Anda di halaman 1dari 8

Kekeluargaan

Kemahiran Insaniah

Tempat terbaik bagi anak anda mula mengasah kemahiran


insaniahnya adalah di rumah.Seorang kanak-kanak biasanya belajar dengan
mencontohi orang di sekelilingnya, oleh itu
peranan keluarga penting dalam membentuk anak yang mempunyai akhlak
dan sikap yang terpuji . Seterusnya, pengetahuan ini akan banyak
membantu anak/remaja ketika
dia ingin berkomunikasi dengan yang lain sama ada di sekolah mahupun
tempat awam . Mempunyai kemahiran insaniah yang diperlukan akan
memudahkan dia berintegrasibukan sahaja dengan rakan sebaya, tetapi juga
dengan kumpulan umur dan personaliti lain yang dia temui.
Peranan ibu bapa :-

• bersikap adil dalam kalangan anak-anak


• menjaga kebajikan anak-anak
• bersikap memaafkan anak-anak
• sentiasa bersifat tenang dan bersabar
• bersikap adil dalam kalangan anak- anak

Ibu bapa perlulah bersikap adil dalam kalangan


anak-anak . Hal ini supaya , isu pembandingan
kelebihan mahu kekurangan anak dapat dielakkan
sekaligus dapat mewujudkan keluarga yang bahagia

Kesan sekiranya ibu bapa tidak berlaku adil :-


1) anak akan memberontak
2) berlaku persaingan yang tidak sihat antara adik-beradik
3) emosi anak menjadi tidak stabil
• menjaga kebajikan anak- anak

Ibu bapa perlu menjaga kebajikan anak-anak


seperti contoh , mengambil berat tentang keperluan persekolahan
dan harian anak. Selain itu , ibu bapa perlulah mengambil tahu tentang
emosi dan keadaan anak dengan bertanyakan kepada mereka bagaimana
dengan hari mereka , apa yang mereka hadapi , bagaimanakah perasaan
mereka pada hari tersebut .

Kesannya , anak-anak akan lebih selesa dan percaya untuk berkongsi


masalah mahupun luahan bersama ibu bapa mereka . Dengan ini ,
anak-anak tidak akan stres dan merasa terbeban dengan
masalah mereka sendiri .
• bersikap memaafkan anak-anak

Ibu bapa perlu bersikap sentiasa memaafkan anak-anak .


Namun begitu , hukuman berbentuk pengajaran hendaklah
diterapkan dalam kehidupan anak-anak .

Kesannya , anak-anak dapat belajar dari kesilapan dan


tidak mengulangi kesilapan mereka . Selanjutnya , anak-anak
seharusnya sedar kesalahan mereka dan meminta maaf.
Dengan ini , ibu bapa dapat
menjadi contoh yang baik kepada anak-anak
• sentiasa bersifat tenang dan bersabar

ibu bapa hendaklah sentiasa bersifat tenang dan bersabar melayani


karenah dan perangai anak-anak supaya anak-anak
dapat menyesuaikan diri dengan ibu bapa
mereka dan tidak berasa janggal

Kesannya , hubungan antara ibu bapa dan anak akan menjadi


semakin erat
Sekian , terima kasih
ahli kumpulan : • Marsya Izzati
• Ili Nurul Jasmine
• Annur Arisa Farhana

Anda mungkin juga menyukai