Anda di halaman 1dari 5

TAJUK FORUM: INTERNET – BAIK BURUKNYA INTERNET DALAM

KALANGAN
PELAJAR

Pengerusi: Salam Sejahtera, Salam perpaduan, dan Salam Satu Malaysia bertemu
kita lagi dalam gelanggang Forum PPISMP Bahasa Melayu 2021. Topik kita pada
hari ini ”internet – baik buruknya internet dalam kalangan pelajar”. Bersama saya
adalah 5 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau
kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para wanita tidak senang duduk
melihat kekacakan lima orang ahli panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan
saya, ahli panel pertama, saudara Dato Sri Goh Yu Hea. Selamat datang saudara.
Seterusnya ahli panel kedua, bergaya kemas berbaju kemeja saudara Ketua Unit
Jenayah Internet Professor Bakarah. Selamat datang saudara. Seterusnya ahli
panel ketiga terpaling segak dan bergaya saudara Professor Jamal. Selamat
datang saudara. Selain itu ahli panel keempat tak lain tak bukan saudara Dato Haji
Muhd Hisham. Selamat datang saudara. Dan di hujung sana, nampak pendiam tapi
bijak berkata-kata, saudara Dato Dr.Mohd Jamaludin. Selamat datang juga buat
saudara. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh, soalan saya pada panel
pertama, apakah maksud internet yang di sedang diperkatakan oleh remaja
mahupun orang yang sudah berusia pada masa kini?

Panel Pertama: Terima kasih saudara pengerusi majlis, Internet bermaksud


penghubung di antara pengguna-penggunanya. Sesungguhnya, ramai yang
menggunakan internet pada masa kini untuk menimba ilmu mahupun mencari
pekerjaan. Walaubagaimanapun, Internet ini dapat mendekatkan hubungan kita
dengan keluarga atau sahabat-sahabat yang jauh di perantauan.

Pengerusi: Terima kasih kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama
kita ada menyatakan bahawa penggunaan internet dapat mendekatkan hubungan di
antara sahabat mahupun keluarga yang jauh di perantaun, bolehkah saudara panel
kedua kita terangkan bagaimana untuk mendekatkan hubungan tersebut dengan
menggunakan internet?
Panel Kedua: Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu.
Seperti yang kita ketahui, masyarakat sekarang ramai yang menggunakan
perhubungan yang sangat mudah untuk di gunakan. Banyak contoh yang terdapat di
dalam penggunaan internet untuk menghubungkan talian tersebut. Seperti e-mel,
Facebook, Instagram dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tidak ke semuanya
menganggap penggunaan komuniti ini bagus, ada juga yang menganggap ia
sebagai satu benda yang buruk.

Pengerusi: Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi
bersuluh bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah untuk digunakan.
Tidak semua penggunaan internet ini ada baiknya, tetapi sebelum kita bercerita lebih
lanjut mengenai keburukan menggunakan internet, apa kata panel ketiga
mengemukakan pandangan beliau mengenai penggunaan internet juga boleh
digunakan untuk menimba ilmu atau mencari pekerjaan? Silakan saudara.

Panel Ketiga: Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis
forum ini, antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk menimba ilmu atau
mencari pekerjaan. Terdapat banyak laman web yang mempertengahkan pendidikan
ataupun pekerjaan. Pada masa kini juga, ramai remaja yang hanya duduk di rumah
sementara menunggu keputusan peperiksaan di keluarkan, tidak ada salahnya
untuk mencari pengalaman bekerja sementara menunggu. Banyak masa yang
terbuang jika remaja hanya duduk di rumah ataupun hanya duduk lepak bersama
kawan tanpa arah tuju. Remaja boleh melayari internet untuk mencari pekerjaan.
Walaupun ianya hanya sementara, tetapi sekurang-kurangnya masa itu tidak di
buang begitu sahaja. Pepatah menyatakan bahawa Masa itu Emas, oleh itu kita
harus sama-sama menghargai setiap detik yang berlalu dengan mengisikannya
dengan benda yang bermanfaat.

Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga
menyediakan pekerjaan-pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu keputusan
peperiksaan. Betul kata panel kita yang ketiga tadi, adalah lebih baik remaja mencari
kerja sementara menunggu keputusan di keluarkan. Baiklah, itu antara kebaikan-
kebaikan yang terdapat dalam penggunaan internet. Sekarang kita beralih pula
kepada keburukan menggunakan internet. Soalan saya tertuju pula kepada panel
kita yang keempat, apakah antara keburukan yang terdapat dalam penggunaan
internet?

