Anda di halaman 1dari 26

<DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION >

<JANUARI / 2020 >

<HDPS 2203>

<CHILDREN OBSERVATION AND ASSESSMENT>

NO. MATRIKULASI : <980128055366001>


NO. KAD PENGNEALAN : <980128-05-5366>
NO. TELEFON : <019 9827992 / 85250338>
E-MEL : <joycehllai980128@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN : <PUSAT PEMBELAJARAN JB>


BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN
Pendidikan prasekolah di Malaysia adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi
kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang
selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Sehubungan itu, bagi memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai serta
memerhati dan mentaksir perkembangaan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam
aspek-aspek yang dikenal pasti.
Namun demikian, kanak-kanak merupakan golongan yang agak sukar diperhatikan dan
ditaksir secara tepat kerana tumpuan mereka yang singkat, pencapaian yang tidak
konsisten serta aktiviti yang dilakukan mereka dalam persekitaran yang baru. Tambahan
lagi, terdapat juga faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi pemerhatian dan
pentaksiran termasuk perbezaan budaya dan bahasa, masalah yang berlaku di sekolah
serta ibu bapa yang kadang-kala kurang berinteraksi dengan kanak-kanak mereka.
Pemerhatian adalah perbuatan melihat perilaku seseorang atau sesuatu tanpa
menyertainya. Pemerhatian dilakukan bagi mendapat informasi, bukan hanya melihat
dengan pandangan yang kosong sahaja. Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian yang
sistematik untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat. Menurut
Benjamin (1994), pemerhatian digunakan untuk menunjukkan perkembangan kanak-
kanak, untuk mendapatkan pemahaman mengenai tingkah laku kanak-kanak, dan untuk
membimbing membuat keputusan kurikulum.
Pentaksiran merupakan proses memperoleh maklumat dan seterusnya membuat
pertimbangan terhadap hasil yang terdapat daripada sesuatu proses pendidikan. Dari
konteks pendidikan, pentaksiran pula merupakan satu kesinambungan dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti seperti mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang kanak-kanak bagi sesuatu
tujuan.Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang
prestasi pembelajaran seseorang kanak-kanak dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan

1
maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan
mereka.
Pemerhatian dan pentaksiran pendidikan awal kanak-kanak seharusnya dilakukan
dengan baik bagi memastikan perkembangan dan potensi kanak-kanak boleh
dikembangkan. Sikap “melepaskan batuk ditangga” seharusnya dikikis kerana peringkat
pendidikan awal kanak-kanak merupakan akar kepada perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak.

2
2.0 SEBAB PEMERHATIAN DAN PENTAKSIRAN DILAKUKAN KE ATAS
BAYI DAN KANAK-KANAK
Terdapat lima sebab pemerhatian dan pentaksiran dilakukan ke atas bayi dan kanak-
kanak. Antaranya ialah pemerhatian dan pentaksiran dapat membantu mengukur
pencapaian dan mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Melalui
pemerhatian tingkah laku, perkembangan kanak-kanak dapat diukur. Sebagai contoh,
kanak-kanak yang pada mulanya hanya tahu memegang warna pensel dan menconteng
akhirnya dapat melukis serta melakar gambar-gambar barang yang dia berminat. Guru
dapat melihat perkembangan motor halus serta tahap emosi kanak-kanak semasa mereka
melukis melalui pemerhatian dan pentaksiran.
Kedua, pemerhatian dan pentaksiran membolehkan guru memilih dan merancang
pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Oleh itu,
pemerhatian dan pentaksiran perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana
dapat membantu mengesan perkembangan seseorang kanak-kanak dan mengenal pasti
pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Hasil pemerhatian dan pentaksiran
membolehkan guru untuk mengambil tindakan susulan serta menyediakan program atau
aktiviti selanjutnya kepada kanak-kanak yang berkesan seperti aktiviti pemulihan untuk
kanak-kanak yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti
pengayaan bagi kanak-kanak yang sudah mahir dengan mengikut perkembangan mereka
dalam membantu memperkembangkan potensi mereka ke tahap optimum dalam domain
kognitif, afektif dan psikomotor.
Ketiga, pemerhatian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas membuat
laporan kepada ibu bapa. Pemerhatian yang dilakukan bukan perbandingan, tetapi lebih
kepada kemahiran atau kemampuan yang sudah dan sepatutnya dicapai. Pemerhatian dan
pentaksiran memberi maklumat kepada ibu bapa dan para professional untuk mengetahui
tentang perkembangan kanak-kanak mereka, memahami perkembangan kanak-kanak
mereka serta membantu kanak-kanak agar lebih maju ke hadapan. Dengan adanya
pemerhatian dan pentaksiran ini, ibubapa merasakan anak mereka berada di bawah
pengawasan yang rapi. Tambahan lagi, melalui pemerhatian dan pentaksiran ini juga
membolehkan kanak-kanak menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan
berusaha memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan.

