Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN MENULIS ESEI : SAY AHH: THINK MOUTH THINK HEALTH

NUR ARIFAH ARBANAH BINTI MD RAMLI


SMK SG PUTERI

Dalam menelusuri arus globalisasi yang penuh cabaran pada alaf ini,
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, media massa dan media sosial kini sarat
dengan pelbagai isu semasa yang amat menarik perhatian segenap lapisan
masyarakat tidak kira warna kulit mahupun peringkat umur. Senario pasca
kemerdekaan memaparkan pembangunan negara dari setiap sudut kemajuan
termasuklah isu sosialisasi dan kesihatan di Malaysia. Jika ditelusuri dengan lebih
mendalam, fahaman sekular menjadikan isu kesihatan sebaliknya fikiran berfokus
kepada nilai kendaan dan nafsu menjadi lebih nyata dan dominan. Tidak berfikir
dalam lingkungan umur semata-mata, namun kemampuan memperluas dimensi
kesihatan agar isu ini tidak bercanggah dengan fitrah manusia. Dunia hari
menyaksikan kehidupan manusia semakin kompleks dan kemajuan sains dan
teknologi mentransformaskan gaya hidup strata masyarakat. Pada hari ini, isu
kesihatan mulut menjadi viral masyarakat kerana memberi kesan dan
menggambarkan gaya hidup seseorang. Pada dasarnya, mulut adalah cerminan
kepada badan kerana mulut mencerminkan kesihatan secara umum. Kementerian
Kesihatan Malaysia telah menunjukkan kesungguhan mereka dalam merealisasikan
kehidupan rakyat yang sempurn kesihatannya melalui pelaksanaan Hari Kesihatan
Mulut Sedunia. Program tidak tertumpu kepada umur invidu yang berumur darah
setampuk pinang, umur setahun jagung tetapi melangkau usia warga emas kerana
Klinik Pergigian seluruh Malaysia telah mendukung isu kesihatan mulut sebagai
perkara yang wajar disedari peri pentingnya kepada kehidupan manusia.

Bermula daripada tinta kaca yang utama, Hari Kesihatan Mulut Sedunia atau
World Oral Health Day diaktifkan di seluruh dunia pada 20 Mei bagi memaparkan
keberhasilan masyarakat dalam penjagaan gigi dan mulut di samping menjadi
platform bagi profesion pergigian untuk memberi kesedaran tentang kepentingan
penjagaan mulut kepada masyarakat. Pepatah Cina ada menyebut, mulut itu
umpama pintu utama masuk kepada kesihatan tubuh badan kerana semua penyakit
datangnya dari mulut manakala semua masalah datangnya dari pertuturan. Walau
bagaimanapun masih ada sekelumit manusia yang memandang enteng terhadap
kesihatan mulut bahkan isu ni suatu bahan jenaka yang langsung tidak berasas.
Kedangkalan ilmu rakyat Malaysia dalam kesihatan mulut menjadi alaan apabila isu
ini sentiasa diperlekehkan seolah-olah tiada noktah menanganinya. Oleh hal yang
demikian, Hari Kesihatan Mulut Sedudia turut diinteprestasikan sebagai satu bentuk
orientasi sosial yang lebih terarah serta satu rancangan induk bagi mendewasakan
pemikiran masyarakat tentang penjagaan mulut. Merujuk fakta yang dilontarkan
oleh Datuk Dr. How Kim Chuan yang menggalas tugas sebagai Presiden Pergigian
Malaysia (MDA), mulut didiami ribuan bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan
gigi dan penyakit periodontal atau gusi yang semakin membarah dalam entity
masyarakat umpama pembunuh dalam diam. Deduksinya, kesihatan gigi haruslah
diambil serius oleh senatero masyarakat meskipun hanya suatu unit kecil dalam
badan manusia.

Berdasarkan standard yang berteraskan kesihatan mulut dan gigi,


masyarakat kini kian dibelenggu serta diselubungi pelbagai jenis penyakit yang
mengheret mereka ke lembah kesakitan. Susulan daripada itulah, ketandusan
pemikiran mereka yang memandang remeh hal ini harus diberikan kesedaran total
lantas menjadikan hidup mereka lebih yakin tanpa penyakit. Manusia acap kali
berfikir, apakah kaitannya mulut dengan variasi penyakit yang majority diketahui
umum? Pada kebiasaannya, masyarakat cepat melatah seolah-olah aras pemikiran
mereka setinggi langit yang biru. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya, jika tidak diketahui puncanya, bagaimana hendak mencegahnya? Bertitik
tolak daripada itu, kealpaan individu dalam menikmati makanan yang pelbagai tanpa
mengira kesan pengambilannya telah mencetuskan spekulasi dan diskusi terhadap
masalah mulut berbau. Dalam menyusuri punca mulut berbau, perspektif
sesetengah pihak membicarakan penghadaman yang kurang sempurna
mengakibatkan sembelit atau gangguan usus merupakan punca bau makanan yang
tidak dicernakan dengan sempurna kembali semula ke mulut. Bukan itu sahaja,
malah masalah pencernaan turut berpunca daripada ketidak seimbangan bakteria
jahat dan bakteria baik d dalam usus menyebabkan makanan yang tidak dicernakan
dengan betul seterusnya berlaku refluks asid atau umumnya dikenali sebagai mulut
berbau. Daripada kaca mata yang berbeza, masalah mulut berbau turut
bervektorkan penyakit t-sinus. Secara amnya, saat masalah hidung berair mula
berjinak-jinak mucus yang berlebihan biasanya akan menitis belakang tekak lalu
menggalakkan pengumpulan bakteria yang membiak dengan terkandungnya bau
busuk. Selain itu, pesakit diabetes turut diselubungi baying-bayang mulut berbau.
Setelah merangkumi perkaitan penyakit dan risiko mulut berbau, keadaan ini
sepatutnya memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia agar keluar daripada
kepompong biasa pengurusan mulut kepada pengurusan lebih efisyen dan
berkesan.

Memetik wasitah nirmala yang berbeza, masalah kesihatan mulut dan gigi
memaparkan pandangan kritis seseorang individu yang merencatkan hubungan dan
aktiviti sosial yang memberikan kesan kepada aktiviti harian mereka. Pemaparan
realiti kehidupan ini memperlihatkan ketidaksenangan masyarakat lain untuk
berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi dengan pelbagai reaksi berbeza
menampakkan rasa kurang selesa masyarakat apabila berkomunikasi dengan
individu bermasalah mulut berbau. Lebih parah, situasi itu boleh merenggangkan
hubungan dan mewujudkan jurang komunikasi yang serius dalam institusi
kemasyarakatan. Hal ini dikatakan demikian kerana masalah mulut menjadi pokok
pangkal penyakit mulut berbau memberikan respons negatif oleh indvidu lain. Di
samping itu lebih membarah lagi, perspektif liar atau anggapan buruk tentang
penjagaan kesihatan mulut oleh individu mulut berbau bermain dalam minda
masyarakat. Jika situasi ini menjejaskan usaha mereka mencari rezeki dan sumber
pendapatan , isu ini menjadi penanda aras elemen kehidupan masyarakat mutakhir
ini. Analoginya, sektor perkhidmatan yang melibatkan hubungan komunikasi dengan
pelanggan, masalah mulut berbau perlu diberi perhatian kerana mempengaruhi
kualiti perkhidmatan sesebuah sektor. Tuntasnya, impak secara mikro dan makro ini
jelas sekali menjejaskan kualiti kehidupan serta boleh menjadi tembok penghalang
dalam meniti arus kehidupan yang lebih sihat.

Pada aras yang paling luhur, Kementerian Kesihatan Malaysia atau lebih
khusus lagi Klinik pergigian Se-Malaysia telah bertekad malah berhujah balas
tentang kepentingan penjagaan mulut dan gigi. Berpegang pada kata mutiara,
mencegah lebih baik daripada mengubati, usaha Kementerian Kesihatan Kesihatan
Malaysia ini memperlihatkan semangat juang mereka bagi mengekang penyakit
mulut dan gusi daripada menjadi wabak berbahaya. Dalam membentuk kesihatan
masyarakat sihat dan kondusif, penjagaan awal kesihatan mulut seyogia
dipraktikkan dengan cara yang betul dan sahih tata caranya. Menerusi contoh
pendedahan mulut oleh doktor gigi di setiap sekolah rendah mahupun menengah,
ceramah pergigian wajar dilaksanakan dan dipraktikkan dan dinilai keberkesannya.
Penerapan program ini semestinya merangkumi penggunaan berus gigi
bersesuaian, penggunaan ubat gigi berfluorida, penggunaan floss dan penggunaan
ubat kumur. Keseluruhan maklumat penjagaan mulut ini harus dititikberatkan
kepada kanak-kanak berusia setahun jagung, darah setampuk pinang kerana ibarat
pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Perkara sebegini
merupakan satu bentuk orientasi sosial yang lebih terarah dalam mendidik golongan
sasaran ini. Daripada tinta kaca yang berbeza, ciri unik berus gigi adalah seperti
crus cross bristles (berus silang pangkah) dan gusi stimulator yang dapat
menyingkirkan plak dengan lebih efektif. Bingkisan seterusnya memanifestasikan
aspek pemakanan iaitu kesan pengambilan pemakanan yang tidak seimbang dan
mengandungi kandungan gula yang tinggi mengumpul raksi masyarakat bahawa
perkara tersebut adalah dominan kepada penjagaan gigi dan mulut. Berpaksikan
makanan atau minuman segera seperti air minuman dalam tin dan gula-gula boleh
melemahkan sistem pertahanan gigi yang seterusnya menyebabkan pengumpulan
plak yang mengakibatkan karies gigi. Rakyat Malaysia semestinya tidak lari
daripada varia syurga makanan namu pada masa yang sama menjadi satu
peringatan kepada masyarakat tentang impak negatif sebaliknya.

Bagi memenuhi aspirasi negara, keperluan penglibatan diri dalam acara atau
program berkaitan kesihatan mulut secara efektif. Berluweskan program umum
yang boleh disertai netizen, Hari Kesihatan Sedunia boleh menjadi pentas atau
medium yang serasi dengan pelbagao peringkat umur melalui kempen serta ekspo
pergigian yang meiputi setiap aspek pergigian. Hal ini secara objektifnya dapat
meluaskan horizon pemikiran mengenai matlamat kempen atau ekspo tersebut dan
sekaligus mengikis prejudis masyarakat terhadap isu ini. Ketelusan pihak kerajaan
mengadakan aktiviti menarik di samping mendidik masyarakat acuan generasi
baharu mencerminkan keberhasilan penyampaian ilmu penjagaan mulut dan gigi
yang bertaraf multinasional. Malah pemeriksaan gigi percuma di setiap institusi
pendidikan dan dalam komuniti masyarakat menjadi wadah pencegahan penyakit
yang menyelubungi masyarakat. Pemeriksaan secara berkala ini mampu
mengandunkan kombinasi yang padu dari seluruh pihak pantas dinobat sebagai
agenda tahunan yang wajib bagi Hari Kesihatan Mulut Sedunia.

Akhirulkalam, kesihatan mulut dan gigi telah mendefinisikan pandangan pro


dan kontra menyeluruh di samping langkah penjagaan yang menjadi pelerai kusutan
momentum dalam masalah ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya proaktif
bahu membahu dan mengembleng tenaga yang apdu dalam menangani masalah
kesihatan mulut dan gigi. Secara holistiknya, kemajuan diri dan kesihatan mampu
melahirkan modal insan yang disegani sekaligus menjadi tunjang pembentukan
sosialiti sihat dalam meningkatkan martabat Malaysia di persada dunia. Oleh itu, isu
kesihatan mulut dan gigi harus dipandang serius oleh rakyat Malaysia demi
kemashlahatan bersama.

Anda mungkin juga menyukai