Anda di halaman 1dari 11

Oleh :

Muhammad Zufar Bin Marwah

Umum mengetahui masyarakat Melayu di Malaysia begitu teliti dalam soal


perkahwinan apatah lagi jika ianya berkaitan soal mas kahwin dan hantaran. Adalah
sangat penting terlebih dahulu untuk memahami konsep mas kahwin dan hantaran
kerana kedua-dua ini adalah berbeza dari istilahnya.

Mas kahwin atau mahar ( perkataan Arab) adalah suatu pemberian wajib yang
berupa wang (al-Quran dan sebagainya) oleh pengantin lelaki kepada pengantin
perempuan semasa upacara akad nikah.1 Hantaran menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat pula sesuatu wang yang dihantar oleh pihak lelaki kepada bakal mertua
untuk perbelanjaan perkahwinan atau dikenali sebagai belanja hangus (dalam urusan
perkahwinan orang Melayu) dan hadiah (berupa makanan, pakaian dan sebagainya)
yang dibawa bersama wang hantaran.

Pendek kata, mas kahwin suatu perkara yang diwajibkan di dalam Islam dan
hantaran itu merupakan suatu amalan kebiasaan di dalam perkahwinan masyarakat
Melayu di Malaysia sejak dahulu lagi. Walaupun mas kahwin itu adalah syariat dan
hantaran kahwin itu adat, masyarakat Melayu di Malaysia lebih mementingkan
perihal hantaran kahwin berbanding mas kahwin. Islam sudah lama memberikan
panduan kepada bakal pengantin dalam soal menjadikan perkahwinan itu terbaik.
Nabi s.a.w bersabda :

Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan


adalah yang paling rendah mas kahwinnya
(Riwayat Ibn Hibban)

Kamus Dewan Edisi ke-empat Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Walaupun diketahui hantaran kahwin itu hanyalah adat, Islam tidak pernah
melarangnya malah mengharuskannya asalkan ianya tidak melanggar batas-batas
syariat.

Ianya dapat dihuraikan dalam syarat-syarat untuk menetapkan kedudukan sesuatu


adat sebagai asas penentuan hukum iatu:2

Adat tersebut tidak menyalahi hukum syarak dari aspek amalan dan
perlaksanaanya

Adat tersebut diamalkan dan diterima majoriti dalam sesuatu masyarakat

Adat tersebut sudah wujud dan diwarisi zaman berzaman

Adat tersebut diterima pakai dan diamalkan oleh generasi terkemudian

Persoalannya, sejauh manakah kefahaman masyarakat Melayu di Malaysia


tentang mahar dan hantaran? Ada kes yang berlaku di mana hantaran kahwin tinggi
sampai

berpuluh-puluh

ribu

seolah-olah

menunjukkan

masyarakat

lebih

mementingkan hantaran dari mahar. Adakah masyarakat Melayu di Malaysia


terkeliru atau sengaja dalam soal memberikan nilai kepada mahar dan hantaran itu
sendiri ? Apakah asas-asas yang membentuk kefahaman masyarakat Melayu di
Malaysia dalam melaksanakan hal tersebut?

Adalah penting untuk mencungkil semua permasalahan yang dinyatakan di atas


dan melihat semua perkara tersebut daripada perspektif Islam.

Md Saleh Hj Md @ Hj Ahmad (2006), Urf dan Adat Semasa di Malaysia Sebagai Asas

Penentuan Hukum Yang Tidak di Naskan, dalam Md Saleh Hj Md @ Hj Ahmad (et.al.),


Hukum Islam dan Budaya Tempatan. Kuala Lumpur : APIUM, h. 483.

