Anda di halaman 1dari 4

Kejayaan murid tidak bergantung pada

jenis sekolah
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap - April 18, 2023 @ 4:30pm
bhpendidikan@bh.com.my

Kecemerlangan akademik tidak bergantung kepada jenis sekolah yang dihadiri sebaliknya
berdasarkan kekuatan murid itu sendiri selain kerajinan, komitmen dan kesungguhannya
dalam pengajian. Arkib NSTP
Kecemerlangan akademik tidak bergantung kepada jenis sekolah yang dihadiri
sebaliknya berdasarkan kekuatan murid itu sendiri selain kerajinan, komitmen dan
kesungguhannya dalam pengajian.
Apatah lagi sama ada menuntut di sekolah harian atau berasrama penuh, secara
umumnya masih menggunakan sukatan pelajaran dan silibus yang sama.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) Mohd Azizee Hasan, berkata
dalam konteks itu ibu bapa seharusnya tidak memaksa anak-anak mereka
memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
atau sekolah berasrama yang lain jika si anak tidak berminat berbuat demikian.

Katanya, tindakan memaksa anak memasuki SBP misalnya hanya akan menjejaskan
emosi mereka sekali gus membentuk perwatakan luar jangka.

DISYORKAN UNTUK ANDA


• Yuran SBP, MRSM mahal sekat murid kurang mampu
• 'Terima kasih untuk peluang ke MRSM'
• Keluhan soalan bocor hanya persepsi?
• MRSM berbayar tak guna peruntukan kerajaan, bukan atas tanah rakyat miskin
• Guru ejen perubahan pendidikan murid Orang Asli
• MRSM untuk golongan kaya perlu diteliti mendalam
• "Cikgu pesan tak cemerlang tak apa, asal rajin"
• KPM diharap cari inisiatif terbaik basmi keciciran pendidikan anak Orang Asli
Malah katanya, dalam konteks semasa sangat banyak sekolah harian di negara ini
yang mencatatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) jauh lebih baik
berbanding sekolah berasrama penuh (SBP) juga Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM).

"Jadi, kalau tidak dapat tempat untuk belajar di SBP tidak perlu kecewa kerana
sekolah harian mempunyai kelebihan tersendiri.

"Satu yang pasti, apabila belajar di sekolah harian murid itu masih tinggal dengan
keluarga.

"Maksudnya mereka mempunyai banyak masa bersama ibu bapa dan adik beradik
dan menikmati masa berkualiti dengan mereka. Hal ini tentu jauh berbeza dengan
murid di asrama yang perlu keluar rumah seawal 13 tahun dan menghabiskan masa
lima tahun 'membesar' dengan kawan sebaya," katanya.

Katanya, kekal tinggal dengan keluarga dalam tempoh yang lama membantu
membolehkan banyak masa dihabiskan di rumah selain mempererat hubungan
kekeluargaan terutama dengan ibu bapa," katanya.

Justeru katanya, ibu bapa tidak perlu kecewa sekiranya anak mereka tidak minat
belajar di asrama dengan memilih kekal di sekolah harian biasa yang dekat dengan
kediaman mereka.

"Sekolah harian pun tak kurang hebatnya. Misalnya kita boleh perhatikan setiap kali
keputusan SPM diumumkan, beberapa sekolah harian menunjukkan keputusan lebih
baik daripada SBP atau MRSM.
" Sebagai contoh, di Pahang misalnya keputusan SPM 2021 menyaksikan tiga
sekolah harian biasa tersenarai antara 10 sekolah terbaik, manakala di Kedah pula
Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Sultanah Asma, Alor Setar menjadi sekolah
terbaik SPM 2021 dan ia adalah sekolah harian," katanya.

Tegas Mohd Azizee, di Kelantan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Tarbiah
Islamiah Kampung Kajang, Tanah Merah antara sekolah harian aliran agama yang
mencapai kelulusan 100 peratus bagi semua pelajaran sekali gus muncul antara
sekolah terbaik.

Katanya, Kementerian Pendidikan turut memperkenalkan sekolah kawalan bagi


mewujudkan dan memantapkan kecergasan serta prestasi akademik pelajar selain
meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.

Ketika ini katanya, terdapat enam jenis sekolah kawalan termasuk Kelas Rancangan
Khas (KRK) di sekolah harian dengan keutamaan adalah kepada pelajar B40 yang
cemerlang namun tidak berjaya mendapatkan tempat di SBP dan MRSM.

"Jadi jika anak belajar di sekolah harian jangan khuatir terutama jika sekolah yang
dihadirinya itu dikategorikan sebagai KRK.

"Sistem pendidikan di negara ini sama saja jadi terpulang kepada murid itu sendiri
sama ada dia mahu cemerlang atau tidak," katanya.

Bagi seorang ibu Salmah Arshad, 49 dua anaknya diberi kebebasan sama ada mahu
belajar di sekolah harian atau berasrama meskipun mendapat keputusan cemerlang
dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Saya tidak memaksa kerana tahu paksaan hanya akan menimbulkan konflik dan
menjejaskan pelajaran mereka.

"Jadi anak sulung saya memilih sekolah harian dan mampu memperoleh 10A dalam
SPM," katanya.

Begitu juga dengan anak keduanya yang turut memilih sekolah harian apabila
memilih menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya
dan ketika ini sedang menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Katanya, kelebihan belajar di sekolah harian antaranya yuran lebih murah dan ia
memberi kelegaan kepadanya dan suami dari sudut kewangan.

Tambahnya, bagi golongan kurang berkemampuan, walaupun anak mereka layak ke


SBP atau MRSM, ibu bapa lebih suka menghantar anak mereka ke sekolah
berhampiran dengan kediaman berikutan tidak mampu berbelanja tinggi semata -
mata mahu menghantar anak ke sekolah elit berkenaan.
Sementara itu Setiausaha Agung, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Suriany Awaludin, berkata ibu bapa perlu memainkan peranan hala tuju pendidikan
anak di peringkat menengah.

Katanya, terdapat banyak jenis sekolah asrama ditawarkan di Malaysia antaranya


sekolah harian berasrama.

"Sebenarnya kalau memilih asrama, banyak aktiviti pembelajaran boleh dilakukan


berbanding murid di sekolah harian biasa.

"Tapi tinggal di asrama itu tidak bermaksud SBP atau MRSM kerana ada banyak
sekolah harian yang menawarkan asrama.

"Namun, rutin tinggal di asrama hampir sama kerana murid perlu menguruskan diri
sendiri selain perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan,"katanya.

Bagaimanapun, kemasukan ke sekolah berasrama bukanlah syarat utama


kecemerlangan seseorang murid. Bahkan bagi Suriany sendiri, beliau adalah
menuntut di sekolah harian sehingga Tingkatan Tiga sebelum memilih tinggal di
asrama dari Tingkatan Empat hingga Enam.

Anda mungkin juga menyukai