Anda di halaman 1dari 18

PENILAIAN DALAM PRASEKOLAH

PENGENALAN
Pendidikan prasekolah adalah peringkat penting bagi membantu membentuk
emosi, fizikal, sosial, dan perkembangan pemikiran murid yang berusia dalam
lingkungan 4 hingga 6 tahun sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah
rendah. Semasa belajar di prasekolah murid memperoleh asas komunikasi,
kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi,
rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspek yang harus
diberi penekanan oleh guru prasekolah bagi menentukan pencapaian dan
perkembangan seseorang murid sepangjang proses pengajaran dan pembelajaran
di prasekolah.
Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan
diperjelaskan lagi dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang
ditulis dalam perenggan : 5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian
berterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif,
afektif dan psikomotor.22 (2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan
di bawah Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan
prasekolah masing-masing.
Akta Pendidikan 1996 Seksyen 24, Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan
yang berikut : Seksyen 24 Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan
pendidikan prasekolah
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab
ini. 8.
Rekod Kemajuan Murid
Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan
merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua
Pendaftar dari masa ke semasa.
Penilaian di peringkat prasekolah dijalankan secara tidak formal dan
berterusan. Guru prasekolah hendaklah menilai murid dari semasa ke semasa.
Setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah dinilai. Tujuannya supaya
guru dapat mengumpul maklumat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
serta mengetahui kemajuan murid dalam berbagai aktiviti dan perkembangan sikap
mereka. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu, dan seimbang perlu diberi
pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman
pembelajaran di prasekolah bakal mencorakkan perkembangan murid seterusnya.
KONSEP PENILAIAN DALAM PRASEKOLAH
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak
dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat
penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.
Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan murid
dalam aspekpengetahuan, kemahiran dan penguasaan murid terhadap sesuatu
proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini
dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan
tahap perkembangan individu setiap murid semasa murid mengalami proses
pembelajaran.
Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti
yang tepat tentang sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian
ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
Arthur et.al. (1996) berpendapat penilaian ialah proses mengumpul bukti dan
membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. Ia
juga membawa maksud proses mengumpul data dan membuat pertimbangan
tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.


TUJUAN PENILAIAN
Penilaian bertujuan untuk mendiagnosis penguasaan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru. Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik
darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap
penguasaan murid terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain
itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi
murid dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan
seseorang murid, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan,
sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.
Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti murid
yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang
memerlukan aktiviti pemulihan. Guru perlu membuat keputusan sama ada untuk
mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan murid
atau mengulang pengajaran murid dengan menggunakan strategi yang sama.
Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan
memperlihatkan kemajuan murid dalam jangka masa tertentu.
Pengesanan kemajuan murid secara berterusan ini akan memberi maklum
balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi murid. Pengesanan adalah
dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti murid
yang bermasala dalam menguasai kemahiran atau input yang telah diberikan oleh
guru.Sekiranya murid menghadapi masalah, guru akan mengenal pasti punca
masalah tersebut.
Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan
pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi
murid dapat diatasi. Bantuan sebegini dapat membantu dalam meningkatkan
pencapaian murid dalam meningkatkan perkembangannya selaras dengan
perkembangan potensi yang perlu dicapai oleh seseorang murid dalam prasekolah.
Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula
kerana guru perlu meninjau sejauh manakah murid-muridnya menguasai
pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya,
seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar murid bukan penutur asli
bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah
yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan
sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam
menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
Selain itu, guru juga dapat memilih murid untuk dikelompokkan dalam sesuatu
kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka
berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-
masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut
keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah
untuk memilih dan menempatkan murid mengikut penguasaan pengetahuan dan
kemahiran mereka.
Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih
dan menempatkan murid mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan murid yang
cemerlang dalam mata muridan sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran
sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.
Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling
kepada murid yang memerlukannya. Setiap murid sepatutnya mempunyai motivasi
untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada
dalam diri murid itu sendiri.
Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu
dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan
dapat melanjutkan muridan ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang
bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu
motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau
nasihat daripada guru/guru besar.
JENIS-JENIS PENILAIAN DALAM PRASEKOLAH
Rajah 1 : Jenis-jenis penilaian dalam prasekolah



