Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN,

TAMBUNAN, SABAH

KERTAS KERJA
PEMBUDAYAAN ELEMEN 4C DALAM PDPC SAINS MELALUI TAJUK
KEELEKTRIKAN DAN KEMAGNETAN

PROGRAM TRANSFORMASI SMK TAMBUNAN


TAHUN 2017

BERTEMPAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN, TAMBUNAN, SABAH


KERTAS KERJA
PROGRAM TRANSFORMASI SMK TAMBUNAN

1. NAMA PROGRAM
Problem Based Learning Sains dalam Kehidupan Kita

2. LATAR BELAKANG
STEM merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap bidang Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Melalui aktiviti ini, murid akan didedahkan kepada beberapa prinsip
sains seperti prinsip Bernouli dan prinsip Archimedes. Selain daripada itu, aktiviti ini secara tidak langsung
akan membantu murid dalam mengukuhkan kemahiran mereka dalam pengucapan awam. Aktiviti kaedah
pembelajaran berasaskan permasalahan merupakan suatu kaedah yang dapat membantu murid menguasai
isi pelajaran dengan lebih mudah. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang menyokong semua kemahiran
dalam komponen 4C (communication, collaboration, critical thinking, creativity). Ia berpusatkan sepenuhnya
kepada murid dimana aktiviti ini dapat menggalakan mereka untuk menggunakan peruntukan masa dengan
bijak, mempunyai elemen merentasi kurikulum dan melibatkan pelbagai kecerdasan. Dengan itu, murid
secara tidak langsung dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran tersebut dalam bidang kerjaya yang
mereka ceburi kelak dan diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam
kehidupan sebenar.

3. JUSTIFIKASI
Bagi menyediakan peluang kepada murid untuk belajar dengan lebih mendalam tentang kandungan
pengetahuan dan kemahiran abad ke-21, maka projek ini perlu dirancang, diurus dan dinilai dengan rapi.
Dengan adanya kelengkapan bahan yang diperlukan, maka murid dapat menghasilkan produk dan membuat
pembentangan yang mempunyai kualiti lebih baik.

4. OBJEKTIF
4.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk fokus terhadap elemen kemahiran berfikir aras tinggi selain
fokus kepada kemahiran teknikal semata-mata.
4.2 Menggalakkan pembelajaran aktif dikalangan pelajar dengan memantapkan elemen 4C.
4.3 Menggalakkan pelajar mendapatkan jawapan bukan bergantung kepada sumber maklumat daripada
guru semata-mata.
4.4 Meningkatkan pengetahuan dengan mengaplikasikan kemahiran pembelajaran seperti kemahiran
saintifik dan kemahiran mencari maklumat secara optimum.
4.5 Murid-murid akan memupuk minat terhadap ilmu bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

5. TARIKH, MASA, TEMPAT


Januari Februari 2018

6. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Ting Sien Kuan


Timb. Pengerusi : En. Sofrie Anuar
Naib Pengerusi : Pn. Helen Gurini (Ketua Bidang MATSA)
Penyelaras : Pn. Frenysia Frencis
Pen. Penyelaras : Adik Elvin Clint Yandong
AJK :
i. Adik Rendy De Fernando
ii. Adik Vera Matius
iii. Adik Vanessa Sillis
iv. Adik Aliceson Masah
v. Adik Vanessa Sumaidi

7. PESERTA (KUMPULAN SASARAN)

Semua Pelajar Tingkatan 4 SMK Tambunan.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN PERALATAN :

KOS (PER
BIL NAMA BAHAN UNIT JUMLAH
UNIT)
1 POSTER COLOR 15cc 12 color- BUNCHO RM30.00 60 RM1,800
2 GUNTING RM3.00 60 RM18.00
3 ARTLINE 70 PERMANENT MARKER RM45.00 60 RM2,700
4 KERTAS A4 (BERWARNA) RM20.00 10 RM200
5 GAM AIR UHU HAPPY GLU 50ml RM12.00 60 RM720.00
PLASTISIN BERWARNA-WARNI (MERAH,
6 RM1.50 240 RM360.00
HIJAU, BIRU, KUNING)
7 STORAGE BOX 66L LARGE OXFORD CLOTH RM20.00 10 RM200.00
8 POLISTERIN RM5.00 50 RM250.00
JUMLAH RM6,248.00

9. PELAN OPERASI (JADUAL KERJA)

BIL PERKARA LOKASI JANGKAMASA TINDAKAN


1 Taklimat guru matapelajaran Ruang PLC Minggu ke-2 Januari Puan Frenysia
Kelas masing-
2 Taklimat kepada pelajar Minggu ke-3 Januari Elvin Clint
masing
Penghasilan bahan pameran Minggu ke-4 Januari dan
3 Dalam waktu PdP Murid Sasaran
/ model Minggu Pertama Februari
4 Pembentangan Waktu PdP Minggu ke-2 Februari Murid Sasaran
5 Gallery Walk Foyer Rehat Murid - Sasaran

10. PELAN KONTIGENSI


Aktiviti ini akan dijalankan pada bulan Februari - Mac sekiranya bahan-bahan yang diperlukan belum
diperolehi.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

________________ ________________
(FRENYSIA FRENCIS) (En. Ting Sien Kuan)
Penyelaras Aktiviti, Pengetua,
SMK Tambunan. SMK Tambunan.
Tarikh: Tarikh:
LAMPIRAN
A) Menghasilkan Hampagas menggunakan Botol Mineral prinsip Bernouli
Rujukan : https://www.youtube.com/watch?v=jkQsBD5WtDo

B)

Anda mungkin juga menyukai