Anda di halaman 1dari 5

SMK SUNGAI PUTERI

26800 KUALA ROMPIN


PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
PROGRAM SUPER BERSELAWAT
Cinta Rasulullah Membawa ke
Syurga
CABARAN ATAS TALIAN

Anjuran bersama:
UNIT PUSAT SUMBER BAITUL HIKMAH
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK SG PUTERI

1
1.0 PENDAHULUAN

Maulidurrasul atau dikenali dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah merupakan
satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Peristiwa kelahiran Nabi adalah
merupakan satu detik yang amat berharga kerana di situlah bermula sirah junjungan agung
yang membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kejahilan kepada kenyataan dan
dari kehinaan kepada kemasyhuran.

2.0 MATLAMAT

Setiap tahun umat Islam menyambut hari kelahiran Nabi dengan pelbagai aktiviti yang
berfaedah untuk pembangunan jiwa dan iman bagi mengenang jasa Rasul yang tandingan ini.
Ada yang menyambut dengan bacaan doa, solat hajat, bacaan ayat al-Quran seperti Yasin dan
ada juga yang berarak membawa sepanduk seterusnya berselawat ke atas Baginda dengan
tujuan memuliakan Rasul dan perjuangannya. Ini semua cuba diketengahkan bagi memberi
mesej kepada seluruh umat Islam bahawa kelahiran Nabi adalah satu kemuliaan agama Islam.
Juteru itu, bagi menyambut seruan kasih akan Rasulullah membawa ke Syurga, Unit
Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Pendidikan Islam SMK Sg Puteri berusaha untuk mengadakan
program Jom Berselawat pada tahun ini dengan hasrat untuk mengemudi minda murid-murid
beragama Islam ke arah cinta akan Rasul junjungan mulia.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menghargai pengorbanan Rasul junjungan dalam menyebarkan agama Islam.
3.2 Menanam sifat teladan sahsiah murid melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW.
3.3 Melahirkan masyarakat berukhuwwah Islamiah dalam warga pendidik melalui konsep
perpaduan ummah dan akhlak mulia.
3.4 Melahirkan generasi yang menjulang martabat Rasulullah sebagai tauladan dan ikutan
sepanjang zaman.
3.5 Pelibatan warga sekolah dan komuniti untuk bersama-sama meraikan kelahiran
Raulullah SAW.

4.0 TEMA : Kasih Rasulullah Membawa ke Syurga


5.0 SASARAN : Murid PKI-Tingkatan Lima
6.0 TARIKH PELAKSANAAN
30 Oktober-13 November 2020

6.0 PELAKSANAAN AKTIVITI


BIL TARIKH AKTIVITI JK TERLIBAT
1 26 Oktober 2020 Perbincangan dan Semua JK

2
pembentangan kertas kerja.

2 28 Oktober 2020 Mesyuarat JK Program


Hebahan program
3 30 Oktober 2020  Siaraya
 Hebahan dlm Kelas
4 30-13 November 2020 Tempoh penghantaran video
Penghakiman dan
5 16-20 November 2020
pengumuman pemenang

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi :
(Pengetua SMK Sg Puteri)
Timb. Pengerusi : Tn.Hj Che Parizan bin Ayob
(PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En.Che Ku Amran bin Che Ku Ahmad
(PK HEM)
Naib Pengerusi 3 : En.Mohamad Rosdi bin Ismail
(PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 4 : Hjh.Julina binti Tandang
(PK PKI)
Penyelaras : Pn.Sarina Binti Idrus
(GPM)
En.Lokman
(Ketua Panitia Pendidikan Islam)

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Jawatankuasa Tugasan
Hebahan Pertandingan dan Sijil  Menyediakan flyer program dan
Unit Pusat Sumber Sekolah membuat hebahan.
 Menyediakan sijil penyertaan dan sijil
pertandingan
 Menyediakan hadiah penyertaan.
Pengumpulan Video dan Penghakiman  Menyediakan syarat pertandingan .
Panitia Pendidikan Islam  Menghakimi video yang dihantar dan
menyediakan senarai pemenang.
 Menyediakan hadiah utama

3
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN SUMBER


KEWANGAN
2 Hadiah Penghargaan
 Buku kulit kelas RM3.80 x 50=RM190.00
 Pensil/Pen RM1.00 x 50=RM 50.00 YKS PERPUSTAKAAN
 Quran dan Terjemahan RM49.00 x 5=RM245.00
 Hamper RM60.00 x 2=RM120.00
JUMLAH RM605.00

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar program yang dirancang ini dapat direalisasikan dengan penuh jaya hasil
sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir dan guru-guru. Senang menyebut cinta
akan Rasulullah SAW, hakikatnya sukar untuk direalisasikan dalam tata cara kehidupan jika
tidak bersungguh-sungguh. Semoga program ini membenihkan rasa cinta akan Rasulullah dan
seterusnya diterjemahkan dalam kehidupan individu
. Insya-Allah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………… ………………………
(SARINA BINTI IDRUS) (HJ CHE PARIZAN BIN AYOB)
Guru Perpustakaan & Media PK Pentadbiran
SMK Sg Puteri SMK Sg Puteri

4
5

Anda mungkin juga menyukai