JENIS-JENIS
PENILAIAN
PEMERHATIAN
FORMATIF
PORFOLIO RAKAMAN
PERKEMBANGAN
PEMERHATIAN
Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan murid yang bersesuaian
dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu
kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau
maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati
secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap murid melalui pemerhatian yang
dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja murid.
Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka
waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas
tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang diperhatikan
menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga
faktor-faktor bahan dan persekitaran.
Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku murid, guru boleh memerhatikan
dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama
rakan-rakan, semasa mereka bermain bersama rakan-rakan atau bersendirian,
semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti
mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama rakan dan sebagainya.
Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh
diperhatikan ialah semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru,
perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan,
main peranan, bercerita dan bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan,
bacaan dan lain-lain. Penilaian melalui kaedah pemerhatian dapat membantu guru
untuk mengenal pasti dengan mudah murid yang mempunyai masalah dalam proses
perkembangannya. Guru juga dapat terus merangka pelan tindakan susulan yang
boleh diambil dalam meningkatkatkan perkembangan murid tersebut.
Antara kelebihan yang lain adalah guru dapat menemui pola-pola tigkah laku
dan mengelakkan kepada keputusan yang dibuat dengan tergesa yang mungkin
berasaskan kepada tingkah laku murid yang luar biasa.
Tambahan pula antara kelebihan yang ada adalah keputusan yang
profesional dan tidak berat sebelah dapat dilakukan berdasarkan kepada data-data
yang telah dikumpul oleh guru mengenai murid-murid.
Namun terdapat kelemahan dalam kaedah penilaian ini. Antaranya, bukti
yang guru sediakan adalah kurang sahih kerana faktor-faktor persekitaran dapat
mengganggu pemerhatian guru ketika itu. Malah, saksi seperti pembantu pengurus
murid juga tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana PPM tidak berada di dalam
kelas sepangjang masa untuk membantu guru dalam memerhati setiap tingkah laku
murid.
WAKTU PEMERHATIAN
Dalam konteks pendidikan prasekolah, setiap pengajaran yang disampaikan
oleh guru kepada murid hendaklah dinilai. Penilaian ke atas murid hendaklah
dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada
secara berkala masa atau mengikut kekerapan yang perlu.
Hal ini bersesuaian dengan penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan
pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan di akhir pembelajaran.
Segala maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran memberi suatu gambaran berkenaan penguasaan murid. Melalui
proses penilaian yang dijalankan, guru dapat mengikuti perubahan yang berlaku
daripada semasa. Justeru itu, waktu penilaian ke atas murid adalah secara
berterusan dan tiada had masa tertentu.
TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan,
setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti
bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar
kelemahan murid tidak terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula.
Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran
yang telah dikuasai. Aktiviti pengayaan hendaklah dirancang untuk memberi peluang
kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran, atau
aspek yang sepatutnya dimuridi telah dikuasai atau disiapkan.
Semasa menjalankan tindakan susulan guru boleh menyediakan aktiviti bagi
membantu murid yang memerlukan lebih perhatian atau pun aktiviti yang lebih
mencabar. Kepekaan guru dalam penilaian berterusan ini dapat meningkatkan
pencapaian setiap murid ke tahap yang optimum. Antara kebaikan menjalankan
tindakan susulan di prasekolah ialah:
Kelebihan murid dalam pencapaian boleh diperkukuh dan dipertingkatkan
melalui aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid boleh
dibantu melalui bimbingan yang sewajarnya.
Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara
individu, kumpulan, dan kelas melalui proses pembelajaran.
Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu
disokong dan diberi dan diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi
meningkatkan pencapaian.
Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi
aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan
murid tersebut.
Guru juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak
mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.












FORMATIF
Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan
dan kemajuan murid di dalam kelas. Mengesan penguasaan dan kemajuan murid
untuk membaiki kelemahan dengan kada segera. Ujian tidak formal (pemerhatian
dan sesi soaljawab) dalam masa yang singkat. Meliputi sesuatu kemahiran (ujian
tidak formal). Tiada rekod (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak
atau rekod prestasi (bagi ujian formal)
TUJUAN PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif ini bertujuan untuk membuat penilaian awal tentang
masalah yang dihadapi ole murd prasekolah . Penilaian ini membantu guru
menentukan sama ada murid tersebut memerlukan perhatian yang lebih atau
tidak. Guru-guru juga dapat maningkatkan tumpuan dan keupayaan murid yang
memerlukan bantuan.
Selain itu, penilaian ini juga bertujuan mengumpul maklumat untuk tujuan
penempatan murid mengikut kebolehan mereka. Bagi murid yang mempunyai
berlainan kemampuan dalam menguasai tahap pembelajaran berbanding murid lain
perlu diasingkan mengikut keperluan pembelajaran. Penilaian ini juga bertujuan
membantu guru menyediakan atau menyelaras sistem pengajaran mengikut
kemampuan murid.
Penilaian formatif juga bertujuan memberikan maklumat kepada ibu bapa,
guru dan pakar murid. Hasil penilaian yang dibuat boleh digunakan sebagai bahan
rujukan. Selain itu ibubapa juga boleh didedahkan dengan masalah sebenar anak-
anak mereka dan kaedah atau pendekatan yang sesuai ditekankan oleh ibubapa
sebagai langkah mengurangkan masalah murid.





KEGUNAAN PENILAIAN FORMATIF
Selain itu, penilaian formatif juga penting kepada guru-guru untuk merancang
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut tahap
murid. Apabila murid ini telah dikenal pasti, guru akan mengetahui tahap murid dan
membolehkan guru menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Contohnya murid yang lemah ditekankan dengan pengajaran secara
visual manakala murid normal lebih kepada pengajaran yang lebih kompleks dan
abstrak
Penilaian ini juga penting bagi memberi maklumat yang lebih jelas tentang
tahap kemampuan sebenar murid. Dengan ini ibubapa akan mempunyai
pengetahuan yang lebih tentang tahap kemampuan anak mereka. Ibubapa juga
boleh mengambil tindakan sewajarnya iaitu menyediakan persekitaran pembelajaran
yang kondusif di dalam rumah.













PORFOLIO
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan
merekod bukti pencapaian murid dalam satu jangka masa yang dipersetujui
bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran
yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang
lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio
berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan
dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk
mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif
serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.
ASPEK PENILAIAN PORTFOLIO
Sesebuah portfolio diwujudkan adalah untuk memberi peluang murid
mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman
sewaktu menyempurnakan tugasan. Menggalakkan murid menyemak dan
menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik. Menyediakan ruang murid
membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.
Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan
berfokuskan kepada perkembangan murid dalam aspek kemahirankemahiran,
pengetahuan dan kefahaman.
Menggunakan peta perkembangan pembelajaran murid yang memberi gambaran
perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari
kita lihat peta perkembangan pembelajaran murid yang mempunyai lima tahap
perkembangan, seperti di bawah ini.
Berdikari mengeja perkataan-perkataan
Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
Membentuk suku kata
Menyebut bunyi huruf
Permulaan mengenal huruf
Guru boleh menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti
seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran
seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian murid. Guru dapat mengukur
tahap kemampuan seseorang murid dalam menguasai pengajaran murid.
Guru boleh membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk
memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya
membandingkan seorang murid dengan murid lain sahaja. Rangka pelan tindakan
yang perlu diambil dan hasil dapat disimpan dalam portfolio murid tersebut. Hasil
kerja murid sepanjang pelan tinndakan dilaksanakan adalah penilaian kepada
keberkesanan pelan tindaka yang telah diambil. Jika keberkesanan pelan tindakah
adalah kurang memuaskan, maka guru perlu mengambil langkah mengubah semula
pelan tindakan yang telah dirangka. Guru harus bersifat fleksible dalam hal ini bagi
menentukan tindakan susulan yang sesuai untuk setiap pencapaian murid.















RAKAMAN
Penilaian melalui kaedah rakaman boleh digunakan dalam penilaian
prasekolah. Rakaman secara audio atau visual boleh dijadikan sebagai bahan bukti
yang kukuh. Malah, guru juga boleh berbincang dengan pihak ibu bapa tindakan
susulan yang boleh diambil setelah melihat rakaman yang diambil oleh guru. Bukti
rakaman tersebut dapat membantu ibu bapa merancang dalam mengawal tingkah
laku atau pencapaian anak-anak mereka.
Data-data yang diperolehi mudah untuk diintepretasikan dan mempunyai nilai
kesahihan yang tinggi. Data-data yang diperolehi oleh guru boleh juga dilihat
berulang-ulang kali. Malah, melalui data rakaman guru akan memperolehi masa,
tarikh, tempat yang lebih tepat kepada masalah yang timbul. Guru dapat terus
merancang untuk tindakan susulan. Guru juga dapat melihat perubahan-perubahan
yang berlaku kepada murid-murid prasekolah melalui bukti rakaman tersebut.
Sebarang perubahan yang berlaku sepangjang guru melaksanakan tindakan
susulan dapat dijadikan salah satu aspek untuk dinilai keberkesanan tindakan
susulan yang diambil oleh guru tersebut.
Namun terdapat juga beberapa kelemahan kepada penilaian melalui kaedah
rakaman ini. Antaranya ialah penilaian melalui rakaman memerlukan kemahiran
menyelenggara yang tinggi. Guru perlu mempunyai kemahiran mengendalikan
peralatan berteknologi canggih seperti kamera litar tertutup. Guru juga boleh
meminta pakar untuk menyelenggara rakaman guru namun memerlukan kos yang
agak tinggi. Malah, kamera perlu diletakan di tempat yang agak strategik bagi
mengelakkan murid-murid terganggu ketika mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.






