Anda di halaman 1dari 19

PATRIOTISME MELALUI SUKAN

Konsep Patriotisme
Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara.

pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air.

1. Berbangga sebagai rakyat Malaysia - berakhlak dan berbudi pekerti mulia - menghormati raja dan pemimpin negara menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara). - menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara - menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

2. Bersemangat setia negara cintakan bangsa dan negara - taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara - sedia berkorban untuk bangsa dan negara - bertanggungjawab kepada bangsa dan negara - berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara - peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara

3. Bersemangat kekitaan

- bersatupadu dan berharmoni - bertolak ansur dan bertoleransi - bekerjasama dan tolong-menolong - hormat-menghormati - bersefahaman dan bermuafakat muhibah

4. Berdisplin

- mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara


- mematuhi peraturan dan undang-undang

- berkelakuan sopan dan bertatasusila


- bertanggungjawab - bertindak dengan wajar

- bersifat amanah dan jujur


- berlaku adil dan bertimbang rasa

5. Berusaha dan produktif - rajin dan gigih - berdikari

- sentiasa mempertingkatkan usaha


- tabah menghadapi cabaran - menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara

Bagaimana semangat patriotik dipupuk melalui sukan


Sukan-sukan popular seperti bola sepak, badminton, hoki, skuasy dan olahraga akan dapat menerapkan semangat patriotisme dan semangat cintakan negara khususnya pasukan-pasukan yang masuk dalam pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa. Biasanya secara mudah dan secara spontan kita akan menyokong pasukan negara kita dan inilah satu cara yang boleh terapkan semangat patriotisme ini.

Contohnya kecemerlangan Malaysia dalam sukan bola sepak Malaysia di era tahun 1970 an dengan para pemain seperti Mokhtar Dahari, Soh Cin Aun dan Santok Singh.

Mereka berjaya membawa sukan tersebut ke peringkat antarabangsa dan pada masa yang sama telah menimbulkan semangat patriotik kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

Slogan Malaysia Boleh merupakan satu rangangan semangat yang telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia Keempat Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1989. Lebih daripada sekadar slogan, ia adalah laungan keyakinan dan pernyataan bahawa Malaysia mampu maencapai apa jua impian dalam semua bidang, termasuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Slogan MAL AYSIA BOLEH telah menanamkan dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan atlit dan masyarakat. Hal ini dibuktikan apabila Datuk Azhar Mansor pada tahun 1999 belayar secara solo menjelajah mengelilingi dunia dengan merentasi lautan sejauh 25,000 batu nautika. Malaysia berbangga kerana dengan kejayaan itu, ia bukan sahaja memberi jasa yang tidak ternilai kepada negara, tetapi juga telah menyuntik semangat kepada yang lain untuk berusaha mengangkat nama sendiri dan Malaysia di mata dunia.

Datuk Azhar Mansor Bersama Datuk Seri Dr. Mahathir

Jalur Gemilang, Kapal Layar Yang Dinaiki Datuk Azhar Mansor

Selain itu, sekitar tahun 2003, kita juga berbangga dengan individu rakyat Malaysia bernama Abdul Malik Mydin. Abdul Malik menjadi lelaki Asia Tenggara pertama yang berjaya berenang merentasi Selat Inggeris dengan rekod digenggam ialah 17 jam 35 minit. Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, wanita yang menjelajah secara solo ke Antartika, bumi ais pada tahun 2005. Hal ini jelas menunjukkan semangat cinta akan negara yang terdapat pada Datuk Azhar Mansor , Abdul Malik Mydin dan Datin Paduka Sharifah Mazlina.

Kejayaan Datuk Lee Chong Wei menewaskan jaguh China, Lin Dan pada perlawanan akhir Terbuka Korea di Seoul memberi isyarat bahawa pemain itu sudah kembali berada pada landasan yang betul menjelang Sukan Olimpik di London, pertengahan tahun ini.

Hal ini jelas dibuktikan oleh Dato` Nicol Ann David yang mengharumkan nama Malaysia dalam bidang sukan. Ini jelas menunjukkan semangat cinta akan negara yang terdapat pada jiwa Dato` Nicol . Begitu juga kita, dapat mengharumkan malaysia melalui penglibatan dalam beberapa acara bertaraf dunia atau memadai memberi sokongan kepada perjuangan mereka terutama semasa pertandingan di adakan.

SIKAP ATLIT YANG POSITIF


semangat kesukanan semasa bertanding. akur/patuh kepada peraturan/undangundang. segala keputusan pertandingan dipatuhi & dihormati. mengelak mengambil tindakan sendiri secara melulu.

SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN SUKAN KEBANGSAAN


Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah diwujudkan oleh Majlis Sukan Negara. Tugas lembaga ini adalah :

mewujudkan skim pensijilan kejurulatihan kebangsaan. menyusun & menggubal kurikulum kejurulatihan. Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan kejurulatihan di antara persatuan sukan kebangsaan yang mengawal sukan. Melaksanakan apa-apa tugasdari masa ke semasa berhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh Menteri belia & Sukan.

Rumusan
Patriotisme dalam sukan dapat dipupuk melalui daya juang yang tinggi,pencapaian yang cemerlang dan penglibatan diri melalui sukarelawan sukan.

Soalan esei

Huraikan cara untuk meningkatkan semangat patriotisme melalui sukan dalam kalangan atlet dan penyokong mereka???

SEKIAN

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai