Anda di halaman 1dari 3

TAJUK FORUM: INTERNET – BAIK BURUKNYA INTERNET DALAM KALANGAN

PELAJAR

Pengerusi: Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita
pada hari ini ”INTERNET – baik buruknya Internet dalam kalangan pelajar”. Bersama saya
adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana
nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat
kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli
panel pertama,saudara____________. Selamat datang saudara. Seterusnya ahli panel kedua,
segak berbaju melayu saudara________________. Selamat datang saudara. Dan di hujung
sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudara __________. Selamat datang juga
buat saudara. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh, soalan saya pada panel
pertama, apakah maksud internet yang di uar-uarkan oleh remaja mahupun orang yang
sudah berusia pada masa kini? Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi,
Internet bermaksud penghubung di antara pengguna-penggunanya. ramai yang
menggunakn internet pada msa kini untuk bertujuan meninmba ilmu ataupun mencari
pekerjaan. Walau bagaimanpun , internet ini dapat mendekatkan hubungan kita dengan
keluarga atau sahabat-sahabat yang jauh di perantauan . Pengerusi: Terima kasih
kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan
bahawa penggunaan internet dapat mendekatkan perhubungan di antara sahabat
mahupun keluarga yang jauh di perantaun, bolehkan saudara terangkan bagaimana
untuk mendekatkan perhubungan tersebut dengan menggunakn internet? Panel Kedua:
Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Seperti yang kita
ketahui, masyarakat sekarang ramai yang menggunakan perhubungan yang sangat
mudah untuk di gunakan. Banyak contoh yang terdapat di dalam penggunaan internet
untuk menghubungkan talian tersebut. Seperti emel, facebook, myspace dan sebagainya.
walaubagaimanapun , tidak ke semuanya menganggap penggunaan komuniti ini bagus ,
ada juga yang menganggap ia sebagai satu benda yang buruk. Pengerusi: Terima kasih
kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa internet adalah
penghubung yang sangat mudah untuk di gunakan. Tidak semua penggunaan internet
ini ada baiknya, tetapi sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai keburukan
menggunakan internet, apa kata panel ketiga mengemukakan pandangan beliau
mengenai penggunaan internet juga boleh digunakan untuk menimba ilmu atau mencari
pekerjaan? Silakan saudara. Panel Ketiga: Terima kasih kerana menjemput saya untuk
berbicara dalam majlis forum ini, antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk
menimba ilmu atau mencari pekerjaan. Terdapat banyak laman web yang mengutarakan
tentang pendidikan ataupun pekerjaan. Pada masa kini juga, ramai remaja yang hanya
duduk di rumah sementara menunggu keputusan peperiksaan di keluarkan, tidak ada
salahnya untuk mencari pengalaman bekerja sementara menunggu. Banyak masa yang
terbuang jika remaja hanya duduk di rumah ataupun hanya duduk lepak bersama kawan
tanpa arah tuju. Remaja boleh melayari internet untuk mencari pekerjaan. Walaupun
ianya hanya sementara, tetapi sekurang-kurangnya masa itu tidak di buang begitu
sahaja. Pepatah menyatakan bahawa Masa itu Emas, oleh itu kita harus sama-sama
menghargai setiap detik yang berlalu dengan mengisikannya dengan benda yang
bermanfaat.

Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga menyediakan
pekerjaan-pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan.
Betul kata panel kita yang ketiga tadi, adalah lebih baik remaja mencari kerja sementara
menunggu keputusan di keluarkan. Baiklah, itu antara kebaikan-kebaikan yang terdapat
dalam penggunaan internet. Sekarang kita beralih pula kepada keburukan menggunakan
internet. Soalan saya kembali kepada panel kita yang pertama, apakah antara keburukan
yang terdapat dalam penggunaan internet? Panel Pertama: Daripada sudut negetif
pada penggunaan internet memang ada. Namun, ianya tidak harus dijadikan
penghalang pada pelajar untuk menggunakannya. Banyak kes yang terjadi melalui
internet. Antaranya penipuan melalui laman web yang kini kian bermaharajalela. Bagi
yang tidak mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa kepada sindiket
penipuan ini. Mereka berkemampuan untuk mendapatkan wang mangsa dengan
berbagai-bagai cara. Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini kerana penganjur
penipuan ini menggunakan taktik psikologi sehingga mangsa mempercayai dakwaan
sindiket itu. Biasanya penipuan ini menghubungi mangsanya melalui emel yang biasa
digunakan oleh para pelajar. Berikut adalah beberapa contoh penipuan yang boleh anda
dapati melalui laman web. Pengerusi: terima kasih atas pendpat panel kita yang pertama
mengenai keburukan internet tersebut. kita sendiri dapat lihat, banyak penipuan yang
berlaku dan disebarkan melalui internet. apakah contoh lain selain penipuan yang
terdapat dalam internet, soalan ini saya ajukan kepada panel kita yang kedua . silakan .
Panel Kedua:Terima kasih saudara pengerusi, antara contoh lain yang terdapat dalam
penggunaan internet ialah laman web yang yang berunsurkan pornografi. Pelajar zaman
sekarang ramai yang mengetahui internet menyediakan laman web yang berunsurkan
pornografi membuatkan pelajr rasa ingin mengetahui isi kandungnya. Ini adalah salah
satu sebab kenapa di nyatakan bahawa internet juga ada buruknya. Tanggungjawab
ibubapa harus ditekankan lagi bagi menjaga setiap perbuatan yang anak mereka
lakukan. Ini semua akan menjejaskan pelajaran mereka. Otak mereka akan menjadi
sempit dan cetek. Pengetahuan mereka hanya setakat itu sahaja. Mereka akan
menumpukan pada laman web yang berunsurkan pornografi ini. Ibu bapa harus
memantau anakanak mereka semasa menggunakan internet untuk laman web yang
berunsurkan benda negetif. Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi
menyebutkan tentang laman web yang berunsur pornografi , saya pasti ramai yang ingin
tahu apakah pendapat bagi panel kita yang ketiga mengenai keburukan menggunakan
internet . silakan saudara.
Panel Ketiga: terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh
panel pertama dan kedua kita tadi. Bagi pandangan saya, terlalu banyak keburukkan
yang terdapat dalam penggunaan internet tersebut. Bukan setakat penipuan atau pun
laman web yang berunsurkan pornografi. Malah banyak lagi yang terdapat di dalam
internet tersebut. Bagi saya, kita harus berhatihati dengan menggunakan internet. Jika
kita bijak menggunakannya, benda negetif yang terdapat di dalam internet tersebut
tidak akan menjejaskan penggunaan yang baik. Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan
kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat
masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar” masuk telinga kanan,
keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita
sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar
perbincangan kita hari ini. (tepuk tangan).Kesimpulannya pengguaan internet bukan
sahaja di sediakan untuk kebaikan , malah keburukkan juga terdapat dalam kandungan
isi internet.”pengayuh sudah ditangan , perahu sudah di air ” fikir-fikirkan dan jangan
sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi,
bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!! Internet merupakan pemangkin negara!

Anda mungkin juga menyukai