Anda di halaman 1dari 8

Ahli Panel: Hujah:

Moderator: Selamat pagi dan selamat datang ke forum. Saya, Saw Li Yin merupakan moderator forum pada
hari ini. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita
berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli
panel pertama, saudara/saudari Topik pada pagi ini ialah perbincangan tentang isu-isu
kanak termasuk kesejahteraan diri, keselamatan, kesihatan kanak-kanak sekolah, kanak-kanak
terbiar, keluarga kurang harmonis, kemiskinan, penderaan dan kurang kemhiran sosial.
Persoalannya, apakah peranan guru dan ibu bapa dalam mengatasi isu-isu ini. Tanpa
membazirkan masa, saya meminta ahli panel pertama saudara/ saudari XXX dan memulakan
forum hari ini.

Panel 1: Terima kasih, saudara XXX, saya akan menerangkan peranan guru dan ibu bapa dalam
membentuk kesejahteraan diri murid yang seimbang.

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk
mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta
kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang
berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dengan ini, kesejahteraan diri murid yang seimbang dapat dicapai.

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur sesuatu perkara. Menurut Ragbir Kaur (2007),
guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai
murni yang tinggi. Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai sifat dan kualiti peribadi,
profesional dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung
akan diterapkan dalam jiwa murid. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat
membentuk murid-murid yang mempunyai kesejahteraan diri yang seimbang.

Antara peranan ibu bapa termasuklah meluangkan lebih banyak masa dengan anak agar mereka
tidak berasa kesunyian atau diabaikan oleh ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa tidak seharusnya
terlalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga mengabaikan tangungjawab mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana kebanyakan remaja yang terlibat dengan gejala sosial mengatakan
bahawa mereka terlibat oleh sebab ibu bapa mereka tidak mengambil peduli mengenai mereka
dan tidak meluangkan masa dengan mereka sebagai akibat sibuk dengan kerja. Perkara tersebut
menyebabkan mereka lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama-sama rakan. Oleh itu,
ibu bapa tidak seharusnya mementingkan harta berbanding dengan anak kerana harta tidak dapat
dibawa ke mana-mana apabila meninggal dunia.

Di samping itu, didikan agama yang cukup juga merupakan satu daripada faktor yang mampu
membentuk kesejahteraan diri murid yang seimbang. Seperti yang kita tahu, banyak ibu bapa
sekarang yang kurang menitikberatkan didikan agama kepada anak yang menyebabkan mereka
terlibat dalam masalah sosial. Agama merupakan perkara yang paling sepatutnya diisi dalam diri
anak. Didikan agama yang sempurna dalam diri anak mampu mencegah mereka daripada
melibatkan diri dalam perkara yang negatif kerana mereka mampu membezakan antara perkara
yang betul dengan salah. Ibu bapa harus mendidik anak dari kecil lagi dengan akhlak yang baik
supaya apabila dewasa, mereka menjadi individu yang cemerlang di masyarakat. Apabila anak
mempunyai akhlak yang baik, mereka akan disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Sekian,
terima kasih.

Moderator: Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Panel pertama kita telah menjelaskan tentang
peranan guru dan ibu bapa dalam membentuk kesejahteraan diri murid yang seimbang.
Rumusan Pendek:
Secara kesimpulanya, guru wajar dan wajib memanfaatkan kepakaran dan ilmu masing-masing
untuk membina modal insan dalam pelbagai disiplin dan dimensi serta sentiasa bekerjasama
dengan ibu bapa murid demi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita selama ini. Usaha ini adalah untuk
melahirkan murid Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Panel 2: Terima kasih, saudara XXX, saya akan menerangkan peranan guru dan ibu bapa dalam
menyelesaikan masalah kanak-kanak terbiar.

Kanak-kanak merupakan anugerah Tuhan kepada setiap ibu bapa dan harus disayangi serta
diberi keperluan asas seperti makanan, pakaian, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Namun,
ramai kes kanak-kanak terbiar masih berlaku dalam masyarakat kita terkini. Hal ini disebabkan
kesibukan ibu bapa dalam pekerjaan mereka, mengejar benda materialistik, atau ibu bapa yang
kurang mempunyai kesedaran terhadap keperluan emosi kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa
memahami bahawa mereka harus menyediakan keperluan asas kepada anak mereka. Tetapi,
ramai ibu bapa yang tidak sedar betapa pentingnya untuk memberi kasih sayang kepada anak-
anak dan sentiasa mengawasinya. Terdapat banyak kes kanak-kanak lemas dalam sungai,
dilanggar oleh kenderaan, terperangkap dalam ruang yang tertutup dan diculik atau menjadi
sasaran penderaan seksual. Semua ini disebabkan oleh kekurangan pengawasan ibu bapa
kepada anak-anak mereka.

Peranan ibu bapa dalam membanteraskan isu kanak-kanak terbiar adalah meluangkan masa
untuk menemani anak-anak walaupun mereka sibuk bekerja dan mencari rezeki. Walau
bagaimanapun kesibukan bekerja, ibu bapa masih mempunyai masa untuk makan malam dengan
anak-anak mereka setiap hari. Ibu bapa boleh berbual-bual dengan anak-anak mereka tentang
perkara yang berlaku di sekolah supaya ibu bapa lebih memahami kehidupan anaknya. Walaupun
perbualan tersebut mengambil masa yang singkat, mungkin 30 minit atau 1 jam, perhubungan
antara ibu bapa dengan murid akan dieratkan. Jadi, anak-anak tidak rasa sunyi dan tiada
seseorang prihatin kepada mereka. Secara langsung, isu kanak-kanak terbiar dapat diselesaikan
dengan berkesan dan banyak kes jenayah juga tidak akan berlaku.

Selain itu, ibu bapa perlu melayankan anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang. Setiap ibu
bapa perlu peka kepada emosi atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh anak-anak mereka. Jika
ibu bapa menyedar emosi anak mereka kurang stabil dan tidak boleh dikawal, ibu bapa perlu
menyiasat punca-punca yang menyebabkan anak mereka sebegitu. Hal ini kerana kanak-kanak
belum cukup matang dan perlu dibicara dengan ibu bapa supaya mendapat cara penyelesaian
yang rasional. Dengan komunikasi yang positif tersebut, anak-anak mereka akan rasa disayangi
oleh ibu bapa dan ibu bapa akan membantunya semasa menghadapi masalah yang tidak dapat
diselesaikannya. Justeru, dengan adanya kasih sayang oleh ibu bapa, isu kanak-kanak terbiar
juga dikurangkan.

Bagi peranan guru dalam menyelesaikan masalah kanak-kanak terbiar, saya rasa guru juga
memainkan peranan yang amat penting. Sebagai seorang guru yang berprofesional, kita perlu
sentiasa peka kepada emosi dan tingkah laku yang dipaparkan pada setiap murid. Sebagai
contohnya, seorang murid lelaki yang sentiasa membuat bising dalam kelas dan tidak menbuat
kerja rumah. Pada masa ini, guru perlu menyiasat sebab-sebab murid ini bertingkah laku sebegini
supaya cuba membantunya. Salah satu sebab adalah murid itu ingin menarik perhatian daripada
guru dan murid-murid lain. Hal ini kerana dia mungkin adalah kanak-kanak terbiar dan dia kurang
diberi kasih sayang serta perhatian daripada ibu bapa atau ahli keluarga lain. Jadi, guru boleh
sentiasa memberi kasih sayang kepadanya seperti berbual-bual dengannya pada masa rehat.
Melalui perbualan dengan murid itu, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni dan cuba mengubah
tingkah laku yang negatif. Oleh kerana kepercayaan antara guru dengan murid sudah dibina,
murid itu akan sudi mendengar dan mengikuti nasihat guru. Pada masa itu, guru perlu memberi
peneguhan positif seperti pujian kepada murid itu semasa perubahan tingkah laku yang positif
berlaku. Secara tidak langsung, masalah kanak-kanak terbiar dapat diselesaikan.

Tambahan pula, guru juga perlu sentiasa berhubung dengan ibu bapa bagi murid yang
mempunyai masalah disiplin. Hal ini kerana banyak masalah kanak-kanak disebabkan oleh ibu
bapa yang kurang menemani dan mengabaikan anak-anak mereka. Semasa perjumpaan dengan
ibu bapa murid yang bermasalah, guru perlu memberitahu masalah anak mereka secara jujur dan
sabar menerangkan kesan yang akan didatangkan jika mereka tidak bertindak atau membuat
perubahan. Semasa guru berinteraksi dengan ibu bapa, guru perlu sabar mendengar pendapat
ibu bapa dan memberi respons yang sewajarnya. Hal ini dapat membantu murid yang bermasalah
dengan cara yang terbaik. Dengan adanya perjumpaan dan perbincangan, masalah kanak-kanak
terbiar dapat dibanteraskan.

Moderator: Terima kasih diucapkan kepada panel kedua kita, Panel kedua kita telah menjelaskan tentang
peranan guru dan ibu bapa dalam membanteraskan isu kanak-kanak terbiar.
Rumusan Pendek:
Secara kesimpulanya, peranan ibu bapa dan guru memang memainkan peranan yang dominan
dalam usaha membanteraskan masalah kanak-kanak terbiar. Bak kata pepatah berat sama
dipikul, ringan sama dijingjing, bukan sahaja ibu bapa dan guru perlu bertanggungjawab dalam
masalah tersebut, malah setiap masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang efektif.
Panel 3:

Panel 2: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang dikatakan saudari panel
ketiga.