Panel Keempat: Daripada sudut negatif pada penggunaan internet memang ada.
Namun, ianya tidak harus dijadikan penghalang pada pelajar untuk
menggunakannya. Banyak kes yang terjadi melalui internet. Antaranya penipuan
melalui laman web yang kini kian berleluasa. Bagi yang tidak mengetahuinya,
kemungkinan akan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini. Mereka
berkemampuan untuk mendapatkan wang mangsa dengan berbagai-bagai cara.
Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini kerana penganjur penipuan ini
menggunakan taktik psikologi sehingga mangsa mempercayai dakwaan sindiket itu.
Biasanya penipuan ini menghubungi mangsanya melalui emel yang biasa digunakan
oleh para pelajar. Berikut adalah beberapa contoh penipuan yang boleh anda dapati
melalui laman web.

Pengerusi: Terima kasih atas pendapat panel kita yang keempat mengenai
keburukan internet tersebut. kita sendiri dapat lihat, banyak penipuan yang berlaku
dan disebarkan melalui internet. apakah contoh lain selain penipuan yang terdapat
dalam internet, soalan ini saya ajukan kepada panel kita yang kelima, Silakan.

Panel Kelima: Terima kasih saudara pengerusi, antara contoh lain yang terdapat
dalam penggunaan internet ialah laman web yang yang berunsurkan pornografi.
Pelajar zaman sekarang ramai yang mengetahui internet menyediakan laman web
yang berunsurkan pornografi membuatkan pelajar rasa ingin mengetahui isi
kandungnya. Ini adalah salah satu sebab kenapa di nyatakan bahawa internet juga
ada buruknya. Tanggungjawab ibubapa harus ditekankan lagi bagi menjaga setiap
perbuatan yang anak mereka lakukan. Ini semua akan menjejaskan pelajaran
mereka. Otak mereka akan menjadi sempit dan cetek. Pengetahuan mereka hanya
setakat itu sahaja. Mereka akan menumpukan pada laman web yang berunsurkan
pornografi ini. Ibu bapa harus memantau anak-anak mereka semasa menggunakan
internet.

Panel Pertama: Maafkan saya saudara pengerusi, saya ingin menambah sedikit
apa yang dikatakan saudari panel kelima.
Pengerusi: Silakan saudara.

Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang lebih
sosial berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu tertumpu kepada
mereka. Kita tidak boleh menyalahkan laman web yang menyediakan unsur-unsur
atau yang dikatakan anasir-anasir sedemikian, tetapi ibubapa harus mendidik anak-
anak mereka dengan lebih tegas. Penggunaan internet juga ada batasnya, ibubapa
boleh menterhadkan penggunaan internet tersebut. Ibubapa boleh menghalang
kemasukan untuk laman web yang berunsurkan benda negatif.

Pengerusi: Terima kasih saudara. Jika panel kelima kita tadi menyebutkan tentang
laman web yang berunsur pornografi, saya pasti ramai yang ingin tahu apakah
pendapat bagi panel kita yang kedua mengenai keburukan menggunakan internet.
Silakan saudara.

Panel Kedua: Terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang diberikan
oleh panel pertama dan kelima kita tadi. Bagi pandangan saya, terlalu banyak
keburukan yang terdapat dalam penggunaan internet tersebut. Bukan setakat
penipuan atau pun laman web yang berunsurkan pornografi. Malah banyak lagi yang
terdapat di dalam internet tersebut. Bagi saya, kita harus berhati-hati dengan
menggunakan internet. Jika kita bijak menggunakannya, benda negatif yang
terdapat di dalam internet tersebut tidak akan menjejaskan penggunaan yang baik.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada kelima-lima ahli panel kita kerana
sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat
hari ini tidak sekadar” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa
amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan
untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.
(tepuk tangan). Kesimpulannya pengguaan internet bukan sahaja di sediakan untuk
kebaikan, malah keburukkan juga terdapat dalam kandungan isi internet. “pengayuh
sudah ditangan, perahu sudah di air” fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!!
Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-
fikirkanlah!! Internet merupakan pecentus negara! Terimalah serangkap pantun
indah daripada saya

Tauliah padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat,ceria selalu

Anda mungkin juga menyukai