Anda di halaman 1dari 17

Porfolio For Young Children EPB 2113|

BIODATA

NAMA NO MATRIK NO. K/P OPSYEN PROGRAM

: : : : :

SURAYATI BINTI MUHAMAD KB 1110538 781204-71-5046 PENGAJIAN MUZIK/PENGAJIAN MELAYU PPG BACHELOR OF EDUCATION ( EARLY CHILDHOOD EDUCATION )

TEMPAT BERTUGAS ALAMAT

: :

SK SEBERANG DUNGUN, DUNGUN TERENGGANU LOT 5796 TAMAN BERSEKUTU INDAH, JALAN KUBUR, 23000 DUNGUN TERENGGANU.

Porfolio For Young Children EPB 2113|

SEKAPUR SIREH
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah yang tidak jemu membimbing dalam memastikan saya dapat menerima ilmu yang disampaikan. Ilmu yang diberikan amat berharga dalam meneruskan tugas sebagai seorang guru, ibu dan juga ahli masyarakat. Sepanjang melakukan tugasan ini banyak yang dihadapi memandangkan saya seorang guru yang mana mempunyai tanggungjawab yang berat dan juga memenuhi kesibukan sewaktu menjalankan tugas. Beban tugas yang amat mencabar guru masa kini dapat saya penuhi dan melauinya dengan baik dan berjalan lancar. Kesibukan tugas bukanlah penghalang untuk saya menimba ilmu untuk membantu anak bangsa saya di masa hadapan. Adalah diharapkan ilmu yang saya pelajari ini dapat saya panjangkan kepada anak-anak murid saya dalam memastikan mereka mendapat ilmu yang berkualiti serta cukup untuk dibuat bekalan mereka kelak. Pembahagian masa diantara belajar dan mengajar harus saya lakukan agar kedua-duanya dapat saya lalui dengan sebaik mungkin. Saya tidak mahu kedua-dua bidang yang saya ceburi ini akan menjejaskan salah satu focus saya.Saya tahu saya dapat atasinya dengan baik dan dapat melakukannya dengan jayanya walaupun sedikit halangan yang dihadapi. Dunia tanpa sempadan yang mana maklumat hanya dihujung jari kita. Ini banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Sekarang bukanlah masanya untuk kita mengeluh kerana kesukaran untuk mendapatkan maklumat kerana dengan sedikit usaha dan iltizam kita akan dapat apa yang kita mahukan. Pelbagai maklumat dan perkongsian idea yang saya perolehi melalui internet dan computer. Ini banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Diharapkan apa yang saya lakukan ini adalah mengikut kehendak soalan dan menepati kehendak pensyarah saya. Ribuan terima kasih kepada beliau kerana banyak membantu dalam memberi tunjur ajar dan bimbingan walaupun dalam masa perjumpaan yang singkat. Banyak manfaat yang saya perolehi dan diharapkan ilmu yang diberikan dapat saya aplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran saya. Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat haruslah disebar-sebarkan agar manfaatnya dapat dikongsi dan mendapat kebaikan bersama.

Porfolio For Young Children EPB 2113|

PENGENALAN
Portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat

menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Sehubungan itu keperluan penilaian perkembangan kanak-kanak di peringkat prasekolah perlu dititik beratkan. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), dalam menghuraikan kurikulum prasekolah

menyatakan bahawa pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu dijalankan secara berterusan. Selain bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan di dalam kesemua domain- domain kognitif, afektif dan psikomotor, penilaian tersebut juga memberi maklumat untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif dan hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, dengan membandingkan perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang seharusnya patut dicapai pada peringkat-peringkat tertentu mengikut umur membolehkan guru, memilih dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Proses pemerhatian, mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis rekod perkembangan kanak-kanak membolehkan guru memahami perkembangan serta kemajuan pembelajaran kanak-kanak. Ekoran itu, portfolio kanak-kanak Prasekolah dilihat sebagai satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, jika pelaksanaannya sekadar sebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program prasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak.

Porfolio For Young Children EPB 2113|

PENILAIAN YANG DIJALANKAN DI TADIKA AN-NAJMI


Dalam tugasan ini, saya dikehendaki memilih sebuah prasekolah,tadika atau pun pusat jagaan kanak-kanak. Dalam pada itu saya dikehendaki melihat cara penilaian yang dilakukan untuk melihat perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak di tempat tersebut. Untuk itu, saya memilih sebuah tadika swasta yang terletak di bandar Dungun iaitu Tadika An-Najmi. Tadika ini merupakan salah sebuah tadika swasta di daerah Dungun yang menjadi pilihan pada ibu bapa kerana sistem pembelajaran yang digunakan di tadika amat berkesan terhadap pembelajaran dan perkembangan Kanak-kanak.

Penilaian di tadika ini bercorak tidak formal dan dijalankan ke atas kanak-kanak secara pemerhatian yang berterusan. Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara sistematik, jelas dan tepat. Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, perbualan atau interaksi dan hasil kerja murid. Oleh sebab kadar penerimaan dan kefahaman sesuatu konsep bagi setiap murid adalah berbeza, maka penilaian sangat sesuai dilakukan secara individu. Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanakkanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak.

Di sini juga kanak-kanak dinilai melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru memerhatikan dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama rakan-rakan, semasa mereka bermain bersama rakan-rakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama rakan dan sebagainya. Pemerhatian juga dijalankan terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke atas kanakkanak dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Selain itu, guru juga menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep, dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau hasil kerja murid dikumpulkan dalam bentuk portfolio. Beberapa bahan yang dikumpulkan dalam portfolio murid ialah hasil lukisan, mewarna, lakaran, tulisan, buku skrap, kraf tangan, buku kecil, dan model, video kanak-kanak, gambar yang diambil semasa kanak-kanak menjalani aktviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan sebagainya. 4

Porfolio For Young Children EPB 2113|

Penilaian ke atas kanak-kanak dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada secara berkala masa atau mengikut kekerapan yang perlu. Segala maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi gambaran berkenaan

penguasaan kanak-kanak. Melalui proses penilaian yang dijalankan, mereka dapat mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa ke semasa. Justeru itu, waktu penilaian yang dijalankan di sini adalah secara berterusan dan tiada had masa tertentu.

Penilaian juga dilakukan ketika kanak-kanak bermain. Umum mengetahui bermain ialah apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi ia merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak dalam proses mereka berkembang. Bagi kanak-kanak, bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya. Bermain ialah satu proses pembelajaran yang terancang dan berstruktur dalam memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidak formal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian. Kanak-kanak merasa terhibur apabila mereka bermain serta melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

Semasa murid menjalankan aktiviti bermain ini, kanak-kanak di nilai dan diperhatikan dari segi pelbagai aspek perkembangan iaitu aspek perkembangan kognitif, aspek perkembangan bahasa, aspek perkembangan social, aspek perkembangan emosi dan perkembangan fizikal.

Dalam menilai murid-murid dalam aspek perkembangan kognitif, guru di sini sentiasa merangsang kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan membantu perkembangan kognitif mereka. Selain itu, guru juga ada menjalankan aktiviti permainan air. Menurut guru di sini, permainan air boleh dijalankan di luar kelas, bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di situ bermain. Semasa aktiviti air dijalankan, penting bagi mereka mengambil kira beberapa aspek iaitu penyediaan bahan, penyediaan tempat atau ruang, pakaian yang sesuai, mestilah berdekatan dengan sumber air, dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu. Di sini, keselamatan amat dititik beratkan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku terhadap kanak-kanak. Selain itu juga, aspek kognitif juga dikembangkan melalui permainan air seperti kemahiran menyiasat, menjalankan eksperimen, membuat anggaran, dan membuat perbandingan. Kanak-kanak juga dapat menambah pengetahuan tentang konsep isi padu, kapasiti, saiz, bentuk, konsep penyerapan, timbul tenggelam, serta penyejukan dan 5

pemanasan. Melalui Permainan air kanak-kanak di sini boleh meneroka persekitaran, mempelajari

Porfolio For Young Children EPB 2113|

perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah. Contoh aktiviti yang dijalankan dalam permainan air ini adalah memerhati dan meneroka ciri-ciri air seperti menuang air ke dalam beberapa bekas berbeza saiz dan bentuk melalui cara seperti membuat teh tarik dan juga bermain dengan kenderaan air atau objek untuk mengetahui konsep tenggelam dan timbul.

Selain bermain air, kanak-kanak di sini juga digalakkan bermain dengan bongkah yang mana boleh membantu mengembangkan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak mengumpulkan bongkah mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan semua bongkah berwarna merah, mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya. (Rujuk gambar 3)

Dalam aspek bahasa, guru-guru di sini menyediakan permainan yang melibatkan bahasa yang dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka menyedari setiap objek di persekitaran kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak belajar. Oleh itu, mereka sentiasa memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti bermain bongkah, bermain pondok-pondok, main pasir dan main peranan.

Melalui aktiviti bermain bongkah, kanak-kanak bermain dengan bongkah yang pelbagai warna, saiz, dan bentuk. Mereka membuat binaan seperti rumah, jambatan, jalan raya, bangunan, kenderaan dan sebagainya. Semasa aktiviti ini berjalan guru menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi ketika bermain dengan bongkah. Secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui permainan ini juga kanak-kanak akan berbincang sesama sendiri mengenai bahan binaan mereka. Guru sentiasa merangsang kanak-kanak dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.

Guru juga membuat pemerhatian ketika kanak-kanak menjalankan aktiviti main pondok-pondok yang mana bagi mereka ia dapat menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak. Menurut guru di situ, sewaktu bermain pondok-pondok, kanak-kanak meniru perwatakan ahli keluarga seperti bapa, ibu, kakak, abang, dan adik. Mereka juga akan meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti doktor, anggota polis, guru, peniaga dan sebagainya. Sewaktu bermain kanakkanak akan berbual sesama mereka berdasarkan watak yang telah dipilih. Guru sentiasa mengawal aktiviti ini agar aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan. (Rujuk gambar 7)

Disamping itu, aktiviti main sambil menyanyi juga diadakan kerana ini merupakan satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Bagi mereka. dengan nyanyian kanak-kanak dapat mengenali pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang 6

Porfolio For Young Children EPB 2113|

melalui sebutan semasa menyanyi. Contoh aktiviti yang dijalankan ialah menyanyi lagu Twinkle-twinkle Little star yang mana kanak-kanak menyanyi sambil membuat aksi seperti bintang dan berpegangan tangan sesama mereka. Guru memasang CD dan membimbing kanak-kanak melakukan aksi ini agar kanak-kanak dapat memahami pengisian lagu tersebut. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah. (Rujuk gambar 2)

Menyedari aspek perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil, guru-guru di sini membuat permerhatian terhadap tingkah laku sosial kanak-kanak semasa mereka bermain. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.

Di samping itu juga, pelbagai aktiviti bermain dilakukan di sini dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak. Semasa aktiviti bermain di taman permainan misalnya, kanak-kanak perlu bergaul dengan semua rakan sebaya. Di samping itu, mereka dilatih bersifat sabar dan mematuhi peraturan kerana perlu bergilir-gilir semasa bermain dengan alatan permainan yang terhad. Secara tidak langsung kanak-kanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan hak orang lain. Begitu juga aktiviti bermain pondok-pondok, bermain doh ataupun semasa bermain permainan dalaman seperti congkak, dam ular, ketingting dan sebagainya. Menurut guru di sini, semasa bermain bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar cara-cara berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar daripada lingkungan ahli keluarga. Menyedari hal ini, mereka memberi pendedahan sosial yang awal kepada kanak-kanak bagi memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping dapat menanam sifat berani dan berani ke hadapan. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

Selain itu juga, pemerhatian terhadap emosi kanak-kanak juga dinilai. Mereka menyedari kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teoriteori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan 7

Porfolio For Young Children EPB 2113|

kehidupan manusia. Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan. Menyedari perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting, penilaian terhadap aspek ini juga diambil kira oleh guru-guru di sini. Pemerhatian dibuat semasa aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Ini adalah kerana bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.

Antara aktiviti yang dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti Komponen Kreativiti dan Estetika. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan mereka dalam pelbagai cara. Contohnya aktiviti seni visual dengan menggunakan warna air. Kebanyakan kanakkanak di sini suka bermain dengan warna air kerana pada mereka aktiviti ini mencabar kebolehan mereka. Semasa aktiviti ini dijalankan, kelihatan kanak-kanak seronok dan emosi kegembiraan terpancar di wajah mereka. Selain itu, perkembangan sosioemosi juga dinilai semasa guru mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak. (Rujuk gambar 5, 6 dan 9)

Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Komponen Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sini untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah dengan mengambil kira aspek perkembangan motor kasar dan motor halus. Di sini, kanak-kanak diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Contohnya dalam permainan aktif, kanak-kanak di sini belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. 8

Porfolio For Young Children EPB 2113|

Kanak-kanak menjalankan aktiviti pergerakan yang mana akan membantu pertumbuhan tubuh badan mereka menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak di sini dapat menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya melalui pengalaman yang diperolehi melalui permainan, pergerakan kreatif dan gimnastik. Semasa aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada monkey bar , bermain buaian dan sebagainya dapat dilihat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak di sini.

Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Pemerhatian dilakukan terhadap kanak-kanak dalam bentuk permainan dan aktiviti yang dijalankan. Ini adalah bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini. Contoh aktiviti yang dijalankan adalah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan bermain pasir. (Rujuk gambar 1)

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh. Sebelum kanak-kanak bermain dengan doh, guru telah membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh sendiri memberi peluang kepada kanak-kanak merasa sendiri struktur doh dan memilih sendiri warna yang mereka suka. Guru membiarkan kanakkanak menggaul dan menguli doh dengan tangan. Dengan cara ini, ia melatih pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul, meramas adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga adalah latihan awal bagi persediaan untuk menulis.

Semua aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak ini diperhatikan dan dinilai mengikut aspekaspek yang disebutkan di atas. Penting bagi mereka memastikan kanak-kanak yang dihantar ke sini mendapat prestasi yang amat menggalakkan. Ini adalah kerana perkembangan kanak-kanak di sini akan dibantu dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Aktiviti yang disediakan juga mampu membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Perkembangan yang baik membantu pertumbuhan kanakkanak. Bagi memastikan kepuasan kepada ibu bapa, mereka sentiasa berbincang dan mencapai kata sepakat dengan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika ini. Selain ibu bapa dapat mengetahui perkembangan anak-anak mereka, sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa untuk meneruskan apa yang dilakukan di sekolah apabila berada di rumah. Ibu bapa juga ditunjukkan rekodrekod yang dinilai terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa akan mengetahui sejauhmana perkembangan anak-anak mereka melaui rekod-rekod ini.

Porfolio For Young Children EPB 2113|

PENYEDIAAN REKOD

Penyedian rekod di sini disediakan oleh guru agar penilaian yang dilakukan dapat direkodkan dan mempunyai turutan bagi memperlihatkan perkembangan kanak-kanak mengikut aras mereka. Umum mengetahui kanak-kanak berkembang tidak sama dengan kanak-kanak lain. Dengan adanya rekod yang disediakan, guru-guru di sini dapat melihat perbezaan perkembangan kanak-kanak serta dapat membantu mereka menjalankan pengajaran dan pembelajaran terhadap kanak-kanak di sini. Jika kanakkanak itu mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajarannya, guru akan mengambil inisiatif yang lain agar kanak-kanak tersebut dapat seiring dengan kanak-kanak lain.

Setiap pemerhatian yang dilakukan merupakan maklumat penting yang perlu direkodkan secara sistematik, tepat, lengkap dan jelas. Merekod pemerhatian ialah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik daripada apa yang diperhatikan berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan, pengetahuan, dan pencapaian murid yang ingin dinilai. Pemerhatian guru memainkan peranan penting untuk menilai kanak-kanak prasekolah. Guru hendaklah sentiasa memerhatikan sesuatu perubahan tabiat atau perlakuan kanak-kanak. Maklumat ini hendaklah direkodkan secepat mungkin. Maklumat tersebut dapat membantu guru menyediakan laporan kemajuan kanak-kanak pada bila-bila masa diperlukan. Pemerhatian boleh direkodkan dengan menggunakan rekod senarai semak, rekod anekdot, dan rekod berterusan. Penyediaan rekod yang digunakan dalam tadika ini adalah mengikut model rekod perkembangan Yayasan Pembangunan Keluarga (PRKT) dan juga Permata Negara. Menurut Guru Besarnya, mereka menggunakan model ini adalah untuk memenuhi tahap dan kritiria yang ditetapkan dan dirasakan model ini amat baik untuk diikuti memandangkan focus utama mereka adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang sihat dan berkembang secara seimbang mengikut domain-domain yang sesuai untuk seseorang kanak-kanak. Dalam penyediaan rekod untuk merekodkan pemerhatian yang dilakukan terhadap kanakkanak semasa penilaian dilakukan, guru di tadika ini telah menggunakan 2 jenis rekod untuk merekodkan pemerhatian yang dilakukan ke atas kanak-kanak semasa membuat penilaian iaitu:

Rekod Senarai Semak Di Tadika ini guru menggunakan senarai semak terhadap penilaian yang dilakukan kepada

kanak-kanak di sini. Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah laku dapat diperhatikan, dan kekerapan tingkah laku itu berlaku dengan menandakan ( / ) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak. Senarai item yang disediakan mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor. Senarai semak ini juga dapat menyatakan sama ada murid itu boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini. 10

Porfolio For Young Children EPB 2113|

Senarai semak ini disediakan oleh guru, lebih awal sebelum pemerhatian dibuat. Tingkah laku kanak-kanak yang ingin diperhatikan ditandakan dengan jelas dan ringkas dalam bentuk pointform. Guru hanya meletakkan kemahiran penting dalam senarai semak. Item yang digunakan disusun mengikut pemeringkatan. Maklumat bagi melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada 1 atau 2 pemerhatian. Senarai semak ini ditandakan semasa pemerhatian dibuat keatas kanak-kanak. Dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali. Hanya kemahiran penting (Standart pembelajaran/kemahiran Eksplisit) ditandakan dalam senarai semak. Contoh senarai semak yang di rekodkan adalah seperti lampiran.

Rekod Anekdot Rekod anekdot juga digunapakai untuk merekodkan pemerhatian yang dijalankan semasa

penilaian dibuat. Rekod anekdot adalah satu catatan yang ringkas, tepat dan padat mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau tindakan guru. Catatan ringkas yang dilakukan guru terhadap kanak-kanak membantu guru memahami kanak-kanak berkenaan. Namun begitu rekod anekdot hanya digunakan terhadap seseorang murid yang mahu dinilai pada satu masa. Memandangkan banyak maklumat yang perlu guru rekodkan, rekod ini terhad kepada murid tertentu yang dirasakan mempunyai masalah. Rekod anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Perkara-perkara yang tulis dalam rekod anekdot ialah, membuat pemerhatian terhadap

peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas peristiwa berlaku, menulis apa yang dilihat secara objektif, maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah. Dalam mencatat rekod anekdot, guru telah membuat catatan dalam buku nota bagi memastikan peristiwa yang direkodkan tidak tercicir. Guru juga merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat serta mencatat tingkah laku dan apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak termasuklah respons orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku kanak-kanak yang

diperhatikan. Guru sentiasa memastikan peristiwa dicatat mengikut urutan dan maklumat yang direkodkan adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan kanak-kanak. .

11

Porfolio For Young Children EPB 2113|

KESIMPULAN
Kesimpulannya, pentaksiran dan penilaian pendidikan awal kanak-kanak seharusnya dilakukan sebaik mungkin untuk memastikan perkembangan dan potensi kanak-kanak boleh dikembangkan dan digilap. Sikap ambil mudah danmelepaskan batuk ditangga seharusnya dikikis. Ini kerana peringkat pendidikan awal kanak-kanak merupakan akar kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Jika tersilap langkah pada peringkat akar, akibatnya akan musnahlah generasi dan masa depan negara. Kebolehan ataupun keupayaan kanak-kanak sering disalah tafsir sebagai pencapaian. Kesilapan ini menimbulkan implikasi yang besar kerana ia dikaitkan dengan keseluruhan pelaksanaan program yang baik dari segi pembelajaran kanak-kanak mahupun pengajaran guru. Penilaian perlu dilaksanakan ke atas kanak-kanak, khasnya kanak-kanak yang berada di peringkat prasekolah. Kita perlu lebih menghargai perkembangan kemahiran kanak-kanak dalam ketiga-tiga domain, iaitu afektif,psikomotor, kognitif. Domain-domain tersebut dipamerkan melalui pentaksiran autentik seperti rekod anekdot, rekod berterusan, senarai semak, rekod pensampelan masa dan peristiwa serta pentaksiran portfolio. Pentaksiran autentik yang dilaksanakan secara berterusan mampu menilai sejauh mana keupayaan ataupun kemahiran yang sudah dikuasai ataupun sebaliknya oleh kanak-kanak. Penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah melibatkan pemerhatian, rakaman dan dokumentasi kegiatan dan permainan yang dijalankan oleh kanak-kanak. Ia merupakan satu proses yang berterusan dan bertumpu kepada apa yang kanak-kanak lakukan dan bagaimana ianya dilakukan (Meisels 1995). Menurut Seefeldt (1990) kanak-kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk menerangkan pengalaman yang dialami. Justeru itu pemerhatian adalah kaedah yang terbaik untuk menilai perkembangan mereka disebabkan melalui tingkah laku kanak-kanak meluahkan perasaan, ide dan pengetahuan dan emosi mereka. Menurut Nor Hashimah dan Khadijah (2000) penilaian perkembangan adalah suatu perkara yang dilakukan setiap hari bagi membantu guru prasekolah mendapat gambaran yang jelas tentang pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak, pengajaran guru dan keberkesanan program. Ia memberi arah untuk tindakan selanjutnya kepada guru juga ibu bapa, supaya perkembangan kanakkanak yang optima boleh berlaku.

12

Porfolio For Young Children EPB 2113|

RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/23711115/Pengurusan-Rekod-Perkembangan-Pencapaian-Kanak2 http://www.scribd.com/doc/40671364/Penaksiran-dan-Penilaian-Perkembangan-Kanak-kanak Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2011). Perkembangan kanak-Kanak Edisi Kedua. Selangor Darul Ehsan. Kumpulan Budiman SDN.BHD. Sue Clark Wortham(1995). Measurement and Evaluation in Early Childhood Education. New Jersey. Prentice Hall Inc. Surayah Zaidon dan Haslinda Md. Ali (2009). Penilaian Dalam Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing SDN. BHD.

13

Porfolio For Young Children EPB 2113|

Contoh rekod anekdot yang dijalankan di tadika ini.

Nama : Muhammad Munir Bin Mohtar Umur : 6 Tahun Kelas : Bestari Tarikh : 22 Februari 2012 Masa : 8.35 Pagi Tempat : Taman Permainan AN NAJMI Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria

Peristiwa yang diperhatikan: Semasa aktiviti bermain di taman permainan prasekolah. Kelihatan Munir, Hazeem, Faris, dan Iskandar beratur untuk memanjat tangga gelungsur. Tiba-tiba, Haikal berlari menuju ke arah kumpulan kanak-kanak yang sedang beratur tadi lalu menolak Faris hingga terjatuh. Faris kelihatan memarahi Haikal kerana berebut hendak memanjat gelungsur dahulu. Tambahan pula, tangannya sakit. Munir dengan segera membangunkan Faris. Dia berkata kepada Haikal bahawa tidak baik berbuat demikian. Katanya, cikgu sudah beritahu kalau bermain mesti ikut giliran. Haikal kelihatan mengangguk-angguk seolah-olah mengiakan kata-kata Munir. Munir menyuruh Haikal bersalam dan meminta maaf pada Faris. Haikal dan Faris pun bersalam.

Ulasan Guru: Munir memiliki sifat empati pada rakan. Selain itu, dia juga mempunyai sifat interpersonal yang positif serta sudah memahami bahawa dia perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu semasa bermain di taman permainan.

Cadangan: Guru harus menonjolkan sifat terpuji yang dimiliki Munir dengan menceritakan semula peristiwa yang berlaku di hadapan rakan-rakan yang lain agar menjadi teladan kepada orang lain.

14

Porfolio For Young Children EPB 2113|

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 5

Gambar 6

15

Porfolio For Young Children EPB 2113|

Gambar 7

Gambar 8

Gambar 9

Gambar 10

16

Porfolio For Young Children EPB 2113|

17

Anda mungkin juga menyukai