Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Hadith maudhu’ adalah hadith yang dibuat-buat oleh para pendusta, dan mereka
menyandarkannya kepada Rasulullah. Pemalsuan ini umumnya muncul karena kemahuan si
pembuat sendiri, dengan kata- kata rekaannya dan sanad-sanad susunannya sendiri. Tidak
jarang, sebahagian daripada mereka membuat-buat sanad rekaan yang berakhir kepada Nabi
SAW dengan melontarkan kata-kata mutiara yang indah, atau kalimat yang lengkap, atau
peribahasa yang ringkas padat, jika hanyalah mereka tidak mendukung untuk membuat yang
baru.

DEFINISI

Pengertian maudhu’ menurut bahasa ialah :

a. Yang diletakkan, dibiarkan


b. Menggugurkan

‫اسقطها وضع الجناية عنه‬

"Menggugurkan jinayat" daripadanya.

c. Meninggalkan, seperti: ‫إبل موضوعة‬. Maksudnya yang ditinggalkan atau dibiarkan tinggal
di tempat penggembalaan
d. Berita bohong yang dibuat-buat
Para ulama hadith menta'rifkannya sebagai berikut :
<‫الخبر المتعلق المعنوع اعما يكون القعن فيه بكذب الراوى‬
"Hadith yang dibuat-buat, yakni: hadith yang cacatnya disebabkan kedustaan perawi”

Apabila dinyatakan, bahawa menerima hadith-hadith maudu atau palsu serta


menisbahkannya kepada Rasulullah merupakan perbuatan yang salah, bodoh dan
berbahaya. Menerima hadith hadith yang dipalsukan merupakan perbuatan
"memasukkan sesuatu yang bukan dari agama ke dalam agama" (Yusuf Qardhawi,
1993: 31)

Nabi bersabda:

‫من كذب عليَّ متعمداً فليتبوأ< مقعده من النار‬


"Barangsiapa berbuat dusta terhadap diriku (mengatakan apa yang aku tidak
mengatakannya), maka hendaklah ia menempati tempat duduknya di dalam neraka
jahanam" (H.R. Bukhari dan Muslim)

KAEDAH MENGETAHUI

1. Kaedah pertama : pengakuan pembuatnya sendiri bahawa ia telah membuat


hadith, seperti yang dilakukan oleh Abu 'lsmah Nuh bin Abi Maryam yang
mendapat gelaran Nuh al-Jami'. Dia mengaku telah memalsukan beberapa
hadith tentang keutamaan al-Qur'an surat demi surat, yang ia sandarkan kepada
lbnu Abbas RA.

2. Kaedah kedua : terdapat kejanggalan dalam redaksi atau kelemahan pada


makna, itu adalah hal yang mustahil keluar dari orang yang paling fasih, yakni
Nabi SAW. Kaedah ini mudah difahami oleh orang-orang yang mempelopori
bidang tersebut kerana terdapat dalam sebuah hadith - . sebagaimana dikatakan
- oleh Ar-Rabi' bin Jutsaim -- "terang bagaikan terangnya siang, bila anda
mengenalnya. Tetapi, kelam bagai gelap malam, bila anda tidak mengenalnya".

3. Kaedah ketiga : periwayatan itu bertentangan dengan akal atau perasaan atau
persaksian, tanpa dapat ditakwil. Pernah ditanyakan kepada Abdurrahman bin
Zaid: "Apakah ayahmu menceritakan sebuah hadith kepadamu yang bersumber
dari abangmu, bahawa Rasulullah SAW. bersabda: "Perahu Nabi Nuh AS
mengelilingi baitullah dan melakukan solat dua rakaat di belakang maqam
Ibrahim? Jawabnya: Ya." Hadith ini dibuat-buat oleh Abdurrahman bin Zaid bin
Aslam, seorang yang terkenal suka berbohong dan mengada-ada.

4. Kaedah keempat : periwayatan itu , mengandungi ancaman keras terhadap


perkara kecil, atau janji besar terhadap perkara kecil, atau janji besar terhadap
perkara remeh, seperti selamnya di dalam syurga yang di bawahnya mengalir
sungai dan dikerumuni oleh seribu bidadari, bagi orang yang mengerjakan
amalan sunat atau meninggalkan perkara makruh.

5. Kaedah kelima : pemalsu hadith itu memang terkenal dengan sifat suka
berdusta, tipis iman agamanya, tidak takut-takut membuat-buat hadith dan
memalsukan sanad-sanad demi menuruti keinginan peribadi

TAHUN KEMUNCULAN

Munculnya pemalsuan hadith dimulai sejak tahun 41 Hijrah. Pada masa pemerintahan
Khalifah Ali bin Abi Thalib RA. ketika kaum muslimin saling berselisih dan terpecah-pecah
dalam beberapa kelompok. Majoriti kaum Muslimin, Khawarij dan Syi'ah. Mereka banyak
mengarang hadith untuk kepentingan golongan, bahkan sampai mengatas namakan Rasulullah
SAW

FAKTOR KEMUNCULAN

1) Perselisihan politik dalam soal khilafah

Sebagaimana yang dijelaskan di atas, bahawa persoalan khilafah menjadi sebab


pertama pemalsuan hadith. Terbukti dengan terpecahnya kepada berbagai golongan. Golongan
Syi'ah membuat hadith- hadith mengenai kekhilafahan Ali, yakni mengenai keutamaannya dan
keutamaan ahlul bait. Di samping itu mereka juga membuat hadith-hadith yang maksudnya
mencela dan memburuk-burukkan para sahabat yang lain.

Menurut penerangan Al-Khalily dalam kitab Al-Jrsyad fi 'Ulamail Bilad, para Rafidlah
telah membuat hadith palsu mengenai keutamaan Ali dan Ahli Bait, sejumlah 300 000 hadith. Di
antara hadith yang dibuat golongan Syi'ah ialah :

‫من أراد أن ينظر إلي أدم في علمه وإلي نوح في تقواه وإلي إبراهيم في حلمه وإلي موسى في هيبته وإلي‬
‫عيسى في عبادته فلينظر إلي علي‬

"Barangsiapa ingin melihat kepada Adam tentang ketinggian ilmunya, ingin melihat kepada Nuh
tentang ketaqwaannya, ingin melihat kepada Ibrahim lentang kebaikan hatinya, ingin melihat
kepada Musa tentang kehebatannya, ingin melihat lsa kepada tentang ibadahnya, maka
hendaklah ia melihat Ali”

Golongan yang fanatik kepada Mu'awiyyah membuat pula hadith yang menerangkan
keutamaan mereka. Mereka mendakwa bahawa Nabi bersabda :

‫ أنا وجبريل ومعاوية‬: ‫االمناء ثالثة‬

“Orang yang kepercayaannya hanya tiga orang sahaja. Saya, Jibril dan Mu'awiyyah”

Golongan yang fanatik kepada Dynasti Abbasiyah mendakwa bahawa Nabi berkata:

<‫العباس وصيى< ووارشي‬

"Abbas itu orang yang memelihara (mengurus) wasiatku dan orang yang mengambil pusaka
dari padaku".

Perlu sedikit ditegaskan, bahawa golongan Khawarij, walaupun mereka menyalahi'


Ahlus Sunnah, namun mereka tidak sanggup membuat hadith-hadith palsu untuk menguatkan
mazhab mereka. Oleh itu, kita tidak boleh terpedaya kerana sebahagian ulama, berpendapat
bahawa golongan khawarij membuat hadith palsu.
2) Zandaqah yakni rasa dendam yang bergelimang dalam hati sanubari golongan yang
tidak menyukai kebangkitan Islam dan kejayaan pemerintahannya

Di antara contoh hadith yang mereka masukkan untuk merosakkan agama dan
menghilangkan kemurniaan dan ketinggian dalam pandangan ahli fikir dan ahli ilmu, ialah :

‫إن هللا لما خلق الحروف سجدت الباء ووقفت االلف‬

"Bahawasanya Allah dikala menjadikan huruf, bersujudlah badan dan tegak berdirilah alif”

‫الماذنجان شفاء كل شيئ‬

“Buah terung itu adalah penawar bagi segala penyakit”

3) Asabiyah yakni fanatik akan kebangsaan, kekabilahan dan keimaman

Contohnya yang fanatik terhadap golongan Arab, mereka mendakwa Nabi SAW bersabda :

‫ وإذا رضي أنزل الوحي بالفارسية‬,‫إن هللا أذا غضب أتزل الوحي بالعربية‬
“Bahawasanya Allah apabila marah, menurunkan wahyu dengan bahasa Arab dan apabila
redha, menurunkan wahyu dengan bahasa Parsi”

Golongan yang fanatik kepada Abu Hanifah berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

‫سيكون رجل في أمتي يقال له أبو حنيفة النعمان بن ثابت هو سراج أمتي‬
"Akan ada seorang lelaki dari ummatku yang dinamai Abu Hanifah An-Nu 'man lbn Tsabit,
dialah pelita umatku".

4) Keinginan menarik minat para pendengar dengan hikayat-hikayat yang menakjubkan


Contoh hadith yang direka oleh para Khusaah ialah :

‫ وريشه من مرجان‬,‫ منقاره من ذهب‬,‫ خلق هللا من كل كامة طائر‬,‫من قال ال اله اال هللا‬

"Barangsiapa yang membaca 'la ilaha illa Allah', nescaya Allah akan menjadikan dari tiap-tiap
kalimahnya seekor burung, paruhnya dari emas dan bulunya dari marjan .

5) Perselisihan faham dalam masalah fiqh dan masalah kalam

TANDA TANDA HADITH PALSU

1) Tanda pada sanad

a. Perawi itu terkenal dengan sifat dusta dan tiada yang diriwayatkan hadith yang ia
riwayatkan itu
b. Pengakuan perawi sendiri
c. Kenyataan sejarah mereka tak mungkin bertemu
d. Keadaan perawi perawi sendiri serta pendorong-pendorong yang mendorongnya
kepada membuat hadith

2) Tanda pada matan

a. Rosaknya makna ( sangat berlawanan dengan pendapat akal )

Apabila makna suatu hadith demikian rosaknya, sehinggga tak masuk aka makna yang
serupa datangnya dari Nabi SAW, maka hadith itu palsu. Seperti hadith yang dikatikan dengan
panca indera, iaitu hadith :

‫من التخذ ديكا أبيض لم يقربه شيطان‬

" Barangsiapa memelihara ayam putih, nescaya dia tidak sesekali akan didekati syaitan "
b. Rosaknya lafaz

Al-Hafidh Ibn Hajr menerangkan, bahawa dalam hal kehodohan susunan ini, maka yang
dititik-beratkan ialah kehodohan makna, bukan kerana kehodohan lafaz kerana mungkin dia
meriwayatkan dengan makna dan dia tidak dapat menyusun dalam lafaz yang baik
susunannya. Tetapi jika dia menegaskan bahawa lafaz itu dari Nabi SAW, barulah ia dipandang
dusta. Ar-Rabi'in berkata :

‫إن للحديث ضوءاَ كضوء النهار تعرفه وظلمة كظلمة الليه تنكره‬

“ Sesugguhnya hadith itu mempunyai cahaya (sinar), sebagai sinar matahari, engkau
mengenalnya dan ia mempunyai kegelapan sebagai kegelapan malam, engkau tidak
mengenalnya “

c. Menyalahi keterangan al-Qur'an yang terang terangan, keterangan Sunnah Mutawatir


dan kaedah kaedah kulliyah.

Apabila sesuatu hadith menyalahi sharih al-Qur'an dan tidak dapat dita'wilkan, maka
terbukiktilah maudhu'. Umpamanya :

‫ولد الزنا اليدخل الجنة إلي سبع أبناء‬

" Anak zina tidak akan masuk kesyurga hingga tujuh keturunan “

Hadith ini menyalahi firman Allah SWT :

‫وال تزر وازرة وزر أخرى‬

"Dan tiada seseorang yang bersalah memikul kesalahan orang lain”

Dan demikian juga, apabila menyalahi sunnah yang mutawwatir, umpamanya hadith :

ْ ‫ت ِب ِه َأ ْو لَ ْم ُأ َح ِّد‬
‫ث ِب ِه‬ ً ‫إ َِذا ُح ِّد ْث ُت ْم َع ِّني َحد‬
ُ ‫ َح َّد ْث‬، ‫ِيثا ي َُواف ُِق ْال َح َّق َف ُخ ُذوا ِب ِه‬
“Apabila diriwayatkan kepadamu sesuatu hadith yang sesuai dengan kebenaran, ambillah akan
dia dan aku menerangkannya, atau pun tidak”

Hadith ini berlawanan dengan hadith :

‫من كذب عليَّ متعمداً فليتبوأ< مقعده من النار‬


"Barangsiapa berbuat dusta terhadap diriku (mengatakan apa yang aku tidak
mengatakannya), maka hendaklah ia menempati tempat duduknya di dalam neraka
jahanam" (H.R. Bukhari dan Muslim)
d. Menyalahi hakikat sejarah yang telah terkenal pada zaman Nabi SAW.
e. Sesuai hadith dengan mazhab yang dianut oleh rawi, sedang rawi itu pula orang yang
sangat fanatik terhadap mazhab
f. Mengandungi urusan yang menurut seharusnya, kalau ada dinukilkan oleh orang ramai

Anda mungkin juga menyukai