Anda di halaman 1dari 5

KATA ALU-ALUAN GURU BESAR

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG

Bismilahirohmanirahim…

Assalamu’alaikom warahmatullahi wabarakatuh


Salam sejahtera, Salam Bahagia….

Yang berbahagia Tuan Haji Nordin bin Kasiran- Timbalan Pengerusi


Jawatankuasa Penduduk Kluster Zon Bukit Indah Ampang.

Yang berusaha Pn___________________________-Yang Dipertua Persatuan


Ibu Bapa-Guru SK 2 Kuala Ampang

Yang berusaha Tuan____________________________-Naib Yang Dipertua


Persatuan Ibu Bapa-Guru SK 2 Kuala Ampang

Tuan Haji Fauzi bin Abdul Manaf- Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn Rosnani binti Zakaria-Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Rosli bin Ramli- Penolong Kanan Kokurikulum SK 2 Kuala Ampang

Yang dihormati- Jawatankuasa PIBG SK 2 Kuala Ampang sesi 2018/2019,

Barisan Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 44,

Guru-guru, ibu bapa penjaga hadirin hadiran yang dikasihi.

Pertamanya, kita lafazkan syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT yang
maha penyayang serta maha mengasihani, kita dapat mengadakan Program
Mesyuarat Agong PIBG kali ke -44 pada hari ini.
Saya mewakili warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga
kepada tetamu istimewa kita Tuan Haji Nordin bin Kasiran yang sudi
melapangkan masa hadir sebagai perasmi pada majlis kita pada hari ini.Terima
kasih tuan.

Tidak lupa kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini
mengorbankan sama ada masa cuti atau masa bertugas demi kelangsungan
pembelajaran anak-anak di sekolah ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik,kokurikulum dan sahsiah .

Untuk makluman Tuan Haji Nordin dan para hadirin yang masih baharu untuk
mengenali SK 2 Kuala Ampang ini, sekolah ini mula beroperasi di bangunan
baharu Jalan Nipah mulai 19 Disember 2011setelah berpisah dari bangunan
lamanya yang berada di Jalan Awan setelah sekian lama berkongsi hidup bersama
SK 1 Kuala Ampang sejak tahun 1963.

Jumlah murid sekolah ini adalah seramai 164 orang di mana mempunyai 21
kekuatan tenaga mengajar dan 3 orang staff sokongan. 70% demografi
muridnya tinggal di Pangsapuri Berembang yang berada berdekatan sekolah
dan selebihnya tinggal di Perumahan Desa Pasifik dan kawasan sekitar Ampang.

Mengikut catatan sejarah sekolah, dari mula penubuhan sekolah ini telah
mempunyai seramai 19 orang guru besar dan saya merupakan guru besar yang
ke 20. Baiklah kesempatan ini, izinkan saya perkenalkan diri serba sedikit…kata
orang kalau tak kenal maka tak cinta!... saya Normayadi bin Othman tinggal di
Ampang. Sebelum ini saya mengajar di SK Taman Bukit Indah mulai tahun 2000
dan telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Petang di SK Sungai
Kertas pada tahun 2009 dan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di
sekolah sama pada tahun 2009 dan berkhidmat di sana sehingga tahun 2011.

Disebabkan jarak yang jauh dari rumah ke sekolah, saya mengambil keputusan
memohon pertukaran setara dan berpindah ke SK Lembah Keramat sebagai PK
Koko pada tahun 2011 sehinggalah tahun 2015.Tahun 2015 saya telah
dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SK 1 Kuala Ampang
dan bertugas di sana sehingga tahun 2018..pada masa yang sama saya telah
mengikuti Kursus NPQEL-Kursus Guru Besar di IAB Genting Highland dan telah
lulus dengan jayanya pada tahun lepas. Alhamdulilah pada tanggal 14.1.2019
saya telah ditempatkan sebagai Guru Besar di sekolah ini sehinggalah
sekarang…dan harapan saya agar dapat bekerjasama dengan baik dan erat
dengan PIBG dan ibu bapa.Insyallah.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan fokus kepada


keperluan pembelajaran dan pengajaran anak-anak kita di sekolah. Baru-baru
ini pihak KPM telah menggariskan 12 inisiatif baharu iaitu:
12 INISIATIF TERBARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT
SEKOLAH

 Bermula 2019, setiap sekolah akan ada Manual Nilai yang akan dibacakan di
setiap perhimpunan.
 Pendidikan Sivik akan diperkenalkan.
 KPM akan berusaha memperbaiki masalah “mutual distrust” antara guru dan
ibu bapa.
 Popularkan kembali budaya “hero teachers” untuk tingkatkan pengiktirafan
profesion guru.
 Telefon pintar akan “dimanipulasi” untuk tujuan pendidikan.
 Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh boleh mula bersekolah 2019.
 Kawasan rehat guru akan diwujudkan.
 Guru tiada lagi kerja pengkeranian bermula 2019.
 Tidak akan ada kompromi dalam belanjawan pendidikan. Pendekatan
selepas ini akan “slice and dice” ketirisan.
 Ke arah menjadikan sektor pendidikan “OKU friendly”
 Menyelesaikan isu sekolah daif.
 Kemeriahan “speakers’ corner” di sekolah-sekolah

Selari dengan hasrat KPM ini, saya juga telah mengambil pendekatan dengan
memperkenalkan 12 hasrat Guru- Besar di sekolah ini:
- PENTADBIRAN CEKAP DAN MESRA PELANGGAN
- KEBAJIKAN GURU/KAKITANGAN DAN KESERONOKAN BEKERJA
- PRASARANA LENGKAP DAN SELESA
- HUBUNGAN BAIK DENGAN PELANGGAN
- KEMENJADIAN MURID-PENGUASAAN 3M-100%
- SARANA IBU BAPA DIPERLUAS PIBG DIPERKUKUH
- SEKOLAH CAKNA DAN PENYAYANG
- MURID DIUTAMAKAN, PENCAPAIAN DITINGKATKAN
- PELESTARIAN ICT DAN VLE FROG
- AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pada tahun 2018 keputusan UPSR sekolah telah berada dalam landasan
yang baik di mana peratus menunjukkan 73.7% dan GPS Sekolah kekal
baik iaitu 2.96. Dua subjek mencatatkan keputusan lulus 100% iaitu Sains
dan Bahasa Melayu Pemahaman.Bahasa Melayu Penulisan mencatatkan
GPS Terbaik iaitu sebanyak 2.11.

Begitu juga pencapaian ICT sekolah di mana sekolah kekal 3 terbaik di


Daerah Gombak dan Negeri dalam VLE Frog Play Championship. Harapan
kita pada tahun ini banyak lagi pencapaian akan kita kecapi.

PIBG memainkan peranan yang sangat penting di mana dengan


pemuafakatan ini sekolah akan menjadi lebih cemerlang dan seterusnya
dapat mencapai visinya.Pihak sekolah bersama PIBG akan meneruskan
program ziarah cakna KPM di mana kita akan mengadakan kunjungan
mesra ke rumah-rumah ibu bapa penjaga yang terpilih pada tahun ini,
juga program-program mengumpul dana akan kita semarakkan.Insyallah.

Kesempatan akhirnya, Saya mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG-


Puan________________ dan NYDP PIBG_________________ serta
Barisan Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019 yang telah banyak menabur
jasa, buah fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta
pelbagai program sekolah. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada
semua ibubapa yang telah memberi pelbagai sumbangan terhadap
sekolah.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Yang
Berbahagia Tuan Haji Nordin bin Kasiran yang sudi hadir dan diharap
dapatlah memberi sumbangan bermakna kepada pihak sekolah dan
Insyallah akan beliau umumkan pada hari ini.

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna,


banyak yang perlu
dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah
tersadung, rebah
menyembah, sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu
memerlukan
pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup
berada di atas
landasan yang betul, usah digusar pada anugerah Tuhan..anggaplah
sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk
bangun menjadi manusia sesempurna insan.."

Berbaju Melayu dua selempang


Duduk bertimpuh beradab sopan
Ayuh bangunlah murid SK2Kuala Ampang,
Keputusan cemerlang kita kotakan.

Sekianlah wabilahi taufiq walhidayah wassalamu’alaikom warahmatulli


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai