Anda di halaman 1dari 5

TAJUK FORUM : INTERNET – BAIK BURUKNYA INTERNET 

 DALAM
KALANGAN PELAJAR

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada
hari ini ”INTERNET – baik buruknya Internet dalam kalangan pelajar”. Bersama saya adalah
3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya
warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli
panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari
(NurMaizatul Akmam Matusin). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu
berbaju kurung saudari (Halimaton Nadzirah Rahman). Selamat datang saudari. Dan di
hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (Najwa Mahmood). Selamat
datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada
panel pertama, apakah maksud internet yang di uar-uarkan oleh remaja mahupun orang yang
sudah berusia pada masa kini?

Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Internet bermaksud penghubung di
antara pengguna-penggunanya . ramai yang menggunakn internet pada msa kini untuk
bertujuan meninmba ilmu ataupun mencari pekerjaan. Walau bagaimanpun , internet ini
dapat mendekatkan hubungan kita dengan keluarga atau sahabat-sahabat yang jauh di
perantauan .

Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada
menyatakan bahawa penggunaan internet dapat mendekatkan perhubungan di antara sahabat
mahupun keluarga yang jauh di perantaun, bolehkan saudari terangkan bagaimana untuk
mendekatkan perhubungan tersebut dengan menggunakn internet?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Seperti yang
kita ketahui, masyarakat sekarang ramai yang menggunakan perhubungan yang sangat mudah
untuk di gunakan. Banyak contoh yang terdapat di dalam penggunaan internet untuk
menghubungkan talian tersebut. Seperti emel , facebook , myspace dan sebagainya .
walaubagaimanapun , tidak ke semuanya menganggap penggunan komuniti ini bagus , ada
juga yang menganggap ia sebagai satu benda yang buruk.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh
bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah untuk di gunakan. Tidak semua
penggunaan internet ini ada baiknya , tetapi sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai
keburukan menggunakan internet , apa kata panel ketiga mengemukakan pandangan beliau
mengenai penggunaan internet. Adakah internet juga boleh digunakan untuk menimba ilmu
atau mencari pekerjaan? Silakan saudari.

Panel Ketiga : Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini,
antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk menimba ilmu atau mencari pekerjaan.
Terdapat banyak laman web yang mengutarakan tentang pendidikan ataupun pekerjaan. Pada
masa kini juga, ramai remaja yang hanya duduk di rumah sementara menunggu keputusan
peperiksaan di keluarkan, tidak ada salahnya untuk mencari pengalaman bekerja sementara
menunggu. Banyak masa yang terbuang jika remaja hanya duduk di rumah ataupun hanya
duduk lepak bersama kawan tanpa arah tuju. Remaja boleh melayari internet untuk mencari
pekerjaan. Walaupun ianya hanya sementara, tetapi sekurang-kurangnya masa itu tidak di
buang begitu sahaja. Pepatah menyatakan bahawa Masa itu Emas, oleh itu kita harus sama-
sama menghargai setiap detik yang berlalu dengan mengisikannya dengan benda yang
bermanfaat.

Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga menyediakan
pekerjaan-pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan. Betul kata
panel kita yang ketiga tadi, adalah lebih baik remaja mencari kerja sementara menunggu
keputusan di keluarkan. Baiklah, itu antara kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam
penggunaan internet. Sekarang kita beralih pula kepada keburukan menggunakan internet.
Soalan saya kembali kepada panel kita yang pertama, apakah antara keburukan yang terdapat
dalam penggunaan internet?

Panel Pertama: Daripada sudut negetif pada penggunaan internet memang ada. Namun, ianya
tidak harus dijadikan penghalang pada pelajar untuk menggunakannya. Banyak kes yang
terjadi melalui internet. Antaranya penipuan melalui laman web yang kini kian
bermaharajalela. Bagi yang tidak mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa kepada
sindiket penipuan ini. Mereka berkemampuan untuk mendapatkan wang mangsa dengan
berbagai-bagai cara. Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini kerana penganjur
penipuan ini menggunakan taktik psikologi sehingga mangsa mempercayai dakwaan sindiket
itu. Biasanya penipuan ini menghubungi mangsanya melalui emel yang biasa digunakan oleh
para pelajar. Berikut adalah beberapa contoh penipuan yang boleh anda dapati melalui laman
web.

Pengerusi: terima kasih atas pendpat panel kita yang pertama mengenai keburukan internet
tersebut . kita sendiri dapat lihat , banyak penipuan yang berlaku dan disebarkan melalui
internet . apakah contoh lain selain penipuan yang terdapat dalam internet , soalan ini saya
ajukan kepada panel kita yang kedua . silakan .

Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, antara contoh lain yang terdapat dalam
penggunaan internet ialah laman web yang yang berunsurkan pornografi. Pelajar zaman
sekarang ramai yang mengetahui internet menyediakan laman web yang berunsurkan
pornografi membuatkan pelajr rasa ingin mengetahui isi kandungnya. Ini adalah salah satu
sebab kenapa di nyatakan bahawa internet juga ada buruknya. Tanggungjawab ibubapa harus
ditekankan lagi bagi menjaga setiap perbuatan yang anak mereka lakukan. Ini semua akan
menjejaskan pelajaran mereka. Otak mereka akan menjadi sempit dan cetek. Pengetahuan
mereka hanya setakat itu sahaja. Mereka akan menumpukan pada laman web yang
berunsurkan pornografi ini. Ibu bapa harus memantau anak-anak mereka semasa
menggunakan internet.

Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang
dikatakan saudari panel kedua.

Pengerusi: Silakan saudari.

Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang lebih social
berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu tertumpu kepada mereka. Kita tidak
boleh menyalahkan laman web yang menyediakan unsur-unsur sedemikian, tetapi ibubapa
harus mendidik anak-anak mereka dengan lebih tegas. Penggunaan internet juga ada
batasnya, ibubapa boleh menterhadkan penggunaan internet tersebut. Ibubapa boleh
menghalang kemasukan untuk laman web yang berunsurkan benda negetif.
Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang laman web
yang berunsur pornografi , saya pasti ramai yang ingin tahu apakah pendapat bagi panel kita
yang ketiga mengenai keburukan menggunakan internet . silakan saudari .

Panel Ketiga : terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh panel
pertama dan kedua kita tadi. Bagi pandangan saya, terlalu banyak keburukkan yang terdapat
dalam penggunaan internet tersebut. Bukan setakat penipuan atau pun laman web yang
berunsurkan pornografi. Malah banyak lagi yang terdapat di dalam internet tersebut. Bagi
saya, kita harus berhati-hati dengan menggunakan internet. Jika kita bijak menggunakannya,
benda negetif yang terdapat di dalam internet tersebut tidak akan menjejaskan penggunaan
yang baik.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir
dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak
sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui
kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya
dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya pengguaan
internet bukan sahaja di sediakan untuk kebaikan , malah keburukkan juga terdapat dalam
kandungan isi internet . ”pengayuh sudah ditangan , perahu sudah di air ” fikir-fikirkan dan
jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi,
bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!! Internet merupakan pemangkin negara! Terimalah
serangkap pantun indah daripada saya

Tuailah padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,

Orang putih, orang Pakistan,


Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai