Anda di halaman 1dari 12

BHAGAIAN 1

1.0 PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menyatakan penilaian adalah sebahagian daripada


proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan. Ianya adalah proses
pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan
menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai
kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan. Penilaian yang
dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat dan jelas seperti yang termaktub dalam Akta
Pendidikan (1996) dan disebutkan lagi dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
Prasekolah) 199

Pemerhatian merupakan satu cara paling lama dan biasa digunakan serta paling
berkesan digunakan untuk menilai pertumbuhan, perkembangan, dan juga pembelajaran
kanak-kanak (Carolyn Seefeldt, 2016). Pemerhatian yang sistematik menggunakan
sistem particular  untuk melihat dan merekod tingkah laku kanak-kanak yang menjadi aspek
yang paling penting dalam bilik darjah.

Observation is used to chart children;s development, to gain insight into children’s behavior,
and to guide curricular decision making. Observation also plays an important role in
assessment, either by replacing or by supplementing standardized evaluation instrument.
                                                                                                                                
(Benjamin,1994).

Melalui pemerhatian kita dapat menjalankan penilaian yang tidak bersifat bias
terhadap kanak-kanak. Guru yang menjalankan pemerhatian mestilah bebas dari sebarang
masalah dan tekanan supaya hasil pemerhatian yang diperolehi adalah mantap tentang
perkembangan seseorang kanak-kanak. Kaedah pentaksiran pula perlu disesuaikan mengikut
tahap perkembangan mental,  sosial dan juga perkembangan fizikal kanak-kanak bagi setiap
peringkat.
2.0 KEPENTINGAN PEMERHATIAN DAN PENTAKSIRAN.

Dalam tugasan ini, saya dikehendaki menerangkan kepentingan pemerhatian dan penaksiran
dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah. Dan bagaimana cara ini dapat membantu
guru dalam mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip-prinsip penaksiran
dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Antaranya beberapa sebab pemerhatian dan
pentaksiran penting dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut :

 Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh

 Melihat perubahan pada perkembangan setiap kanak-kanak

  Membuat perancangan dan pengubahsuaian aktiviti pengajaran untuk membantu


meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

 Mempelajari keperluan setiap kanak-kanak

 Mengesan keberkesanan aktiviti, rutin, dan strategi yang digunakan

 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa.

  Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa, pakar-pakar kesihatan, guru besar dan
pegawai-pegawai yang memantau

  Menghargai hasil kerja kanak-kanak.

 Membuat tindakan susulan serta-merta

Berdasarkan kajian Airasian, P. W. (2019) , Pemerhatian dan pentaksiran terhadap


kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid
itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

Barnes, S. (2015) , Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan
kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru
dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu pengajaran.  Selain itu, guru juga dapat
menggunakan penaksiran dan pemerhatian sebagai medium untuk merangsang aktiviti
mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian
dengan peringkat umur mereka.
Abu Bakar Nordin. (2016), Pentaksiran dan pemerhatian juga penting bagi
menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid
prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah,
aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah
mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap
murid. Bhasah Abu Bakar. (2018) , Pemerhatian dan pentaksiran juga berperanan untuk
menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa. Melalui pemerhatian dan pentaksiran ini
juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan
diri melalui aktiviti yang disediakan.

Secara keseluruhannya pemerhatian dan penaksiran bertujuan untuk mengenalpasti


kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan
mereka. Hasil penaksiran dan penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan
yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap
optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Menurut Rohaty dan Abu Bakar (2016), pentaksiaran adalah suatu proses yang
melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan
iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru
membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang
dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang
pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga
adalah merekod maklumat.

Dodge et. Al (2014), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat


tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang
dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Penilaian
dan pentaksiran mempunyai objektif mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Ia juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang
dan membina instrumen pentaksiran.

Antara objektif penaksiran dan pemerhatian yang penting adalah untuk  mengesan


perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara
menyeluruh. Selain itu ia digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid
dalam pembelajaran dari masa ke semasa. James H. McMillan (2020) telah menyatakan
terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip
yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas,
boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran
dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah
penilaian haruslah inklusif dan adil.

  Perbincangan dengan Guru Prasekolah amat penting bagi memberi peluang kepada
saya mendalami ilmu penaksiran dan penilaian. Daripada konsep, objektif dan prinsip ini,
saya akan bertanya dan berbincang pelbagai soalan mengenai penilaian. Saya juga akan
berbincang tentang keberkesanan penilaian berterusan terhadap kanak-kanak prasekolah.
Saya juga berbincang dengan rakan-rakan untuk mencambahkan lagi pemikiran.  Melalui sesi
kuliah saya juga dapat banyak input daripada pensyarah. Ilmu pengetahuan yang diberikan
pasti tepat dan sukar diperolehi daripada orang lain.
BAHAGIAN 2: TEMUBUAL

LAPORAN SESI TEMUBUAL BERSAMA GURU PRASEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan sesi temubual yang telah saya telah laksanakan dengan seorang guru prasekolah
yang digelar Cikgu Ong. Hasil daripada temubual yang telah dilaksanakan, Responden telah
mengklasifikasikan beberapa perkara yang membincangkan mengenai aspek, kesan dan
implikasi tentang pentaksiran terhadap kanak-kanak lima tahun. Saya amat bersetuju dengan
penyataan yang diberikan oleh responden.

Saya telah menjalankan satu temubual dengan seorang guru prasekolah yang
mengajar kanak-kanak berusia 5 tahun. Hasil daripada temubual tersebut , saya mendapati
peranan sebagai seorang guru prasekolah sangat penting dalam perkembangan kanak-
kanak.Cikgu Ong telah banyak berkongsi pengalamannya dalam pentaksiran terhadap anak
muridnya.

Saya telah banyak mengumpul maklumat tentang pentaksiran bilik darjah yang
dijalankan terhadap kanak-kanak berusia lima tahun. Semasa melaksanakan temu bual, saya
telah mengajukan beberapa soalan yang merangkumi kefahaman responden terhadap
pentaksiran yang digunakan terhadap kanak-kanak lima tahun , konsep profesionalisme
keguruan, peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pembelajaran
dan pemudahcaraan .

2.0 OBJEKTIF TUGASAN

Tujuan menemubual guru prasekolah adalah untuk mendapat maklumat yang lebih jelas
mengenai pentaksiran yang dijalankan terhadap kanak-kanak berumur lima tahun.Selain
daripada ini, melalui temubual dan kajian ini , haraplah dapat memahami pentaksiran bilik
darjah dengan lebih lanjutnya. Tambahan pula , bagaimana seorang guru mengurus organisasi
di dalam kelas dengan berkesan. Matlamat kajian ini adalah untuk menyelidik secara
mendalam dalam konteks semula jadi amalan pengurusan evidens pentaksiran sekolah yang
dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah.
3.0 LATAR BELAKANG GURU YANG DITEMUBUAL

Cikgu Ong merupakan seorang guru cemerlang Pra Sekolah di Tadika itu. Beliau dilahir dan
dibesarkan di Kampar,Perak. Beliau datang dari keluarga yang boleh dikatakan kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. Berkat kesusahan dan kegigihan menuntut ilmu,
beliau telah diterima masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mendapat Ijazah
Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Pada tahun 2011 beliau telah diterima menjawat jawatan guru pra sekolah setelah
menamatkan KPLI di Institut Perguruan Sri Pinang. Beliau telah mengajar di Tadika Kemas
selama 10 tahun dan mempunyai pengalaman yang secukupnya.

Beliau juga sentiasa menyahut cabaran dan kehendak pihak kementerian pendidikan
yang menuntut agar satu guru membina satu inovasi dalam melaksanakan tugasnya.Melalui
beberapa inovasi yang beliau cipta telah dijadikan amalan dalam kehidupan di dalam bilik
darjah oleh  murid-murid pra sekolah di Tadika itu. Setiap pagi murid-murid akan
mengambil buku dan membacanya sejurus sahaja mereka sampai di Tadika. Penghargaan
akan diberikan kepada setiap murid yang telah dapat membaca satu-satu buku itu dengan
lancar.

4.0 TRANSKRIP TEMU BUAL

TEMUBUAL DENGAN GURU PRASEKOLAH

Saya : Selamat pagi cikgu Ong, saya pelajar dari OUM . Bolehkah saya menemubual
Cikgu ?

Cikgu Ong : Selamat pagi. Boleh , silakan.

Saya : Bagaimanakah cikgu mengurus organisasi kelas prasekolah dengan baik ?

Cikgu Ong : Dalam pengurusan organisasi prasekolah saya telah mewujudkan hubungan
yang baik dengan ibubapa atau penjaga. Kerjasama antara guru dengan ibubapa
amat penting dan membantu dalam pengurusan organisasi prasekolah .

Saya : Apakah aktiviti yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak untuk
terlibat secara aktif dalam bilik darjah ?
Cikgu Ong : Saya menggunakan aktiviti kumpulan dan juga bertema dalam masa yang sama
pilih tema yang sesuai dan aktiviti dijalankan bersama-sama. Aktiviti yang
menyeronokkan, aktiviti yang merangsang pemikiran macam aktiviti menyanyi
kita bagi la dia menyanyi.

Saya : Apakah jenis pentaksiran yang digunakan oleh cikgu Ong ?

Cikgu Ong : Saya akan menjalankan pentaksiran dalam suasana semulajadi dan secara tidak
formal.Pentaksiran akan dijalankan secara berterusan tetapi bukan pada akhir
pembelajaran saja.
Saya : Apakah domain yang terlibat dalam pentaksiran cikgu Ong ?

Cikgu Ong : Perkara yang ditaksir terlibat penguasaan kemahiran , pembentukan sikap ,
status kecergasan , penerapan nilai dan kesediaan social.Tunjang komunikasi
juga dinilai dalam pentaksiran.Contohnya kemahiran mendengar , bertutur ,
membaca dan menulis .

Saya : Apakah instrument yang digunakan dalam pentaksiran ?

Cikgu Ong : Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika dan hak asasi kanak-kanak
perlu dipatuhi. Dengan ini saya akan cuba mentaksir mereka dengan pelbagai
cara yang tidak membebankan.Contohnya melalui permainan , lagu , bersoal-
jawab dan sebagainya. Pentaksiran bersifat diagnostik untuk mengenalpasti
kekuatan, kekurangan dan keperluaan murid.

Saya : Bagaimana cikgu Ong menyampaikan kemajuan kanak-kanak kepada ibubapa?

Cikgu Ong : Saya akan menyampaikan kemajuan kanak-kanak kepada ibubapa mereka
berdasarkan pentaksiran bilik darjah. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif;
sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat
pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini
digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa
sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun.

5.0 ANALISIS TRANSKRIP DAN KESESUAIAN PENTAKSIRAN YANG DIGUNAKAN

Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan bagaimana evidens pentaksiran diuruskan dalam
pengajaran di bilik darjah. Pentaksiran sekolah dalam proses pengajaran adalah bertujuan
membantu pembelajaran murid. Guru memerlukan evidens pentaksiran untuk menilai
penguasaan murid dan keberkesanan pengajaran yang dilaksanakan.

Kegagalan guru untuk memahami, menghayati dan menguruskan evidens pentaksiran


sekolah dengan baik boleh menyebabkan aktiviti pentaksiran menjadi perkara rutin sahaja.
Kajian ini meneroka secara mendalam dalam konteks semula jadi di lapangan kajian sebenar
bagaimana guru melaksanakan aktiviti pentaksiran dan menguruskan evidens pentaksiran
bilik darjah terhadap kanak-kanak berusia lima tahun.

Melalui PBD, seseorang murid itu tidak hanya dinilai berdasarkan peperiksaan
semata-mata. Malah pentaksiran murid juga dibuat berdasarkan kepada evidens pentaksiran
yang dikumpul oleh guru berdasarkan pemerhatian dan penilaian berterusan sepanjang proses
P&P di dalam bilik darjah. Pengurusan evidens pentaksiran ini dilakukan berpandukan
kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) yang disediakan. Guru tidak
perlu menguruskan evidens secara formal dan bebas untuk merekod serta mengurus hasil
pembelajaran murid mengikut kaedah, keperluan dan kesesuaian masa guru (Muhyiddin
Yassin, 2014).

Pentaksiran adalah satu daripada komponen penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Tujuan pentaksiran adalah untuk mengukur dan menilai sejauh mana
murid menguasai objektif P&P dalam bilik darjah. Hasrat utama pentaksiran dalam bilik
darjah adalah untuk mengutip sebanyak mungkin maklumat berkenaan dengan prestasi dan
pencapaian seseorang murid (Abu Bakar Nordin, 2017; Airasian, 2015; McMillan, 2018).
Amalan pentaksiran dalam bilik darjah merangkumi pelbagai aktiviti seperti pembentukan
ujian bertulis dan pentaksiran prestasi, penggredan dan mentafsir skor peperiksaan. Dalam
masa yang sama guru berusaha mendapatkan maklum balas tentang hasil pentaksiran dan
seterusnya menggunakan hasil pentaksiran dalam membuat keputusan dan penilaian.

Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) yang berlaku di dalam


proses pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk:

i- Membantu murid membuat refleksi dan belajar dengan lebih berkesan. Ia


bukan sekadar pencapaian gred dan markah sahaja.
ii- Melibatkan aktiviti pentaksiran secara formatif sepanjang pembelajaran dan
memberi maklum balas untuk guru merancang pembelajaran akan datang.
iii- Merangkumi matlamat yang jelas dan berfokus untuk aktiviti pembelajaran
iv- Membekalkan maklum balas efektif yang dapat memotivasikan murid
meningkatkan pencapaian.
v- Menggambarkan bahawa semua murid dapat membaiki diri mereka melalui
pembelajaran
vi- Menggalakkan pentaksiran kendiri (self-assessment) dan pentaksiran rakan
sebaya (peer assessment) dalam bilik darjah
vii- Memberikan maklum balas kepada guru, murid dan ibu bapa berkenaan
dengan prestasi sebenar setiap murid.

Cikgu Ong telah menggunakan cara yang sesuai dalam menaksirkan kanak-
kanak yang berusia lima tahun itu. Secara umumnya menunjukkan proses pengajaran,
pembelajaran dan pentaksiran dipandu oleh DSK dan DSKP itu sendiri yang
bertindak sebagai dokumen rujukan utama. Bukti dokumen ini juga ditunjukkan oleh
Cikgu Ong semasa temu bual dijalankan selepas sesi pemerhatian. Sebagai contohnya
beliau berulang kali menunjukkan apa yang ditekankan olehnya semasa P&P
berdasarkan DSKP yang disediakan.

Seterusnya, Cikgu Ong mengulangi bahawa dalam proses mendapatkan


evidens pentaksiran, beliau membuat perancangan pengajaran secara terancang
berdasarkan dokumen dengan menyediakan bahan-bahan bantu mengajar yang
digunakan di dalam kelas dan juga mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
Tujuan beliau membuat demikian adalah supaya dapat merangsang pemikiran murid
yang kritis dan cepat menguasai apa yang diajar.
Berdasarkan pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen; penyelidik
mendapati tujuh amalan perancangan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran
yang dilakukan oleh peserta kajian. Ia meliputi perancangan awal, persediaan bilik
darjah, menguasai maklumat awal murid, Dokumen Standard Kurikulum,
menyediakan rancangan pengajaran, merancang penyediaan bahan pengajaran dan
semangat positif diri serta sikap unggul peribadi guru itu sendiri.

Perancangan awal sebelum memulakan pengajaran membantu guru mengenal


pasti evidens pentaksiran di dalam bilik darjah. Empat kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis menjadi panduan untuk mengesan evidens
pentaksiran sekolah. Aktiviti pengurusan evidens pentaksiran sekolah yang diuruskan
oleh guru bermula dengan usaha mengenal pasti evidens dan seterusnya merangsang
murid untuk mencungkil evidens pentaksiran yang diperlukan.

Bagi mengetahui sama ada murid telah mendengar dengan jelas dan
menguasainya, Cikgu Ong mengemukakan beberapa tugasan mudah sebagai proses
untuk mengesan evidens dengar melalui aktiviti pentaksiran. Beliau memerhatikan
reaksi murid-muridnya, mengemukakan beberapa soalan, meminta mereka membaca
dan menyebut semula. Beliau menggunakan pemerhatian sebagai aktiviti pentaksiran
iaitu mentaksir dengan cara memerhatikan dengan teliti.

Menurutnya beliau memerhati dengan mata, telinga serta hati yang penuh
bersedia untuk menilai tahap kefahaman dan kemahiran yang telah atau belum
dikuasai oleh murid-murid. Cikgu Ong juga menjelaskan bahawa evidens pentaksiran
dapat mempamerkan petunjuk sama ada murid telah mendengar, memahami,
menyebut atau menulis semula apa yang didengar. Oleh sebab itu, beliau perlu
bersedia untuk mengesan apakah evidens mendengar daripada murid-muridnya.

Menurutnya, melalui aktiviti pentaksiran semasa proses pengajaran dan


pembelajaran juga, evidens pentaksiran dapat dikesan dengan mudah. Sebagai
contohnya apabila murid menulis di dalam buku latihan mereka; guru akan menilai
tulisan murid dari aspek ketepatan, kejelasan, kekemasan dan sebagainya. Beliau
memerhatikan keseluruhan pergerakan tangan muridnya dan akan menuju ke arah
murid yang agak lemah bagi melihat proses menulis dengan betul.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi melalui temu bual dengan
seorang guru prasekolah banyak memberi maklumat tentang pentaksiran yang
dijalankan di Tadika. Dalam aspek Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS);
Pentaksiran sekolah adalah nadi kekuatan proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi
memastikan pelaksanaan pentaksiran sekolah berjalan dengan baik maka guru perlu
diberi pendedahan hasrat dan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah. Pegawai di
PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan juga perlu menghayati falsafah pentaksiran
berasaskan sekolah secara amnya dan pentaksiran sekolah khasnya dalam pengurusan
evidens pentaksiran sekolah. Justeru, sesi taklimat, latihan dan bengkel penataran
tidak boleh dipandang ringan oleh pegawai dan pelaksana dasar. Sebaliknya ia perlu
diwajibkan untuk semua guru dan disampaikan oleh seorang yang pakar dan terlibat
secara langsung serta menghayati pentaksiran sekolah itu sendiri.
RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (2016). Asas penilaian pendidikan. Petaling Jaya, Selangor:
Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Airasian, P. W. (2018). Classroom assessment. New York: McGraw-Hill, Inc.

Airasian, P. W. (2019). Classroom Assessment: Concepts and Applications (4th


edition ed.). New York: McGraw-Hill Higher Education.

Barnes, S. (2015). A study of classroom pupil evaluation: The missing link in teacher
education. Journal of Teacher Education, 36(4), 46-49.

Bhasah Abu Bakar. (2018). Asas pengukuran bilik darjah. Tanjong Malim, Perak:
Quantum Books.

Biggs, J. (2020 ). Assessment and classroom learning: A role for summative


assessment. Assessment in Education, 5, 103-110.

Gronlund, E. N. (2018). Assessment of Student Achievement. (6th ed.). Needhams,


MA: Allyn and Bacon.

Anda mungkin juga menyukai