Anda di halaman 1dari 12

Kepentingan bergotong royong

melalui aktiviti brgotong-royong, masyarakat dapat mmupuk semangat krjasama,smangat kekitaan


dan dpt mnghakis semangat perkauman...
selain itu, masyarakat juga mndapat ksihatan yg baik apabila brgotong-royong,ini kerana,selain dapat
melakukan aktiviti luar rumah, masyarakat juga dpt ketenangan dlm fikiran dan mndapat kepuasan
selain dapat bkrjasama dan dpt brseembang brsama2...oleh itu,kita di galakkan utk brgotong-royong
brsama-sama utk mngeratkan lagi silaturrahim antara kita..


peranan hidup berjiran

1.Mengeratkan hubungan antara berbagai etnik.
2.Menbantu menyiapkan sesuatu kerja cth:dalam kenduri kendara.
3.Boleh menolong kita menjaga keselamatan rumah.cth:masa balik kampung untuk sambutan hari
raya ataupun masa kecemasaan




Kebaikan rukun tetangga

Menjadikan kawasan kejiranan lebih selamat...rondaan berkala menjadikan penjenayah
berfikir dua kali sebelum bertindak

Memudahkan masalah kejiranan diselesaikan...semua masalah diselesaikan menerusi
rundingan

Menjadikan kehidupan kawasan kejiranan berkualiti....jiran hidup tanpa rasa takut rumah
dimasuki pencuri

Tingkatkan semangat perpaduan sesama jiran...kekerapan bertemu ketika rondaan
menjadikan mereka saling mengenali




Peranan dan cabaran remaja masa kini

Peranan remaja

Peranan merujuk tugas yang perlu dilakukan

Memperoleh ilmu pengetahan sebanyak mungkin

Memperoleh pekerjaan untuk memajukan negara

Menjaga kedua-dua ibu bapa dan keluarga kelak

Tidak terlibat dalam masalah sosial dan jenayah

Cabaran

Cabaran bermaksud masalah atau kekangan yang bakal dihadapi

Kehidupan moden yang terlalu mengutamakan kebendaan

Kos hidup yang semakin tinggi terutama di Kuala Lumpur

Cara menjadi remaja berdisiplin

1. Mematuhi peraturan-peraturan. Cth : rukun negara , rukun Islam, perturan sekolah
2. Menyediakan jadual belajar
3. Tidak tidur lewat dan lebih dari yang sepatutnya
4. Tidak membuang masa
5. Menyiapkan setiap tugasan tepat pada waktunya
1. Tidak menangguh kerja-kerja yang diberi oleh guru
2. Menepati masa
3. Jujur dalam melaksanakan amanah yang diberikan
4. Bertanggungjawab dlm melaksanakan apa2 tugas
5. Hormat ibu bapa dan guru




Remaja berwawasan penjana kemajuan negara
remaja yang bijak dan semerlang dalam akademik .
mengelakkan diri dari gejala sosial
mempunyai semangat patriotisme
melakukan perkara yang mengharumkan nama negara
menyokong usaha2 kempen yang dijalankan kerajaan


masalah remaja dan cara mengatasinya
cara mengatasi masalah gejala sosial remaja

Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan
membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan
remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.

PERANAN I BU BAPA
Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak.
Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-
anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini
tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala.
Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu
memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu
dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya
berbincang nyata lebih berkesan.

Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka
perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja
membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati diri sendiri.

Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas.
Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan
kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah
Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu
bapa.

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan
gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja
tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa
sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu
bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa
yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil
tahu perihal anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-
anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.
Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus
membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari
jalan penyelesaian terbaik.

Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan
Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke
surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan
anak-anak, tidak boleh just take for granted. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian
menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.

Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak
membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa
harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus
sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak


PERANAN GURU DI SEKOLAH

Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru
yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya.
Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik
bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan
menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.


PERANAN PI HAK BERKUASA

Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa
yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy
berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu
sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu
bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah
berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?

PERANAN MEDI A MASSA

Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja
tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa
sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding
liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu
bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.

PERANAN KOMUNI TI /MASYARAKAT

Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di
tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembleng tenaga. Untuk menggerakkan masyarakat
Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-
masjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari, setidak-tidak pada waktu
malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula
membincangkan mengenai cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan
yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih
mudah. Apa yang kita mahukan di sini ialah masjid-masjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej
yang hendak disampaikan oleh kerajaan negeri dalam mengubati penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu
diambil dan seterusnya kaedah pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan
seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi
terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat
dengan kerajaan negeri.

Pihak jawatankuasa masjid dan surau hendaklah diberi kefahaman yang sepenuhnya bahawa usaha ini bukannya
untuk meraih keuntungan atau sokongan mana-mana pihak, tetapi ianya adalah untuk manfaat masyarakat
keseluruhannya. Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di mana masjid
dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan
seterusnya

Budaya Barat

Fesyen seperti punk dan rap menjadi ikutan remaja kita.
Gangsterism

Masalah gangsterism di kalangan pelajar sekolah juga amat membimbangkan.
MAT REMPIT
Mat rempit ialah gelaran yang diberikan kepada penunggang motosikal yang bersikap buruk dan menunggang
secara membabi-buta di jalan raya terutamanya pada waktu malam. Mereka menunggang tanpa memikirkan
keselamatan diri sendiri, apatah lagi pengguna jalan raya yang lain.
Gaya Mat Rempit

Merbahayakan diri dan nyawa
Padahnya merempit....

Inilah akibatnya apabila terlebih rempit.
( sambungan gambar )

Kegembiraan diakhiri dengan kematian yang mengerikan.
Minum Arak

Kini seolah-olah menjadi minuman biasa tanpa memikirkan halal haramnya.
Bohsia

Melepak dan berfoya-foya di antara lelaki dan perempuan tanpa mengira masa dan tempat.

Cara cara merapatkan hubungan kekeluargaan
Sangat penting untuk mencipta masa berkualiti bersama anak-anak. Ini kerana mereka akan
membesar sebagai remaja dan ketika ini sekiranya ibu bapa bapa menjarakkan hubungan,
dikhuatiri anak-anak mula menjauhkan diri daripada mereka.

Merapatkan semula hubungan kekeluargaan ini memang sesuatu yang sukar.

Menurut perunding keluarga yang juga pemilik laman pendidikan
www.smartparents.com.my, Zaid Mohamad, walau sesibuk mana sekalipun, ibu bapa harus
meluangkan masa dengan anak-anak. Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan bagi
merapatkan perhubungan antaranya:

Rancang percutian dalam masa tiga bulan akan datang. Dapatkan pandangan dan
persetujuan daripada setiap ahli keluarga. Semak menerusi Internet destinasi yang ingin
dituju kemudian minta anak-anak merancang aktiviti bergantung kepada jadual perjalanan
menerusi laman sesawang itu.


Rancang aktiviti keluarga pada hujung minggu. Ia mungkin aktiviti di luar seperti berkelah,
menunggang basikal, berjoging, berkebun atau aktiviti dalaman seperti bermain boling,
berkaraoke atau menonton wayang bersama keluarga. Apa saja yang dilakukan seharusnya
dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.


Senaraikan beberapa lokasi yang boleh dituju dalam kembara sehari. Pastikan setiap ahli
keluarga mengambil bahagian dalam perbincangan untuk menentukan lokasi itu dan aktiviti
yang akan dilakukan. Jadikan acara ini sebagai aktiviti bulanan. Ketika dalam perjalanan
ambil gambar sebanyak mungkin kemudian kongsi bersama keluarga apabila pulang daripada
destinasi nanti. Pastinya semua akan ketawa apabila melihat koleksi gambar yang melucukan
ini.


Sekiranya berhajat melakukan aktiviti perkhemahan, sebaiknya kumpulkan seluruh ahli
keluarga yang ingin berkhemah bersama. Bincang lokasi yang ingin dituju kemudian
sediakan peralatan perkhemahan seperti khemah, beg tidur, makanan dan keperluan
memasak. Rancang aktiviti bersesuaian untuk dewasa dan kanak-kanak supaya masing-
masing dapat merasai keseronokannya.


Perkenalkan malam tayangan gambar di rumah dan pastikan setiap ahli keluarga
menyertainya. Pilih filem yang ingin ditonton kemudian beli video cakera padat asli agar
memberi pengajaran yang baik kepada anak-anak. Pastikan anda menggunakan cahaya lampu
yang malap seperti di panggung wayang kemudian sediakan makanan ringan dan minuman
supaya anak-anak dapat menonton dengan selesa.


Sekiranya tiada jamuan ulang tahun hari lahir dalam masa terdekat, apa salahnya
mengadakan jamuan sekadar suka-suka untuk meraikannya bersama keluarga. Anda boleh
menjemput rakan anak anda dan menyediakan makanan dan minuman ringkas. Pada masa ini,
mereka boleh saling bertukar pendapat sekali gus merapatkan hubungan sesama keluarga.


Bilakah kali terakhir anda bermain permainan dengan anak-anak? Jika sudah terlalu lama
tidak melakukannya apa kata buka kembali Monopoly, congkak, teka silang kata atau
bermain kad dan tunjukkan kebolehan anda bermain bersama mereka.

Tetapkan peraturan siapa yang kalah akan diminta menghantar sarapan pagi ke bilik tidur.
Apabila ini berlaku suasana pasti menjadi kelam-kabut kerana masing-masing akan
menunjukkan bakat dan bermain dengan bersungguh-sungguh. Ketika ini, terserlah keceriaan
pada wajah masing-masing, tambah pula apabila ibu menyediakan makanan dan minuman
ketika perlawanan berlangsung.

Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak

Dalam meniti arus kemodenan ini, ibu bapa haruslah memainkan
peranan penting dalam membentuk sahsiah peribadi anak-anak
supaya menjadi seorang anak yang berwawasan dan berkaliber.
Anak-anak ataupun digelar sebagai remaja ini mampu
membangunkan sesebuah Negara jika mereka mempunyai sahsiah
yang mulia dalam diri mereka. Perkara ini sering menjadi bahan
perbincangan dalam kalangan ibu bapa dan pemimpin Negara. Titik
permulaan dalam membentuk sahsiah mulia dalam diri anak-anak ini
ialah bermulanya daripada bimbingan ibu bapa. Jika seseorang ibu
bapa itu berjaya membentuk sahsiah anak-anak mereka dengan baik.
Maka, tidak hairanlah pada suatu hari nanti anak-anak mereka
menjadi seorang pemimpin Negara dan mampu memimpin semua
anak-anak muda dalam membentuk sahsiah diri. Oleh itu, ibu bapa
haruslah memainkan peranan dari sekarang sebelum nasi menjadi
bubur.

Antara peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa ialah
dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana ibu bapa
yang mencerminkan sahsiah peribadi anak-anak. Seseorang ibu bapa
itu haruslah menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak.
Sebagai contoh, bertutur dengan bahasa yang sopan, tidak bergaduh
antara suami isteri di hadapan anak-anak, tidak merokok di hadapan
anak-anak dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, anak-anak
pasti akan mengikut dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai suri
teladan kepada mereka. Hal ini persis dengan kata pepatah
bagaimana acuan, begitulah kuihnya yang membawa maksud
seseorang anak akan meniru perangai dan kelakuan ibu bapa
mereka. Oleh itu, sahsiah mulia anak-anak dapat dibentuk melalui
sahsiah ibu bapa. Jika ibu bapa itu bersikap baik anak-anak juga akan
menjadi baik, manakala jika ibu bapa itu bersikap buruk, anak-anak
juga akan turut bersikap buruk.
Selain itu, didikan agama amat penting dalam membentuk dan
mencorak sahsiah yang mulia dalam diri anak-anak. Ibu bapa haruslah
memainkan peranan dengan memberikan didikan agama yang
sempurna kepada anak-anak kerana dengan adanya ilmu agama
yang kukuh, anak-anak dapat membezakan antara perkara yang baik
dan buruk. Dengan itu, anak-anak tidak akan terpengaruh dengan
gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok, merempit dan
sebagainya. Jika ibu bapa ingin mencorak sahsiah yang baik dalam
diri anak-anak. Ibu bapa perlulah memberikan didikan agama kepada
mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Anak-anak ini ibaratkan kain putih, ibu bapa yang
mencorak anak-anak menjadi insan mulia dan jika terlambat memberi
didikan agama yang baik kepada anak-anak, pasti kain putih itu akan
menjadi hitam dan sukar untuk dibentuk. Oleh itu, ibu bapa haruslah
memberi didikan agama sebelum terlambat.

Di samping itu, kasih sayang juga merupakan salah satu faktor
yang dapat membentuk sahsiah diri anak-anak. Ibu bapa sewajarnya
memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak ini
dahagakan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.
Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang dengan cara beriadah
bersama-sama, solat berjemaah, makan bersama-sama dan
sebagainya. Kesannya, anak-anak tidak akan memberontak dan
mereka akan tenang apabila ibu bapa menyayangi mereka. Namun
begitu, masih terdapat golongan ibu bapa yang tidak memberi kasih
sayang kepada anak-anak kerana alpa akan tanggungjawab yang
dipikul. Ini akan menyebabkan anak-anak mudah memberontak dan
mula melangkah ke dunia yang penuh dengan kemaksiatan. Oleh itu,
ibu bapa perlulah memberikan kasih sayang yang secukupnya tidak
kira dengan apapun cara kerana kasih sayang ibu bapa amatlah
berharga bagi anak-anak.



Sebagai penutup wacana, ibu bapa haruslah bijak memainkan
peranan mereka dalam membimbing anak-anak membentuk sahsiah
diri yang mulia kerana ibu bapa merupakan orang yang paling dekat
dan lebih mengenali anak-anak. Saya berharap ibu bapa tidak leka
akan tanggungjawab mereka dalam membimbing anak-anak
bersahsiah mulia agar harapan ibu bapa dan pemimpin Negara
dalam membentuk sahsiah yang baik dalam diri anak-anak akan
tercapai.



Peranan anak terhadap ibubapa
Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab
kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan
sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala
pengorbanan kedua ibu bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa
adalah amat banyak.
Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:
1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya
pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa.
Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu
ditegah Allah SWT .
3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa
besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan
ibadatnya tidak diterima Allah swt.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau
setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'
" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka
memeliharaku pada waktu kecil"
6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih
sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang
dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka,
kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini
tanpa dijangka.
9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat
mereka.
10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu
menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan
kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.
11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan
mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk
dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan
pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara
anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.
Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi
bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.
Renung-renungkan............. terima kasih


Cara mengatasi banjir kilat
CARA-CARA MENGATASI BANJIR

Pelbagai cara dijalankan, antaranya:

Menyediakan Sistem Perparitan
Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan.
Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu
mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini
disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan
mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai
bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah
terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang
giat dilakukan di lereng-lereng bukit.
Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan
boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir
dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan
kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air
hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja
pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri
ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan
supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan
sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak
dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila
membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat
banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

Anda mungkin juga menyukai