Anda di halaman 1dari 7

Sekolah Kebangsaan (Lktp) Chini Timur 2

Felda Chini Timur 2,


26690, Chini, Pekan,
Pahang, Malaysia

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
MURID PRASEKOLAH SK (LKTP) CHINI TIMUR 2
SESI TAHUN 2022

TARIKH / HARI :

1 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)

MASA :

7.30 PAGI – 11.30 PAGI

TEMPAT :
DEWAN IBNU SINA

1.0 PENDAHULUAN

Kanak-kanak hari ini merupakan pewaris dan modal insan Negara pada masa
hadapan. Penumpuan kepada peringkat umur ini merupakan salah satu
strategi awal bagi mengasaskan pendidikan sepanjang hayat dengan
menghasilkan insan yang sempurna perkembangannya secara holistik.
Lantaran itu, pendekatan pedagogi yang sesuai harus dititikberatkan dan
konsep mudah ubah menjadi kunci kepada pelaksanaan pendidikan. Dengan
itu, kami mencadangkan satu program ialah Perarakan dan Peragaan
pakaian Merdeka bertepatan dengan Bulan Kemerdekaan iaitu bulan Ogos.

2.0 SINOPSIS

1
Program ini membantu dalam peningkatan tahap pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak merangkumi pelbagai bidang pembelajaran
terutama Bidang Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian melalui pelbagai
aktiviti yang dijalankan. Ia juga memberi peluang kanak-kanak
memperluaskan aspek bahasa dan komunikasi, bersosialisasi, menanam
sikap berani dan berkeyakinan tinggi bahkan dapat menyemai sifat
petriotisma dalam diri kanak-kanak.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan


kanak-kanak (JERI).
3.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk membina sikap berani
bertanggungjawab dan berketerampilan.
3.3 Menggalakkan murid-murid agar berinteraksi sesama mereka serta
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
3.4 Menyemai semangat perpaduan.
3.5 Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin dan
bekerjasama dan mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara.
3.6 Melahirkan murid kreatif dan inovatif.
3.7 Mewujudkan persekitaran taskadalam suasana ceria di Bulan
Kemerdekaan.

4.0 KUMPULAN SASAR


 25 orang Murid Prasekolah Al-Iman
 25 orang Murid Prasekolah Al-Hidayah
 25 orang Murid Prasekolah At-Taqwa
 3 orang Guru Prasekolah
 3 orang PPM

5.0 TARIKH DAN TEMPAT

TARIKH :1 September 2022


HARI :Khamis
MASA :7.30 pagi – 11.30 pagi
TEMPAT : Dewan Ibnu Sina

6.0 Sumber Kewangan


6.1 Peruntukan Bantuan Makanan Prasekolah

7.0 KANDUNGAN KARNIVAL

7.1 Perarakan kemerdekaan


7.2 Peragaan pakaian kemerdekaan
7.3 Pertandingan mewarna tipat
7.4 Pertandingan capan belon tatih
7.5 Gimik kolaj beras bunga raya dan capan tangan semua kanak-kanak
dan guru

2
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS

Pengerusi :Pn Salina binti Samsudin


Guru Besar
SK (LKTP) Chini Timur 2

Naib Pengerusi :Tn Haji Mohd Yusof bin Surip


Penolong Kanan 1
SK (LKTP) Chini Timur 2

Naib Pengerusi II :Pn Hajah Arbaiyah binti Abdullah


Penolong Kanan Hem
SK (LKTP) Chini Timur 2

Naib Pengerusi III :Pn Rosmona binti Rahim


Penolong Kanan Kokurikulum
SK (LKTP) Chini Timur 2

Ketua :En Ramli bin Nordin


Penyelaras Prasekolah
SK (LKTP) Chini Timur 2

Setiausaha :Pn Normawaddah bt Mohamad Zolkifli


Guru Prasekolah
SK (LKTP) Chini timur 2

Bendahari :Pn Sarah Syahirah bt Zameri


Guru Prasekolah
SK (LKTP) Chini timur 2

8.1 AHLI JAWATANKUASA KECIL

i Makanan : Pn NorHidayu binti Shahar Shah


ii Disiplin : Pn Sarah Syahirah bt Zameri
iii Pertolongan Cemas : Pn Sazieliza binti Mat Jemali
v Dokumentasi : Pn Nurul Aina Natasha binti Amran

9.0 HAKIM

Hakim pertandingan terdiri daripada guru SK Chini Timur 2

3
10.0 TENTATIF PROGRAM

MASA ATURCARA
8.00 pagi Pendaftaran
8.30 pagi Senamrobik
9.00 pagi Perarakan Kemerdekaan
9.45 pagi Jamuan bersama ibu bapa
10.15 pagi Peragaan Pakaian Merdeka
10.45 Pertandingan Mewarna Tipat
10.45 Pertandingan Capan Belon Tatih
11.15 Gimik Kolaj Beras Bunga Raya dan Capan Tanga
11.30 pagi Penyampaian hadiah
12.00 th Sesi penggambaran dan potong kek
12.15 th Penutup

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA CATATAN


.
1. Set Nasi Lemak Ayam Kukus RM5 x 75 orang =
RM375.00
2. Roti Sosej RM2 X 75 bungkus =
150.00
3. Air susu kotak RM2 x 75 orang= Peruntukan
RM150.00 Bantuan Makanan
4. Air mineral RM 1.20 x 75 orang = Prasekolah
RM90
5. Kek cawan RM 1.50 x 75 =
RM112.50

Jumlah RM 877.50

12.0 PENUTUP

Diharapkan segala pengalaman dalam program kali ini dapat memberi


inspirasi yang bermakna bagi menjayakan sambutan kemerdekaan pada
tahun ini. Seterusnya, diharapkan program ini juga dapat melahirkan murid
prasekolah yang berkebolehan dalam semua aspek dan mampu berdaya
saing.

Disediakan Oleh : Disahkan


Oleh

………………………………….. ………………………………

NORMAWADDAH BT
MOHAMAD ZOLKIFLI,
SETIAUSAHA PRASEKOLAH
SK (LKTP) CHINI TIMUR 2.

4
LAMPIRAN 1

PEMARKAHAN PERTANDINGAN PERAGAAN PAKAIAN MERDEKA

Bil Aspek Penilaian Markah


1 Rekacorak 30
2 Kekemasan 25
3 Pemilihan bahan 25
4 Kebersihan 20
JUMLAH 100

- Pertandingan ini akan dihakimi oleh 3 orang hakim.


- Pihak penganjur akan melantik hakim-hakim yang terlibat
- Kostum tambahan tidak akan mempengaruhi pihak hakim dalam
pemarkahan.

5
LAMPIRAN 2

PEMARKAHAN PERTANDINGAN MEWARNA TIPAT

- Pertandingan ini akan dihakimi oleh 2 orang hakim.


- Pihak penganjur akan melantik hakim-hakim yang terlibat

6
LAMPIRAN 3

PEMARKAHAN PERTANDINGAN CAPAN BELON TATIH

- Pertandingan ini akan dihakimi oleh 2 orang hakim.


- Pihak penganjur akan melantik hakim-hakim yang terlibat

Anda mungkin juga menyukai