliau cuba untuk menyiapkan karya Aristotle yang tertangguh dan dapat
diringkaskan kepada tiga ketegori iaitu ringkas, sederhana dan panjang. Sebahagian
dari ulasan dan kementarnya diterjemahkan ke bahasa Latin dan sebahagiannya
telah sampai ke tangan St. Thomas Aquinas semasa beliau berada di Perancis.

Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana
pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibnu Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan
dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Oleh kerana desakan dan tekanan pihak

tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.


Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Kardova.
Kehadirannya di Kardova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan
oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.
Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rushd dipulihkan semula
apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya.
Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat
dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.
Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat
Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu
dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak,
fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.

2.0 SUMBANGAN IBNU RUSHD


Jika disingkap kembali Ibnu Rushd seorang tokoh yang telah banyak
menyumbang dalam perkembangan ilmu pengetahuan yang turut dikongsi bersama
sehingga ke hari ini. Beliau seorang ahli falsafah yang terkenal dan muncul sebagai
tokoh Islam yang unggul di seluruh pelusuk dunia. Pelbagai sumbangan yang telah
dilakukan oleh Ibnu Rushd yang telah dirakamkan dalam hasil karangan beliau yang
menghasilkan berpuluh-puluh buku yang menjadi rujukan bagi masyarakat Islam
malahan masyarakat dunia.
Menurut ahli falsafah Perancis yang bernama Renan, Ibnu Rushd telah
menulis 78 buah buku merangkumi pelbagai aspek ilmu. Antara karya besar yang
pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd

termasuklah "Kulliyah fit-Thibb" yang

mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum, Mabadil Falsafah


(Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid,
Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan
falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali
yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang
menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama. Siri karya tulisan tersebut
menunjukkan betapa penguasaan Ibnu Rushd dalam pelbagai bidang dan cabang

ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan beliau telah
dilakukan ke dalam bahasa lain.
2.1 FALSAFAH DAN ILMU LOGIK
Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil kerja Aristotle yang dilupai barat.
Melalui terjemahan dari bahasa latin oleh Ibnu Rushd pada awal abad ke-12,
pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotle mula diketahui ramai di barat. Hujah
Ibnu Rushd dalam The Decisive Treatise menjustifikasi pembebasan sains dan
falsafah dari aliran rasmi mazhab Ash'ari. Ini menyebabkan sebahagian sarjana
menganggap Ibnu Rushd sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah
barat.
Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama
hampir tiga dekad. Beliau banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam hasil
kerjanya Fasl al-Maqal (The Decisive Treatise), beliau menekankan berfikir secara
analitikal untuk menterjemah Quran dan ini bertentangan dengan pandangan
konservatif ulama' Islam di mana penekanan pentafsiran Quran diletakkan kepada
sumber seperti hadith. Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada
persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah
mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa
membuat huraianya mengenai perkara tersebut.
Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang
falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah,
iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu
Rushd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya. Pemikiran Voltaire
dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merobah
wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat
Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rushd kerana pemikirannya, sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua
Eropah.
Ibnu Rushd juga telah menulis sebuah buku mengenai muzik yang diberi judul
"De Anima Aristoteles" (Commentary on the Aristotle's De Animo). Hasil karyanya ini
membuktikan betapa Ibnu Rusyd begitu terpengaruh dan tertarik oleh ilmu logik

yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle. Masyarakat Islam pada hari
ini turut membuat beberapa kajian dan akhirnya menjadikan beliau sebagai rujukan
dalam bidang falsafah dan ilmu logik.
2.2 PERUBATAN
Karya besar lain yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rushd adalah "Kulliyah fitThibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum. Buku
"Kulliyah fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh
Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Buku itu kemudian diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hospital Les Quinze-Vingt
yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX
berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya
merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.
Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan
umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh
manusia. Ibnu Rushd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan.
Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati
mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya
akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja. Kehebatannya dalam bidang
perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum
pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Sehingga kini, buku beliau
menjadi rujukan utama dalam ilmu perubatan di seluruh dunia.
2.3 FIZIK
Ibnu Rushd juga menulis tiga buku tentang fizik iaitu: Komen pendek, komen
pertengahan dan komen panjang dalam fizik. Beliau menakrifkan dan mengukur
kekuatan sebagai "tahap di mana pekerjaan dilakukan dalam mengubah keadaan
kinetik dari bahan" dan percaya "bahawa kesan dan mengukur kekuatan perubahan
dalam keadaan kinetik dari jisim bahan tahan". Beliau mempunyai minat khusus
untuk memahami "kekuatan motor. Ibnu Rushd juga mengembangkan idea bahawa
tubuh mempunyai (non - graviti) rintangan melekat pada gerak dalam fizik. Akibat
daripada pencetusan idea ini lahirlah beberapa orang tokoh secara khusus

