Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETIKCS

Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DEPAK) – Group A

Kelas ke Dua : Kurikulum Permata Negara (Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak 0-4
Tahun)

Tenaga Pengajar: En Mohamammad Rusydi Nazirul Hisyam Bin Md Ali

Nama Pelajar: Umi Kalsum Khamis

No. Matrik : EX2302070

Assignment 2 (individual)

In the phrase of rehabilitation in our country, children in Malaysia are left behind in terms
of religion, education, personality and social.

As an educator how to help children and also give help to mothers and fathers to help
the development of children. Give suggestions and descriptions to explain your idea.

You are free to use any medium to explain your answer

Dalam frasa pemulihan di negara kita kanak-kanak di Malaysia banyak ketinggalan dari
segi agama,pelajaran,sahsiah dan sosial.

Sebagai pendidik bagaimana untuk membantu kanak-kanak dan juga memberi


bantuan kepada ibu dan bapa untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Berikan
cadangan serta huraian bagi menjelaskan idea anda.

Anda bebas untuk menggunakan apa sahaja medium untuk menjelaskan jawapan
anda.

___________________________________________________________________________________

Page 1 of 6
Pengenalan

Saidina Ali R.A ada menyebut “Jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara,
maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini”. Signifikannya kenyataan tersebut
adalah sesebuah negara itu sebenarnya boleh dilihat dan diunjurkan keadaannya
bergantung pada kualiti anak-anak mudanya pada masa sekarang. Anak-anak muda
itu berkembang dan berasimilasi sejajar dengan pendidikan dan pendedahan yang
mereka terima dari awal kehidupan mereka iaitu zaman kanak-kanak mereka kerana
fasa kanak-kanak ada fasa yang sangat penting yang akan membentuk diri mereka ke
alam remaja dan seterusnya menjadi orang dewasa.

Umum sedia maklum, fasa pendemik yang dilalui oleh seluruh dunia dan Malaysia
khususnya banyak mengubah corak pendedahan di kalangan kanak-kanak. Bagi
kanak-kanak yang lahir dalam tempoh Perintak Kawalan Pergerakan (PKP), 2 tahun awal
tumbersaran mereka hanyalah di dalam rumah dan bersama ibu bapa dan adik beradik
mereka jika ada. Mereka “terkurung” di dalam rumah di mana pergaulan dan
pendedahan bermain sangat terhad. Langkah memberikan telefon bimbit atau tablet
sebagai ganti permainan anak-anak antara langkah mudah ibu bapa yang terpaksa
bekerjasama dan dalam masa yang sama menjaga anak-anak di rumah. Bagi kanak-
kanak berusia 2-4 tahun perkembangan mereka turut terbantut malah adakalanya
terabai dan berada di dalam risiko semasa di rumah akibat kurang atau tiada seliaan
semasa menonton televisyen atau bermain gajet sepanjang tempoh PKP.

Kanak-kanak ketinggalan dari segi agama, pembelajaran, sahsiah dan sosial


sepanjang fasa pemulihan pendemik.

Norma baharu kehidupan masyarakat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan


(PKPP) mengubah kebiasaan aktiviti luar kanak-kanak. Mereka tidak dapat keluar
seperti kebiasaannya untuk bermain bersama rakan-rakan, sedangkan semua itu kritikal
untuk perkembangan kesejahteraan psikososial mereka. Keadaan yang serba
kekurangan dan terhad sepanjang tempoh PKP dan PKPP membawa kepada
kurangnya akses terhadap sumber pendidikan formal hingga menyebabkan kanak-
kanak ketinggalan dari segi agama, pembelajaran, sahsiah dan sosial.

Dari aspek agama, kanak-kanak dari keluarga yang kurang menitikberatkan didikan
agama tidak mengamalkan rutin keagamaan yang baik terutama kanak-kanak muslim
seperti solat, mengaji, berzikir dan sebagainya di mana rutin tersebut yang kemudian
akan membentuk sahsiah diri mereka.

Dari segi pembelajaran, Berita Harian memetik COVID-19 antara punca utama
kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) murid terjejas. Kanak-kanak yang tidak
menghadiri pra-sekolah semasa tempoh pendemik berdepan masalah menguasai
pembelajaran apabila masuk ke sekolah rendah kerana tidak berpeluang
meningkatkan kemahiran 3M semasa di prasekolah.

Page 2 of 6
Dari segi sahsiah, ia merujuk kepada pembinaan peribadi kanak-kanak yang
berkembang sejajar dengan pergaulan dan didikan yang mereka perolehi. Tanpa
terdedah dengan dunia luar kanak-kanak cenderung meniru sikap dan perlakuan yang
mereka lihat di televisyen dan komputer sepanjang tempoh pendemik.

Dari aspek sosial pula kanak-kanak yang tidak terdedah dengan dunia luar dan
berjumpa dengan orang lain selain keluarga mereka akan menghadkan komiunikasi
dan interkasi. Ia turut menyebabkan mereka kebingungan kerana merasa cemas dan
risau bila berdepan dengan orang ramai.

Apabila fasa pemulihan telah membenarkan kanak-kanak kembali bersekolah secara


formal dan bersemuka di sekolah kanak-kanak yang ketinggalan ini akan menjadi
kanak-kanak tidak berdaya saing, rendah diri, murung, dan adakalanya bersifat terlalu
pemalu atau terlalu agresif apabila bergaul.

Pentingnya peranan pendidik dalam membantu kanak-kanak dan juga ibu bapa untuk
memastikan perkembangan positif kanak-kanak.

Tidak disangkal bahawa keluarga adalah pendidikan pertama anak-anak ketika


membesar dan menjadi matang dalam semua bidang. Walaubagaimanapun peranan
guru atau pendidik di sekolah turut memberi impak besar dalam kehidupan kanak-
kanak. Hal ini kerana apabila mereka berada di sekolah gurulah idola mereka.
Hinggakan sesetengah perkara gurulah yang betul berbanding ibu bapa.

Berikut 6 peranan utama pendidik khususnya pendidik di prasekolah dalam membantu


kanak-kanak dan juga ibu bapa dalam memastikan perkembangan positif mereka.

1. Pendidik sebagai pengganti ibu bapa semasa di sekolah.


- Selepas tempoh pendemik masuk kepada fasa pemulihan, kanak-kanak
kembali ke sekolah buat pertama kalinya dengan perasaan bercampur takut,
sedih, serta emosi yang terganggu berikutan berpisah dari ibu bapa dan
keluarga. Ada di antara mereka berada di sekolah separuh hari dan ada juga
yang akan transit di sekolah sehingga petang sementara menanti ibu bapa
mengambil mereka.
- Keadaan ini pastinya tidak mudah buat mereka berada di sekolah dengan
orang dewasa yang asing dan rakan-rakan yang baru dikenali. Jiwa mereka
mengharapkan ibu bapa ada di sisi dan menemankan mereka tanpa rasa
risau dan susah. Dalam hal ini guru/pendidiklah orang yang paling dekat
untuk membantu mereka melalui saat-saat sukar itu sehingga mereka dapat
menyesuaikan diri dan akhirnya merasa seronok untuk terus hadir ke sekolah.
- Selain itu guru/pendidik juga biasanya menjadi pengganti ibu bapa dalam
memenuhi keperluan emosi dan fizikal kanak-kanak semasa di sekolah seperti
latihan menggunakan tandas, tatatertib semasa makan, menzahirkan
suasana tenang dan selamat ketika di sekolah, dan menjadi motivator untuk

Page 3 of 6
kanak-kanak mencuba sesuatu yang baru dan memberi pujian kepada
mereka.
- Namun bukan itu bermakna ibu bapa atau penjaga boleh lepas tangan
dalam hal mendidik dan membimbing kanak-kanak serta memastikan
perkembangan positif mereka. Apa pun situasinya ibu bapa tetap
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak mereka.

2. Pendidik sebagai idola yang baik kepada kanak-kanak.


- Apabila berada di sekolah kanak-kanak tidak melihat orang lain sebagai idola
mereka. Gurulah idola yang mempengaruhi kehidupan mereka. Mereka
akan meniru dan meminati apa jua yang guru tunjukkan.
- Saya mengambil contoh pengalaman saya sendiri sebagai ibu bapa yang
sibuk bekerja. Adakalanya anak-anak terpaksa mengikut guru balik ke rumah
sementara menunggu kami datang mengambil mereka. Apa yang saya
perhatikan, anak-anak melihat guru mereka sebagai insan yang sangat baik ,
menyukai minat guru-guru mereka, sanggup melakukan apa jua arahan guru
tanpa banyak soal.
- Oleh itu, guru-guru seharusnya menggunakan peluang ini untuk menunjukkan
teladan yang baik serta menerapkan nilai-nilai positif kepada kanak-kanak di
bawah seliaan mereka semasa di sekolah.

3. Pendidik sebagai pembentuk perwatakan dan proses penyesuaian diri kanak-


kanak
- Kanak-kanak akan mudah serasi dengan persekitaran yang menyeronokkan,
mesra dan selesa. Semua ini akan mendorong mereka untuk aktif dalam
pembelajaran dan berkembang dengan lebih seimbang.
- Selain itu, kegembiraan menjadikan mereka mudah menunjukkan sikap kasih
sayang, membantu guru dan kawan-kawan, menghormati dan menghargai
orang lain dan suka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh guru. Semua ini membentuk perwatakan dan keperibadian
mereka.
- Walau bagaimanapun, pendidik juga perlu meningkatkan ilmu dan
mempelbagaikan pengetahuan mereka yang boleh membantu kanak-kanak
yang bermasalah seperti terlalu aktif (hyper-active) dan menguasai emosi
mereka dengan menerapkan aktiviti – aktiviti yang mendatangkan manfaat
kepada kanak-kanak itu sendiri.

4. Pendidik sebagai pengelola sekolah


- Kebiasaannya di prasekolah pengelola sekolah juga adalah terdiri daripada
pendidik itu sendiri. Oleh yang demikian, guru-guru perlu mengetahui selok
belok pentadbiran yang baik. Jika sesebuah prasekolah memiliki pentadbiran
yang baik ia akan menyenangkan hari ibu bapa untuk menghantar anak
mereka ke sekolah. Sebarang krisis dalaman pihak sekolah biasanya akan

Page 4 of 6
menyebabkan ibu bapa rasa kurang senang dan khuatir unutk menghantar
anak mereka.
- Antara perkara-perkara pentadbiran yang perlu diambil perhatian adalah
i. Menyediakan pendaftaran pelajar secara teratur dan menyimpan
rekod dengan sistematik.
ii. Akaun perbelanjaan sekolah yang diaudit untuk mengelakkan salah
guna sumber.
iii. Merancang perbelanjaan sekolah secara terperinci dan
memanfaatkan apa-apa yang boleh didapati secara percuma.
iv. Terdapat inventori barangay dan asset sekolah serta menyediakan
tempat penyimpanan yang sesuai.
v. Mewujudkan platform untuk berhubung dengan ibu bapa demi
menda[tkan kerjsama dalam menjayakan program sekolah .

