Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN POSTER ANTIRASUAH 2020

1. PERINCIAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


1.1 Penyertaan terbuka kepada murid sekolah menengah seluruh Malaysia sesi
tahun 2020 di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1.2 Murid hanya dibenarkan menyertai satu pertandingan sahaja mengikut


kategori yang ditetapkan. Sebagai contoh, sekiranya murid itu menyertai
pertandingan Poster maka murid tersebut tidak dibenarkan menyertai
pertandingan lain iaitu e-kuiz, Lukisan Kreatif Komik, Sajak, Silangkata dan
Logo WAR.

1.3 Murid memerlukan akaun gmail untuk menyertai pertandingan ini.

1.4 Murid dikehendaki membuat lukisan Poster bersaiz kertas A4 atau A3


mengenai antirasuah atau integriti.

1.5 Hasil lukisan poster antirasuah hendaklah dihantar dalam bentuk PDF dengan
saiz kurang daripada 2MB melalui pautan penyertaan pertandingan yang
disediakan.

1.6 Terdapat enam (6) kategori pilihan iaitu:


1.6.1 Kategori 1 – Murid Tingkatan Satu (1)
1.6.2 Kategori 2 – Murid Tingkatan Dua (2)
1.6.3 Kategori 3 – Murid Tingkatan Tiga (3)
1.6.4 Kategori 4 – Murid Tingkatan Empat (4)
1.6.5 Kategori 5 – Murid Tingkatan Lima (5)
1.6.6 Kategori 6 – Murid Tingkatan Enam (6)

1.7 Setiap penyertaan dikehendaki menyatakan maklumat seperti berikut:


1.7.1 Nama Pertandingan
1.7.2 Kategori
1.7.3 Nama Penuh Murid
1.7.4 Nombor Kad Pengenalan Murid
1.7.5 Nama Sekolah Murid
1.7.6 Nama Guru Pembimbing / Guru Kelas
1.7.7 Nombor Telefon Sekolah
1.7.8 Nombor Telefon Murid (jika ada)
1.7.9 Alamat emel (gmail) Murid
1.7.10 Sedikit penerangan mengenai poster yang dihasilkan

1.8 Setiap penyertaan hendaklah mempunyai guru pembimbing / guru kelas.

1.9 Tarikh penyertaan adalah pada 14 September 2020 sehingga 30 September


2020.

1.10 Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat
menyurat tidak akan dilayan.

1.11 Semua penyertaan yang diterima oleh pihak urusetia adalah menjadi hakmilik
SPRM dan berhak menggunakannya untuk apa-apa tujuan termasuklah
Program Pendidikan dan Promosi SPRM semasa dan selepas pertandingan
ini.

1.12 Tidak dibenarkan apa jua bentuk unsur-unsur diskriminasi dan perkara yang
tidak sopan dinyatakan dalam hasil karya seperti diskriminasi kaum, agama,
lucah, ganas, sebarang bentuk prejudis dan penggunaan bahasa yang
kurang sopan.

1.13 Sebarang pindaan syarat pertandingan adalah tertakluk kepada Seksyen


Pendidikan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

1.14 Hasil karya hendaklah asli dan tidak meniru hasil karya orang lain.

1.15 SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan hasil karya terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang
berkaitan.

1.16 SPRM berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat
pertandingan.
1.17 Setiap murid juga perlu memuat naik salinan kad pengenalan murid dan
salinan buku atau salinan penyata akaun bank murid dalam borang
penyertaan bagi tujuan memudahkan urusan pembayaran wang hadiah.

2. CARA PENYERTAAN
2.1 Murid perlu membaca dan memahami semua syarat-syarat sebelum
menyertai pertandingan ini.

2.2 Murid hendaklah memilih Kategori yang ditetapkan dalam pertandingan ini
mengikut tahap / tingkatan semasa murid itu. Sebagai contoh sekiranya murid
yang menyertai pertandingan ini sedang belajar di Tingkatan Dua (2) maka
beliau hendaklah memilih pada Kategori 2 pertandingan ini.

2.3 Untuk memulakan penyertaan sila ke pautan


https://docs.google.com/forms/d/1rf0dFn9SGT4Btavd5LsbTzAq2h0GTTzvBs
ROmc2Yr64/edit

2.4 Murid tidak dibenarkan untuk mengubah semula hasil karya setelah
menghantar penyertaan.

2.5 Senarai pemenang akan diumumkan dalam laman facebook SPRM


Community.

3. HADIAH
3.1 Setiap Kategori akan memenangi hadiah seperti berikut:
3.1.1 PERTAMA ( Johan ) - Wang tunai RM200.00
3.1.2 KEDUA ( Naib Johan ) - Wang tunai RM150.00
3.1.3 KETIGA - Wang tunai RM100.00
3.1.4 KEEMPAT hingga KESEPULUH - Wang tunai RM50.00 setiap
pemenang

3.2 Setiap penglibatan e-Program WAR Sekolah Menengah Tahun 2020 ini akan
menerima Sijil Digital seperti berikut:
3.2.1 Sijil Pencapaian
3.2.2 Sijil Penyertaan
3.2.3 Sijil Penghargaan
4. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi PKPs Syahriman Bin Yahya di talian 03-
88911449 atau emel syahriman@sprm.gov.my

5. BAHAN RUJUKAN
5.1 Antara sumber rujukan bagi pertandingan ini adalah seperti berikut :-
5.1.1 https//www.sprm.gov.my
5.1.2 facebook "SPRM Community"
5.1.3 laman sesawang integriti.my
5.1.4 youtube channel CommEDTV ( MACC )
5.1.5 youtube channel MACC Tube

Anda mungkin juga menyukai