Anda di halaman 1dari 4

FORUM: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET

Pengerusi forum : Adrian


Panel Pertama :Eric
Panel Kedua :Olieven
Panel Ketiga :Coven

Pengerusi forum: Topik kita pada hari ini ”INTERNET – baik buruknya Internet dalam
kalangan pelajar”. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Baiklah di
sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudara (Eric). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli
panel kedua, saudara(Olieven). Selamat datang saudara. Dan di hujung sana, nampak pemalu
tapi bijak berkata-kata, saudara (Coven). Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum
saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah maksud internet yang di
uar-uarkan oleh remaja mahupun orang yang sudah berusia pada masa kini?
Panel pertama: Terima kasih kepada saudara pengerusi, Internet bermaksud penghubung di
antara pengguna-penggunanya . ramai yang menggunakn internet pada masa kini untuk
bertujuan meninmba ilmu ataupun mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun , internet ini
dapat mendekatkan hubungan kita dengan keluarga atau sahabat-sahabat yang jauh di
perantauan .
Pengerusi forum: Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel
pertama ada menyatakan bahawa penggunaan internet dapat mendekatkan perhubungan di
antara sahabat mahupun keluarga yang jauh di perantaun, bolehkan saudara terangkan
bagaimana untuk mendekatkan perhubungan tersebut dengan menggunakan internet?
Panel Kedua: Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Seperti yang
kita ketahui, masyarakat sekarang ramai yang menggunakan perhubungan yang sangat mudah
untuk di gunakan. Banyak contoh yang terdapat di dalam penggunaan internet untuk
menghubungkan talian tersebut. Seperti email , facebook , whatsapp dan sebagainya .
walaubagaimanapun , tidak ke semuanya menganggap penggunan komuniti ini bagus , ada juga
yang menganggap ia sebagai satu benda yang buruk.
Pengerusi forum : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi
bersuluh bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah untuk digunakan. Tidak
semua penggunaan internet ini ada baiknya , tetapi sebelum kita bercerita lebih lanjut
mengenai keburukan menggunakan internet , apa kata panel ketiga mengemukakan pandangan
beliau mengenai penggunaan internet juga boleh digunakan untuk menimba ilmu atau mencari
pekerjaan? Silakan saudara.
Panel Ketiga : Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum
ini, antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk menimba ilmu atau mencari
pekerjaan. Terdapat banyak laman web yang mengutarakan tentang pendidikan ataupun
pekerjaan. Pada masa kini juga, ramai remaja yang hanya duduk di rumah sementara
menunggu keputusan peperiksaan di keluarkan, tidak ada salahnya untuk mencari pengalaman
bekerja sementara menunggu. Banyak masa yang terbuang jika remaja hanya duduk di rumah
ataupun hanya duduk lepak bersama kawan tanpa arah tuju. Remaja boleh melayari internet
untuk mencari pekerjaan. Walaupun ianya hanya sementara, tetapi sekurang-kurangnya masa
itu tidak di buang begitu sahaja. Pepatah menyatakan bahawa Masa itu Emas, oleh itu kita
harus sama-sama menghargai setiap detik yang berlalu dengan mengisikannya dengan benda
yang bermanfaat.
Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga menyediakan
pekerjaan-pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan. Betul kata
panel kita yang ketiga tadi, adalah lebih baik remaja mencari kerja sementara menunggu
keputusan di keluarkan. Baiklah, itu antara kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam
penggunaan internet. Sekarang kita beralih pula kepada keburukan menggunakan internet.
Soalan saya kembali kepada panel kita yang pertama, apakah antara keburukan yang terdapat
dalam penggunaan internet?
Panel Pertama: Daripada sudut negetif pada penggunaan internet memang ada. Namun,
ianya tidak harus dijadikan penghalang pada pelajar untuk menggunakannya. Banyak kes yang
terjadi melalui internet. Antaranya penipuan melalui laman web yang kini kian bermaharajalela.
Bagi yang tidak mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan
ini. Mereka berkemampuan untuk mendapatkan wang mangsa dengan berbagai-bagai cara.
Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini kerana penganjur penipuan ini menggunakan
taktik psikologi sehingga mangsa mempercayai dakwaan sindiket itu. Biasanya penipuan ini
menghubungi mangsanya melalui emel yang biasa digunakan oleh para pelajar. Berikut adalah
beberapa contoh penipuan yang boleh anda dapati melalui laman web.
Pengerusi: terima kasih atas pendpat panel kita yang pertama mengenai keburukan internet
tersebut . kita sendiri dapat lihat , banyak penipuan yang berlaku dan disebarkan melalui
internet . apakah contoh lain selain penipuan yang terdapat dalam internet , soalan ini saya
ajukan kepada panel kita yang kedua . silakan .
Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, antara contoh lain yang terdapat dalam
penggunaan internet ialah laman web yang yang berunsurkan pornografi. Pelajar zaman
sekarang ramai yang mengetahui internet menyediakan laman web yang berunsurkan
pornografi membuatkan pelajr rasa ingin mengetahui isi kandungnya. Ini adalah salah satu
sebab kenapa dinyatakan bahawa internet juga ada buruknya. Tanggungjawab ibubapa harus
ditekankan lagi bagi menjaga setiap perbuatan yang anak mereka lakukan. Ini semua akan
menjejaskan pelajaran mereka. Otak mereka akan menjadi sempit dan cetek. Pengetahuan
mereka hanya setakat itu sahaja. Mereka akan menumpukan pada laman web yang
berunsurkan pornografi ini. Ibu bapa harus memantau anak-anak mereka semasa
menggunakan internet.
Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang
dikatakan saudari panel kedua.
Pengerusi: Silakan saudari.
Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang lebih social
berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu tertumpu kepada mereka. Kita tidak
boleh menyalahkan laman web yang menyediakan unsur-unsur sedemikian, tetapi ibubapa
harus mendidik anak-anak mereka dengan lebih tegas. Penggunaan internet juga ada batasnya,
ibubapa boleh menterhadkan penggunaan internet tersebut. Ibubapa boleh menghalang
kemasukan untuk laman web yang berunsurkan benda negetif.
Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang laman web
yang berunsur pornografi , saya pasti ramai yang ingin tahu apakah pendapat bagi panel kita
yang ketiga mengenai keburukan menggunakan internet . silakan saudari .
Panel Ketiga : Terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh panel
pertama dan kedua kita tadi. Bagi pandangan saya, terlalu banyak keburukkan yang terdapat
dalam penggunaan internet tersebut. Bukan setakat penipuan atau pun laman web yang
berunsurkan pornografi. Malah banyak lagi yang terdapat di dalam internet tersebut. Bagi saya,
kita harus berhati-hati dengan menggunakan internet. Jika kita bijak menggunakannya, benda
negetif yang terdapat di dalam internet tersebut tidak akan menjejaskan penggunaan yang
baik.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan
sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ”
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum
berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun
mendengar perbincangan kita hari ini..Kesimpulannya pengguaan internet bukan sahaja di
sediakan untuk kebaikan , malah keburukkan juga terdapat dalam kandungan isi internet .
”pengayuh sudah ditangan , perahu sudah di air ” fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti
berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-
fikirkanlah!! Internet merupakan pemangkin negara! Terimalah serangkap pantun indah
daripada saya.

Anda mungkin juga menyukai