Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI KENDIRI PERKHEMAHAN WAJIB UNIT UNIFORM (PENGAKAP,

BSMM DAN KRS) SABK AMBILAN 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
KOTA BHARU
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya
dapat saya menyertai Perkhemahan Wajib Unit Uniform (Pengakap, BSMM Dan
KRS) SABK Ambilan 2012 institut Pendidikan Guru kampus Kota Bharu ini yang
melibatkan guru pelatih seramai 62 orang dari kumpulan KDPM SABK Pendidikan
Islam (Rendah), Pendidikan Islam (Menegah), Bahasa Melayu (Rendah) dan Bahasa
Melayu (Menegah) telah dijalankan pada 12 hingga 14 Mac 2015 (Khamis-Sabtu)
bertempat di Kem Reakrasi Pantai Merang, Terengganu dengan jayanya namun
terdapat 2 orang guru pelatih tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah
kesihatan dan permasalahan yang tidak dapat dielakkan . Melalui program ini, unsurunsur hidup bermoral, beretika dan beragama dapat diterapkan dalam diri saya serta
rakan-rakan sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Ia juga
merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang
berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai semangat dan keperibadian
yang tinggi sepanjang menggalas amanah dalam profesion keguruan.
Terlebih dahulu Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kem
Komandan, penyelaras, jurulatih dan para pensyarah yang terlibat kerana sentiasa
berada bersama saya dan rakan-rakan sepanjang perkhemahan ini diadakan dan
memberikan kerjasama yang terbaik dalam memastikan semua peserta sentiasa
bersedia dalam melakukan apa sahaja aktiviti. Ribuan terima kasih juga diucapkan
kepada rakan-rakan kumpulan saya kerana telah memberikan kerjasama dan
menunjukkan sifat setia kawan yang begitu tinggi dan jitu sepanjang perkhemahan
ini dijalankan.
Program ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas berkenaan latar belakang
perkhemahan oleh Kem Komanden sebelum semua guru pelatih bertolak ke Kem
Reakrasi Pantai merang, Terengganu. Setibanya di tapak program semua guru
pelatih telah diberi taklimat ringkas berkenaan aspek keselamatan, tatacara
pembinaan khemah dan aktiviti penuh yang akan dijalankan sepanjang program.
Pelaksanaan Perkhemahan Wajib Unit Uniform ini amat menekankan kepada

ketepatan masa oleh para guru pelatih. Sepanjang 3 hari 2 malam perkhemahan ini
berjalan, para guru pelatih telah dihidangkan dengan aktiviti darat mencakupi aktiviti
kembara, kraf, pandu arah menggunakan kompas, ikhtiar hidup, bencana operasi
menyelamat (BOM) dan kerohanian. semua aktiviti ini begitu mencabar serta
menguju fizakal dan mental.
Sejajar

dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan,

saya

akan

menjadikan

Perkhemahan Wajib Unit Uniform ini sebagai satu platform untuk terus menjadikan
nilai-nilai guru sebagai jati diri agar saya akan menjadi seorang guru yang baik.
Segala nilai-nilai murni dan moral yang baik haruslah saya contohi agar semua nilainilai seorang guru dapat diterapkan dalam diri saya. Semasa aktiviti kembara, kraf,
pandu arah menggunakan kompas, ikhtiar hidup, bencana operasi menyelamat
(BOM), saya dapati aktiviti ini sangat baik kerana pada waktu ini kita dapat
mengenali siapa yang mudah bekerjasama dan siapa yang tidak bertanggungjawab
dengan tugas yang diamanahkan kepadanya serta dapat menambahkan ilmu dan
pengalaman dalam menghadapi sebarang musibah yang tidak disangka-sangka.
Oleh itu dapat saya katakan bahawa setiap orang tidak sempurna dan kita haruslah
memperbaiki diri kita supaya lebih baik daripada sebelumnya.
Perkhemahan Wajib Unit Uniform ini memberikan banyak faedah dan kebaikan
kepada saya. Kebanyakan program yang dijalankan memberi manfaat kepada saya
sebagai seorang guru. Faedah yang utama yang saya dapat ialah kepentingan
bekerjasama dan kesepaduan ketika berada dalam kumpulan. Hal ini demikian
kerana

kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah secara berkumpulan dan

mengikut unit uniform yang disertai. Tanpa kerjasama yang jitu, sesuatu kumpulan
tidak akan dapat melakukan tugasan secara optimum. Kerjasama sepasukan
amatlah penting. Tanpanya juga tiadanya persefahaman antara ahli kumpulan.
Sekiranya semua ahli tidak bekerjasama dengan baik, pasti kumpulan tersebut akan
gagal dalam aktiviti ini.
Selain itu, memandangkan kebanyakan aktiviti berdasarkan kumpulan, ia melatih
sikap kepimpinan dan setiakawan. Ketua memainkan peranan yang penting bagi
memastikan kumpulan berada dalam keadaan yang sejahtera di samping menjaga
kebajikan ahli kumpulannya. Selain itu, tanpa sikap kepimpinan seorang ketua yang

berkaliber kumpulan tersebut tidak akan dapat maju kehadapan. Di sini saya
menyedari sikap kepimpinan perlu wujud di dalam diri setiap insan khsusnya seorang
guru. Hal ini demikian kerana, sikap kepimpinan itu akan diaplikasikan ketika kita
mengarahkan atau memberi arahan kepada murid-murid yang bakal kita didik dan
asuh kelak.
Tambahan pula, manfaat lain yang dapat saya peroleh ketika perkhemahan ini ialah
sikap berdiri atas kaki sendiri atau dikenali sebagai berdikari. Sikap berdikari ini
muncul dan timbul dalam diri setiap peserta ketika para peserta mengikuti aktiviti
kembara, kraf, pandu arah menggunakan kompas, ikhtiar hidup, bencana operasi
menyelamat (BOM) dan sebagainya. Hal sedemikian akan menanamkan sikap
tanggungjawab individu kepada segala tugas atau amanah yang diberikan. Hal ini
dibuktikan apabila kami bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan
Manfaat yang seterusnya hasil daripada perkhemahan ini ialah mengajar seseorang
individu agar mempunyai stamina yang baik dan kuat. Hal ini demikian kerana,
semasa aktiviti kembara, para peserta terpaksa mendaki dan menuruni laluan yang
curam serta berjalan jauh. Bagi seorang guru, penting baginya mempunyai stamina
yang tinggi kerana tugas seorang guru bukan hanya mengajar di dalam kelas
sewaktu P&P. Seorang guru juga perlu bergiat aktif di dalam aktiviti luar bilik darjah
iaitu bidang korikulum di mana wujudnya persatuan dan kelab, unit beruniform serta
sukan dan permainan. Jika seorang guru yang lemah dari segi stamina,
kemungkinan besar sukar untuk guru tersebut melaksanakan setiap aktiviti luar
bersama dengan para pelajar kelak.
Tambahan pula, semasa perkhemahan juga, walaupun kami melakukan banyak
aktiviti fizikal dan pengurusan kendiri, kami juga telah disediakan dengan tazkirah
yang sangat berguna buat kami dimana tazkirah sentiasa menekankan kepada
ketepatan masa dan keperibadian. ini menyedarkan saya bahawa kejayaan guru
dalam mendidik pelajar bukan sahaja terletak pada akademik dan ko-akademik
namun juga perlu kepada kerohanian yang mantap dalam diri seorang guru.
Dengan adanya program perkhemahan ini dapat mengeratkan lagi hubungan atau
semangat kawan antara satu kumpulan. Jadi di sini Perkhemahan Wajib Unit Uniform

ini menjadi medan untuk saya mengenali kawan-kawan saya yang sebelum ini tidak
sempat bertegur sapa.
Akhir kata saya rasa beruntung kerana dalam Kursus Diploma Perguruan Malaysia
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (KDPM SABK) terdapat aktiviti seperti
Perkhemahan Wajib Unit Uniform. Hal ini kerana tanpa Perkhemahan Wajib Unit
Uniform kemungkinan besar kita tidak dapat belajar bagaimana untuk menjadi guru
yang baik. Secara tuntasnya, saya dapat katakan bahawa Perkhemahan Wajib Unit
Uniform ini telah mencapai hampir kesemua objektifnya dalam melahirkan guru-guru
yang cemerlang dan berkualiti mengikut piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saya mengharapkan Perkhemahan Wajib Unit Uniform pada masa akan datang lebih
menyeronokkan sekaligus lebih berkualiti dan bermafaat untuk para guru semua
seperti apa yang diperkatakan oleh Imam Ghazali :
Bersungguh sungguhlah Engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan
kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya
kesesatan.
Kesimpulannya, program Perkhemahan Wajib Unit Uniform ini telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya bagi melahirkan guru yang berakhlak mulia,
bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan rohani, mental dan fizikal
serta bermanfaat selaras dengan nilai- nilai keguruan. Saya berharap semoga segala
pengalaman yang saya kutip sepanjang program Perkhemahan Wajib Unit Uniform
ini dapat memberi manfaat kepada saya untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih
baik dalam usaha mendidik anak bangsa kelak.
MOHD RIDZUAN BIN HANAFIAH
860423-26-5669
IPGKB : D25A -1206 - 0510
KDPM (SABK) JUN 12 PENDIDIKAN ISLAM (RENDAH)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
KELANTAN

Anda mungkin juga menyukai