3
Keempat, pemerhatian dan pentaksiran juga membantu guru untuk menyelesaikan
masalah seseorang kanak-kanak. Hal ini demikian disebabkan guru dapat perasan
masalah seseorang kanak-kanak melalui pemerhatian dan pentaksiran tingkah laku
mereka. Sebagai contoh, guru boleh membantu seseorang kanak mengatasi masalah
seperti tiada kawan. Guru merancang aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak
mengatasi masalah mereka atau memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut mengenal
kawan sekelasnya serta membimbingnya mengenali kawan sekelasnya.
Yang terakhir, pemerhatian dan pentaksiran membantu guru meneliti keberkesanan
aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan. Guru boleh memerhati dan mentaksir respon
seseorang kanak terhadap aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, guru boleh mengubahsuai aktiviti dengan melihat pendekatan yang sesuai
dengan kanak-kanak. Contohnya, adakah kanak-kanak itu lebih sesuai dengan
pendekatan trial and error, arahan lisan ataupun diberi contoh. Dengan membuat
pemerhatian dan pentaksiran pada proses pengajaran dan pembelajaran, ia dapat
membantu guru untuk mengaplikasikan pengajaran yang sesuai dengan kehendak dan
keperluan kanak-kanak.

4
3.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kesimpulannya, pemerhatian dan pentaksiran adalah proses memperoleh maklumat yang
tepat serta memberi panduan kepada guru dalam memerhati keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Dengan itu, pemerhatian adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam
pentaksiran. Pemerhatian sistematik membantu dalam memperoleh keputusan yang lebih
tepat. Tambahan lagi, pemerhatian membantu kita untuk membuat keputusan yang betul,
memahami perbezaan perasaan, perangai dan tafsiran oleh orang lain, menjadi lebih
prihatin dan memberikan ulasan dan penjelasan yang tepat. Manakala, pentaksiran adalah
proses mengumpul maklumat berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan kanak-
kanak menggunakan pelbagai kaedah. Menurut Arthur (1996), pentaksiran adalah proses
mengumpul bukti dan pertimbangan tentang keperluan, kebolehan dan pencapaian. Ianya
juga merupakan proses pengumpulan data yang sistematik untuk membuat pertimbangan
tentang keberkesanaan program pengajaran dan pembelajaran, polisi dan prosedur .
Isu pemerhatian dan pentaksiran di prasekolah seharusnya tidak boleh dipandang remeh
oleh semua pihak kerana tahap perkembangan kanak-kanak yang berusia 0 hingga 6
tahun adalah paling kritikal dalam pembentukkan sahsiah diri manusia. Jadi, pemerhatian
dan pentaksiran yang baik dapat memberikan maklumat yang tepat kepada guru tentang
perkembangan kanak-kanak sama ada positif atau negatif agar kanak-kanak mendapat
pendidikan yang seimbang.
Guru-guru prasekolah haruslah dapat memahami,mahir, dan berupaya mengamalkan
penggunaan pelbagai jenis instrumen pemerhatian dan pentaksiran yang sesuai dengan
sasaran utama pendidikan prasekolah. Guru-guru prasekolah juga diharapkan agar dapat
melakukan refleksi kritikal terhadap amalan yang digunakan agar dapat mengenal pasti
kelemahan yang wujud ketika sesi pengajaran, pembelajaran, pemerhatian dan
pentaksiran. Pemantauan juga perlu dilakukan dari semasa ke semasa agar dapat
memastikan pemerhatian dan pentaksiran yang dijalankan adalah telus agar membantu
kejayaan sistem pendidikan dari peringkat awal kehidupan manusia.

5
BAHAGIAN 2

LAPORAN DAPATAN
Pada 28/2/2020 (Isnin), saya telah pergi ke Tadika Kampung Baru Bukit Gelugor bagi
melakukan pemerhatian dan pentaksiran tugasan Hdps 2203 bagi membuat satu kajian
berkenaan tingkah laku seorang kanak-kanak tadika.

4.0 LATAR BELAKANG GURU


NAMA: JESSICA TAN PECK GEOK
UMUR: 32 TAHUN
BIL. ADIK-BERADIK: 6
BANGSA: CINA
AGAMA: CHRISTIAN
JANTINA: PEREMPUAN
ALAMAT TEMPAT TINGGAL: G-02 BLK B2 JALAN PER SENIBONG BLK
IDAMAN TAMAN BAYU SENIBONG 81750 MASAI JOHOR
ALAMAT TEMPAT BEKERJA: 24, JALAN DEDAP 18, JOHOR JAYA, 81100
JOHOR JAYA, JOHOR, MALAYSIA
TEMPAT BEKERJA: D’FLY PRESCHOOL
HOBI: BERMAIN BADMINTON
STATUS: BERKAHWIN
BIL. ANAK: 1 LELAKI 2 PEREMPUAN
JAWATAN: PENGURUS PRASEKOLAH
TAHUN MULA BEKERJA DI SINI : 2015
TEMPOH BEKERJA: 5 TAHUN

6
5.0 JENIS PENILAIAN YANG DIGUNAKAN
Penilaian yang digunakan oleh guru ialah penilaian formatif. Penilaian formatif
merupakan pentaksiran yang dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran kanak-
kanak bagi setiap tajuk yang diajar. Penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki
pengajaran pembelajaran pada asasnya agar dapat meningkatkan pencapaian kanak-kanak
pada akhir sesuatu pelajaran. Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang
dikendalikan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada
penyampaian guru atau penguasaan kanak-kanak.
Antara contoh ujian yang dijalankan oleh guru tersebut adalah kuiz, soal jawab dan
latihan membaca. Dengan mengadakan ujian formatif, guru dapat meningkatkan
pencapaian dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Menurut Naimah (2011),
penilaian formatif diberi penekanan utama bagi meningkatkan lagi pembelajaran kanak-
kanak. Sekali gus, membantu meningkatkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh.
Di samping itu, pendekatan yang diambil oleh guru berkenaan tidak semestinya sama
dalam semua sesi pembelajaran yang dikendalikan kerana kanak-kanak yang dihadapinya
terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Contohnya, ada yang sederhana, lemah
dan cemerlang. Oleh itu, guru mengubahsuai penyampaiannya agar pembelajaran lebih
berkesan. Selain mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan
pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Misalnya, pada akhir topik berkenaan,
satu ujian formatif dilakukan dan mendapati kebanyakan kanak-kanak kurang memahami
topik yang diperkatakan. Maka, guru dapat mengubah dengan menggunakan pendekatan
lain.
Kesimpulannya, penilaian formatif adalah suatu strategi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bermanfaat dalam membantu kanak-kanak dan guru memperbaiki
kelemahan-kelemahan yang wujud serta merta. Ia juga memberikan harapan tinggi
kepada kanak-kanak untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

7
6.0 DOMAIN-DOMAIN PENILAIAN
Domain-domain penilaian yang terlibat semasa pengajaran guru adalah domain
perkembangan kemahiran kognitif yang termasuk komponen bahasa dan komunikasi
serta komponen perkembangan kognitif.

6.1 Komponen Bahasa dan Komunikasi


Perkembangan kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan salah satu domain yang
penting. Komunikasi adalah pesanan yang bertindak balas antara pengirim dengan
penerima, manakala bahasa pula menggunakan simbol atau sintaksis atau tatabahasa
apabila berkomunkasi dengan orang lain.
Dalam penilaian bahasa dan komunikasi terdapat dua jenis bahasa iaitu receptive
language dan expressive language. Receptive language adalah bahasa yang mudah
diterima iaitu kebolehan kanak-kanak untuk memahami secara verbal dan tak verbal.
Manakala, expressive language ialah bahasa yang ditunjukkan dengan perasaan iaitu
menggunakan perkataan, gesture dan tingkah laku untuk menyampaikan maklumat.
Masa perkembangan bahasa dan komunikasi yang kritikal bagi kanak-kanak ialah
sebelum umur 5 tahun. Biasanya komunikasi bagi kanak-kanak bermula pada umur 3
tahun, kanak-kanak telah memperolehi semua komponen dalam komunikasi.
Perkembangan bahasa akan membentuk konsep sebagai perkembangan yang melalui
tahap-tahap yang bermula pada kanak-kanak. Contohnya, menurut Richard M. Gargiulo
& Jennifer Kilgo, (2000: 94) apabila kanak-kanak masuk ke sekolah, mereka akan
menggunakan semua jenis ayat. Jadi, apabila terdapat kemahiran komunikasi yang
lambat, mereka akan berusaha untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara seperti gesture .
Tahap perkembangan bahasa kanak-kanak adalah mengikut umur. Pada tahap pertama
iaitu bayi baharu lahir, mereka hanya menggunakan tangisan untuk berkomunikasi
dengan orang yang berada di sekelilingnya. Tangisan pada peringkat bayi membawa
pelbagai maksud antaranya lapar, sakit, tidak selesa atau marah. Pada pringkat 1-4 bulan,
kanak-kanak berkomunikasi dengan cara mendekut. Mendekut bermaksud satu bentuk
pengucapan seperti vokal tetapi kadang-kadang diiringi dengan konsonan. Contohnya,
aaaaa_aaaaaa atau oooooooooo_. Pada peringkat 6 bulan, bayi mendekut apabila
gembira,mereka mengeluarkan kombinasi bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti

8
mamama dadadada. Seterusnya, pada 12-18 bulan, kanak-kanak telah mampu menyebut
perkataan yang pertama seperti, orang-orang yang terdekat (mama papa), makanan (susu)
atau ucapan (bye-bye). Manakala, pada peringkat 18-24 bulan, kanak-kanak telah
memperoleh perbendaharaan kata yang pantas. Mereka mampu menggunakan sekurang-
kurangnya kombinasi dua perkataan disertai dengan intonasi suara seperti itu kucing, nak
lagi, bagi papa atau mama jalan. Pada peringkat 2 tahun, kanak-kanak telah mula
bercakap menggunakan ayat yang ada dua perkataan. Kanak-kanak pada peringkat ini
mula sensitif kepada penggunaan bahasa serta mula menguasai lebih banyak
perbendaharaan kata, kata ganti diri dan kata arah. Akhirnya, pada 2-5 tahun, kanak-
kanak mempunyai perbendaharaan kata yang luas dan mampu bercakap menggunakan
ayat yang mempunyai tiga perkataan. Tambahan lagi, mereka juga boleh memahami
jenaka, lagu, pantun, boleh bertepuk tangan mengiringi lagu serta bercerita tentang
perkara yang mereka lakukan atau merancang melakukan sesuatu. Menurut Vygotsky,
fikiran dan bahasa berkembang secara berasingan sehingga kanak-kanak mencapai umur
dua tahun pada peringkat awal. Seterusnya, sensorimotor kognitif kanak-kanak mula
berkembang dan kanak-kanak tersebut mula memperoleh kemahiran bahasa yang asas
pada umur satu dan dua tahun. Dari umur dua tahun, fikiran dan bahasa kanak-kanak
telah mula saling hubung. Maka, kanak-kanak mula memahami bahasa dan
menggunakannya sebagai alat untuk membuat perakuan. Akhirnya, kanak-kanak mula
menggunakan ayat mudah dan semakin beralih kepada ayat kompleks.

6.2 Komponen perkembangan kognitif


Kognitif didefinisikan sebagai proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan
memahami sesuatu. Proses pembelajaran termasuklah pengamatan yang berlaku dalam
otak manusia. Menurut Charlesworth 2004, kognitif juga boleh didefinisikan sebagai
perkara yang berkaitan dengan minda dan bagaimana ia bekerja. Pengertian
Perkembangan Kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran
dan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Ia berkaitan
dengan keupayaan seseorang individu menerima maklumat dari persekitaran, menyimpan
dan bagaimana ia diingat semula apabila diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

9
Perkembangan kognitif merupakan aras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak
menggunakan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia di sekitar mereka.
Oleh itu, adalah penting untuk penjaga dan guru untuk memerhatikan perkembangan
kognitif kanak-kanak bagi mendapat tahu tahap keperluan dan kecerdikan mereka.

10
7.0 INSTRUMENT PENILAIAN YANG DIGUNAKAN
Instrument penilaian yang digunakan adalah senarai semak. Senarai semak adalah alat
pentaksiran dan penilaian yang mengandungi senarai item yang disediakan untuk
mengenal pasti perkembangan kanak-kanak dari segi kemahiran, fizikal, kognitif, bahasa
dan sosial. Sehubungan itu, senarai item yang disediakan adalah untuk menguji
pengetahuan, kemahiran, sikap, tingkah laku kanak-kanak dan kebolehan. Senarai semak
adalah berdasarkan tunjang, kemahiran dan perkembangan spesifik. Terdapat dua jenis
borang pemerhatian dalam senarai semak iaitu borang pemerhatian kumpulan kecil dan
borang pemerhatian individu. Manakala, senarai item yang disediakan adalah bertujuan
untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri dapat diperhatikan, sesuatu
perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat
beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang
perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah:
A) Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.
B) Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan secara ringkas dan jelas dalam
bentuk pointform.
C) Menilai tingkah laku dengan mudah dalam konteks semula jadi.
D) Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak
E) Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali
(sekurang-kurangnya 3 kali) untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat
dan kekal
F) Memperoleh maklumat bagi melengkapkan senarai semak yang didapati daripada
pemerhatian 1 atau 2.

Kebaikan Senarai Semak:


1) Penggunaan senarai semak mudah dan praktikal.
2) Dapat digunakan oleh orang yang tidak mahir
3) Dapat dilakukan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaan dengan membuat
“flashback”
4) Guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa

11
5) Dapat dilakukan oleh beberapa orang pemerhati bagi menilai kesahihan pemerhatian.
6) Penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak.

Kelemahan Senarai Semak:


1) Mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa
merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak.
2)Menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu
sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, kadang-kala akan terlepas daripada memerhati
tingkah laku yang penting.
3) Memerlukan masa yang agak lama untuk menyediakan borang senarai semak.

12
8.0 JENIS REKOD PEMERHATIAN YANG DIGUNAKAN
Jenis rekod pemerhatian yang digunakan adalah Rekod Anekdot. Menurut Pusat
Pembangunan Kurikulum (2008) juga, rekod anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai
sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan
untuk direkod. Maklumat yang direkodkan hendaklah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan perkembangan kanak-kanak. Maklumat yang perlu ada dalam rekod
anekdot ialah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan
guru dan cadangan atau tindakan guru. Catatan ringkas ini akan membantu guru
memahami kanak-kanak berkenaan. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk
menulis rekod anekdot ialah:
1) Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
2) Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan
kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.
3) Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku. Maklumat yang biasanya direkodkan
adalah berpandukan peristiwa menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan
literasi, polainteraksi sosial dan kemahiran kanak-kanak menyelesaikan masalah.
4) Menulis apa yang dilihat secara objektif

Panduan menulis rekod anekdot ialah:


1) Membuat catatan dalam buku nota bagi memastikan peristiwa yang direkodkan tidak
tercicir.
2) Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.
3) Menulis apa yang dilihat secara objektif. Contohnya, mencatat tingkah laku dan apa
yang diperkatakan oleh kanak-kanak serta apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.
4) Masukkan respons orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku kanak-kanak
yang diperhatikan.
5) Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.

Kelebihan Rekod Anekdot:


A) Pemerhati tidak memerlukan latihan khusus.

13
B) Pemerhati boleh mencari dan merakam tingkah laku yang signifikan dan boleh
mengabaikan selebihnya.
C) Open-ended. Boleh ditulis apa sahaja yang dilihat dan tidak terhad kepada satu
tingkah laku sahaja.

Kelemahan Rekod Anekdot:


A) Tidak memberi gambaran lengkap kerana hanya mencatat kejadian menarik bagi
pemerhati
B) Terlalu banyak bergantung kepada ingatan pemerhati.
C)Sukar untuk menganalisis rekod penceritaan seperti ini

14
9.0 PENGALAMAN GURU BERHADAPAN IBU BAPA

Guru perlu bersifat neutral dalam berhadapan masalah pelbagai ragam cara reaksi ibu
bapa semasa berjumpa dengan ibu bapa. Hal ini disebabkan kerana terdapat ibu bapa
yang terlalu emosi dalam menyampaikan maklumat kepada guru. Sebagai contoh,
terdapat ibu bapa yang sedih terhadap keupayaan anak mereka yang lemah dalam
pelajaran. Mereka dilihat amat mengharapkan guru boleh membantu dalam membimbing
anak mereka disebabkan faktor rajin bekerja untuk menyara kehidupan keluarga dan
tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengajar anak.
Selain itu, kadang kala juga terdapat ibu bapa yang melampau mempertahankan anak
mereka kerana maklumat yang disampaikan guru tidak seperti yang diramalkan. Ini
menyebabkan guru bakal berdepan dengan suara yang agak lantang daripada ibu bapa
yang tidak bersetuju dengan maklumat disampaikan. Di sini pihak guru hanya
berpandukan data kehadiran dan laporan bertulis daripada guru disiplin. Ini menimbulkan
keraguan di kalangan ibu bapa kerana anak berbeza kelakuan sewaktu dalam pengawasan
ibu bapa.
Namun begitu, terdapat juga ibu bapa yang peramah yang amat memudahkan guru
berinteraksi dengan mereka. Namun sekiranya guru gagal mengawal perbualan pula akan
menyebabkan guru mengambil masa yang panjang untuk berinteraksi dengan mereka.
Situasi ini mengakibatkan rasa kurang senang di kalangan ibu bapa yang juga ingin
berjumpa dengan guru tersebut kerana ibu bapa yang datang terpaksa menunggu masa
yang lama dan menyebabkan emosi mereka menjadi tertekan dan marah. Keadaan ini
akan menganggu fokus ibu bapa terhadap anak mereka yang sepatutnya menjadi
keutamaan mereka.
Tambahan lagi, sebagai guru juga harus menjaga etika berpakaian dengan berpakaian
kemas dengan tidak kira guru pergi ke mana tempat. Seterusnya, guru juga haruslah
sentiasa berhemah dalam menegur ibu bapa supaya tidak tersinggung perasaan mereka.
Akhirnya, guru haruslah bersabar dan bersikap positif dalam berhadapan dengan ibu bapa
yang lewat. Contohnya, guru tidak boleh tergesa-gesa dalam menyampaikan maklumat
tentang anak mereka walaupun ibu bapa telah lewat.

15
Kesimpulannya, guru haruslah berfikiran positif dan tabah dalam mengahadapi setiap
perkara yang berlaku tanpa dijangka.

16
10.0 KESIMPULAN

Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam
menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Kesimpulannya, pemerhatian dan
pentaksiran sangat penting kerana ia bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan dan
potensi kanak-kanak bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.
Hasil pemerhatian dan pentaksiran membolehkan guru mengenal pasti kelebihan dan
kelemahan seseorang kanak-kanak serta mengambil tindakan susulan yang berkesan dan
seterusnya membantu guru untuk mengembangkan potensi kanak-kanak ke tahap
optimum dalam empat jenis kemahiran utama yang perlu dikuasai iaitu membaca,
menulis, mengira dan menaakul. Secara tegasnya, pemerhatian dan pentaksiran tidak
boleh diambil mudah oleh guru untuk mengelakkan kelemahan murid akan bertambah
dan seterusnya menyukarkan guru untuk melaksanakan tindakan susulan. Justeru itu,
pihak berkenaan seharusnya lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak dengan memberi lebih perhatian kepada mereka yang selalu berkelakuan nakal dan
bermasalah seperti yang dibincangkan di atas kerana sememangnya mereka memerlukan
perhatian yang penuh daripada setiap pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah dari
segi tingkah laku yang mereka hadapi. 

17
RUJUKAN / REFERENSI
1. Prof Madya Dr Putri Zabariah Megat Abdul Rahman Rosazazi Abdul Rahim.
(2017). HDPS 2203 Pemerhatian Dan Pentaksiran Kanak-kanak. 2-120.
http://inspire.oum.edu.my/mod/url/view.php?id=49109
2. Binus. Penilaian Formatif untuk Meningkatkan Proses Belajar eLearning.
Diperoleh pada 16 Oktober 2019 daripada
https://binus.ac.id/knowledge/2019/10/penilaian-formatif-untuk-meningkatkan-
proses-belajar-elearning/
3. Anil Khan. PERBEDAAN PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN YANG
SUMATIF. Diperoleh pada 14 Jun 2017 daripada
http://www.hellsangelssonomaco.com/info/perbedaan-penilaian-formatif-dan-
penilaian-yang-sumatif/
4. Shahrul Razi. Rekod Anekdot. Diperoleh pada 24 Ogos 2018 daripada
https://www.scribd.com/doc/137665205/REKOD-ANEKDOT
5. Malaysia Dokumen. REKOD ANEKDOT. Diperoleh pada 09 November 2015
daripada https://vdokumen.net/rekod-anekdot-5640ce87e7885.html
6. Budakpro Bapapro. Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun.
Diperoleh pada 29 Oktober 2014 daripada
https://www.slideshare.net/budakpro/senarai-semak-perkembangan-kanakkanak-
45-tahun
7. Duniakupakk. Pemerhatian dan penilaian dalam Pendidikan Awal kanak-kanak.
Diperoleh pada 12 Jun 2014 daripada
http://duniakupakk.blogspot.com/2014/06/berikut-saya-kongsikan-tugasan.html
8. Dunn, W. (1991). Sensory dimensions of performance. In C. Christiansen & C.
Baum (Eds.), Human performance deficits: Assessment and intervention in
occupational therapy. 231–258.
9. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010).
Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Prasekolah.
10. Bahagian Pembangunan Kurikulum,Kementerrian Pelajaran Malaysia.(2010).
Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

18
11. Nor Hashimah Hashim & Khadijah Zon.(2000). Pelaksanaan Penilaian
Pendidikan Islam dan Moral: Satu Tinjauan di Prasekolah. Seminar Pendidikan
Awal Kanakkanak ,Universiti Sains Malaysia
12. Naimah Ishak (2011). School based assessment as transformation in educational
assessment.

19
APENDIKS

CONTOH TRANSKRIP TEMUBUAL

20
21
22
GAMBAR SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

23
24
25

Anda mungkin juga menyukai