Menarik untuk diketengahkan kenapa senario hantaran kahwin tinggi


semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Apakah
rasionalnya dan asas berlaku sedemikian? Alasan pertama seringkali diungkapkan
segelintir pihak kenapa hantaran belanja perkahwinan semakin tinggi kerana mereka
mengambil kira faktor harga barang-barang keperluan semasa yang semakin naik dan
kos hidup yang semakin tinggi dalam penyediaan peralatan perkahwinan dan
sebagainya. Kalau harga emas naik, harga hnataran bakal isteri juga akan naik.
Umum mengetahui, kebiasannya wang hantaran yang diberikan oleh pihak pengantin
lelaki akan digunakan semula sebagai wang belanja hantaran oleh pihak pengantin
perempuan dalam menguruskan kos perkahwinan.

Dalam sesetengah kes, ada persetujuan oleh pihak pengantin lelaki untuk
tidak memberikan wang hantaran semata-mata sebaliknya menggabung keduanya,
wang hantaran dan barang-barang peralatan perkahwinan (untuk pengantin
perempuan) seperti kasut, pakaian, beg tangan, set minyak wangi dan lain-lain. Yang
nak dikaitkan di sini, adalah sikap suka menyediakan banyak barang-barang hantaran
(berdulang-dulang) dan kos perbelanjaan dikeluarkan untuk membeli barang-barang
yang dinyatakan tersebut melampaui batas kemampuan. Jangan terkejut ada pihak
perempuan yang menuntut untuk pihak pengantin lelaki yang menyediakan barangbarang hantaran seperti kasut dan beg tangan yang berjenama malah ada
membelanjakan lebih dari RM 3000 semata-mata hanya untuk membeli kasut! Itu
belum dikira lagi barang-barang keperluan lain.

Tidak menjadi persoalan sekiranya pihak pengantin lelaki sememangnya


mampu menyediakan barang-barang hantaran perkahwinan yang diminta. Yang
menjadi isunya adalah beban yang ditanggung oleh pihak pengantin lelaki yang tidak
ada kemampuan kewangan yang baik dalam menyediakan segala barangan hantaran
tersebut. Demi melaksanakan cita-cita cinta ke jinjang pelamin, banyak kes yang
berlaku di mana pihak pengantin lelaki sanggup meminjam duit (berhutang) sehingga
berpuluh-puluh ribu dari pihak bank akibat

terdesak malah ada yang sanggup

menggadai nyawa meminjam wang dari ceti haram demi memenuhi tuntutan
perbelanjaan hantaran yang tinggi tersebut. Yang lebih menyedihkan sehingga majlis
perkahwinan itu selesai pun masih lagi gagal membayar hutang pinjaman yang
dugunakan untuk wang hantaran itu.
3

Saban tahun Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) akan


mengeluarkan statistik kemasukan gender (lelaki dan wanita) ke Institut Pengajian
Tinggi (IPT). Tidak mengejutkan, angka-angka setiap tahun itu menunjukkan jumlah
kemasukan pelajar perempuan melebihi dari pelajar lelaki di kebanyakan IPT. Kesan
dari statistik ini sedikit sebanyak melahirkan golongan perempuan yang bijak pandai,
berpendidikan tinggi serta bekerjaya tinggi pada masa kini. Tidak dinafikan akses
golongan perempuan untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam organisasi
juga semakin meluas sejak usaha yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Dasar
Wanita Negara. Perkembangan ini juga mempengaruhi asas kepercayaan sesetengah
masyarakat bahawa hantaran kahwin perlu diletakkan tinggi berdasarkan tahap
pendidikan dan kerjaya seseorang perempuan itu.

Agak mengejutkan dalam satu pendedahan laporan khas yang dikeluarkan


oleh akhbar Kosmo pada Julai 2013 dari soal selidik pihak mereka berkaitan isu
hantaran kahwin mendapati nilai anak dara yang berkelulusan ijazah boleh mencecah
sehingga RM 50,000 ditambah dengan faktor tempat. Jika yang hanya berkelulusan
ijazah sahaja sudah tinggi, apatah lagi yang nilai bagi individu wanita yang bekerjaya
tinggi. Ada segelintir pihak keluarga pengantin perempuan yang menganggap jika
perempuan itu mempunyai darjat kerjaya yang tinggi dari calon lelaki, perlu
diletakkan tinggi hantaran perbelanjaannya kerana bagi mereka ianya berpadanan.