mengguna pakai ilmunya seperti Thomas Aquinas dan kemudian Johannes Kepler,
yang disebut perkara ini sebagai "Inersia".
2.4 ASTRONOMI
Dalam astronomi, beliau menulis sebuah karya mengenai perpergerakan
sfera, Kitab fi Harakat al-Falak (Buku Mengenai Perpergerakan Astronomi). Menurut
Draper, Ibnu Rushd dikenang dengan penemuan titik suria. Beliau juga merumuskan
Almagest tulisan Ptolemy dan membahagikannya kepada dua bahagian:
1) Penerangan mengenai sfera-sfera.
2) Perpergerakan sfera-sfera.
Rumusan Almagest ini telah diterjemahkan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa
Hebrew oleh Jacob of Anatoli pada tahun 1231. Ilmu ini merupakan titik permulaan
kepada penguasaan ilmu astronomi dunia.
2.5 AGAMA
Satu penelitian terhadap karya-karya beliau mendedahkan bahawa Ibnu
Rushd merupakan seorang kuat beragama. Sebagai contoh, kita mendapati bahawa
dalam penulisan beliau, "Sesiapa yang mempelajari anatomi akan meningkatkan
keimanannya terhadap kekuasaan dan keesaan Tuhan yang Maha Berkuasa."
Dalam karya-karya perubatan dan falsafah beliau, kita dapat melihat betapa
dalamnya keimanan dan pengetahuan beliau mengenai al-Quran dan hadith, yang
selalu dipetik beliau untuk menyokong pandangan beliau dalam pelbagai masalah.
Ibnu Rushd berkata bahawa kebahagiaan yang sebenar bagi manusia pastinya
dapat dicapai melalui kesihatan mental dan psikologi, dan orang ramai tidak dapat
menikmati kesihatan psikologi melainkan mereka mengikuti jalan yang membawa
mereka kepada kebahagiaan kegembiraan di alam akhirat, dan melainkan mereka
menyakini Tuhan dan keesaan-Nya.

Ibn

Rushd

berpendapat

bahawa

pengetahuan

yang

benar

adalah

pengetahuan mengenai Tuhan dan ciptaan-Nya. Pengetahuan benar ini juga


melibatkan perkara seperti mengetahui pelbagai cara yang membawa kepada
kepuasan duniawi dan menjauhi kesengsaraan di akhirat. Pengetahuan ini meliputi
dua cabang:

1) Fiqh yang menyentuh aspek kehidupan manusia yang material atau nyata.
2) Sains Rohani yang menyentuh permasalahan seperti sabar, syukur dan
moral.
Beliau juga turut membandingkan undang-undang rohani dengan perubatan
yang mempengaruhi kesan kedua-duanya ke atas manusia secara fizikal dari satu
sudut, dan secara moral dan rohani dari satu sudut yang lain. Beliau juga
berpendapat bahawa kesihatan rohani diistilahkan sebagai taqwa dalam al-Quran.

Salah satu manuskrip Ibnu Rusyd


KESIMPULAN
Ibn Rushd diyakini sebagai salah seorang pemikir dan saintis teragung pada
kurun ke-12. Menurut Philip Hitti, Ibn Rushd mempengaruhi pemikiran Barat dari
kurun ke-12 hingga kurun ke-16. Ulasan-ulasan digunakan sebagai teks standard
berbanding karya-karya Aristotle dalam abad ke-14 dan 15. Buku-buku beliau
dimasukkan dalam sukatan pelajaran universiti Paris dan universiti-universiti Eropah

yang lain sehinggalah kemunculan sains-sains ujikaji moden. Ibn Rushd dikaji di
Universiti Mexico sehingga tahun 1831.
Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rusyd turut menjangkau bidang
yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian
masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli
falsafah dan masyarakat awam.Pembahagian strata sosial ini merupakan asas
pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan
oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran
dengannya. Apabila melihat keterampilan Ibnu Rushd dalam pelbagai bidang ini,
maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok
bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rushd jauh lebih
besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup
sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.
Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia.
Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau
Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan
teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai
mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah
yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah
malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain
wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah,
perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universitiuniversiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah
berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu
dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

Anda mungkin juga menyukai