Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN:

Pertandingan Lensa STEM (Sekolah Rendah) adalah pertandingan yang


akan dipertandingkan di peringkat WP Putrajaya sahaja.

Pertandingan Lensa STEM (Sekolah Rendah) dilaksanakan untuk


meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik (STEM) melalui pemerhatian murid dalam bidang STEM.
Pertandingan ini juga mampu mencungkil kreativiti dan penerokaan
melalui penceritaan bergambar. Disamping itu, pertandingan ini juga
diharap dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dengan menterjemahkan keunikan alam semulajadi dalam bentuk
fotografi.

TEMA : KEHIDUPAN DAN ALAM SEMULAJADI


Alam semulajadi meliputi matahari, air, udara, bumi dan kitaran fizikal
yang menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen, nitrogen, karbon dan
air) serta sistem biologi dan ekologi (Benda hidup yang saling
berinteraksi).

PERATURAN PERTANDINGAN
1. Pertandingan Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:
Kategori Sekolah Rendah Tahap 1 (Murid tahun 1, 2 dan 3).
Kategori Sekolah Rendah Tahap 2 (Murid tahun 4, 5 dan 6).

2. Setiap peserta (murid) hanya dibenarkan menghantar satu


penyertaan sahaja.

3. Peserta perlu mengetengahkan unsur kehidupan dan hubungannya


dengan alam semula jadi dalam gambar yang diambil.

4. Gambar yang dihantar perlulah asli, terkini, hasil karya peserta dan
tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
5. Suntingan atau ubahsuai minima terhadap foto menggunakan
sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian,
teknik cantuman gambar (‘collage technique’), ‘super impose’, ‘trick
photographs’, dan gambar yang dimanipulasikan adalah TIDAK
dibenarkan.

6. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan sekiranya


didapati hasil karya adalah tidak asli atau diambil dari mana-mana
sumber.

7. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital (DSLR)


atau kamera telefon bimbit.

8. Gambar yang dihantar akan menjadi hak milik penganjur dan


berhak menggunakan gambar-gambar ini bagi tujuan pendidikan.

9. Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan


berkaitan dengan subjek di dalam gambar.

10. Karya fotografi mestilah disertakan dengan penerangan


ringkas berhubung dengan tujuan, teknik dan mesej sains dalam
gambar berkenaan dan dihantar melalui ‘google form’ yang
disediakan oleh pihak penganjur.

11. Pertandingan ini akan berlangsung mengikut tempoh dan


tarikh yang ditetapkan oleh penganjur.

12. Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta


pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan butiran
dalam borang pendaftaran dalam talian.

13. Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad.


KRITERIA PENILAIAN
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut (Instrumen
dilampirkan):

Komposisi (30%)
Penghasilan foto mestilah mempunyai daya tarikan yang tersendiri
dengan mengambil kira segala aspek yang sepatutnya ada termasuk
subjek, latar dan perspektif yang bertepatan.

Kualiti (20%)
Penilaian kualiti berdasarkan fokus, ‘exposure’, kontras dan pencahayaan
yang bersesuaian .

Penyampaian (20%)
Hasil karya yang menyampaikan mesej yang jelas dan mudah difahami.

Penceritaan (20%)
Karya mestilah berdasarkan kepada keaslian yang memberi impak dan
kefahaman kepada sesiapa sahaja.

Mount of Frame (10%)


Kaedah penghasilan foto berdasarkan kepada keseimbangan
keseluruhan karya.

Format fail penerangan ringkas


Font Arial, Saiz Font 11, Spacing 1.5, maksimum 200 patah perkataan
dan format PDF.
HADIAH : PERINGKAT NEGERI
Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:
Johan: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penghargaan
Naib Johan: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penghargaan
Ketiga: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penghargaan
Keempat: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penghargaan
Kelima: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penghargaan

PROSEDUR PENYERTAAN
1. Semua penyertaan mesti dibuat melalui borang pendaftaran secara
dalam talian sahaja melalui link yang telah diberikan.

LINK PENYERTAAN: https://linktr.ee/lensastemputrajaya2022


SETELAH KLIK LINK PENYERTAAN SILA CLICK SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)

2. Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi


dengan lengkap dan betul.

3. Peserta diminta untuk menggunakan akaun emel moe untuk


mengakses borang dalam talian.

4. Pengelola berhak untuk menolak mana- mana penyertaan yang


tidak lengkap atau lewat.

5. Pada borang pendaftaran murid di bahagian maklumat guru


pengiring murid bolehlah isi ruangan tersebut seperti berikut:

• Nama Guru Pengiring:


Wan Mohd Firdaus Bin Wan Muda
• IC guru Pengiring:
“ – “ (letakkan dash sahaja dibahagia itu)
• No telefon Guru Pengiring:
017-6295822

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 September 2022


(29.9.2022)

Anda mungkin juga menyukai