Anda di halaman 1dari 8

PENGURUSAN BILIK

DARJAH
TA J U K

P E N Y I M PAN AN
DATA P E R I BAD I
MURID
PENGENALAN

R E K O D D A N D A TA M A K L U M A T P E R I B A D I
MURID-MURID ADALAH PENTING DALAM
M E M B AN T U G U R U M E M B U AT K E P U T U S AN
T E N TAN G P E N G U R U S A N B I L I K D A R J A H .
KAD REKOD

Kad rekod ini dikenali sebagai kad 001


Kad ini disimpan di Unit Bimbingan Murid dan Kaunseling di
sekolah dan akan dikemas kini setiap tahun oleh guru kelas.
Maklumat yang dimaksukkan setiap tahun adalah rekod
kedatangan, penglibatan dalam kokurikulum,keputusan
pencapaian akademik,minat serta perkembangan fizikal murid.
Maklumat ini membantu guru menentukan aktiviti atau
pengalaman yang sesuai dengan minat murid.
Kad ini juga memaklumkan kepada guru keperluan
murid,misalnya bantuan kewangan.
BUKU REKOD
Maklumat yang dimasukkan ke dalam buku rekod
termasuk nama ibu bapa atau penjaga,pekerjaan
ibu bapa,alamat rumah dan nombor telefon.
Tujuannya membolehkan guru memaklumkan
kepada ibu bapa jika anak mereka tidak
sihat,ponteng kelas atau sekolah,tidak
melaksanakan kerja rumah atau menunjukkan
masalah tingkah laku yang lain.
Secara tidak langsung,guru boleh menggunakan
maklumat untuk mengenali dan memahami latar
belakang muridnya.
Makalumat seperti ini sangat membantu guru
dalam pengurusan bilik darjah,khususnya dalam
mewujudkan suasana psikososial yang sihat.
BUKU LAPORAN
Seterusnya,keputusan ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan
setiap tahun dicatat dalam buku laporan.
Ia juga mengandungi catatan atau komen oleh setiap guru mata
pelajaran serta markah purata bagi setiap mata pelajaran.
Tujuanya membantu ibu bapa mengetahui dan memahami
kemajuan akademik serta kekuatan atau kelemahan anaknya.
Hal ini membolehkan ibu bapa menasihati,membimbing anak-
anak mereka dan juga bekerjasama dengan pihak sekolah
untuk membantu kanak-kanak ini.
BUKU KEDATANGAN MURID

Buku kedatangan murid merupakan satu lagi rekod rasmi murid.


Buku ini mencatat kehadiran murid pada setiap hari persekolahan.
Pada hujung setiap bulan,guru kelas akan membuat rumusan
kehadiran.
Sehubungan dengan itu,guru boleh mengesan murid yang ada
masalah kehadiran atau kelewatan.
Maklumat daripada buku kedatangan membantu guru mengetahui
bilangan murid di dalam kelasnya.
Jika ada murid yang sering tidak hadir,guru boleh mengambil tindakan
menghubungi ibu bapa dan memaklumkan kepada mereka.
KESIMPULAN
Sumber maklumat murid penting dalam membantu guru membuat
keputusan tentang pengurusan bilik darjahnya. Maklumat ini
memberitah guru keperluan murid-muridnya berdasarkan latar
belakang,pencapaian akademik serta kehadiran mereka di
sekolah.Dengan itu, maklumat ini mesti sentiasa dikemas kini,tepat
dan mudah diperoleh.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai