Anda di halaman 1dari 7

NAMA

: NORSUHAIADI B. SUPARDI

UNIT

: PPG SAIINS SEM 8 (AMBILAN FEB 2012)

SUBJEK

: ELM 3043E

PENSYARAH : EN. MOHD FAUZI B. DAUD

1.0

SUMBANGAN

UNESCO

TERHADAP

PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN

MALAYSIA
Pada pandangan dan pendapat saya berkaitan sumbangan UNESCO terhadap
pembangunan pendidikan di Malaysia adalah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) yang telah dilancarkan merupakan inisiatif yang selari dengan
strategi Unesco bagi mencapai matlamat pendidikan untuk semua. Merujuk Menteri
Pendidikan berkata, selaras dengan matlamat itu melalui PPPM, Malaysia telah
mengambil pelbagai inisiatif untuk memperluas akses dan ekuiti pendidikan serta
meningkatkan kualiti pendidikan Negara. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan harapan yang tinggi dan serius dalam usaha
memastikan pendidikan yang berkualiti diberikan kepada murid tanpa mengira
peringkat dan latar belakang.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) adalah salah satu


agensi

Bangsa-Bangsa Bersatu

yang

memainkan

peranan

untuk

membawa

keamanan, keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan menggalakkan


kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Buat pengetahuan
anda, Malaysia tidak terkecuali dalam menyertai UNESCO seperti penyertaanpenyertaannya yang lain dalam ASEAN, Komenwel, OIC dan lain-lain lagi. Malaysia
telah menyertai UNESCO pada awal penubuhannya.

Pada 1993, UNESCO telah membentuk 4 toggak pendidikan. Selaras dengan

mandat yang diberikan oleh PBB kepada unesco dalam melaksanakan kemajuan
dalam bidang pendidikan, pada 1996 badan ini telah menetapkan bahawa tonggak
ini harus dijadikan panduan bidang pendidikan. Empat tonggak pendidikan seperti
yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah (1)
belajar untuk mengetahui, (2) belajar untuk melakukan, (3) belajar untuk menjadi
apa dan (4) belajar untuk hidup bersama.
Belajar Untuk Mengetahui
Belajar untuk mengetahui adalah salah satu alat yang penting dalam proses
pembelajaran. Ia adalah satu alat kognitif di mana seseorang mesti memperoleh untuk
memahami kerumitan persekitaran dan seterusnya memaksimumkan potensi kecemerlangan.
Belajar untuk mengetahui juga sebagai keperluan asas yang dapat memudahkan pembelajaran
pada masa depan. Seseorang juga mesti mengetahui orang di sekelilingnya melalui komunikasi
dan interaksi yang mana akan membantu seseorang itu mencapai kejayaan dalam hidupnya.
Belajar untuk mengetahui melibatkan proses pembelajaran untuk memperkembangan daya
tumpuan, kemahiran mengingat dan keupayaan untuk berfikir. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu merancang satu proses pembelajaran yang menyeronokkan,
memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk mencetuskan keinginan mereka untuk
mendapatkan pengetahuan baru yang lebih mendalam. Selain itu, guru juga perlu
memperkenalkan kemahiran-kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan
yang baru.
Belajar Untuk Melakukan
Belajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat melengkapkan seseorang
dengan kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan seseorang itu terus hidup dan
mengambil bahagian dalam dunia global secara berkesan. Potensi seseorang akan digilap
dalam proses pembelajaran sehingga seseorang dapat melakukannya perubahan kepada
persekitarannya pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, seseorang itu mampu untuk
mencipta inovasi berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehinya. Kompetensi personal dan
profesional seperti kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan
kemahiran menyelesaikan masalah adalah faktor-faktor penting dalam menentukan Belajar
Untuk Melakukan berhasil. Peranan pendidikan dalam Belajar Untuk Melakukan adalah untuk

meningkatkan inisiatif individu dalam penyertaan pembangunan masa depan mereka yang
berasaskan pengetahuan teoritikal dan praktikal. Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk
memastikan pelajar dapat menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang
terbaik.
Belajar Untuk Menjadi Apa
Belajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan seharusnya mampu untuk
membangunkan seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik
seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan mesti
menyediakan peluang untuk seseorang membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh
berfikir dan menilai secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang terbaik, mengambil
tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka dan seterusnya bertanggungjawab ke
atas tindakan yang telah diambil. Tugas penting pendidikan adalah untuk memastikan bahawa
semua orang menikmati kebebasan untuk berfikir, membuat pertimbangan yang wajar,
kebebasan merasa dan membuat imaginasi untuk membangunkan bakat mereka dan
seterusnya menentukan cara hidup mereka. Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk
memastikan bahawa semua pelajar sentiasa dilengkapi dengan sumber-sumber personal dan
alat intelektual yang diperlukan untuk memahami dunia dan bertindak sebagai seorang manusia
yang bertanggungjawab dan adil. Keadaan begini boleh ditingkatkan melalui kerja berkumpulan,
pembelajaran

berasaskan

masalah

dan

pembelajaran

berasaskan

projek.

Belajar Untuk Hidup Bersama


Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting erana tiada siapa yang boleh
hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu menyedarkan individu tentang kepentingan
kedamaian di dunia. Individu mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia,
prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya, toleransi
dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa
mengira perbezaan latar belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan
aman dan harmoni. Sekolah dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar
untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang aman. Dua elemen
yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar di dalam proses Belajar Untuk Hidup adalah untuk
memahami perbezaan individu dan bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang

sama.

Cabaran kepada guru


Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan seperti mana yang digariskan
dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi cabaran yang besar kerana mereka perlu
memastikan bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk
meneroka, bergaul dan berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza sejak
peringkat awal lagi. Individu mesti sedar, memahami dan menghormati perbezaan jantina, etnik,
status sosio-ekonomi, intelektual, kepercayaan dan agama.
Cara guru menangani cabaran
Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan bekerjasama dengan orang lain demi
mencapai keamanan dan keharmonian dalam kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan
juga harus membangunkan individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan
yang membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan cabaran.

1.0

SUMBANGAN

PEMADAM

DALAM

MEMBANTERAS

MASALAH

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA DI MALAYSIA.


PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Ia adalah
satu

pertubuhan

sukarela

yang

ditubuhkan

untuk

menolong

mereka

yang

bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk member tunjuk ajar


kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk
mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi DADAH.
PEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia telah ditubuhkan pada
22 Mac 1976. Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia adalah
penaung PEMADAM dan beliau melantik Yand DiPertua PEMADAM Kebangsaan iaitu
Yang DiPertua PEMADAM yang pertama ialah YB Dato' Athi Nahapan. Pada bulan Jun
1976, YB Dato' Rais Yatim telah dilantikan sebagai Yang DiPertua kedua. Pada 9 Jun
1987, YB Tan Sri Dato' Seri Megat Junid bin Megat Ayob pula telah dilantik menjadi
Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan ketiga dan semenjak 16 Disember 1999
sehingga kini, Yang DiPertua PEMADAM ialah YB Dato' Zainal Abidin bin Zin.
PEMADAM

ditadbirkan

oleh

satu

badan

yang

dipanggil

Majlis

Anti

Dadah PEMADAM Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera pengurusan dan
pelaksanaan program dan aktivitinya, 11 biro telah diwujudkan. Sebagai satu badan
yang bercorak kebangsaan, PEMADAM juga bergerak di peringkat negeri, daerah
dan unit.
Di dalam usia 25 tahunnya PEMADAM telah dikenali ramai dan bolehlah
dikatakan PEMADAM telah menjadi " a household name ". Sebagai sebuah badan
bukan kerajaan, PEMADAM telah bergerak cergas membantu kerajaan memerangi
dadah, musuh utama negara.
Di dalam negara, PEMADAM menjalin hubungan rapat dan kerjasama erat
dengan beberapa kementerian dan jabatan, di antaranya Kementerian Pendidikan,

Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan,


Kementerian Dalam Negeri, Agensi Dadah Kebangsaan dan Polis DiRaja Malaysia.
PEMADAM juga memandang penting kepada peranan agama dan dengan itu
sentiasa mendapatkan input-input yang konstraktif daripada badan-badan ini.
Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan dan
penyebaran maklumat dan mesej anti dadah. Untuk mencapai matlamat ini,
PEMADAM memberi fokus kepada belia, murid, pelajar, pekerja, pendidik dan
ibubapa.

Berbagai

kursus,

seminar,

bengkel

diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran
mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat dipertingkatkan.
PEMADAM telah menganjurkan, menaja, mengelola atau terlibat sama di
dalam projek dan program seperti kursus panel penceramah, kursus anti dadah
untuk ibubapa, seminar anti dadah untuk belia, skim lencana anti dadah untuk
pelajar-pelajar sekolah dan juga bengkel bengkel celek komputer bagi pengendalian
maklumat di zaman ledakan teknologi informasi ini.
Walaupun

PEMADAM

tidak

terlibat

dengan

urusan

rawatan

dan

pemulihan, namun PEMADAM sangat peka terhadap nasib malang dan penderitaan
orang-orang yang terdekat dengan penagih seperti ibu bapa, anak isteri dan
saudara mara. Oleh itu, PEMADAM menubuhkan PENAWAR, sebagai badan rujukan
dan sokongan kepada ahliI-ahli keluarga penagih yang disebut sebagai golongan
penderita sepi atau "silent sufferers ".
Di luar negara, di arena antarabangsa pula, PEMADAM juga begitu aktif
sekali, khususnya di negara-negara jiran ASEAN dan di rantau asia. Pemadam
menjadi pertubuhan pengasas kepada penubuhan IFNGO (international federation
of ngo's ), satu badan ikatan antarabangsa menentang penggunaan dadah.
Sekretariat IFNGO adalah di ibu pejabat pemadam kebangsaan. IFNGO juga telah
melahirkan bengkel ASEAN-NGO, juga satu forum anti dadah tetapi khusus untuk
negara-negara ASEAN. Usaha baik IFNGO telah mendapat pengiktirafan ECOSOC
(Economic & Social Council) Bangsa-Bangsa Bersatu.

PEMADAM juga turut aktif di dalam aktiviti-aktiviti WFTC( World Federation of


Therapeutic Communities) dan forum-forum anti dadah lain yang dianjurkan
samaada oleh Colombo Plan atau lain-lain agensi anti dadah Bangsa-Bangsa
Bersatu.Maka dengan itu, jelaslah di dalam usia 25 tahunnya, PEMADAM telah dapat
menyumbangkan berbagai khidmat yang membina dan bererti kepada usaha
negara memerangi wabak dadah. Nyatalah sokongan padu dan bantuan ikhlas
daripada semua warga malaysia akan dapat menggerakkan PEMADAM ke tahap
pencapaian yang lebih tinggi dan lebih jitu demi kesejahteraan rakyat dan negara
kini dan di masa hadapan.

Antara tugas-tugas PEMADAM adalah


1. Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan
pencegahan, pendidikan dan penerangan.
2. Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan
dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.
3. Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunselling.
4. Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain
pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.

Anda mungkin juga menyukai