Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN MEDIA PENDIDIKAN 2019

(Kategori Fotografi)

SYARAT-SYARAT / PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

1. Pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah-sekolah negeri


Perlis.
2. Pertandingan bermula 15 September 2019 hingga 15 Oktober 2019
3. Tema pertandingan ialah Kemanusiaan (“Humanity”)
4. Kategori Pertandingan
a. Kategori Sekolah Rendah
b. Kategori Sekolah Menengah
5. Foto-foto yang diambil mestilah yang terkini serta mempunyai mesej.
6. Penyertaan adalah secara individu.
7. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan, tetapi setiap
peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
8. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital.
9. Segala kos yang terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah ditanggung
sendiri oleh peserta.
10. Foto yang dikemukakan mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta.
11. Suntingan atau ubahsuai minima seperti pengubahan brightness, cropping,
softening dan sharpening terhadap foto adalah dibenarkan. Namun demikian,
teknik cantuman gambar collage technique, super impose, trick photographs,
dan gambar dimanipulasikan adalah TIDAK DIBENARKAN.
12. Semua foto pertandingan mestilah berukuran 8RW (8 inci X 12 inci) beresolusi
tinggi tidak kurang dari 300 dpi dan dilekatkan di mounting board berukuran 12
inci X 16 inci. (Rujuk Lampiran A)
13. Karya foto MESTILAH dicetak dan dilekatkan di atas mounting board dan borang
penyertaan mestilah dilekatkan di bahagian belakang gambar tersebut.
14. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan yang
disediakan.
15. Ahli jawatankuasa, pihak penganjur, ahli terdekat penganjur, rakan penaja, ahli
terdekat rakan penaja tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

16. Pihak pengajur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan/kehilangan.


17. Penyertaan akan dibatalkan jika didapati peserta melanggar salah satu syarat
yang disebutkan di atas walaupun pengumuman pemenang sudah dilakukan.
18. Pihak pengajur berhak membatalkan penyertaan jika terdapat sebarang unsur
penipuan.
19. Setiap penyertaan bermakna peserta telah membaca dan bersetuju dengan
tema dan syarat pertandingan dan sebarang tuntutan tidak boleh dibuat ke atas
pihak penganjur.
20. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-
menyurat tidak akan dilayan.

KRITERIA PENGHAKIMAN
21. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim bebas yang dilantik oleh
pihak penganjur.
22. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat
pertandingan seperti yang digariskan.

PENILAIAN
23. Setiap penyertaan yang tidak mematuhi syarat tidak akan dinilai.
24. Gambar pertandingan akan dinilai berdasarkan tema, komposisi, keaslian,
kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik serta keterangan.
25. Semua keputusan panel hakim adalah muktamad.

PEMARKAHAN
26. Kriteria pemarkahan berdasarkan kepada:
i. Kejelasan Gambar - 35 Markah
ii. Komposisi Sudut - 30 Markah
iii. Pencahayaan - 15 Markah
iv. Kreativiti - 10 Markah
v. Tema - 10 Markah

HAK MILIK
27. Setiap gambar yang dikemukakan untuk pertandingan ini tidak akan
dikembalikan dan menjadi hakmilik pihak penganjur.
28. Pihak BTPN Perlis berhak untuk menggunakan gambar pemenang untuk tujuan
promosi, komersial, pengiklanan dan percetakan.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
29. Keputusan akan diumumkan pada Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah 2019

NOTA
30. Pengumuman pemenang serta majlis penyampaian hadiah akan di adakan pada
Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah 2019 yang akan di maklumkan kelak.

TARIKH TUTUP PERDAFTARAN


31. Semua penyertaan hendaklah dihantar selewatnya pada 15 Oktober 2019 jam
4.00 petang.

32. ALAMAT URUS SETIA :


Urusetia Pertandingan Media Pendidikan 2019
Unit Media dan Inovasi Pendidikan,
Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Perlis, Jalan Behor Pulai,
01000 Kangar, Perlis.
Tel. : 04-9761703
( U.P. Pn. Shafini bt Ghazali )

Anda mungkin juga menyukai