Moderator: Silakan saudari.

Panel 2:

Moderator: Terima kasih kepada panel kedua kita.

Panel 1: Terima kasih, saudara XXX, saya seterusnya akan menerangkan peranan guru dan ibu bapa
dalam menjaga keselamatan murid.

Guru perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau komuniti
sekolah. Ini termasuklah ibu bapa murid, masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan
dan bukan kerajaan. Apabila jalinan pertalian ini semakin lemah, risiko keganasan akan semakin
bertambah dan peluang untuk membantu murid yang berisiko tinggi akan semakin menurun. Guru
boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan
di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. Dari semasa ke semasa guru
perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan persekolahan.

Guru juga memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan yang baik antara guru
dengan murid. Hubungan yang baik atau positif antara guru dengan murid perlu dipupuk dan
dijadikan sebagai amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat. Kajian-kajian mendapati
bahawa perhubungan murid dengan orang dewasa di sekolah yang bersedia memberikan
sokongan apabila diperlukan adalah satu daripada faktor kritikal dalam pencegahan keganasan
murid (Watson, 1995).

Ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan anak untuk mengelakkan mereka melakukan perkara
yang tidak sepatutnya. Misalnya, ibu bapa hendaklah sentiasa bertanya kepada anak mereka
tentang tempat yang hendak dituju jika mereka hendak keluar bersama-sama rakan. Ibu bapa
juga sepatutnya tahu akan kawan anak mereka agar tidak berkawan dengan mereka yang mampu
membawa pengaruh negatif. Ibu bapa hendaklah mengawasi anak apabila mereka menggunakan
alat komunikasi, seperti Smart Phone. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak anak yang
menyalahgunakan teknologi untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ibu bapa
seharusnya menyediakan payung sebelum hujan agar perkara tersebut tidak berlaku kepada anak
mereka. Ibu bapa sepatutnya mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai penggunaan
teknologi oleh anak kerana banyak kes yang berlaku melibatkan golongan remaja perempuan,
terutamanya yang ditipu oleh warga asing yang kononnya kacak
dan kaya dan menyebabkan remaja perempuan tersebut sanggup mengambil risiko dengan
melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengikut lelaki warga asing yang tidak dikenali
identitinya. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut serta
memikirkan inisiatif yang berkesan agar perkara tersebut tidak berlaku kepada anak mereka
sendiri.
Selain itu,ibu bapa juga perlu memberikan teladan yang baik kepada anak-anak
kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu,ibu bapa perlu membesarkan anak-anak
dengan baik dan tidak bertengkar di hadapan anak-anak bagi meyakinkan anak-
anak bahawa keluarga mereka merupakan tempat perlindungan yang selamat. Bapa juga tidak
boleh memukul isteri dan anak-anak dengan sewenang-wenangnya disebabkan oleh sikapnya
yang panas baran. Sebaliknya, bapa perlulah sentiasa melindungi ahli keluarga daripada bahaya.
Ibu bapa juga tidak boleh bersikap alpa sehingga tidak mengendahkan
keselamatan anak-anak. Anak-anak merupakan insan yang lemah dan
perlu dilindungi. Justeru itu, ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak tinggal bersendirian di
rumah dan perlu ditemani oleh orang dewasa apabila mereka berada di luar kawasan rumah.
Janganlah ibu bapa menyesal apabila berlaku sesuatu yang buruk terhadap anak-anak seperti
sudah terhantuk, baru terngadah. Oleh itu,ibu bapa haruslah prihatin terhadap keselamatan anak-
anak walau di mana jua mereka berada.

Moderator: Terima kasih panel pertama. Panel pertama kita telah menjelaskan tentang peranan guru dan ibu
bapa dalam menjaga keselamatan murid.

Rumusan Pendek:

Kesimpulannya, guru dan ibu bapa memikul tanggungjawab yang sama dalam memastikan
keselamatan murid. Namun begitu, tanpa kerjasama yang menyeluruh, usaha untuk menjamin
keselamatan murid akan menjadi sia-sia seperti mencurahkan air ke daum keladi. Justeru itu,
guru dan ibu bapa murid perlu sentiasa bekerjasama untuk menjaga keselamatan murid.
Keselamatan seseorang individu dapat membantu dalam kestabilan fizikal dan mental. Oleh itu,
murid-murd perlu diberikan pendidikan yang sempurna seiring dengan keselamatan bagi
melahirkan individu yang cemerlang.

Panel 3:

Panel 1: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menerangkan maklumat mengenai peranan guru dan
ibu bapa dalam menjaga kesihatan kanak-kanak atau murid.

Moderator: Silakan.
Panel 1: Terima kasih, saudara XXX, saya seterusnya akan menerangkan peranan guru dan ibu bapa
dalam menjaga kesihatan murid.

Guru harus memainkan peranan utama dalam menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan
kepada warga Sekolah dan komuniti sekitar terutamanya murid Sekolah. Program-program yang
dirancang atau ingin dilaksanakan biarlah melibatkan semua murid Sekolah kerananya melalui
penglibatan semua murid baru kefahaman dan kesedaran timbul. Secara tidak langsung, murid
akan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar dapat
mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya kehidupan harian.

Di samping itu, guru juga memainkan peranan penting untuk melahirkan murid yang siihat dan
produktif ke arah pencapaian wawasan negara selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Mereka berpengaruh dalam membimbing murid-murid dan memupuk sikap serta tabiat yang
diingini dalam pengalaman cara hidup sihat. Bagi merealisasikan matlamat ini, adalah lebih
mudah dan berkesan amalan ini dipupuk dari kecil dalam membentuk sikap dan perlakuan yang
positif terhadap kesiihatan melalui program-program yang menggunakan pendekatan menyeluruh
dan bersepadu.

Ibu bapa boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak. Perbuatan ini
bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak
akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-
peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan.
Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit.
Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali
seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang
serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh
dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila
seseorang itu bersenam dan beriadah, mreka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal
dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan
aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan
secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan
untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan
sekali ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu
mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani
rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada
mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih
baik dan mampu menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa
mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa
dengan doktor untuk mendapat ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu
sahaja, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat
pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak
akan memupuk amalan gaya hidup sihat.

Moderator: Terima kasih panel pertama. Secara kesimpulannya, guru dan ibu bapa telah memainkan peranan
yang besarr untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. Amalan ini adalah
penting untuk dilaksanakan agar kesihatan murid dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang
baik. Semua murid haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya mereka yang menjadi
pemimpin generasi akan datang tidak menjangkit penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah
tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

Sekarang, kita mempersilakan panel ketiga untuk membincangkan pandangannya.

Panel 3:

Moderator:

Panel 3: Bukan itu sahaja, isu kurang kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak juga semakin serius.
Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam menangani masalah ini.
Sekarang saya ingin berkongsi beberapa peranan ibu bapa seperti tidak memarahi anak di
hadapan orang ramai kerana hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak berani untuk bersosial
dan mengeluarkan pandangan di depan orang lain. Ibu bapa juga boleh memberi kata-kata positif,
pujian dan penghargaan kepada anak untuk meningkatkan rasa harga diri supaya kemahiran
sosial mereka dapat ditingkatkan. Seterusnya, ibu bapa perlu memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk berinteraksi dengan mendedahkan anak dengan keadaan persekitaran yang
memerlukan interaksi seperti pasar raya atau taman permainan yang memberi peluang kepada
murid untuk menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan orang lain. Bagi anak yang menghadapi
masalah bersosial yang teruk, ibu bapa boleh berjumpa dengan pakar kanak-kanak atau ahli
psikologi atau kaunselor bagi khidmat nasihat dan kaunseling.

Selain itu, guru perlu peka dengan kebolehan dan minat setiap murid. Komunikasi dan interaksi
yang baik dengan murid dapat membantu guru mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan
cara ini, guru boleh menggunakan kebolehan yang terdapat dalam diri murid untuk meningkatkan
konsep kendiri yang positif dalam diri kanak-kanak tersebut.
Sebagai contoh, sesorang murid pandai dalam menghasilkan krad tangan, guru boleh meminta
murid tersebut untuk membentang dan berkongsi pandangannya di depan kelas. Apabila kanak-
kanak sedar akan keupayaan diri mereka, keyakinan diri mereka akan meningkat. Hal ini
membolehkan kanak-kanak tersebut menjalinkan hubungan sosial yang baik dengan individu
yang berada dekat denga persekitaran mereka.

Moderator: Perkembangan sosial kanak-kanak bermula sejak bayi lagi. Ia merupakan satu proses kanak-
kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang telah didedahkan oleh budaya
dan masyarakat setempat. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran
berinteraksi dengan orang lain, pembentukan identiti kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan
kendiri. Sebagai ibu bapa atau guru perlu prihatin terhasapa kanak-kanak dan sentiasa memberi
peluang kepada mereka untuk berinteraksi serta menyesuaikan diri dalm masyarakat.

Moderator: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi
mengeluarkan pandangan masing-masing. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum
berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun
mendengar perbincangan kita hari ini. Secara kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai