Anda di halaman 1dari 5

SAJAK ERTI HIDUP

BERERTI
TEMA
 Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri.
• Seorang ibu yang mengharapkan belaian
kasih sayang anak-anak pada penghujung
usianya. Namun begitu anak-anak tidak
mengendahkan dan mengambil
tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut
hatinya masih mengharapkan anak-anaknya
akan insaf.
PERSOALAN
 Kesedihan warga tua yang kesepian
• Wanita tua mengeluh mengenangkan dirinya yang kesumyian kerana tidak diziarahi
oleh sesiapapun.
 Sikap anak-anak yang mementingkan diri
• Wanita tua mengenangkan nasibnya yang ditolak daripada seorang anak kepada
seorang anak yang lain kerana tidak mahu menjaga dirinya yang uzur.
 Kasih sayang ibu tiada penghujung
• Wanita tua tetap berdoa agar anak-anaknya segera insaf walaupun hatinya terluka
degan sikap anak-anak kandungnya.
 Harapan ibu terhadap anak sendiri
• Wanita tua berharap agar anak-anak kandungnya kembali mengeratkan semula
hubungan kekeluarga mereka demi mengubati hatinya yang luka.
 Kehidupan manusia di dunia tiada yang kekal
• wanita tua mengingatkan anak-anak kandungan bahawa kehidupan mereka di
dunia tidak kekal,sampai masa pasti akan pergi meninggalkan dunia,yang kekal
hanya tuhan.
Nilai
 Kasih sayang
• Wanita tua terlalu sayang anak-anak kandungnya. Dia tetap berdoa agar anak-
anaknya insaf walaupun berasa amat sedih kerana disisihkan oleh mereka.
 Ketabahan
• Ketabahan dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa
dihiraukan oleh anak-anak.
 Keinsafan
• Penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
 Bertanggungjawab
• Sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya dengan mendoakan mereka
agar dikurniakan keinsafan.
Pengajaran
 Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan
mereka dan menjaga ibu bapa sehingga tua.
 Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri,
terutamanya menghadapi usia yang tua.
 Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu
bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka.
 Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu
mengharapkan orang lain, walaupun sewaktu tua.

Anda mungkin juga menyukai