Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU KAWA

KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI)

LAPORAN AMALI 11

TAJUK :

LAKUAN MOTOR
(KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR)

NAMA PELAJAR : MOHAMMAD AIDIL AZHAR BIN


KHYLUDDIN ZAMBRIE

NO KAD PENGENALAN : 040201130933


ANGKA GILIRAN : SS1205/1060
GURU MATAPELAJARAN : ENCIK JONNA ANAK RANDOG
KERJA KURSUS SAINS SUKAN (LATIHAN AMALI)
AMALI 11
Tajuk : 9 Lakuan motor
Subtajuk : 9.5 Klasifikasi kemahiran motor

1.0 Pengenalan
Pelajar Tingkatan 6B3 telah menjalankan aktiviti amali bertajuk Lakuan motor iaitu Klasifikasi
kemahiran motor. Amali ini dijalankan pada 27 November 2023 di Gelanggang Bola
Keranjang, SMK Batu Kawa. Amali ini juga telah dilaksanakan pada jam 7.00 pagi sehingga
Jam 8.20 pagi. Amali ini dimulakan dengan menyepak bola 10 meter tanpa penjaga gol diikuti
10 meter ada penjaga gol diakhiri dengan 15 meter menggelecek bola ada penjaga gol. Tujuan
latihan amali ini diadakan untuk memenuhi sukatan mata pelajaran Sains Sukan, Amali Penggal
3.
2.0 Tujuan
Memerihalkan klasifikasi kemahiran motor.
3.0 Objektif
 Mengenalpasti kemahiran sukan berdasarkan klasifikasi kemahiran motor (tertutup/terbuka,
Kasar/halus, bersiri/berterus/diskret).
 Membandingkan antara kemahiran tertutup dengan kemahiran terbuka.
4.0 Peralatan
 Bola sepak
 Tiang gol / kon
 Pita ukur
5.0 Prosedur Latihan Amali
1. Pelajar diberikan tugasan amali untuk dilaksanakan
2. Pelajar melakukan tugasan amali secara berpasangan
6.0 Garis panduan Latihan amali :
1. Letakkan jenis kemahiran di bawah pada garisan kontinum :
a. i. servis tenis
ii. Lempar cakera
iii. Menghadang bola tampar

Kemahiran Kemahiran
tertutup terbuka
Lempar cakera Servis Tenis Menghadang
bola tampar
b. i. Joging
ii. Membaling dart
iii. Tekel dalam ragbi

Kemahiran Kemahiran
motor kasar motor halus

Tekel Joging Membaling dart


dalam ragbi
c. i. Berenang
ii. Lompat kijang
iii. Servis tenis

Kemahiran Kemahiran Kemahiran


berterusan bersiri diskrit

Berenang Lompat kijang Servis Tenis

2. Bersama dengan pasangan masing-masing, ambil sebiji bola sepak. Teruskan pemain
penyerang dan penjaga gol ( satu lawan satu ).

a) Pemain penyerang melakukan tendangan dari satu tempat sepakan penalti.


i. Adakah ini kemahiran terbuka atau tertutup?
 Kemahiran tertutup.
ii. Nyatakan persamaan kemahiran sepakan penalti ini dengan hayunan kayu golf?
 Kedua-dua kemahiran adalah kemahiran tertutup. Selain itu, kedua-dua
lakuan dan persekitaran boleh dikawal.
b) Pemain penyerang menggelecek bola daripada satu garisan sejauh 15 meter dari
luar kotak penalti. Penjaga gol perlu mengikuti undang-undang permainan bola sepak
sewaktu menjaga gol. Pemain penyerang hanya dibenarkan membuat sepakan ke arah
gol sewaktu berada dalam kotak penalti. Adakah kemahiran ini lebih kepada kemahiran
terbuka atau tertutup berbanding dengan kemahiran di a. ?
 Kemahiran tersebut lebih kepada kemahiran terbuka.
c) Letakkan ketiga-tiga kemahiran pada garisan kontinum di bawah berdasarkan
kepada soalan 2 (a).

Kemahiran Kemahiran
tertutup terbuka
Hayunan golf Sepakan penalti Menggelecek
dan menyepak bola

d) Jelaskan bagaimana anda boleh menjadikan kemahiran menendang bola lebih


terbuka.
 Letakkan beberapa orang pemain pertahanan. Selain itu, ubah persekitaran
permainan dan akhir sekali mempelbagaikan kemahiran.
e) Perihalkan bagaimana anda boleh menggunakan pengetahuan ini untuk mengajar
kemahiran menendang bola.
 Lakuan menendang bola daripada kemahiran tertutup kepada kemahiran terbuka.
Latihan juga boleh dimulakan daripada mudah kepada sukar. Seterusnya,
menggunakan pelbagai kemahiran dalam bola sepak.
7.0 Kronologi Amali
1. Wayne Wellesley, Gary Wellington, Muhammad bin Abdullah dan Lai Jun Jie
menguruskan persiapan tempat bagi melakukan amali 11 selaku ajk yang
bertanggungjawab
2. Antara tugas Ajk bertanggungjawab adalah mengangkut tiang gol bersaiz kecil untuk
menjaringkan gol. Menyukat jarak antara tiang gol dengan tempat bola disepak dengan
jarak 15m. Kon sebagai penanda permulaan sepakan dibuat.
3. Pada pukul 7.00 pagi, Pelajar kelas 6B3 bergerak dan berkumpul di Gelanggang Bola
Keranjang.
4. Pelajar melakukan aktiviti memanaskan badan ( warming up ) bagi mengurangkan risiko
kecederaan
5. Kemudian, pelajar diagihkan secara berpasangan bagi memenuhi ketetapan prosedur.
Pelajar A selaku penyerang manakala pelajar B selaku penjaga gawang gol.
6. Tatacara tendangan awal, ditunjukkan oleh ajk yang bertanggungjawab agar pelajar
memperoleh “in-put” tendangan dilakukan.
7. Semua pelajar diminta untuk membuat tendangan percubaan bersama pasangan masing-
masing bagi memastikan kelancaran amali sebenar dibuat.
8. Setelah semua pasangan pelajar membuat percubaan, setiap pasangan akan melakukan
amali secara bergiliran dimana pelajar A akan membuat tendangan dan mengelecek bola
sementara pelajar B berperanan sebagai penjaga gol.
9. Setelah semua pelajar A selesai membuat tendangan, pelajar dikehendaki bertukar peranan
di mana Pelajar B selaku penyerang dan pelajar A selaku penjaga gawang gol.
10. Pelajar melakukan aktiviti gerak kendur (cooling down) selepas menjalani latihan amali

8.0 Rumusan
Pada pendapat saya, latihan amali lakuan motor sukan ini amat penting untuk para pelajar agar
dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai jenis kemahiran lakuan motor dan dapat
membandingkannya. Dengan adanya aktiviti amali ini juga pelajar dapat mengenal pasti jenis
kemahiran yang manakah tertutup/terbuka, kasar/halus dan membezakan kemahiran berterusan,
bersiri dan diskrit.

Semasa melakukan amali ini, saya mendapati bahawa tendangan penalti adalah lebih mudah
kerana saya berjaya untuk menjaringkan bola. Hal ini dikatakan demikian kerana semasa
melakukan tendangan, pergerakan bola berada di dalam landasan yang betul dan tendangan
adalah dalam garisan selari. Walau bagaimanapun, saya dapati mengelecek bola lebih sukar
saya telah gagal mengawal arah bola sehingga tendangan saya melencong.

Meskipun begitu, penambahbaikan yang boleh dibuat adalah menggunakan tiang gol bersaiz
besar agar tendangan tinggi boleh dibuat agar akurasi bola masuk ke dalam gawang gol adalah
lebih tinggi.
Disediakan oleh,

(MOHAMMAD AIDIL AZHAR BIN KHYLUDDIN ZAMBRIE)


Pelajar Sains Sukan,
Tingkatan 6B3 Kohort 2023
SMK Batu Kawa.

Disemak oleh,

(ENCIK JONNA ANAK RANDOG)


Guru Sains Sukan,
Tingkatan 6B3 Kohort 2023
SMK Batu Kawa.
LAMPIRAN

Sesi pemanasan badan (warming up)

(a) Tendangan penalti

(b) Mengelecek bola

Anda mungkin juga menyukai