Anda di halaman 1dari 3

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

Lebuh Sultan Abdul Samad,


42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR

TAJUK AKTIVITI : AKTIVITI MENCIPTA KOMIK


PEGAWAI MEJA : ALIZA ABD AZIS
KOD : 2021/ PROGRAM PSS & NILAM/ 03

1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Pengetua untuk menimbang dan bersetuju :

a. Mengadakan aktiviti Mencipta Komik terbuka untuk murid dan guru SMK Bandar Baru
Sultan Suleiman
b. Anggaran perbelanjaan hadiah sebanyak RM 150.00

2. LATAR BELAKANG

a. Merujuk kepada pelan taktikal 2021 antara aktiviti NILAM ialah menarik minat murid-
murid untuk mencintai buku dan berminat untuk membaca buku. Hasrat ini selaras
dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah membina Sistem Indeks
Kualiti NILAM (IQ NILAM) untuk merealisasikan hasrat melahirkan generasi muda
yang gemar membaca. Oleh itu, PSS Bersama- sama unit NILAM telah mengambil
inisiatif untuk mengadakan aktiviti Mencipta Komik bagi menjayakan hasrat tersebut.
b. Pihak PSS SMK Bandar Baru Sultan Suleiman bersama-sama unit NILAM telah
dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

3. OBJEKTIF

a. Menjadikan budaya mencintai buku dan budaya kreatif sebagai amalan rutin murid-
murid dan guru SMK Bandar Baru Sultan Suleiman.
b. Murid dan guru dapat meningkatkan minat terhadap amalan membaca dan
menyerlahkan kreativiti berdasarkan bahan bacaan tersebut, seterusnya menjadikan
amalan membaca sebagai budaya hidup.
c. Murid dan guru menyedari bahawa terdapat variasi medium untuk mendapatkan
informasi iaitu bukan hanya melalui pembacaan buku fizikal, malah mereka juga
memperoleh informasi dengan membaca buku secara dalam talian dan membaca
bahan bacaan bukan buku. Mereka juga dapat menyerlahkan kreativiti menerusi
penciptaan komik secara dalam talian.
d. Melatih sifat kesabaran dan ketekunan dalam diri murid-murid.

4. ASAS PERTIMBANGAN

a. Amalan membaca merupakan kunci utama untuk murid-murid mendapatkan ilmu


pengetahuan sekaligus mematangkan pemikiran murid-murid dalam menjawab soalan
peperiksaan yang bakal dihadapi. Aktiviti Mencipta Komik oleh PSS SMK Bandar Baru
Sultan Suleiman bersama-sama unit NILAM merupakan antara usaha menyemai minat
membaca dan menyerlahkan kreativiti murid-murid dan guru-guru sekolah ini.
b. Menarik minat murid-murid dan guru-guru untuk mencintai buku dan menyerlahkan
kreativiti bukanlah suatu usaha mudah, oleh itu PSS bersama-sama unit NILAM
membawa medium lebih santai seperti aktiviti Mencipta Komik agar murid-murid berasa
usaha mencintai ilmu dan meningkatkan kreativiti diri bukanlah suatu usaha yang terlalu
sukar untuk dilakukan.
c. Aktiviti ini praktikal untuk dilaksanakan kerana sepanjang cuti Sekatan Pergerakan 3.0 ini,
murid-murid dan guru-guru dapat menggunakan masa terluang dengan aktiviti
menyeronokkan dan mengasah bakat serta kreativit masing-masing.

1
d. KUMPULAN SASARAN
a. Murid dan guru SMK Bandar Baru Sultan Suleiman

e. IMPLIKASI KEWANGAN
Kos
JENIS Jumlah
Kuantiti Seunit Keterangan
PERBELANJAAN (RM)
(RM)
Hadiah Aktiviti
10 x 10 Hadiah untuk 10
a. 10 Pemenang 10.00 100.00
= 100 pemenang pertandingan
Kertas sijil untuk
b. Sijil 1 rim 50.00 pemenang dan sijil 50.00
penyertaan
Jumlah Besar
150.00

5. JAWATANKUASA AKTIVITI
Penasihat : Puan Nurul ‘Ain Binti Muhammad Zain (Pengetua)
Pengerusi : Puan Puziah Binti Tuban (Penolong Kanan Pentadbiran )
Penyelaras 1 : Azliana bt Adnan
Penyelaras 2 : Zubaidah bt Halim
Setiausaha : Aliza Abd Azis

Penyelaras / Ketua
a. Hebahan Aktiviti : Azliana bt Adnan
: Norshella bt Khairi
b. Bahan aktiviti/ Paparan Portal : Aliza Abd Azis
c. Pengacara Majlis Penyampaian Hadiah
: Zubaidah bt Halim
d. Hadiah : Noraini bt Ismail
: Pushpah a/p Manickam
: Norazrin bt Hawari

6. STRATEGI PELAKSANAAN
Tarikh : 31 Mei 2021 – 11 Jun 2021
Masa : Sepanjang masa
Tempat : Di kediaman masing-masing
Program ini dilaksanakan secara dalam talian. Poster, video dan syarat pertandingan akan
dihebahkan melalui Group Whatsapp kelas dengan bantuan guru tingkatan. Hebahan akan
diulang setiap hari oleh guru tingkatan supaya mendapat lebih banyak penyertaan daripada
murid dan guru.

7.PELAN PENGURUSAN RISIKO


Tarikh : 31 Mei 2021 – 11 Jun 2021
Masa : Sepanjang masa
Tempat : Di kediaman masing-masing

8.KAEDAH PEMANTAUAN

a. Pemerhatian
b. Pengumpulan data

2
c. Laporan Jawatankuasa

8. PENUTUP

Kertas Cadangan untuk mengadakan Program Mencipta Komik dikemukakan untuk


pertimbangan dan keluluasan.

9. SYOR

Pengetua dipohon menimbang dan bersetuju;

a. Mengadakan Program Mencipta Komik


b. Anggaran peruntukan sebanyak RM 150.00

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ……………………………………….
(ALIZA ABD AZIS) (PUZIAH BT TUBAN)
SU NILAM Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh,

………………………………………………..….
(NURUL ‘AIN BINTI MUHAMMAD ZAIN)
Pengetua

Anda mungkin juga menyukai