Anda di halaman 1dari 3

Di sini saya memulakan draf karangan naratif tentang perihal diri saya .

Saya Afif Ramadhan bin


Kamarudin berumur 18 tahun dan dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah ( HSNZ ) di Kuala
Terengganu pada 02 Disember 2002 . Saya merupakan anak yang keempat daripada lapan
orang adik beradik . Enam daripadanya adalah lelaki manakala dua yang selebihnya adalah
perempuan . Diceritakan ketika waktu ibu saya bersalin , ayah saya sedang menunggu di
ruangan menunggu di wad persalinan . Jam menunjukkan pukul 9.45 pagi dan ayah tidak henti
henti berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan hanya berserah segala urusannya kepada
Allah . Sejurus selepas itu , tepat jam 10 pagi , kedengaran bunyi tangisan seorang bayi lelaki
comel diiringi senyuman yang menawan hati para doktor yang bertugas . Atmosfera pada waktu
ketika itu turut berubah ke arah suasana yang lebih ceria seolah olah menyambut kelahiran bayi
tersebut . Azan berkumandang di telinga sebelah kanan bayi lelaki itu kemudian di iqamatkan
pada telinga kiri . Nama Afif Ramadhan terngiang ngiang di dalam benak kepala ayah
menandakan bayi tersebut bakal dikurniakan dengan nama yang cukup indah dan maksud
nama yang bagus . Begitulah situasi di mana hari saya dilahirkan .

Saya memulakan alam persekolahan saya di SK Bukit Payong , Marang , Terengganu dari darjah
1 sehinggalah menamatkannya sewaktu darjah 6 . Pada hari awal persekolahan , saya begitu
sangat teruja kerana dapat jumpa rakan - rakan yang baharu . Segala set kelengkapan
persediaan persekolahan telah dibeli oleh kedua orang tua saya setiap kali cuti hujung tahun
sebelum memulakan pembelajaran pada tahun yang berikutnya . Pelbagai kenangan manis
yang terukir sewaktu alam sekolah rendah kerana pada waktu itu minda kanak kanak masih lagi
kuat ditambah dengan rakan rakan yang berbagai latar belakang . Alam sekolah rendah sangat
menarik kerana saya bebas melakukan apa sahaja yang mahu dilakukan tanpa terikat dengan
kematangan pemikiran . Imaginasi tanpa batasan menjadikan diri saya seorang yang kreatif
dalam bidang kesenian sejajar dengan minat saya . Hal yang demikian menarik minat saya
untuk menyertai setiap pertandingan kesenian yang dianjurkan oleh pihak sekolah kepada para
pelajar . Namun , saingan pada waktu ketika itu agak sengit kerana terdapat beberapa pesaing
yang mampu mengolah dan menghasilkan karya yang saya sendiri akui agak hebat untuk taraf
sekolah rendah . Saya menamatkan pengajian di sekolah rendah ketika berumur 12 tahun
melangkah kaki keluar dari sekolah mengiringi keputusan sijil Ujian Pendidikan Sekolah Rendah
( UPSR ) dengan kejayaan yang cukup cemerlang membuatkan kedua ibu bapa saya bangga
terhadap anaknya . Sejujurnya , memori alam sekolah rendah takkan pernah hilang dalam kotak
kepala fikiran saya buat selama lamanya .
Kemudian , saya menyambung pelajaran di SMKA Durian Guling , Marang , Terengganu pada
tahun 2015 . Pada hari awal kemasukan pelajar ke sekolah , saya telah melihat pelbagai kawan
yang tak pernah saya temui sebelum ini . Mereka adalah lepasan sekolah rendah yang berbeza
beza namun dengan kejayaan akademik yang sama , kami semua dipertemukan di satu sekolah
yang sama atas izin Allah SWT . Senior senior di situ juga sangat peramah dan baik kerana
mereka sangat mengalu alukan kedatangan junior ke sekolah itu . Mereka sudah menganggap
bahawa setiap warga sekolah di situ adalah satu keluarga yang besar walaupun hakikatnya tidak
mempunyai pertalian darah . Saban tahun kami melangkaui usia remaja dengan menimba
pelbagai pengalaman dan pendidikan di sekolah itu . Pelbagai kenangan pahit manis telah
dirintangi bersama menjadikan hubungan sesama kami sangat rapat . Namun , setiap
pertemuan itu pasti akan berakhir dengan perpisahan . Setelah lima tahun menuntut ilmu di
sekolah tersebut , setiap daripada kami memilih jalan hidup sendiri demi menentukan masa
depan masing – masing . Ada yang memilih untuk meneruskan pengajian di peringkat yang
lebih tinggi , ada yang memilih untuk menamatkan pengajian semata - mata untuk bekerja demi
menyara hidup . Inilah yang selalu disebutkan sebagai ‘ dipertemukan kerana cinta , dipisahkan
kerana cita - cita ‘ .

Kini , saya berjaya menyambung pengajian saya ke tempat yang lebih tinggi iaitu di Institut
Pendidikan Guru ( IPG ) Kampus Tawau , Sabah pada bulan September tahun 2021 melalui atas
talian hasil keputusan kejayaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) . Para pemohon yang memohon
untuk melanjutkan pelajaran di IPG akan disaring dengan beberapa ujian bagi dapat memilih
pelajar yang berkualiti tinggi dari segi aspek fizikal dan mental . Para pemohon perlu menjalani
ujian fizikal selama 1 minit dengan melepasi sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak IPG .
Mereka juga perlu membuat simulasi pengajaran di dalam kelas agar para penyaring dapat
mengenal pasti siapa yang benar - benar bersungguh dalam memilih kerjaya sebagai seorang
guru . Hanya 6000 daripada 91000 sahaja pemohon yang dapat melepasi ujian saringan
pemilihan guru dan saya begitu bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya telah tergolong dalam
kalangan jumlah yang sedikit tersebut . Setelah berorientasi selama 4 hari dalam program IPG
secara atas talian , saya berhasil membuat kenalan dengan pelajar - pelajar yang lain .
Walaupun masing - masing tinggal berjauhan , namun itu bukanlah penghalang kepada
hubungan kami semua . Saya juga dapat mengenal pensyarah - pensyarah yang hebat di IPGK
Tawau seperti Dr Najamudin , Encik Malim , Encik Mazania , Puan Noraini Zakaria dan banyak
lagi . Saya begitu kagum dengan mereka semua kerana melayan pelajar baharu dengan mesra
tanpa ada segan silu sama sekali .
Dengan ini saya akan memulakan kisah hidup baru di IPG bersama rakan siswa baru . Segala
ranjau onak dan duri akan saya tempuhi dan akan saya jadikannya sebagai satu pengalaman
hidup yang baharu . Namun , apa yang paling saya harapkan agar bumi kita dapat sembuh
seperti sedia kala daripada ancaman pandemik ini yang saban hari makin mengganas di
Malaysia . Seandainya tidak berlaku seperti keadaan sekarang , sudah tentu kami semua berada
di kampus dalam keadaan gelak ketawa menikmati saat - saat manis ketika bersua . Namun ,
Allah adalah sebaik - baik perancang kerana Dia Maha Mengetahui segala - galanya termasuklah
apa yang tidak diketahui oleh makhluk-Nya . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kita
sebagai seorang hamba muslim sejati perlu meletakkan harapan pada Sang Pencipta dan
bukannya pada makhluk agar tanah air kita kembali seperti dulu . Jika saat itu tiba , sayalah
orang yang paling gembira kerana dapat bertemu dengan rakan , pensyarah serta staf IPG di
sana secara bersemuka dan dapat menikmati gaya hidup di IPG dengan cara yang sebenar .
Saya doakan agar kesemuanya baik - baik belaka walau tak kira jua mereka berada . Semoga
apa yang kita semua impikan menjadi kenyataan khususnya kejayaan dunia dan akhirat .
Sekadar itu sahajalah yang dapat saya kongsikan tentang draf karangan naratif perihal diri saya .

Anda mungkin juga menyukai