BERERTI
TEMA
Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri.
• Seorang ibu yang mengharapkan belaian
kasih sayang anak-anak pada penghujung
usianya. Namun begitu anak-anak tidak
mengendahkan dan mengambil
tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut
hatinya masih mengharapkan anak-anaknya
akan insaf.
PERSOALAN
Kesedihan warga tua yang kesepian
• Wanita tua mengeluh mengenangkan dirinya yang kesumyian kerana tidak diziarahi
oleh sesiapapun.
Sikap anak-anak yang mementingkan diri
• Wanita tua mengenangkan nasibnya yang ditolak daripada seorang anak kepada
seorang anak yang lain kerana tidak mahu menjaga dirinya yang uzur.
Kasih sayang ibu tiada penghujung
• Wanita tua tetap berdoa agar anak-anaknya segera insaf walaupun hatinya terluka
degan sikap anak-anak kandungnya.
Harapan ibu terhadap anak sendiri
• Wanita tua berharap agar anak-anak kandungnya kembali mengeratkan semula
hubungan kekeluarga mereka demi mengubati hatinya yang luka.
Kehidupan manusia di dunia tiada yang kekal
• wanita tua mengingatkan anak-anak kandungan bahawa kehidupan mereka di
dunia tidak kekal,sampai masa pasti akan pergi meninggalkan dunia,yang kekal
hanya tuhan.
Nilai
Kasih sayang
• Wanita tua terlalu sayang anak-anak kandungnya. Dia tetap berdoa agar anak-
anaknya insaf walaupun berasa amat sedih kerana disisihkan oleh mereka.
Ketabahan
• Ketabahan dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa
dihiraukan oleh anak-anak.
Keinsafan
• Penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
Bertanggungjawab
• Sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya dengan mendoakan mereka
agar dikurniakan keinsafan.
Pengajaran
Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan
mereka dan menjaga ibu bapa sehingga tua.
Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri,
terutamanya menghadapi usia yang tua.
Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu
bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka.
Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu
mengharapkan orang lain, walaupun sewaktu tua.