Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

PROGRAM PAMERAN INOVASI

PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA

TEMBELING, JERANTUT, PAHANG

Anjuran :

Pendidikan Pemulian Khas

Sekolah Kebangsaan Kuala

Tembeling
1. Pendahuluan

Program Pameran Inovasi Pendidikan Pemulihan dan aktiviti pameran ini secara
amnya bertujuan untuk mendedahkan tentang hasil kerja murid, bahan bantu mengajar
guru-guru dan juga warga sekolah. Program Pameran Inovasi Pendidikan Pemulihan
mungkin seringkali dipandang sepi terutamanya di sekolah rendah. Hal ini mungkin
berlaku disebabkan kurangnya pendedahan tentangnya. Dengan adanya pameran
inovasi sebegini ia menjadi satu platform bagi menaikkan lagi martabat kelas
Pendidikan Pemulihan Khas di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk minat
murid-murid pendidikan pemulihan untuk berlajar dan selalu hadir kesekolah.
Melalui projek pameran ini juga kreativiti murid – murid dapat ditingkatkan melalui
pelbagai garapan idea penghasilan seni daripada karya yang dipamerkan. Ia secara
langsung akan mendorong minat murid untuk menghasilkan inovasi dengan lebih baik
pada masa akan datang seterusnya dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam
kalangan murid – murid.

2. Rasional

Penganjuran program pameran inovasi pendidikan merupakan satu wadah bagi semua
warga Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling khasnya murid-murid pemulihan khas
dalam meningkatkan kreativiti dan juga minat terhadap Pendidikan inovasi pendidikan
pemulihan. Inovasi yang dipamerkan adalah dari pelbagai sumber termasuklah hasil
karya murid, guru dan juga inovasi individu tertentu. Oleh itu, dengan melihat pameran
ini, minat murid pemulihan terhadap Pendidikan pemulihan khas dapat ditingkatkan.
Murid-murid juga akan memperoleh idea baru dalam penghasilan inovasi dan
mempelajari sesuatu yang baru melalui inovasi yang dipamerkan. Oleh itu, ia secara
langsung akan dapat meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan murid dan juga
warga SKKT serta dapat menjadi satu lonjakan bagi mencungkil bakat seni yang
terpendam dalam kalangan murid.
3. Matlamat
3.1. Menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek
Pendidikan pemulihan khas bagi murid pemulihan.
3.2. Melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam
menghasilkan inovasi.
3.3. Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan guru dan murid di
samping menambah pengetahuan tentang inovasi.

4. Objektif
4.1. Meningkatkan minat murid pemulihan untuk hadir kesekolah.
4.2. Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis
inovasi dalam Pendidikan Pemulihan Khas.
4.3. Meningkatkan daya kreativiti melalui idea-idea yang diperoleh daripada
inovasi yang dipamerkan.
4.4. Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang
terpendam melalui pameran dan aktiviti pertandingan yang dijalankan.
4.5. Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti
pameran yang dilaksanakan.
4.6. Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
5. Pelaksanaan Projek
Tarikh : 6 Mac 2019
Masa : 9:00 a.m – 10:00 a.m
Jadual Pelaksanaan Program
Aktiviti Masa Catatan
1. - Perasmian guru besar 7:30 a.m – - Encik Mohd Azmi
Sekolah Kebangsaan 7:45 a.m - Semua warga sekolah
Kuala Tembeling
- senamrobik
2. - Taklimat peraturan dan 9:00 a.m – - Encik Tuahshahbidin
prosedur perjalanan 9:15 a.m - Murid Pemulihan
pameran inovasi
pendidikan pemulihan
3. Aktiviti Kolaj Semuala jadi 9:15 a.m – - Encik Tuahshahbidin
9: 30 a.m - Encik Mariska
- Murid pemulihan
4. Aktiviti kuiz online 9:30 a.m – 9:45 - Encik Mariska
matematik a.m - Encik Tuahshahbidin
- Murid pemulihan
5. Melawat Pameran Inovasi 9:45 a.m – - Semua murid
10:00 a.m pemulihan
- Bergerak dalam
kumpulan
6. Tempat
Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang.
7. Anjuran
Guru Pendidikan Pemulihan Khas SK Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang

8. Tema
‘ INSPIRASI INOVASI PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS ‘
Tema ini dipilih bertepatan dengan objektif pameran ini iaitu untuk meningkatkan
minat dan juga kreativiti murid pemulihan dalam pendidikan pemulihan khas.
Inspirasi secara amnya bermaksud contoh, idola, ikutan dan sebagainya. Oleh
itu, tema ini dipilih bertepatan dengan tujuan pameran ini dilaksanakan iaitu
bertujuan untuk memupuk minat, meningkatkan kreativiti melalui idea daripada
karya-karya inovasi yang dipamerkan serta mencungkil bakat yang terpendam
dalam kalangan murid.

9. Kumpulan Sasaran
Murid Pendidikan Pemulihan Khas
10. Ahli Jawatankuasa Pelaksana pameran Inspirasi Inovasi Pendidikan
Pemulihan.

PENGERUSI
Encik Mohd Azmi Bin Abd Khalid

NAIB PEGERUSI
Encik Kamaruddin Bin Abu Bakar
Encik Muhammad Shukri Bin Ismail

PENASIHAT 1
Encik Ishak Bin Idris

PENYELARAS
Encik Tuahshahbidin A/K Runi
SETIAUSAHA
Encik Tuahshahbidin A/K Runi

AJK PELAKSANA
Encik Tuahshahbidin A/K Runi
Encik Mariska A/L Bah Ngah
Encik Ishak Bin Idris
11. Belanjawan
Rujuk lampiran 1

Sumber Kewangan
a. Yuran Khas Sekolah ( YKS )

12. Aktiviti Dirancang


A. Perasmian Pameran Inovasi Pendidikan Pemilhan
B. Pertandingan :
- Aktiviti Kolaj bahan semula jadi
- Menjawab kuiz online

C. Pameran Inovasi Pendidikan Pemulihan


- Bahan online
- Bahan maujud
- Bahan bantu mengajar

*pertandingan dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut


kesesuaian masa guru – guru.
13. Penutup

Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir Sekolah


Kebangsaan Kuala Tembeling menyokong penuh pelaksanaan pameran ini. Hal
ini penting bagi memberi peluang kepada warga SKKT terutamanya murid-murid
dalam meneroka pengalaman baru melalui pameran ini. Semoga dengan
penganjuran pameran ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada
warga SKKT dan juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti dalam kalangan
murid seterusnya dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam
kalangan murid dan warga SKKT.
Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat
diperlukan bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Atas
kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………… …………………………
(Tuahshahbidin A/K Runi ) (Encik Ishak Bin Idris )
Guru Pendidikan Pemulihan Khas
Setiausaha,
SK Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang
Program

Disahkan oleh,

………………………….
(Encik Mohd Azmi Bin Abd Khalid)
Guru Besar
SK Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang
Lampiran 1
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM PAMERAN INOVASI PENDIDKAN
PEMULIHAN

HARGA HARGA
BIL PERKARA KUANTITI SEUNIT ( RM X UNIT ) JUMLAH
( RM ) ( RM )
1. Hadiah Pertandingan (
pelajar )
 Tempat pertama 1 6.00 6.00 x 1 RM 6.00
 Tempat kedua 1 5.00 5.00 x 1 RM 5.00
 Tempat ketiga 1 4.00 4.00 x 1 RM 4.00

 Saguhati 11 3.50 3.50 x 11 RM 38.50

* hadiah terdiri daripada


alat-alat tulis dan hadiah-
hadiah yang bersesuaian
6. Bahan pertandingan
 Kertas warna A3 20 keping 0.50 0.50 x 20 RM 10.00
 Kacang Hijau 1 kg 5.00 5.00 x 1 RM 5.00
 Sagu 1 kg 3.00 3.00 x 1 RM 3.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 71.50


Gambar Rajah 1 : Permaianan Kuiz Pendaraban Matematik online.

Link : https://www.sifirdarab.com/permainan/

Gambar Rajah 2 : gambar untuk aktiviti kolaj

Anda mungkin juga menyukai