Tidak mustahil dengan meletakkan tahap pendidikan seseorang wanita


dengan nilai-nilai tertentu ini mampu menjadi fenomena dan ikutan segelintir pihak
di Malaysia. Ada juga pihak pengantin perempuan yang merasa bangga apabila
sekiranya calon menantu mereka memberi hantaran paling tinggi dalam sejarah
perkahwinan adik-beradik perempuan tersebut. Situasi ini pasti akan memberi
tekanan yang tinggi kepada bakal pengantin lelaki untuk menyediakan wang
hantaran perkahwinan bagi mereka yang tidak mampu.

Ada pula sesetengah pihak pengantin yang tidak tetap pendirian dan terlalu
menjaga persepi masyarakat tentang nilai hantaran perkahwinan yang diletakkan.
Golongan ini takut dikutuk sekiranya mereka meletakkan harga hantaran
perkahwinan yang rendah nanti akan dikatakan tidak pandai meletakkan nilai anak
mereka malah ada yang berlumba-lumba dalam soal meletakkan nilai hantaran
perkahwinan. Kebiasaanya dalam golongan keluarga berada pula, wujud satu
kepercayaan bahawa mereka perlu menjaga piawaian keluarga mereka. Mereka mahu
dipandang tinggi dengan status sosial atau rupa yang dimiliki.

Adalah penting asas-asas kepercayaan nilai hantaran perkahwinan perlu


tinggi oleh masyarakat melayu di Malaysia yang dinyatakan di atas ini untuk
dibincangkan dari sudut pandang Islam.

Memang tidak boleh dinafikan realiti harga barangan yang semakin naik ini
kerana ia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh teori dan amalan ekonomi kapitalisme
laissez faire yakni mempunyai nilai inflasi (kenaikan) saban tahun. Yang menjadi
masalahnya adalah penyediaan hantaran perbelanjaan perkahwinan itu melebihi had
kemampuan seseorang dan melampaui batas. Melampaui batas sehingga hantaran itu
meyebabkan bakal suami terpaksa berhutang semata-mata perbelanjaan hantaran
kwhin yang tinggi dan bakal suami terpaksa menangguhkan lebih lama tempoh
pernikahan dek kerana belum lagi mecukupi kadar jumlah hantarannya. Allah s.w.t
tidak suka setiap perkara yang melampaui batas. Hal ini dapat dihayati dalam
firmanNya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda


yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu
melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
(Surah al-Maidah: ayat 87)

Sikap suka menyediakan hantaran berdulang-dulang banyaknya boleh


diumpamakan sebagai amalan boros. Islam jelas tidak menggalakkan umatnya
berboros kerana tabiat buruk ini datang dari amalan syaitan. Allah s.w.t menempelak
golongan yang boros ini melalui firmanNya :

"Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu
pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
(Surah al-Israk: ayat 27)

Allah s.w.t juga mengingatkan hambaNya berkaitan soal boros ini melalui
firmanNya :
"Hamba-hamba Allah ialah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak
boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana."
(Surah al-Furqan: ayat 67)

Sikap boros ini dapat dikaitkan dengan nafsu yang keji. Ada pengantin
perempuan yang jadi rambang mata dalam persediaan pembelian barang hantaran.
Yang salahnya membeli barang hantaran perkahwinan yang tidak perlu melebihi dari
yang perlu. Ternyata melalui akhlak dan kawalan nafsu yang baik dalam mengawal
perbelanjaan barang-barang hantaran perkahwinan sebenarnya mampu mengawal
nilai hantaran perkahwinan itu sendiri walaupun realiti barang keperluan semasa
tinggi. Yang penting biarlah perbelanjaan barang-barang perkahwinan itu betul-betul
diperlukan dan mengikut kemampuan pihak yang menanggungya. Sesungguhnya
Islam lebih menyarankan agar setiap urusan perkahwinan itu dipermudahkan dengan
merendahkan nilai mahar dan menyegerakan walimah.

Asas kepercayaan kedua yang mengatakan tahap pendidikan dan kerjaya


seseorang wanita itu mempengaruhi nilai hantaran perkahwinan perlu ditangani
dengan baik. Jika diamati dengan teliti, fenomena yang digelar menjual anak di
mana segelintir pihak keluarga pengantin perempuan yang gemar meletakkan harga
hantaran yang tinggi mengikut status tahap pendidikan dan kerjaya seseorang wanita
sememangnya tidak digalakkan di dalam Islam.

Islam sama sekali tidak pernah mengajar umatnya membeda-bedakan darjat


seseorang itu berdasarkan pangkat, rupa dan sebagainya apabila berbicara soal
ibadah. Hal ini nyata dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya :
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling taqwa di antara kamu
(Surah al- Hujurat : ayat 13)

Apa yang boleh dikatakan dalam sikap suka membeda-bedakan nilai hantaran
mengikut tahap pendidikan ini adalah kerana ego dan riya yang menebal dalam diri
pihak keluarga pengantin perempuan. Islam memandang sikap ego dan riya ini
sebagai suatu perkara yang mampu menggugat akidah seseorang.
Riya diertikan sebagai membuat ibadah atau sesuatu kebaikan dengan tujuan
menunjuk-nunjuk kepada orang untuk mendapat pujian, atau melakukan sesuatu
bukan kerana Allah.3

Walaupun perkahwinan itu sendiri merupakan perkara kebaikan , tapi dengan


sikap membeda-bedakan nilai seseorang wanita itu menurut tahap pendidikan dan
kerjayanya dengan tidak munasabah seolah-olah menunjukkan perkahwinan itu
dilakukan bukan kerana Allah tetapi mahu menunjuk-nunjuk bahawa wanita itulah
yang paling mahal.

Kamus Dewan Edisi ke-empat Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Nabi s.a.w awal-awal lagi sudah berpesan di dalam sebuah hadis Riwayat
Abu Hurairah r.a, Baginda bersabda :

Wanita itu dinikahi kerana empat perkara ; kerana harta bendanya, kerana
keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang
beragama, maka kamu akan beruntung.
(Shahih Muslim No.2261)

Jika difahami maksud hadis di atas, Islam tidaklah mengenepikan soal harta
benda dan darjat seseorang, tapi yang lebih utama adalah soal agama sesorang.
Biarlah harta benda itu diukur sesuai nilainya mengikut kemampuan bakal pengantin
lelaki itu sendiri kerana harta itu bersifat sementara dan tidak mampu menjamin
kebahagiaan dunia akhirat tetapi andai agama seseorang itu baik diyakini bahawa
ianya mampu membawa kepada reda Allah dalam perhubungan perkahwinan itu
sendiri.

Adapun kenapa hantaran kahwin perlu tinggi kerana terlalu memikirkan


pandangan orang sekeliling berbanding kehendak dan keutamaan sendiri sebenarnya
adalah tidak berasas. Ada segelintir pihak keluarga pengantin perempuan yang
sengaja menaikkan nilai hantaran kahwin mahal sesuka hati sebab takut menjadi
bualan negatif orang di belakang seperti tidak pandai meletak nilai pengantin
perempuan itu ataupun tidak ada standard. Sikap terlalu bermegah-megah dengan
nilai dan seperti berlumba-lumba ini sudah lama disebut Allah s.w.t dalam firmaNya:
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan
berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anakpinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali
(bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa
hendak mati)!. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap
demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!.
(Surah at-Takathur : ayat 1 4)

Apa yang berlaku hari ini ternyata menyebabkan tumpuan dan tujuan
perkahwinan dalam Islam tidak tercapai.

Allah s.w.t telah berfirman :


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Surah ar-Rum : ayat 21)

Menurut Mustafa Hj. Daud (1991), perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk :
- mendaulatkan kalimah Allah s.w.t
- memperluas dan mengeratkan silaturahim sesama manusia
- menyambung generasi manusia
- memelihara keturunan
- kebahagiaan di dunia melalui kebahagiaan rohani dan jasmani seluruh ahli keluarga
dan akhirat dengan mendapat ganjaran syurga

Ternyata dengan perkahwinan ini juga akan memperluas dan mengeratkan


silaturahim (ukhuwah) sesama manusia itu sendiri. Hubungan silaturahim ini pasti
tidak akan terjalin (terputus) sekiranya kedua belah pihak pengantin lelaki dan
perempuan yang asalnya ingin menjalinkan silaturahim masih bermasam muka
akibat dari tidak setuju dengan isu nilai hantaran malah ada yang tidak dapat
meneruskan niat perkahwinan kerana merasakan tidak mampu untuk menanggung
beban nilai perbelanjaan hantaran perkahwinan yang tinggi.

Kesimpulannya, isu nilai hantaran perkahwinan yang tinggi tanpa sebab yang
munasabah akan menyebabkan hasrat murni segelintir individu yang sudah layak
hukum wajib berkahwin terbantut. Islam bukanlah agama yang menyusahkan
umatnya lebih-lebih lagi dalam hal kebaikan, namun ketaksuban dan pemilikan sifatsifat mazmumah segelintir umat Islam akan mendorong sesuatu kebaikan dalam
agama itu sukar dilaksanakan. Adalah sangat penting masyarakat Melayu di
Malaysia untuk bermuhasabah semula perkara berkaitan nilai hantaran perkahwinan
ini secara halus. Jalan yang terbaik adalah duduk berbincang sesama kedua-dua
pihak keluarga pengantin dengan baik dan meletakkan hantaran kahwin itu sesuai
dengan kesederhanaan dan kemampuan masing-masing tanpa merendahkan martabat
wanita itu kerana pokok yang lebih utama lagi adalah kehidupan selepas
perkahwinan itu sendiri. Seeloknya buang ego yang menebal dalam diri dan
mengalah. Andai kata soal hantaran perkahwinan ini masih lagi melampaui batas dan
menyusahkan masyarakat pada masa akan datang seeloknya sumber adat yang sekian
lama dipegang ini diketepikan terus. Tiada guna jika meletakkan nilai hantaran tinggi
sebelum perkahwinan sehingga menyusahkan urusan perkahwinan itu sendiri tetapi
hasil selepas perkahwinan membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t kerana yang
dicari dalam sebuah perkahwinan itu adalah kurniaan mawaddah dan warahmah dari
Allah s.w.t.

10

Bibliografi

1. Pinjaman Along Hantaran Kahwin. Diperolehi daripada


http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Pinjamalonghantarankahwin/A
rticle/index_html

2. Mustafa Hj. Daud (1991), Perkahwinan Menurut Islam:Utusan Publications

3. Raihanah Azahari, Khairun Najmi Saripudin, Raihana Abd Wahab (2009).


Hubungan Di Antara Faktor Demografi Dengan Penentuan Kadar Hantaran:
Kajian Di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Jurnal Fiqh (6),107-124
4. Hantaran beban,bukan mas kahwin. Diperolehi dalam arkib 13 Dis 2009
daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1213&pub
=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_24.htm&arc=hive
5. Nurul Ain Mohd Hussain. Kadar Mas Kahwin: Masyarakat Perlu Bezakan
Antara 'Adat Dan Ibadat'.Diterbitkan pada 12 Dis 2009 daripada
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2009/12/12/kadar-maskahwin-masyarakat-perlu-bezakan-antara-adat-dan-ibadat/
6. Al-Faqir Ibn El-Merg (2012). Kesederhanaan;Mahar,Walimah dan Hantaran
Dalam Urusan Perkahwinan

7. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
8. Dasar Wanita Negara. Diperolehi daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/249-dasarwanita-negara.html

11

Anda mungkin juga menyukai