Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BOLA BALING DALAM IPG


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
TARIKH:
27-29 OKTOBER 2014
HARI:
ISNIN HINGGA RABU (MINGGU KOKURIKULUM)
TEMPAT :
GELANGGANG BOLA BALING IPG KAMPUS IPOH

ANJURAN :
UNIT KOKURIKUM IPG KAMPUS IPOH dan Unit N3

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING


IPG KAMPUS IPOH 2014

1.0
i.

PENDAHULUAN
Program Pertandingan Bola Baling merupakan salah satu program melibatkan
warga IPG Kampus Ipoh anjuran unit N3 bagi melahirkan komuniti yang
berpengetahuan dan mempunyai kemahiran sosial yang baik.

ii.

Dalam usaha untuk mencapai gagasan Satu Malaysia, program ini dilaksanakan
secara menyeluruh kepada warga IPG Kampus Ipoh dengan memaksimumkan
impak program kepada kumpulan sasaran.

2.0
i.

RASIONAL
Warga IPG Kampus Ipoh merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk
masa depan negara yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan
keperluan negara.

ii.

Warga IPG Kampus Ipoh adalah golongan yang mempunyai potensi untuk
dibangunkan dan dikembangkan diri mereka kearah pembentukan anggota
masyarakat yang dinamik dan progresif.

iii.

Kekuatan dalaman seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri serta daya
saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui aktiviti karnival ini sebagai
persediaan sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

3.0
i.

MATLAMAT
Melahirkan warga IPG Kampus Ipoh yang cemerlang dan seimbang dari segi
jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam merealisasi matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk memantapkan modal insan. Warga IPG Kampus
Ipoh juga diharapkan menjadi teladan kepada komuniti di dalam dan luar premis.

4.0

OBJEKTIF
Program ini diharapkan akan dapat:
i. Menyempurnakan struktur penilaian kerja kursus kokurikulum permainan bola baling
WAJ 3091.

ii.

Mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dalam kalangan guru pelatih dan


merangkumi warga IPG Kampus Ipoh.
iii. Mewujudkan persaingan yang sihat dengan kekuatan minda melalui kekuatan minda
melalui pemikiran kritis dan kreatif.
iv. Memupuk semangat kerjasama dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar melalui
aktiviti yang disertai.
v. Membina ketrampilan warga IPG Kampus Ipoh dan menyerlahkan bakat
kepimpinan.
vi. Memantapkan peserta dengan kemahiran dan kesedaran tentang permainan bola
baling.
vii. Memberi pendedahan dan latihan tentang pengadilan dan kejurulatihan dalam
mengendalikan organisasi dan sukan bola baling khususnya.

5.0

ANJURAN
Unit Kokurikulum bersama dengan Unit N3

6.0

TUJUAN
Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mencapai kehendak kursus WAJ 3091.

7.0

TEMA
Sukan Bersama

8.0

TEMPAT
Gelanggang Bola Baling IPG Kampus Ipoh

9.0

MASA DAN TARIKH PERLAKSANAAN PROJEK


Setelah projek diluluskan segala aktiviti dan perancangan yang dicadangkan ini
dilaksanakan pada beberapa hari sebelum hari kokurikulum iaitu dari 27/10/2014 higga
29/10/2014. Masa untuk mengadakan saringan bola baling adalah dari pukul 5 hingga 7
petang. Perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung pada
29/10/2014 pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

10.0

11.0

GOLONGAN SASARAN
Warga IPG Kampus Ipoh.
SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan bagi program ini ialah diperolehi daripada : Kutipan peserta
pertandingan secara kumpulan ( RM 10 x 12 = RM 1 20 ) dan tajaan dari pada IPG.
Diharapkan IPG dapat menaja kos makanan bagi semua peserta dan AJK pada hari
kokurikulum.
12.0
Bil
1

ANGGARAN PERBELANJAAN:
Perbelanjaan
Hadiah dan cederamata

Nilaian
Johan: Hamper RM 30
Naib Johan: Hamper RM 20
Ketiga: Hamper RM 10
Cenderamata untuk

pengadil : RM 10 x 4
Alat Tulis
Poster
Fotostat: RM 0.05 x 50
Lain-lain
Jumlah Keseluruahan

2
3
4

Jumlah
RM100

RM 10
RM 2.50
RM 7.50
RM 120

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLAAN PERTANDINGAN


BOLA BALING IPG KAMPUS IPOH 2014
Penaung

Tn. Hj. Kamarulizham Bin Hazizi


(Pengarah IPG Kampus Ipoh)

Pensyarah Penasihat

Encik Hanafi B. Ghazali


(Pensyarah Bola Baling Unit N3)

Pengerusi

Michael Kong Hung Xi

N. Pengerusi

Ling Tong Zhen

Setiausaha

Chang Hooi Yin

Naib Setiausaha

Angel Tiong Hoe Yi

Bendahari

Chong Ee Lin

Ahli Jawatankuasa :
1. Jawatankuasa Hadiah, Sijil dan Cenderamata
Lee Suh Jeng
2. Jawatankuasa Makanan
Tee Wei Yi

3. Jawatankuasa Kepengadilan
Micheal Chien Chze Kiong
4. Jawatankuasa Peralatan
Ling Jai Hui
Hew Kwang Cheun
Wong Wei Han
5. Jawatankuasa Siaraya
Yau Seen Yee
Saw Li Yin

6. Jawatankuasa Kaunter Pendaftaran


Chia Chin Mei
Tan Cheah Sin
7. Jawatankuasa Publisiti
Tan Cheng Rui

8. Jawatankuasa Dokumentasi
Chua Chung Wei

9. Jawatankuasa Kebersihan, Kebajikan dan Pertolongan Cemas

Lau Wee Dong

13. Penutup
Saya sebagai setiausaha pertandingan bola baling unit N3 berharap agar projek
yang dicadangkan ini diluluskan kerana projek ini akan memberi kebaikan dan kebajikan
kepada semua pihak khususnya para pelatih guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Disediakan oleh,

(CHANG HOOI YIN)


Setiausaha Pertandingan Bola Baling Unit N3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Disemak oleh,
(EN HANAFI GHAZALI)

Pensyarah Penasihat Bola Baling Unit N3,


Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Disokong oleh,
..
(EN. ZULKIPLY BIN MOHD NOR)
Ketua Unit Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Diluluskan :
............................................................
(TUAN HAJI KAMARULIZHAM BIN HAZIZI )
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Lampiran 1
PERALATAN
BIL.

PERKARA

BILANGAN

1.

Gelanggang bola baling

2.

Tiang gol

3.

Bola baling

10

4.

Peti Kecemasan

5.

Wisel

6.

Papan Tulis

7.

Kertas Mahjong

8.

Meja dan Kerusi

9.

Siaraya

10.

Payung

11.

Minyak Hitam

12.

Pita Pengukur

13.

Spray Warna Putih / Hitam

Anda mungkin juga menyukai