Anda di halaman 1dari 3

Kenapa penting

Di Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak menggunakan istilah prasekolah, taska, tadika atau tabika
yang melibatkan kanak-kanak berumur di bawah enam tahun. Kanak-kanak di peringkat usia ini akan
diajar oleh tenaga pengajar yang mahir dalam suasana pembelajaran yang sesuai dengan usia
mereka

Jika dahulu, pendidikan asas untuk anak-anak adalah semasa usia mereka enam tahun, iaitu
sebelum mula bersekolah di darjah satu. Namun kini, ramai ibu bapa yang sudah mula ‘celik
mata’ dengan memasukkan anak mereka ke prasekolah seawal usia tiga hingga lima tahun.
Ibu bapa dahulu merasakan bahawa kanak-kanak sebelum enam tahun masih belum matang
dan belum mampu menerima pelajaran yang diajar di tadika.

Berbeza dengan keadaan kini, di mana senario menghantar anak berusia empat dan lima
tahun ke prasekolah adalah perkara yang normal. Malah, kesedaran ibu bapa tentang
pendidikan awal kanak-kanak juga semakin meningkat di mana seusia bayi lagi ada ibu bapa
yang memasukkan anak ke playgroup, pusat pengayaan dan prasekolah.

Kepentingan pendidikan awal kanak-kanak


Ramai pakar kanak-kanak yang bersetuju bahawa dengan menyertai pusat pendidikan awal
kanak-kanak akan menyediakan mereka untuk ke tadika dan sekolah. Malah, banyak juga
kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak pelajari banyak perkara di prasekolah.

Di prasekolah juga, kanak-kanak akan terdedah kepada pembelajaran nombor, huruf dan
bentuk, iaitu perkara-perkara asas yang akan mereka pelajari di tadika. Selain itu, anak anda
juga akan belajar cara bersosial dengan rakan sebaya, mahupun orang yang lebih besar dari
mereka (guru). Lazimnya, semasa sesi bulatan (di prasekolah), anak anda akan belajar untuk
bergaul dengan rakan-rakan, belajar berkongsi dan bertolak-ansur.

Selain aspek sosial, kanak-kanak juga akan belajar cara menghormati orang dan penyelesaian
masalah. Prasekolah menyediakan tempat untuk anak anda mengenal diri mereka,
mengembangkan karakter positif dalam diri mereka dan meningkatkan keyakinan diri.

Malah, jika anda perhatikan, anak di usia empat hingga lima tahun mempunyai sifat ingin
tahu, dan akan sering bertanyakan perkara-perkara di sekeliling mereka seperti mengapa
burung terbang atau bagaimana ikan boleh hidup di dalam air. Kesimpulannya, banyak
perkara yang anak anda akan pelajari di prasekolah terutama yang berkaitan dengan
pembelajaran kendiri.

MENGAPA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


PENTING?

 Membentuk perkembangan holistik kanak-kanak


Perkembangan holistik boleh dilihat melalui akronim JERIS iaitu jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Pendidikan Awal Kanak-kanak perlu
diberikan seawal peringkat bayi lagi supaya perkembangan berlaku dengan
menyeluruh. Contohnya melalui perkembangan emosi. Kanak-kanak dapat
mengetahui bagaimana untuk meluahkan perasaan gembira, sedih dan
marah mengikut situasi yang berlaku.

 Memperoleh pembelajaran yang bermakna

Pembelajaran bermakna boleh diperoleh daripada aktiviti-aktiviti


pembelajaran yang menarik dan seronok. Semasa peringkat awal inilah,
kanak-kanak akan belajar pelbagai perkara baru melalui persekitaran
mereka. Jadi sebagai seorang ibu bapa, mereka perlu memberi galakkan
kepada anak mereka untuk meneroka terhadap alam sekeliling kerana
melalui penerokaan kanak-kanak juga boleh belajar. Begitu juga dengan
guru. Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk kanak-
kanak supaya mereka berasa seronok untuk belajar. Sebab itulah guru
perlu kreatif.

 Melahirkan anak-anak yang perkerti mulia

Program Pendidikan Awal Kanak-kanak bukan sahaja menawarkan


pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik
dan Sains. Malah, pendidikan Islam bagi kanak-kanak yang beragama
Islam dan pendidikan Moral untuk kanak-kanak yang beragama lain turut
diajar di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Dari situlah, kanak-kanak
diajar tentang nilai-nilai murni seperti menghormati orang yang lebih tua,
menyayangi antara satu sama lain dan bersikap jujur apabila diberikan
tanggungjawab. Nilai-nilai seperti inilah yang kanak-kanak akan amalkan
dalam kehidupan sehingga dewasa kelak.

 Membentuk ruang peribadi kanak-kanak

Apakah kaitan ruang peribadi kanak-kanak dengan kepentingan pendidikan


awal kanak-kanak? Ruang peribadi kanak-kanak merujuk kepada
kemahiran sosial kanak-kanak tersebut semasa mereka berinteraksi dan
cara penerimaan mereka yang positif terhadap orang lain sama ada ibu
bapa, guru atau rakan sebaya. Jika kanak-kanak mengecilkan ruang
peribadi mereka, maka mereka akan berasa selesa untuk bergaul dengan
orang lain dan hal ini akan berlaku sebaliknya. Semasa di prasekolah
misalnya, seorang kanak-kanak akan bermain bersama-sama dengan
rakan yang lain tanpa perlu berebut alat permainan. Jadi dari situ dapat
dilihat bahawa kanak-kanak tersebut diajar untuk bersosial dengan betul.

 Memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak

Pendidikan Awal Kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam


perkembangan dan pembangunan seseorang kana-kanak. Sekiranya
seorang kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka
diyakini bahawa kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam
pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi.

Haaaaa, dah panjang lebar cerita pasal kepentingan pendidikan awal


kanak-kanak dekat atas ni. Hopefully, apa yang I share dekat u olls ni
dapatlah bagi input sedikit sebanyak. Ye dok? :) Kesimpulannya senang je
untuk entri kali ini,

"Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya"

dalam tempoh dan di peringkat ini akan memacu ke arah kejayaan mereka di sekolah rendah dan
menengah kelak.

nak-anak kecil atau bayi malang yang tidak berdosa cedera atau maut akibat kecuaian ibu bapa atau
penjaga.Anak-anak kecil hanya bergantung kepada kedua-dua ibu bapa atau penjaga mereka dalam
soal pendidikan dan keselamatan diri.Melalui pendidikan awal,kanak-kanak akan didedahkan dengan
bahan bergambar serta bahan bacaan yang mudah dan menarik,hingga mampu mengenal huruf dan
angka serta belajar membunyikan perkataan yang mudah dan senang.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Anda mungkin juga menyukai