Anda di halaman 1dari 2

Nilai Hormat Dan Taat Kepada Anggota Keluarga

Ibu bapa merupakan merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka
kepada kita tidak ternilai harganya. Sejak kita dalam kandungan lagi, ibu telah mengendong kita di dalam
perutnya selama 9 bulan 10 hari. Apabila tiba masanya, kita dilahirkan. Pada ketika itu, ibu bersabung
nyawa untuk melahirkan kita. Bapa pula bertanggungjawab untuk menjaga keluarga kita dengan sebaikbaiknya. Pengorbanan ibu bapa kita juga tidak terhenti di situ sahaja. Oleh hal yang demikian, sebagai
anak, kita haruslah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan budi mereka. Sebenarnya,
terdapat pelbagai cara untuk kita membalas jasa mereka. Oleh sebab itu, kita hendaklah mengamalkan nilai
hormat dan taat kepada anggota keluarga.
Aspek-aspek yang perlu diambil kira untuk mewujudkan sebuah keluarga yang sejahtera ialah
menghormati perasaan, minat, pendapat dan perlakuan setiap ahli anggota keluarga. Amalan hormatmenghormati dalam kalangan keluarga dapat memupuk hubungan mesra dan kasih sayang antara anggota
keluarga. Selain itu, amalan tesebut turut dapat mewujudkan keluarga bahagia dan mengelakkan
perselisihan antara anggota keluarga.
Salah satu cara menunjukkan rasa hormat kepada anggota keluarga ialah bertegur sapa dan
berucap selamat. Sebagai contoh, anak-anak harus mengucapkan selamat pagi kepada anggota ibu bapanya
setiap hari. Selain itu, anak-anak harus menerima dan mendengar nasihat dan teguran daripada anggota
keluarga yang lebih tua. Anak-anak wajar bercakap dengan sopan dan tidak meninggikan suara. Di
samping itu, anak-anak tidak patut mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung perasaan.
Seterusnya, anak-anak harus menghormati pandangan dan keputusan yang dibuat oleh anggota keluarga.
Ibu bapa juga patut mendengar dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anggota
keluarga.
Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam usaha membentuk keluarga bahagia. Tamsilnya,
ibu bapa harus memberi kepercayaan kepada anak-anak untuk membuat keputusan. Ibu bapa juga patut
memberi kebebasan kepada anak-anak untuk bergaul tetapi dengan batasan tertentu. Selain itu, ibu bapa
harus memberi peluang kepada anak-anak untuk menyuarakan pandangan. Ibu bapa juga tidak patut
memulaukan anak-anak apabila mereka melakukan kesalahan. Sebaliknya, ibu bapa harus memberikan
peluang kepada anak-anak untuk memperbaik kelemahan diri.
Salah satu peranan bapa dalam membentuk keperibadian anak-anak ialah mendidik anak-anak
dengan tegas dan berdisiplin. Bapa juga harus merotan untuk memberi amaran dan membetulkan tingkah
laku anak-anak yang salah. Seterusnya, bapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dari
segala aspek. Bapa turut harus mendedahkan anak-anak kepada minat dan aktiviti yang sihat serta
mengambil berat tentang segala aspek keperluan anak-anak. Di samping itu, ibu juga harus menjadi
seorang ibu yang baik dan bertanggungjawab kepada anak-anak. Ibu harus membentuk sifat lemah lembut
dalam diri anak-anak. Selain itu, ibu harus mendidik anak-anak tentang cara menunjukkan kasih sayang
dan menghormati ahli keluarga lain. Ibu juga harus mengajar anak-anak untuk berdikari semasa berada di
rumah, contohnya mengajar mereka membuat kerja rumah seperti memasak atau mengemas rumah.
Sebagai kesimpulan, nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga merupakan aspek penting
untuk mewujudkan keluarga bahagia. Oleh hal yang demikian, kita haruslah mengamalkan nilai tersebut
dan sentiasa menjauhkan diri daripada sikap bagai kacang lupakan kulit. Kita janganlah sesekali
menderhaka atau melupai jasa kedua-dua ibu bapa kita kerana syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.
Kasih sayang yang telah dicurahkan serta segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa kita tidak
harus lenyap begitu sahaja di hati dan minda kita. Segala jasa yang mereka curahkan tidak mampu kita
balas walau dengan harta yang berjuta sekalipun. Kita haruslah membalas jasa mereka sementara mereka
masih hidup,selagi nyawa dikandung badan.

Anda mungkin juga menyukai