5. Pendidik sebagai pendorong yang menggalakkan pembelajaran


- Pendidik di prasekolah boleh diibaratkan sebagai motivator yang sentiasa
memberi galakan kepada kanak-kanak untuk terus belajar. Guru-guru
sentiasa mencari aktiviti-aktiviti formal atau tidak formal untuk tujuan tersebut
tanpa mengira penat Lelah yang mereka hadapi demi memastika kanak-
kanak akan merasa gembira semasa belajar
- Guru-guru berperanan sebagai penyelia bukan sebagai guru semata-mata.
Semasa proses pembelajaran guru-guru perlu mengggalakkan kanak-kanak
menyoal, mencuba, meneroka dan menggunakan deria mereka untuk
menyedari dan memahami apa yang berlaku di persekitaran mereka.
- Apa jua aktiviti yang dirancang hendaklah membolehkan kanak-kanak
mencapai kejayaan di peringkat kebolehan mereka. Pujian diberi bukan
sahaja kepada kanak-kanak yang Berjaya tapi juga kepada kanak-kanak
yang telah mencuba. Dengan cara itu kanak-kanak akan snetisa berfikiran
positif dan tidak berputus asa.

6. Pendidik sebagai agen masyarakat


- Satu lagi peranan penting pendidik prasekolah adalah menjadi agen kepada
masyarakat dalam mempromosikan kepentingan pendidikan awal kanak-
kanak dan mendapatkan sokongan masyarakat tempatan dalam
melaksanakan tugas-tugas mereka terutama apabila melibatkan infrastruktur
di sekitar kawasan tersebut.
- Hubungan baik dengan masyarakat juga penting untuk sama-sama
memastikan keselamatn sekolah dan kanak-kanak. Hal ini kerana
kebanyakan sekolah tadika atau tabika berada di kawasan kejiranan. Jadi
apabila ahli kejiranan turut menjaga kebajikan sekolah dan kanak-kanak di
sekolah ia akan memudahkan dan melegakan beban pihak sekolah dari
aspek keselamatan.
- Selain itu pendidik perlu melahirkan perasaan penuh simpati, hormat
menghormati dan bertimbang rasa terhadap ibu bapa. Saya ada

Page 5 of 6
pengalaman bersama seorang guru tadika yang sangat mengambil berat
tentang pembelajaran muridnya dari keluarga susah dan dipelihara oleh ibu
tunggal tetapi berpotensi menjadi pelajar cemerlang. Beliau bertanyakan
beberapa ibu bapa yang mungkin ingin menyumbang atau menaja kanak-
kanak tersebut yang sekali gus akan meringankan beban ibu tunggal tersebut.

Kesimpulan

Secara umumnya peranan guru pra sekolah sangat penting terutama selepas fasa
pemulihan akibat pendemik. Ramai guru-guru menganggap anak-anak di bawah
jagaannya seperti anak sendiri sehingga dia sangat disayangi oleh kanak-kanak terbabit
walaupun mereka telah menginjak ke sekolah menengah. Meningkatkan kebolehan
dan mencari pengalaman baru juga sangat perlu demi menjalankan tugas dengan
lebih berkesan. Variasi dalam pembelajaran perlu sentiasa diwujudkan agar kanak-
kanak sentiasa tertarik dan gembira untuk terus belajar. Penekanan terhadapat aspek
keagamaan, perkembangan pembelajaran positif, peningkatan sahsiah diri dan
hubungan komunikasi sosial berkesan sangat signifikan demi melahirkan generasi
pewaris negara di masa depan.

Rujukan:

1. Anakku hebat anakku soleh, Zahazan Mohamed, 2006


2. Parents, welcome to my world, Adlil Rajiah, 2019
3. Mendidik anak perempuan, Abdul Mun’im Ibrahim, 2012
4. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/26841/12299
5. https://bernama.com/bm/rencana/news.php?id=2011068
6. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/03/794037/covid-19-
antara-punca-utama-kemahiran-3m-murid-terjejas
7. https://www.malaysianow.com/my/news/2021/05/26/bagaimana-pandemik-
jejas-kemahiran-sosial-kanak-kanak-pisahkan-dengan-rakan
8. http://faizsamsul.blogspot.com/2015/08/peranan-guru-prasekolah.html

Page 6 of 6

Anda mungkin juga menyukai