Anda di halaman 1dari 12

Kuota 60% untuk pelajar B40 ke sekolah

asrama penuh
News | Diterbitkan 19 Dis 2018, 4:33 petang | Dikemaskini 19 Dis 2018, 4:33 petang

https://www.malaysiakini.com/news/456894

Pengambilan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai sesi kemasukan 2019 akan
memberi lebih peluang kepada anak-anak daripada keluarga B40 dengan jangkaan penawaran
kepada golongan tersebut sehingga 60 peratus daripada keseluruhan penempatan.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata mulai tahun hadapan, pihaknya memutuskan untuk
mengembalikan semula semangat SBP iaitu membantu pelajar-pelajar berpotensi golongan B40,
selari dengan dasar kerajaan baharu untuk terus membantu golongan kurang berada memperoleh
kemudahan pendidikan berkualiti.

“Justeru itu, pengambilan kali ini akan memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak
keluarga B40 sama ada dari kawasan luar bandar, miskin kota dan anak-anak anggota
beruniform," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kementerian berkata penawaran ke Tingkatan 1 (2019) juga mengambil kira


beberapa faktor lain seperti pemilihan SBP oleh pemohon, kapasiti enrolmen sesebuah SBP,
jantina dan lokaliti pemohon.

Katanya untuk pengambilan 2019, KPM telah menerima sebanyak 77,487 permohonan
kemasukan ke SBP dan daripada jumlah ini, 21,841 telah dikenal pasti melepasi syarat-syarat
asas kelayakan.

KPM berkata antara syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia, mencapai tahap pencapaian
minimum dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menduduki dan mencapai aras
toleransi (65 peratus) dalam Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) dan
mencapai merit Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan
Psikometrik.

“KPM memberi komitmen untuk memastikan murid daripada kelompok B40 diberi peluang
semaksimum mungkin bagi mendapat pendidikan yang lebih teratur dalam persekitaran kondusif
seperti yang berupaya ditawarkan di SBP," katanya.

- Bernama
Isu MRSM, SBP, dan kuota golongan B40.
Bacalah tulisan dari kacamata seorang guru
ini..
31 Disember 2018 | MOHD FADLI SALLEH
https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/isu-mrsm-sbp-dan-kuota-golongan-b40-bacalah-
tulisan-dari-kacamata-seorang-guru-ini-1.919872

"DALAM saga berkaitan SBP dan MRSM beberapa hari ini sebetulnya melahirkan rasa terkejut
dalam kalangan ibu bapa terhadap polisi yang dikembalikan.

Kenapa disebut 'dikembalikan'. Kerana ia polisi asal. Mula wujud sejak wujudnya institusi.
Hampir pupus. Dan kini dibugarkan kembali.

Apabila 60 peratus anak berpendapatan rendah diterima masuk SBP dan apabila 65 peratus anak
miskin kurang kemampuan diterima masuk ke MRSM, maka tinggal 40 dan 35 peratus sahaja
ruang untuk anak kategori mampu.

Berebutlah 35% anak guru, doktor, lawyer, profesor, engineer, arkitek dll. ingin mendapatkan
tempat.

Maka sebab itu sehari dua ni kita boleh lihat golongan mana yang mengamuk sakan. Lihat
tulisan di FB itu, siapa dan apa jawatan penulisnya.

Dah lama dah tujuan asal penubuhan institusi ini tidak di'highlight' dalam masyarakat. Kalau ada
pun tak bersungguh.

Dulu, demi mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat idea ini diwujudkan.

Anak si kaya atau si mampu, boleh dibelai diberi segala kemudahan pembelajaran oleh ibu bapa.
Sebut saja nak apa? Alat pembelajaran terbaik, tuisyen terbaik, buku-buku rujukan dan latihan
terbaik, ruang belajar dirumah terbaik, gadjet pembelajaran terbaik, semua mampu disediakan.

Justeru apabila ke sekolah, ia sekadar 'nasi tambah'. Sampai terkadang pelajar ini lebih percaya
cikgu tusyen dari cikgu sekolah.

Sementara bagi anak berpendapatan rendah dan tak mampu, untuk memastikan keberadaan ibu
bapa di rumah pun susah. Ayah jadi jaga. Ibu cleaner. Pelajaran terabai. rumah kecil dan sempit.
Alatan belajar usang. Support sistem di rumah sangat minima.
Justeru budak-budak ini yang ingin diselamatkan, diberi biasiswa, bantuan, masuk ke SBP dan
MRSM, supaya tidak ketinggalan dalam kasta sosial masyarakat. Supaya kelak dapat bantu
memulihkan ekonomi keluarga.

Tapi kenapa saya seru orang atasan KPM baca?

Isunya begini, setelah sekian lama perjalanan SBP dan MRSM ini sikit demi sikit tersasar dari
matlamat asal, ia perlu diperbetul secara menyeluruh bukan sekadar dari sudut peratus enrolmen
sahaja.

Secara beransur tanpa sedar atau sedar, sekolah-sekolah ini di'elit'kan sampai ke akar. Yang
masuknya sebahagian besar anak bangsawan dan hartawan bercampur dengan anak miskin dan
susah.

Cadangan-cadangan dari PIBG nya ansur-ansur berubah dari cadangan 'kebajikan' kepada
cadangan elitis. Kutipan 'sumbangan'nya menjadi 'Ya Rabbi, mahalnya!'.

Yang kategori mampu dan miskin, telan air liur. Masuk tahun baru, bayar sajalah. Nak bantah,
bila undian dibuat, 7 elitis sokong, 3 marhaenis bantah, agaknya siapa menang?

Sedap 'run' sekolah dan program-program gah bila duitnya pun melimpah ruah.

Baju kalau boleh, Isnin hingga Jumaat warnanya berubah.

Tak ada masalah sebenarnya.

Jika semua setuju, buatlah.

Yang jadi masalah, kini, bila golongan B40 mahu diberi layanan khas semula, kerajaan perlu
turun ke sekolah-sekolah ini dan buat penilaian semula.

Jika hanya ruang yang diberi kepada B40 tapi yuran mencecah RM1500 hingga RM2000 hasil
tangan-tangan elitis dulu, tak mustahil ramai yang terpaksa menekan butang 'tolak tawaran'.

Sebahagian institusi ini sudah pun menjadi sekolah 'private' versi kerajaan.

Pada saya, prestijnya sekolah itu tidak perlu dibuang atau direndahkan. Ia sudah sebati pun
dalam minda masyarakat. Jika halang kutipan yuran tinggi pula, akan jadi masalah juga buat
guru-guru menjalankan aktiviti.

Kesimpulannya, berikanlah biasiswa penuh atau sebahagian kepada meraka. Turunkan bantuan
kepada sekolah ini segera.

Dan paling penting, turunkanlah peruntukan besar juga kepada Sekolah Harian Biasa. Bukan
pengumuman besar-besaran yang kita mahu. Tapi duit turun secara besar-besaran yang kita
perlu.
Cash. Bukan dengan pelbagai birokrasi. Jangan peram duit, dan hujung-hujungnya hantar
pegawai ke Ausie.

Ada duit banyak, tahulah guru nak buat apa. Ada duit banyak, tak sempat ada kertas kerja pun
program jalan serta-merta.

Bila Sekolah Harian sudah mantap dan program lebat, pelajar dinaiktaraf menjadi hebat, tidaklah
golongan M40 dan T20 rasa ralat, bila anak-anak nak ke SBP MRSM tak dapat.

Oh, ya.

Ibu bapa bangsawan, hartawan dan elitis pun apa kata beramai-ramai masukkan anak ke sekolah
harian DAN bagi sumbangan sebanyak mana yang kalian 'tak kisah' nak bagi kat sekolah gah itu.

Jangan pula bila hantar anak ke sekolah harian biasa, tetiba habis pulak segala harta dalam dan
luar negara, sampai diminta RM50 pun diviral merata alam maya.

Again, ada duit, tahulah cikgu-cikgu nak buat apa."

**********

Aku tidak pernah menulis hal ini. Sebaliknya aku hanya memerhati bacaan dari luahan dan tulis
orang lain sebelum ini.

Dan ini merupakan salah tulisan dari seorang guru bernama Muhammad Irfan dalam page Kami
Guru Malaysia. Pada aku, tulisan ini sangat baik dan kena.

Kau rasa macam mana?

Sumber FB Mohd Fadli Salleh.

#MFS
MRSM, SBP tidak patut berubah jadi
sekolah 'anak golongan berada'
Ahad, 23 Disember 2018 11:50 AM
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/12/23/mrsm-sbp

KUALA LUMPUR: Tujuan asal penubuhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) untuk membantu golongan berpendapatan rendah perlu dikekalkan
dan tidak sepatutnya kedua-dua sekolah itu berubah menjadi sekolah ‘anak golongan berada'.

Sehubungan itu, pemilihan pelajar ke sekolah elit itu sepatutnya tidak hanya bersandarkan
kecemerlangan akademik, tetapi latar belakang serta pendapatan keluarga turut perlu diberikan
perhatian.

Bagi Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof
Madya Datuk Mohamad Ali Hasan, beliau menyambut baik langkah kerajaan untuk meluaskan
kuota kemasukan sehingga 60 peratus ke SBP dan 65 peratus ke MRSM bagi pelajar daripada
golongan B40 mulai tahun hadapan.

Justeru beliau mahu pengambilan pelajar mematuhi dasar 60 peratus dan 65 peratus yang
ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya monopoli dalam kalangan pelajar yang bukan dalam
kategori itu.

"Kalau dah ditetapkan kuota kepada pelajar B40 memasuki MRSM dan SBP, maka perlu
dipastikan pihak yang menguruskan pengambilan pelajar mengikut kuota yang ditetapkan. Jika
tidak mematuhi dasar, itu yang menyebabkan tempat pelajar dalam kumpulan tertentu akan diisi
dengan mereka yang tidak sepatutnya," katanya.

Mohamad Ali berkata ia selari dengan dasar kerajaan baharu untuk terus membantu golongan
kurang berkemampuan memperoleh kemudahan pendidikan berkualiti.

Isu keutamaan pelajar keluarga B40 untuk memasuki SBP atau MRSM dilihat menjadi isu yang
sangat sensitif dalam kalangan ibu bapa kerana ramai yang berharap untuk anak-anak mereka
memasuki dua jenis sekolah itu berdasarkan merit pelajar.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyatakan
komitmen mereka untuk memberi lebih peluang kepada pelajar daripada keluarga B40, dengan
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun sendiri menegaskan pihaknya tidak
mahu MRSM dimonopoli oleh golongan elit, sehingga mengganggu peluang untuk golongan
pelajar B40.

Apabila keputusan permohonan kedua-dua jenis sekolah itu bagi kemasukan ke tingkatan satu
tahun depan diumumkan Jumaat lalu, media sosial dipenuhi pelbagai komen daripada ibu bapa
terutama kalangan ibu bapa yang nama anak mereka tidak tersenarai.
Ada dakwaan bahawa anak mereka yang mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) 6A dan aktif kokurikulum tidak mendapat tempat kerana berada dalam kelompok
berpendapatan sederhana (M40) dan berpendapatan tinggi (T20) tetapi rakan anak-anak mereka
yang hanya mendapat 1A diterima kerana datang daripada golongan B40.

Bagi ibu bapa yang menyokong usaha kerajaan yang mahu mengutamakan golongan B40 pula,
alasan mereka pelajar dari golongan itu yang berpotensi tetapi mempunyai akses pendidikan
yang terhad serta kehidupan di rumah serba kekurangan perlu dibantu untuk dapat bersaing ‘di
padang yang sama rata'.

Sementara itu Mohamad Ali turut mencadangkan supaya pengambilan pelajar ke SBP dan
MRSM turut difokuskan kepada pelajar di kawasan bandar bagi mengelakkan mereka daripada
terdedah dengan masalah sosial di bandar.

Senada dengan Mohamad Ali, Profesor Emeritus Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Prof
Emeritus Datuk Dr Isahak Haron juga mahu kerajaan mengetatkan syarat-syarat pengambilan
supaya tawaran ke SBP dan MRSM diutamakan kepada golongan B40.

"Perkara ini perlu dilaksanakan bagi mengurangkan jurang antara pelajar. Dengan adanya kuota
ini juga, pelajar cemerlang dari pelbagai latar belakang pendapatan keluarga dapat menikmati
pendidikan yang berkualiti," katanya.

Mengenai pembiayaan pendidikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya
memasuki sekolah berkenaan, Isahak berkata satu skim bantuan pelajar perlu diwujudkan bagi
membantu mereka menanggung kos seperti tambang perjalanan, pembelian barangan
persekolahan dan wang saku.

Timbul dakwaan ada pelajar daripada golongan B40 tidak memasuki MRSM atau SBP walaupun
telah ditawarkan, kerana untuk memasuki MRSM dan SBP mereka perlu mengeluarkan belanja
yang agak banyak sewaktu pendaftaran dan persediaan sebelum mendaftar, yang dianggap agak
membebankan bagi golongan terbabit.

Walaupun banyak bantuan disediakan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di
MRSM dan SBP, lazimnya bantuan itu hanya diberikan selepas mereka memasuki kedua-dua
jenis sekolah itu. - BERNAMA
9,350 pelajar ditawar masuk SBP, 52 peratus
daripadanya golongan B40
Bernama | Disember 24, 2018 06:25 MYT

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/9-350-pelajar-ditawar-masuk-sbp-52-peratus-
daripadanya-golongan-b40-194279

Meskipun sasaran KPM adalah untuk menempatkan 60 peratus pelajar SBP daripada kalangan golongan
B40, jumlah sebanyak 52.28 peratus itu merupakan satu pencapaian. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Sebanyak 9,350 pelajar telah berjaya dalam permohonan mereka untuk ditempatkan di
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh negara pada sesi persekolahan 2019.

Dalam kenyataan pada Ahad, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata daripada jumlah itu, 52.28 peratus
atau 4,888 calon merupakan pelajar-pelajar berpotensi golongan B40.

"Ia merupakan satu peningkatan sebanyak 15.34 peratus berbanding pengambilan 2018," katanya.

KPM berkata mulai tahun hadapan kerajaan telah memutuskan untuk mengembalikan semula semangat
SBP iaitu untuk membantu pelajar-pelajar berpotensi golongan B40 selari dengan dasar kerajaan baharu
untuk membantu golongan kurang berada untuk memperoleh kemudahan pendidikan berkualiti.

Katanya meskipun sasaran KPM adalah untuk menempatkan 60 peratus pelajar SBP daripada kalangan
golongan B40, jumlah sebanyak 52.28 peratus itu merupakan satu pencapaian kerana secara
perbandingan peningkatan pada kali ini adalah hampir 60 peratus berbanding jumlah pengambilan
2018.

Secara tidak langsung pertambahan pengambilan pelajar-pelajar B40 itu mencapai hasrat kementerian
dan kerajaan pada amnya.

"KPM yakin untuk pengambilan kali ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada anak-anak dari
keluarga B40, sama ada dari kawasan luar bandar, miskin kota dan anak-anak anggota beruniform,untuk
memperoleh kemudahan pendidikan lebih baik.

KPM akan terus meningkatkan pendekatan proaktif bagi menambah bilangan pelajar di SBP daripada
kalangan golongan B40 pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Katanya tawaran kemasukan ke SBP juga mengambil kira keputusan Ujian Kemasukan Sekolah
Berasrama Penuh (UKSBP) dan merit Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan
Psikometrik.

Dalam pada itu, katanya mereka yang gagal dalam permohonanan boleh membuat rayuan
secara dalam talian dilaman portal rasmi KPM di www.moe.gov.my bermula 21 Disember 2018 lalu
iaitu daripada tarikh keputusan permohonan dikeluarkan.

Tempoh rayuan akan dibuka sehingga 15 Januari 2019.

Katanya pada kali ini, KPM telah menerima 77,487 permohonan untuk memasuki SBP.

--BERNAMA
65 peratus kuota MRSM diisi pelajar B40

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi


bhnews@bh.com.my
Kongsi artikel
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/507406/65-peratus-kuota-mrsm-diisi-
pelajar-b40

Kerajaan memutuskan kuota 65 peratus kemasukan baharu ke Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) bagi sesi 2019, mesti diisi pelajar dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah
(B40).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, berkata kuota disasarkan itu mesti
dicapai bagi membuka peluang lebih besar kepada pelajar dari kumpulan berkenaan untuk
memperoleh pendidikan yang lebih berkualiti.

“Sebelum ini sukar untuk mencapai tahap 65 peratus kemasukan pelajar MRSM daripada
golongan itu, namun menjadi sasaran kita untuk memastikan kuota berkenaan dicapai melalui
sesi 2019.

“Untuk itu kita sudah kenal pasti beberapa sebab pelajar dari keluarga B40 memilih untuk tidak
memasuki MRSM, biarpun memiliki dan melepasi kelayakan ditetapkan,” katanya kepada BH.

Ditanya mengenai sebab terbabit, beliau berkata satu daripadanya ialah keputusan kemasukan ke
MRSM yang biasanya diumumkan Januari, yang dilihat memaksa keluarga melakukan persiapan
baharu buat anak masing-masing sekiranya menerima tawaran terbabit.

“Ketika ini (Januari) banyak keluarga termasuk dari kumpulan B40 sudah sediakan persiapan
seperti bayar yuran dan beli buku, jadi sukar untuk ibu bapa buat persiapan (baharu) dari segi
kewangan (selepas anak ditawar masuk ke MRSM).

Buat persiapan

“Kalau kita umum (kemasukan) lebih awal, ibu bapa akan dapat buat persiapan dan perancangan
mengenai persekolahan anak mereka secara lebih baik," katanya kepada BH.

Sebelum ini Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, menegaskan pihaknya sentiasa
memberi keutamaan kepada pelajar dalam kategori B40 dan keluarga berpendapatan pertengahan
(M40) untuk melanjutkan pengajian di MRSM, namun Timbalan Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah ketika itu, Datuk Alexander Nanta Linggi, menegaskan tiada kuota khusus
ditetapkan bagi calon daripada kedua-dua kumpulan itu.
Berdasarkan maklumat, kuota maksimum pengambilan pelajar baharu untuk 54 MRSM seluruh
negara bagi tahun depan adalah 7,760 bagi kemasukan Tingkatan Satu, manakala 2,245 tempat
lagi untuk Tingkatan Empat.

Ditanya sama ada kemudahan infrastruktur sedia ada mencukupi jika semua kuota 65 untuk
pelajar dari keluarga B40 itu dipenuhi, Rina berkata MARA dan kementeriannya akan terus
berusaha memastikan prasarana mencukupi bagi menampung bilangan permohonan yang
semakin ramai setiap tahun, termasuk dari golongan berkemampuan.

“MARA sedang membangunkan tiga lagi MRSM baharu iaitu di Bintulu, Sabah serta dua di
Kelantan iaitu di Ketereh dan Tanah Merah. Dengan tambahan ini kita akan ada lebih banyak
MRSM.

Bangun kemudahan

“Dari segi kemampuan memang cukup, cuma pada masa ini kita beri tumpuan kepada
(kemasukan) B40. Bagi MRSM Bintulu contohnya, kita dapat kerjasama dengan PETRONAS
membangunkan kemudahan di sana," katanya.

Mengenai keputusannya membatalkan penubuhan MRSM berbayar sebelum ini, Rina berkata,
pendekatan itu diambil bagi mengelak wujud dua kelompok dalam MRSM.

“Nanti akan wujud stigma kamu masuk MRSM berbayar dan kami tidak berbayar. (Stigma
sebegini perlu dielak) baik dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa. Ini yang kita tidak mahu.

“Matlamat MRSM adalah untuk menyediakan kemudahan pendidikan kepada semua tanpa
mengira kemampuan dan latar belakang keluarga," katanya.

Cadangan penubuhan MRSM berbayar disuarakan menteri terdahulu, berikutan dakwaan


kononnya MRSM sudah dimonopoli pelajar dari kalangan keluarga berkemampuan, sehingga
menyebabkan kumpulan B40 sukar memperoleh tempat di sana.
Kuota 60 peratus B40 tidak cetuskan
lambakan murid
By Kumara Sabapatty
2 Januari 2019
https://malaysiagazette.com/blog/2019/01/02/kuota-60-peratus-b40-tidak-cetuskan-lambakan-
murid/

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik beramah mesra dengan murid-murid
pendidikan khas pada sesi pertama persekolahan bagi sesi 2019 di Sekolah Kebangsaan Presint
14 (1) Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 JANUARI 2019.

PUTRAJAYA – Pelaksanaan pengambilan 60 peratus pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh


(SBP) daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) tidak akan mencetuskan suasana
lambakan murid di sekolah terbabit.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, pelaksanaan kuota tersebut adalah supaya adil
untuk semua golongan masyarakat tanpa perbezaan kedudukan

“Tidak, kenapa pula lambakan murid. Isu sebenarnya ada bilangan tertentu memasuki sekolah
berasrama penuh, tidak masuk pun ada bilangan kuota yang ditetapkan.

“Itu tidak jadi isu, cuma siapa yang masuk ke sekolah berasrama penuh, itu yang penting kerana
kita hendak mengembalikan semangat berasrama penuh supaya adil untuk semua tanpa
perbezaan kedudukan dan ia polisi KPM dari dulu lagi,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas melawat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1) bagi
meninjau hari pertama persekolah s375 murid tahun 1, termasuk 75 murid prasekolah, di sekolah
itu hari ini.

Dalam pada itu, Maszlee mengakui SBP sudah menjadi sekolah elit yang ‘diserbu’ anak-anak
golongan orang kaya, sekali gus menafikan peluang pelajar golongan berpendapatan rendah.

“Sekolah berasrama penuh adalah untuk murid golongan orang miskin dan golongan luar bandar
dan mereka yang kurang berkemampuan termasuk di kota.

“Tetapi mutakhirnya seperti diketahui ia menjadi seperti sekolah elit anak orang kaya pun pergi
pula sekolah asrama penuh dan akhirnya anak anak kurang berkemampuan tak dapat peluang.

“Jadi kita kalau nak membantu ekonomi rakyat berpendapatan rendah ialah memberi peluang
kepada anak keluarga bukan sekadar berpendapatan rendah B40 sahaja tetapi juga miskin kota,
anak anak pasukan beruniform berpangkat rendah juga menikmati kualiti dan persekitaran
pendidikan yang berkualiti,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Anda mungkin juga menyukai