PERKEMBANGAN
Penilaian pekembangan ialah perubahan secara kualitatif yang belaku ke atas
individu sejak dilahirkan lagi. Walaubagaimanapun perubahan yang berlaku adalah
tidak sama antara individu dan individu lain kerana perkembangan ini dipengaruhi
oleh baka dan persekitaran. Baka di sini membawa maksud menentukan potensi
seseorang dari segi mental, fizikal, sosial, emosi dan persekitaran pula membantu
seseorang itu mencapai tahap maksimumnya.
Menurut crow dan crow pula,perkembangan merupakan perubahan secara
kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral,
dan social. Contohnya semasa di tingkatan 4, ani tidak dapat menyelesaikan
masalah persamaan matematik.tetapi dia mula dapat menyelesaikannya setelah
berada di tingkatan 5. Dengan ini jelaslah ani telah mengalami perkembangan.
Menurut Karl E Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan
yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Secara
ringkasnya beliau berpendapat perkembangan ditakrifkan sebagai pengaliran yang
saling berkait di antara perubahan kualitatif dan kuantitatif yang menuju kearah
tertentu dan dijangkakan.
Menurut Rozumah Baharuddin (1984) Perkembangan ialah perubahan yang
yang berlaku yang berlaku dari segi kualiti, perubahan yang berlaku tidak boleh
diukur secara kuantiti tetapi boleh dilihat dengan membandingkan sifat yang
terdahulu dengan sifat yang sedang terbentuk. Proses ini adalah proses rumit yang
berlaku secara terus dari peringkat awal kanak-kanak hingga ke akhir hayat.

ASPEK PENILAIAN PERKEMBANGAN
Penilaian perkembangan kanak-kanak ini diukur dari 5 aspek iaitu penilaian
aspek motor, bahasa, mental, sosial dan pengurusan diri.Penilaian dari
aspek perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak ialah dari segi kebolehan
kanak-kanak bergerak. Perkembangan motor mula berlaku apabila pergerakan
tubuh dan kegiatan tubuh dapat dikawal oleh sistem saraf dan otot. Semasa di
peringkat janin perkembangan motor adalah sangat pesat. Motor terbahagi kepada
dua iaitu motor kasar dan motor halus. Selepas bayi dilahirkan bayi banyak
menggunakan motor halus kerana daya kawalan motor bayi yang sangat
lemah. Contohnya mengenggam,menyentuh dan sebagainya.Apabila berusia 5
tahun kanak-kanak mula mmenggunakan motor kasar untuk berjalan, berlari,
melompat dan sebagainya. Hal ini kerana otot motor kanak-kanak mula kuat.
Penilaian melalui aspek mental ialah proses bagaimana maklumat daripada
persekitaran diterima dan disimpan dalam ingatan dan bagaimana maklumat
tersebut diingat apabila diperlukan.

Menurut Jean Piaget (1896-1980). Pada tahap dunia motor iaitu dari (lahir
hingga 2 tahun) bayi menggunakan aspek perkembangan mental keranaa mula
berfikir kerana dipengaruhi oleh kebolehan deria menyentuh, mendengar dan
sebagainya. Manakala pada peringkat pra operasi (2 hingga 7 tahun). Kanak-kanak
mula berkomunikasi menggunakan perkataan bagi mewakili objek dan pengalaman
yang belaku di sekeliling mereka.

Penilaian dari aspek bahasa juga merupakan salah satu aspek
perkembangan. Bahasa merupakan satu media untuk
berkomunikasi. Melalui bahasa manusia dapat bertutur untuk melahirkan apa yang
dirasai. Bayi yang baru dilahirkan tidak dapat berhubung dengan orang lain untuk
menyatakan keperluan atau kehendaknya. Apabila umur mula meningkatdari 0-2
tahun bayi mula berinteraksi dengan kadar yang minimum dengan menggunakan
pancaindera yang lain. Apabila umur bayi 6 bulan bayi kurang berkukur tetapi mula
boleh menyebut perkataan. Contohnya ma.ma, baba.. Perkembangan bahasa
peringkat ini penting sebagai asas latihan bercakap untuk perkembangan
seterusnya.

Penilaian perkembangan juga dinilai melalui aspek sosial iaitu proses apabila
kanak-kanak mula berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima
masyarakat. Pada peringkat baru lahir hingga1 tahun. Perkembangan sosial awal
bayi ialah mula boleh tersenyum. Perkembangan sosialnya berlaku berdasarkan
pengalaman, pemerhatian dan sebagainya manakala apabila kanak-kanak
memasuki alam persekolahan, mereka akan mula bergaul dengan kawan-kawan.
Dengan ini perkembangan sosial akan mula berkembang.

Aspek penilaian pengurusan diri kanak-kanak bermula pada usia 3 hingga 4
tahun. Pengurusan diri ini merangkumi aspek menjaga dan memelihara diri sendiri
dari pelbagai bentuk. Contohnya dalam melakukan aktiviti harian, memakai baju ,
memberus gigi dan sebagainya. Ibu bapa perlu manjadi terbaik kepada anak-anak
dalam proses pengajaran pengurusan diri.

TUJUAN PENILAIAN PERKEMBANGAN

Tujuan utama penilaian perkembangan ialah menilai tahap perkembangan
murid dari aspek perkembangan. Murid yang mempunyai masalah dalam mencapai
tahap perkembangan atau tidak boleh berkembang seperti murid normal. Guru perlu
memainkan peranan dengan menjalankan proses intervensi awal untuk membantu
perkembangan murid selaras dengan tahap umur mereka.

Selain itu penilaian ini juga bertujuan mengesan kekurangan dan
kelebihan yang ada pada murid. Guru boleh melakukan perubahan dalam proses
pengajaran supaya dapat meningkatkan kreativiti murid. Guru juga harus mencungkil
bakat yang ada pada murid supaya kelebihan yang ada pada mereka dapat
ditonjolkan disamping mengurangkan kelemahan yang ada pada murid tersebut.

Penilaian ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap perkembangan
murid. Guru akan merangka tindakan bagi mengatasi masalah bagi meningkatkan
penguasaan murid terhadap pengajaran guru. Hal ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan perkembangan murid tersebut. Selain itu murid ini juga akan lebih
cenderung untuk menyerlahkan kemahiran mereka.

KEGUNAAN PENILAIAN PERKEMBANGAN

Penilaian perkembangan murid penting kerana melalui penilaian ini tahap
perkembangan murid dapat diketahui. Maklumat tentang perkembangan murid akan
digunakan untuk membuat pengesanan awal. Pengesanan awal ini adalah untuk
memastikan murid tidak mengalami masalah dalam perkembangan potensi mereka.
Selain itu, penilaian ini juga penting bagi melakukan intervensi awal. Murid
akan mengalami perkembangan bermula umur 6 tahun. Dalam tempoh ini murid
mula berkembang. Perkembangan yang terbantut biasanya disebabkan oleh adanya
ketidakupayaan. Ibu bapa, pengasuh perlu melakukan intervensi bagi
membantu murid. Program intervensi juga boleh dilakukan,melalui program ini
murid akan dilatih supaya dapat meningkatkan ketidakupayaan murid supaya
selaras dengan umur mereka.

Penilaian perkembangan juga penting bagi mengenalpasti masalah dan
perbezaan semasa perkembangan murid. Masalah ketidakupayaan murid yang tidak
sama antara satu sama lain memerlukan penilaian bagi mengkelaskan
ketidakupayaan murid mengikut tahap. Murid yang mempunyai ketidakupayaan
lebih mudah dikenalpasti dengan membandingkan mereka dengan murid normal
yang lain. Hal ini kerana tahap perkembangan murid yang berbeza antara satu
sama lain,ada antara mereka yang aktif dan ada juga yang pasif.



RUJUKAN
Haliza Hamzah & Samuel, J.N. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku .
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Kanoy, K. (2014). Parent's Guide to Emotional Intelligence in Children. Petaling
Jaya: Advance Quest Publication.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Pentaksiran an Penilaian Kemajuan
Kanak-kanak.
Mariani Md Noor. (2001). Pentaksirab Autentik : Keperluan Penilaian Di Peringkat
Pendidikan Prasekolah. Issue in Education .
Nurlyiana Rahmat. (2011, September 17). Penilaian Bahasa. Retrieved Mac 17,
2014, from Kaedah Penilaian Bahasa (Portfolio dan Pemerhatian):
http://cikgunano.blogspot.com/2011/09/kaedah-penilaian-bahasa-portfolio-
dan.html
Zanariah Mat Isa. (2012). Penilaian dan Rekod Perkembangan Murid. Retrieved Mac
17, 2014, from Nota Penilaian & Pentaksiran: http://zanariahisa.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai