Anda di halaman 1dari 11

ALIH BENTUK KOMUNIKASI DARI BUKAN LINEAR KEPADA LINEAR

Pembahagian Soalan Jadual atau Carta Pai atau Graf


(Mentafsir atau menganalisis data)

Carta Alir atau Gambar Rajah


(Menghurai proses atau faktor)

2. Kemahiran asas perlu dikuasai:

Kebiasaan terdapat 2 kehendak soalan iaitu:


Memahami Menganalisis data (mentafsir data) - AD
Kehendak Menganalisis pengetahuan - AP
Soalan

Format Bergabung - analisis data + analisis pengetahuan


Memahami
ditulis dalam satu perenggan
format Format berasingan -analisis data + analisis pengetahuan
penulisan ditulis dalam perenggan yang berasingan
jawapan

Menyatakan bentuk analisis data


Bukti /data
Cara menulis
analisis pentahuan (jika diminta)
jawapan

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 1


3. Pendekatan Menganalisis data (AD)

1. Pendekatan Analisis Perubahan


a. Meningkat berterusan
b. Menurun berterusan
c. Turun naik/ tidak konsisten/tidak stabil
d. Konsisten/stabil

2. Pendekatan Analisis Bandingan


a. Paling Tinggi/tertinggi
b. Paling Rendah/terendah
c. Lebih banyak/paling banyak
d. Lebih besar/paling besar

3. Pendekatan Analisis Perubahan Bandingan


4. Pola Umum

5. Cara menjawab

5.1 Menganalisis Kehendak Soalan (KS)


Terdapat 2 kehendak soalan :
o Analisis data (AD):
Menganalisis pola-pola utama iaitu:
Pola Perubahan
Pola Bandingan
Pola umum
o Analisis Pengetahuan (AP):
Berikan Sebab/Faktor/Kesan/Langkah

5.2 Memilih Format Jawapan


Format Bergabung:
o Idea : Jenis Pola + contoh DalSatu perenggan
o Huraian : Data sebagai bukti + Sebab Satu perenggan
Format Berasingan:
am perenggan sama
o Analisis Data:
Idea : Jenis Pola + contoh Satu perenggan
Huraian : Data sebagai bukti
o Analisis Pengetahuan:
Idea : Sebab/Faktor/Kesan/Langkah Satu perenggan
Satu perenggan
Huraian : Huraian idea

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 2


1. ANALISIS PERUBAHAN/ POLA PERUBAHAN
(JADUAL)

Menganalisis data (AD) dengan merujuk kepada perubahan data:


Meningkat berterusan
Menurun berterusan
Tiada perubahan/ stabil/ konsisten
Tidak konsistan menurun,menaik, menurun dan menaik, menaik dan menurun

Ciri-Ciri Soalan

i. Menggunakan perkataan Perubahan dalam soalan


ii. Menggunakan perkataan Perkembangan dalam soalan
iii. Menggunakan perkataan Pergerakan dalam soalan
iv. Menggunakan perkataan Kadar dalam soalan
v. Menggunakan perkataan Aliran dalam soalan
vi. Menggunakan perkataan Trend dalam soalan

Contoh Soalan Analisis Jadual- Soalan 1:

Berdasarkan jadual dibawah, huraikan perubahan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih
dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006 dan mengapakah berlakunya perubahan sedemikian.

EKSPORT MALAYSIA KE NEGARA ASEAN TERPILIH DARI


TAHUN 2004 HINGGA TAHUN 2006
Sudut
pandangan

Negara 2004 (RM Juta) 2005 (RM Juta) 2006 * (RM Juta)
Nilai % Nilai % Nilai %
Brunei 1141 1.18 1205 1.25 1206 1.02
Filipina 5162 5.36 5469 5.69 7362 6.22
Indonesia 6804 7.06 8086 8.42 11677 9.86
Myanmar 909 0.94 568 0.59 533 0.45
Singapura 60534 62.80 62488 65.06 72176 60.94
Thailand 17505 18.16 15092 15.71 22954 19.38
Vietnam 4334 4.50 3138 3.27 2526 2.13
Jumlah 96389 100 96046 100 118431 100
* Anggaran
Nilai Nilai
Mutlak Peratusan

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 3


Analisis Kandungan Soalan :

Ciri-Ciri Soalan

Menggunakan perkataan Perubahan dalam soalan.


Menerangkan mengikut negara ke satu negara
Data peratusan yang ditunjukkan dalam jadual asal tidak boleh diambil untuk
mencari perbezaan peratusan

Jadi, pola yang terlibat adalah Pola Perubahan sahaja

1. Kehendak Soalan
o Analisis data (AD) : 1) Perubahan eksport Malaysia
o Analisis Pengetahuan (AP) 2) Sebab berlaku perubahan
sedemikian

o Format Penulisan Jawapan : Bergabung (dalam satu perenggan)

Skema Jawapan (4 + 0) = 4 isi pola perubahan

STEP 1: ANALISIS DATA (AD) POLA PERUBAHAN

Sila lihat hanya pada data mutlak bukan data peratusan

1. Jumlah Keseluruhan tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola tidak konsisten menurun dan
meningkat semula)
2. Brunei tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola meningkat berterusan)
3. Filipina tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola meningkat berterusan)
4. Indonesia tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola meningkat berterusan)
5. Myanmar tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola menurun berterusan)
6. Singapura tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola Meningkat berterusan)
7. Thailand tahun 2004 hingga tahun 2006 ( Pola tidak konsisten menurun dan meningkat)
8. Vietnam tahun 2004 hingga tahun 2006 (Pola menurun berterusan)

Rumusan : terdapat 3 jenis pola perubahan dari jadual diatas:

1. Meningkat berterusan
a. Brunei
b. Filipina
c. Indonesia
d. Singapura

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 4


2. Tidak konsisten menurun dan meningkat semula
a. Jumlah Keseluruhan
b. Thailand

3. Menurun berterusan
a. Myanmar
b. Vietnam

CARA MEMBINA IDEA/ ISI:

Idea hendaklah di tulis dalam satu ayat sahaja.


Idea perlu ada 3 elemen seperti:
i) Negara/ sektor (dalam idea perlu menyatakan semua negara/sektor yang terlibat)
ii) Tahun/tempoh (dari tahun mana ke tahun mana)
iii) Jenis pola

Contoh Idea:

Eksport Malaysia ke negara Brunei, Filipina, Singapura dan Indonesia dari tahun 2004 hingga 2006
(anggaran) adalah meningkat berterusan

BUKTI DATA:

Nota: Bukti data perlu ada 4 elemen iaitu:


i) Tahun
ii) Negara/ sektor
iii) Nilai sebenar tahun yang disebut.
iv) Perbezaan jumlah dalam nilai mutlak dan peratusan

Contoh : Meningkat Berterusan : Negara Brunei


Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke negara Brunei sebanyak RM1 141 juta meningkat
kepada RM1206 juta pada tahun 2006 (anggaran). Peningkatan ini adalah sebanyak RM65 juta
bersamaan 5.69%.

Nota: Untuk Pola Perubahan yang meningkat berterusan atau menurun


berterusan, memandai hanya sebut tahun awal dan tahun akhir sahaja.
Tahun diantaranya tidak perlu di sebut atau ditulis.

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 5


Perbezaan antara tahun awal dan tahun akhir ini perlu ditulis dalam bentuk nilai mutlak dan nilai
peratusan. Contoh Pengiraan seperti berikut:

Negara Brunei

Tahun awal tolak tahun akhir (Tahun 2004 Tahun 2006)

Tahun 2004 RM1 141 juta - Tahun 2006 RM1206 juta = Meningkat sebanyak RM65 juta

Peratusan = Perbezaan jumlah bahagi Jumlah tahun awal X 100

65 / 1141 X 100 = meningkat 5.69% (dua titik perpuluhan)

Ingat:
Data peratusan yang ditunjukkan dalam jadual asal tidak boleh
diambil untuk mencari perbezaan peratusan. Hal Ini merupakan satu
kesalahan yang besar.

Contoh : Tidak Konsisten menurun dan meningkat semula : Negara Thailand

Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke Thailand adalah sebanyak RM 17 505 juta menurun
kepada RM15 092 juta pada tahun 2005 dengan penurunan sebanyak RM 2413 juta atau 13.78%
kemudian meningkat semula pada tahun 2006 (anggaran) kepada RM22 954 juta. Peningkatan ini
sebanyak RM7502 juta atau 49.70%.

Nota: Untuk pola perubahan yang tidak konsisten, data perlu di tulis dari
tahun ke tahun mengikut turun naik data tersebut.

Perbezaan antara tahun ini perlu ditulis dalam bentuk nilai mutlak dan nilai peratusan. Contoh
Pengiraan seperti berikut:

Negara Thailand:

i. Tahun 2004, RM17 505 juta Tahun 2005, RM15 092 juta = Menurun sebanyak RM2413
juta

Peratusan= Perbezaan jumlah bahagi tahun awal (Tahun 2004) X 100

2413 / 17 505 X 100 = menurun 13.78%

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 6


Tahun 2005, RM15 092 juta Tahun 2006, RM22 954 juta = Meningkat sebanyak RM7502
juta

Peratusan = Perbezaaan jumlah bahagi tahun awal (Tahun 2005) X 100

7502 / 15 092 X 100 = meningkat 49.70%

STEP 2 ANALISIS PENGETAHUAN (AP) :

Berikan alasan sebab/ kenapa berlaku perubahan dari tahun 2004 hingga tahun 2006 untuk negara-
negara tersebut.

Sila pilih contoh satu negara sahaja bagi setiap 3 pola di atas:

Contoh: untuk Meningkat berterusan: Negara Brunei

Soalan : Kenapa eksport Malaysia ke negara Brunei meningkat berterusan?

Jawapan: Berlakunya peningkatan ini adalah disebabkan oleh negara Brunei yang kecil dan tidak
mempunyai sumber yang cukup untuk kegunaan rakyatnya. Bagi menampung keperluan ini, maka
pembelian barangan dari luar negara seperti Malaysia perlu dilakukan. (Isi + Huraian)

Contoh : Untuk Tidak Konsisten menurun dan meningkat semula: Negara Thailand.

Soalan : Kenapa eksport Malaysia ke negara Thailand tidak konsisten iaitu menurun dan meningkat
semula?

Jawapan: Keadaan ini disebabkan oleh berlakunya ketidakstabilan politik dalam negara Thailand
sehingga menjejaskan perdagangan antarabangsa antara negara Malaysia. Rampasan kuasa
pemerintahan yang berlaku pada tahun 2005 menyebabkan pedagang Malaysia membekukan
perdagangan mereka buat sementara waktu tetapi meningkat sedikit pada tahun berikutnya. (Isi +
Huraian)

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 7


STEP 3 Format penulisan Jawapan:

Format Format
Bergabung ATAU Berasingan

??
Untuk kedua-dua soalan dibawah, formatnya adalah Format Bergabung.

Contoh Soalan 1:

Berdasarkan jadual dibawah, huraikan perubahan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih
dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006 dan mengapakah berlakunya perubahan sedemikian.

Contoh Soalan 2:
Berdasarkan jadual dibawah, huraikan perkembangan eksport Malaysia ke negara-negara Asean
terpilih dari tahun 2002 hingga anggaran tahun 2006.

Kata kunci Format bergabung:

Ada ayat seperti mengapakah berlakunya perubahan sedemikian dalam soalan.


Tiada lagi ayat selepas tahun.

# Oleh kerana format penulisan jawapan jenis bergabung. Bermakna Analisis Data + Bukti + Alasan
sebab perlu di tulis dalam satu perenggan yang sama.

SKEMA 4 + 0 Format bergabung

1. Perenggan 1 Pendahuluan (ambil sebahagian ayat daripada soalan)


2. Peranggan 2 Jumlah Keseluruhan untuk pola perubahan, jumlah keseluruhan selalunya
akan menjadi isi yang pertama (Isi 1)
3. Perenggan 3 Meningkat berterusan (Isi 2)
4. Perenggan 4 Menurun berterusan (Isi 3)
5. Perenggan 5 Tidak konsisten (Isi 4)
6. Perenggan 6 - Kesimpulan

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 8


Contoh Penulisan Jawapan lengkap:

Jadual menunjukkan eksport Malaysia ke negara-negara Asean terpilih dari tahun 2002 hingga
anggaran tahun 2006. Bukti data dari jadual

Jumlah keseluruhan eksport Malaysia ke negara Asean terpilih dari tahun 2004 hingga tahun
IDEA
2006 (anggaran) adalah meningkat berterusan. Buktinya, pada tahun 2004, jumlah eksport sebanyak
Sebab
RM96 389 juta meningkat kepada RM118 431 juta pada tahun 2006 (anggaran). Peningkatan ini adalah berlaku
Perbezaan prubahan
sebanyak RM22 042 juta atau 22.86%. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh berlakunya sedemikian
perkembangan perdagangan antarabangsaa antara negara Asean. Kerjasama yang wujud ini (I + H)
menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang.
Perlu tulis
SEMUA
Eksport Malaysia ke negara Brunei, Filipina, Singapura dan Indonesia dari tahun 2004 hingga
Negara yg 2006 (anggaran) adalah meningkat berterusan. Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke
mengalami
peningkatan negara Brunei sebanyak RM1 141 juta meningkat kepada RM1206 juta pada tahun 2006 (anggaran).
Peningkatan ini adalah sebanyak RM65 juta atau 5.69%. Berlaku peningkatan ini adalah disebabkan
negara Brunei yang kecil dan tidak mempunyai sumber yang cukup untuk kegunaan rakyatnya. Bagi
menampung keperluan ini, maka pembelian barangan dari luar negara seperti Malaysia perlu
dilakukan.

1
Eksport Malaysia ke Myanmar dan Vietnam dari tahun 2004 hingga tahun 2006 (anggaran)
Markah adalah semakin menurun berterusan. Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke negara Vietnam
sebanyak RM4 334 juta menurun kepada RM2 526 juta pada tahun 2006 (anggaran). Penurunan ini 1 Markah
adalah sebanyak RM 1 808 juta atau 41.71%. Berlakunya penurunan ini adalah disebabkan negara
1 Vietnam masih lagi menghadapi masalah keamanan dalam negara. Peniaga dari Malaysia masih belum
Markah yakin dengan sambutan peniaga di negara berkenaan. Keadaan ini menyebabkan nilai eksport semakin
berkurangan tahun demi tahun.

Eksport Malaysia ke Thailand dari tahun 2004 hingga 2006 (anggaran) adalah tidak konsisten
iaitu menurun dan meningkat semula. Buktinya, pada tahun 2004, eksport Malaysia ke Thailand
adalah sebanyak RM 17 505 juta menurun kepada RM15 092 juta pada tahun 2005 dengan penurunan
sebanyak RM 2413 juta atau 13.78% kemudian meningkat semula pada tahun 2006 (anggaran) kepada
RM22 954 juta. Peningkatan ini sebanyak RM7502 juta atau 49.70%. Keadaan ini disebabkan oleh
berlakunya ketidaksatabilan politik dalam negara Thailand sehingga menjejaskan perdagangan
antarabangsa antara negara Malaysia. Rampasan kuasa pemerintahan yang berlaku pada tahun 2005
menyebabkan pedagang Malaysia membekukan perdagangan mereka buat sementara waktu.

Peningkatan secara keseluruhan nilai eksport Malaysia memberi lebih perkembangan ekonomi
dan seterusnya kesejahteraan rakyatnya.

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 9


Nota:
Data peratus dalam jadual boleh diabaikan (untuk pola perubahan je)
Pastikan anggaran ditulis bagi data 2006. Kecuaian akan
menyebabkan idea tidak diterima.
Idea 2,3 perlu menyatakan SEMUA sektor terlibat dan memandai
hanya mengambil SATU sektor sebagai bukti

Pemarkahan:

Idea = 4 idea = 4 markah


Huraian idea = 4 idea X 2 huraian = 8 markah
Bahasa = 2 markah
Impak = 1 markah
Jumlah = 15 markah

Terdapat banyak lagi contoh-contoh yang perlu di ketahui.


Contoh di atas adalah yang paling basic.

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 10


Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 11

Anda mungkin juga menyukai