Anda di halaman 1dari 3

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN AERIAL

FOTOGRAFI DAN VIDEO DRONE


SEMPENA PROGRAM
“MAT MOTO JOM RIDE”

1. BUTIRAN PESERTA

NAMA

NO K/P

ALAMAT

NO TELEFON

EMEL

MODEL DRONE

LOKASI VIDEO
DAN GAMBAR

2. PENGAKUAN PESERTA

Adalah saya dengan ini memperakui bahawa penyertaan saya ini adalah Foto dan Video
asli dan diambil oleh saya sendiri mengunakan Drone.

Saya juga faham bahawa penyertaan saya akan dibatalkan serta merta jika saya melanggar
peraturan ini. Saya juga bersetuju bahawa foto dan Video yang dihantar ini akan menjadi
HAK MILIK Penganjur Program sepenuhnya dan saya tiada hak ke atasnya selepas ini.

Tandatangan : …...................................................

Tarikh : …...............................................
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN AERIAL FOTOGRAFI DAN VIDEO DRONE:

1. Pertandingan adalah UMUM dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang


berumur 15 tahun ke atas.

2. Penyertaan adalah PERCUMA.

3. Pendaftaran penyertaan dan taklimat pertandingan pada 11 MAC 2018 (Daftar 7.45-
8.00 pagi) bertempat di Check Point 1 ( Hentian Tasik Raban, Jalan Lama, Ketidak
hadiran taklimat akan menyebabkan penyertaan peserta dibatalkan.

4. Tema pertandingan adalah “Mat Moto Jom Ride” dan interpretasi para peserta adalah
mengenai Konvoi “Mat Moto Jom Ride” dan pastikan tidak terkeluar dari tema asas.

5. Foto dan Video yang diambil mestilah merupakan foto asli yang terkini, mempunyai
mesej, nilai-nilai dan berunsurkan konsep serta menonjolkan keistimewaan konsep
tersebut. Setiap peserta boleh menghantar 10 Salina Soft Copy foto dan 3 Video
sahaja, Satu (1) hadiah sahaja yang boleh dimenangi bagi setiap peserta tersebut.

6. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis Drone dan segala kos yang terlibat
dalam menyertai pertandingan ini adalah tanggungan para peserta sendiri.

7. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kemalangan,


kehilangan, kerosakan yang melibatkan peserta, kenderaan dan juga alatan yang
dibawa.

8. Suntingan atau ubahsuai minima seperti pengubahan brightness, cropping,


softening dan sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian
komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage
technique), super impose, trick photographs dan gambar dimanipulasikan adalah
TIDAK dibenarkan.

9. Masa selama 20 minit diberikan kepada Semua peserta untuk sunting dan
ubahsuai Gambar setelah tiba di Checkpoint 3 (Lata Perkelahan Ulu Lawin)
10. Para peserta dibenarkan untuk mengambil foto dengan menggunakan sudut-sudut
yang terbaik untuk pertandingan ini, Semua foto dan Video penyertaan akan menjadi
hak milik Penganjur Program .

HADIAH PERTANDINGAN

1. Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:

Johan : Wang tunai RM700.00

Naib Johan : Wang tunai RM500.00

Tempat Ketiga : Wang tunai RM300.00

Tempat keempat : Wang tunai RM300.00

2. Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urusetia Pertandingan setelah selesai


Penghakiman di buat dilokasi Checkpoint 3 (Lata Perkelahan Ulu Lawin)

KRITERIA PENGHAKIMAN

1. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim bebas yang dilantik oleh pihak
Penganjur Proagram “MAT MOTO JOM RIDE” .

2. Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu pada ’tema’ dan
’kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam foto secara profesional. Namun yang
demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemberian markah. 60% markah
akan dinilai melaui Gambar dan 40% markah dinilai melalui Video semasa Convoi
Berlangsung.

3. Keputusan panel hakim adalah Muktamad dan tiada bantahan akan diterima.

HAK CIPTA

1. Semua foto dan Video yang dihantar ini akan menjadi HAK MILIK Penganjur Program

sepenuhnya dan tiada tuntutan hak ke atasnya selepas ini.

2. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung dengan Urusetia ;-


En Mohd Adri Adha (013-5124800) dan En Mohd Naim Al-Amin (019-5170000)

Anda mungkin juga menyukai