Anda di halaman 1dari 3

teks Forum Remaja ; Internet - baik buruknya internet dalam kalangan pelajar

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum
Remaja. Topik kita pada hari ini INTERNET baik buruknya Internet dalam
kalangan pelajar. Bersama saya adalah 4 orang ahli panel yang tidak asing lagi.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari ________________.
Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung
saudari _________________. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak
pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari ______________. Selamat datang juga
buat saudari. Akhir sekali, panel keempat saudari ______________. Selamat datang
saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel
pertama, apakah maksud internet yang di uar- uarkan oleh remaja mahupun
orang yang sudah berusia pada masa kini?

Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Internet bermaksud


penghubung di antara pengguna-penggunanya . ramai yang menggunakn
internet pada masa kini untuk tujuan menimba ilmu ataupun mencari pekerjaan.
Walau bagaimanpun , internet ini dapat mendekatkan hubungan kita dengan
keluarga atau sahabat-sahabat yang jauh di perantauan .

Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel
pertama ada menyatakan bahawa penggunaan internet dapat mendekatkan
perhubungan di antara sahabat mahupun keluarga yang jauh di perantaun,
bolehkan saudari terangkan bagaimana untuk mendekatkan perhubungan
tersebut dengan menggunakn internet?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu.
Seperti yang kita ketahui, masyarakat sekarang ramai yang menggunakan
perhubungan yang sangat mudah untuk di gunakan. Banyak contoh yang
terdapat di dalam penggunaan internet untuk menghubungkan talian tersebut.
Seperti emel , facebook , myspace dan sebagainya . Walaubagaimanapun , tidak
ke semuanya menganggap penggunan komuniti ini bagus , ada juga yang
menganggap ia sebagai satu benda yang buruk.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi
bersuluh bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah untuk di
gunakan. Tidak semua penggunaan internet ini ada baiknya , tetapi sebelum kita
bercerita lebih lanjut mengenai keburukan menggunakan internet , apa kata
panel ketiga mengemukakan pandangan beliau mengenai penggunaan internet
juga boleh digunakan untuk menimba ilmu atau mencari pekerjaan? Silakan
saudari.

Panel Ketiga : Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis
forum ini, antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk menimba ilmu
atau mencari pekerjaan. Terdapat banyak laman web yang mengutarakan
tentang pendidikan ataupun pekerjaan. Pada masa kini juga, ramai remaja yang
hanya duduk di rumah sementara menunggu keputusan peperiksaan di
keluarkan, tidak ada salahnya untuk mencari pengalaman bekerja sementara
menunggu. Banyak masa yang terbuang jika remaja hanya duduk di rumah
ataupun hanya duduk lepak bersama kawan tanpa arah tuju. Remaja boleh
melayari internet untuk mencari pekerjaan. Walaupun ianya hanya sementara,
tetapi sekurang- kurangnya masa itu tidak di buang begitu sahaja. Pepatah
menyatakan bahawa Masa itu Emas, oleh itu kita harus sama- sama menghargai
setiap detik yang berlalu dengan mengisikannya dengan benda yang
bermanfaat.
Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga
menyediakan pekerjaan-pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu
keputusan peperiksaan. Betul kata panel kita yang ketiga tadi, adalah lebih baik
remaja mencari kerja sementara menunggu keputusan di keluarkan. Baiklah, itu
antara kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam penggunaan internet. Sekarang
kita beralih pula kepada keburukan menggunakan internet. Soalan saya yang
seterusnya ditujukan kepada panel kita yang ke-empat, apakah antara
keburukan yang terdapat dalam penggunaan internet?

Panel Ke-empat: Daripada sudut negetif pada penggunaan internet memang ada.
Namun, ianya tidak harus dijadikan penghalang pada pelajar untuk
menggunakannya. Banyak kes yang terjadi melalui internet. Antaranya penipuan
melalui laman web yang kini kian bermaharajalela. Bagi yang tidak
mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan
ini. Mereka berkemampuan untuk mendapatkan wang mangsa dengan berbagai-
bagai cara. Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini kerana penganjur
penipuan ini menggunakan taktik psikologi sehingga mangsa mempercayai
dakwaan sindiket itu. Biasanya penipuan ini menghubungi mangsanya melalui
emel yang biasa digunakan oleh para pelajar. Berikut adalah beberapa contoh
penipuan yang boleh anda dapati melalui laman web.

Pengerusi: Terima kasih atas pendpat panel kita yang keempat mengenai
keburukan internet tersebut . Kita dapat melihat dengan sendiri , banyak
penipuan yang berlaku dan disebarkan melalui internet . Apakah contoh lain
selain penipuan yang terdapat dalam internet , soalan ini saya ajukan kepada
panel kita yang kedua . Silakan .

Panel Kedua: Terima kasih saudari pengerusi, antara contoh lain yang terdapat
dalam penggunaan internet ialah laman web yang yang berunsurkan pornografi.
Pelajar zaman sekarang ramai yang mengetahui internet menyediakan laman
web yang berunsurkan pornografi membuatkan pelajr rasa ingin mengetahui isi
kandungnya. Ini adalah salah satu sebab kenapa di nyatakan bahawa internet
juga ada buruknya. Tanggungjawab ibubapa harus ditekankan lagi bagi menjaga
setiap perbuatan yang anak mereka lakukan. Ini semua akan menjejaskan
pelajaran mereka. Otak mereka akan menjadi sempit dan cetek. Pengetahuan
mereka hanya setakat itu sahaja. Mereka akan menumpukan pada laman web
yang berunsurkan pornografi ini. Ibu bapa harus memantau anak-anak mereka
semasa menggunakan internet.

Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit
apa yang dikatakan saudari panel kedua.

Pengerusi: Silakan saudari.


Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang lebih
sosial berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu tertumpu kepada
mereka. Kita tidak boleh menyalahkan laman web yang menyediakan unsur-
unsur sedemikian, tetapi ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka dengan
lebih tegas. Penggunaan internet juga ada batasnya, ibubapa boleh
menterhadkan penggunaan internet tersebut. Ibubapa boleh menghalang
kemasukan untuk laman web yang berunsurkan benda negAtif.

Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang
laman web yang berunsur pornografi , saya pasti ramai yang ingin tahu apakah
pendapat bagi panel kita yang ketiga mengenai keburukan menggunakan
internet . Silakan saudari .

Panel Ketiga : Terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang
diberikan oleh panel pertama dan kedua kita tadi. Bagi pandangan saya, terlalu
banyak keburukan yang terdapat dalam penggunaan internet tersebut. Bukan
setakat penipuan atau pun laman web yang berunsurkan pornografi. Malah
banyak lagi yang terdapat di dalam internet tersebut. Bagi saya, kita harus
berhati-hati dengan menggunakan internet. Jika kita bijak menggunakannya,
benda negetif yang terdapat di dalam internet tersebut tidak akan menjejaskan
penggunaan yang baik.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana
sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing- masing. Semoga apa yang kita
dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Nampaknya , daya masa tidak mengizinkan kita berbicara dengan lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai