Anda di halaman 1dari 6

PERTANDINGAN PATHFINDER CHALLENGE 2021

(PERINGKAT NEGERI)
ANJURAN
KELAB ROBOTIK SJKT TASEK PERMAI DENGAN SOKONGAN JPN PULAU PINANG

PERTANDINGAN PATHFINDER CHALLENGE 2021


(PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG)

1.0 OBJEKTIF

1.1 Memberikan pendedahan terhadap pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan &


Matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda dengan lebih menarik melalui bengkel
& pertandingan robotik.
1.2 Meningkatkan kemahiran insaniah yang diperlukan dalam dasar industri 4.0 seperti
penyelesaian masalah, pemikiran aras tinggi, komunikasi dan kepimpinan.

2.0 SPESIFIKASI TREK PERTANDINGAN

2.1 Penganjur akan menyediakan fail trek dalam bentuk pdf. kepada semua peserta
sebelum bengkel diadakan.
2.2 Peserta digalakkan untuk mencetak 2 set trek yang diberikan.
2.3 Trek 1 – Bagi tujuan bengkel dan pengujian robot
2.4 Trek 2 – Bagi tujuan pertandingan sahaja
2.5 Ukuran trek pertandingan ialah 1189mm x 841 mm
2.6 Jenis trek pertandingan ialah Tarpaulin (Banner)
2.7 Lebar garisan trek ialah antara 18mm hingga 20mm (toleransi 10%)
2.8 Contoh trek adalah seperti berikut:-

1189mm

841mm
SYARAT PERTANDINGAN PATHFINDER CHALLENGE 2021
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

1.0 PENGENALAN
1.1 Pertandingan Pathfinder Challenge 2021 adalah salah satu acara yang biasa
diadakan dalam pertandingan robotik di seluruh dunia. Tugasan bagi robot “Line
Follower” adalah bergerak melalui litar yang bertanda garisan bermula dari lokasi
mula hingga ke kawasan destinasi dalam tempoh yang ditetapkan.

2.0 PENDAFTARAN PERTANDINGAN


2.1 Pertandingan Pathfinder Challenge 2021 Peringkat Negeri Pulau Pinang terbuka
kepada semua sekolah rendah (SR) dan sekolah menengah (SM) di negeri
Pulau Pinang yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.2 Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang peserta dan seorang guru pembimbing.
2.3 Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menghantar 2 pasukan maksimum.
2.4 Terdapat 4 kategori yang akan dipertandingkan:
i. Kategori sekolah rendah tahap 1 ( 7-9 tahun)
ii. Kategori sekolah rendah tahap 2 (10 – 12 tahun)
iii. Kategori sekolah menengah rendah (13 – 15 tahun) dan
iv. Kategori sekolah menengah atas (16-18 tahun)
1.4 Borang penyertaan boleh diisi pada pautan berikut:
https://forms.gle/A3Qrsy5znSKMJTZq5
1.5 Sebarang pertanyaan boleh menghubungi MP. Purushothman 0134331021
(Pengurus Pertandingan).

3.0 LITAR/TREK PERTANDINGAN


3.1 Litar adalah permukaan berwarna putih.
3.2 Bahan litar adalah jenis Vinyl ataupun Canvas.
3.3 Garisan hitam yang akan digunakan sebagai panduan robot adalah berukuran 2 cm
lebar.
3.4 Ukuran penuh litar ialah 4 x 8 kaki.
3.5 Pasukan peserta hendaklah memastikan robot yang akan dipertandingkan boleh
bergerak pada garisan.
4.0 SPESIFIKASI ROBOT
4.1 Jenis dan model robot adalah TERBUKA dan robot tersebut wajib mematuhi
spesifikasi pertandingan ini.
4.2 Peserta pasukan hendaklah memastikan bahawa robot boleh bergerak sendiri
ataupun beroperasi secara automatik sepenuhnya. Penggunaan alat kawalan jauh
adalah dilarang sama sekali termasuk telefon bimbit.
4.3 Dimensi maksimum bagi robot adalah 15x15x15 cm dan berat robot termasuk bateri
tidak melebihi 1 kg. Robot akan diukur dan ditimbang sebelum pertandingan
bermula.
4.4 ‘Sensors’: Maksimum 5 sensor dibenarkan untuk mengesan garisan warna
hitam/putih.
4.5 Robot bebas menggunakan bateri yang bersesuaian.
4.6 Penggunaan bateri yang mempunyai voltan melebihi 12 V adalah DILARANG
SAMA SEKALI.

5.0 PANDUAN SEMASA PERTANDINGAN


5.1 Pertandingan adalah berbentuk secara kalah mati.
5.2 Peserta pasukan perlu menguji robot sebelum dipertandingkan.
5.3 Peserta pasukan perlu menandakan Checkpoint pertandingan dalam trek.
5.4 Robot perlu diletakkan sebelum garisan permulaan.
5.5 Robot perlu melalui garisan/ trek tanpa tersasar.
5.6 Robot hendaklah melepasi Checkpoint yang ditetapkan mengikut laluan tersebut.
5.7 Pasukan yang melepasi kesemua Checkpoint dan mencatat masa yang minimum
dikira sebagai pemenang.
5.8 Jika masih seri(tie) bilangan percubaan akan diambil kira.
5.9 Robot yang bergerak dari garisan permulaan akan melalui garisan/trek laluan dan
melepasi semua Check Point yang ditetapkan sehingga di garisan penamat dianggap
sebagai perjalanan robot yang sempurna.
5.10 JIKA ROBOT Tersasar / Berhenti / Menghadapi Masalah Teknikal semasa
pertandingan, salah seorang daripada ahli pasukan boleh mengambil robot tanpa
memasuki trek pertandingan dan memulakannya dari garisan permulaan sekali lagi.
5.11 Setiap pasukan diberi selama masa 3 minit untuk PERCUBAAN.
5.12 Percubaan boleh dilakukan tanpa had dalam tempoh masa 3 minit.
5.13 Catatan bilangan Checkpoint terkini ataupun terakhir akan diambil kira
selepas tempoh percubaan iaitu selepas 3 minit.
5.14 Salah seorang peserta pasukan hendaklah menyebut PERCUBAAN / TRIAL
semasa melakukan percubaan robot dalam trek bagi memudahkan pengadil
mencatatkan bilangan percubaan. Contoh : Percubaan 1 / Trial 1.
5.15 Salah seorang peserta pasukan hendaklah menyebut MULA / START apabila
bersedia melepaskan robot selepas tamatnya sesi percubaan. Contohnya, Mula /
Start.
5.16 Masa ‘Cut-Off” untuk robot berjalan dari titik mula hingga tamat ialah 3 minit. Jika
robot mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke destinasi melebihi masa
cutoff, pasukan tersebut dikira kalah.
6.0 RAKAMAN VIDEO

6.1 Setiap pasukan WAJIB menghantar sebuah rakaman video pertandingan


pasukan masing-masing kepada urusetia melalui pautan yang diberikan dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
6.2 Rakaman video tersebut WAJIB merangkumi bahagian pengujian robot dan
pertandingan.
6.3 Edit termasuk PAUSE dan RECORD, animasi, visual serta grafik DILARANG
SAMA SEKALI dalam rakaman video.
6.4 Sekiranya didapati unsur-unsur seperti yang dinyatakan dalam perkara 6.3, maka,
penyertaan pasukan tersebut akan disingkirkan.
6.5 Peserta pasukan hendaklah menunjukkan jam randik ataupun jam digital
sebelum bermula dan selepas tamat pertandingan dalam rakaman video untuk
tujuan pengadilan.
6.6 Kandungan rakaman video adalah seperti berikut :-
i. Nyatakan kod pasukan
ii. Proses pengujian robot selama 1 minit
iii. Bahagian pertandingan termasuk tempoh masa percubaan ( 3 minit percubaan
+ 3 minit pertandingan)
6.6. Tempoh rakaman video adalah 6-7 minit sahaja.
6.7. Peserta WAJIB memastikan rakaman video menunjukkan laluan robot semasa
pertandingan yang LENGKAP dalam trek dengan jelas.
6.8. Rakaman video yang kurang jelas terutamanya laluan trek robot semasa
pertandingan akan menjejaskan pemarkahan pertandingan.
6.9. Setiap pasukan akan diberikan selama 1 jam untuk menghantar rakaman video
kepada urussetia.
6.10. Pasukan yang gagal menghantar rakaman video pada masa yang ditetapkan
akan disingkirkan.
6.11. Pihak urusetia akan memaklumkan peserta pasukan setelah terima rakaman video
pasukan masing-masing.
6.12. Rakaman video peserta pasukan adalah DILARANG SAMA SEKALI untuk
berkongsi di mana-mana laman dan media sosial.
6.13. Rakaman video pertandingan ini adalah hak milik pihak penganjur.
7.0 PENGURUSAN PERTANDINGAN
7.1 Jumlah bilangan ‘Checkpoint’ akan dimakumkan semasa bengkel.
7.2 ‘Checkpoint’ yang PERLU dilepasi oleh robot akan dimaklumkan 10 minit awal
sebelum pertandingan.
7.3 Peserta perlu memastikan pengaturcaraan robot (programming / coding)
dilakukan sebelum hari pertandingan.
7.4 Pengurus pasukan dibenarkan untuk membantu peserta semasa hari pertandingan.
7.5 Pihak lain DILARANG SAMA SEKALI berada semasa berlangsung
pertandingan KECUALI individu (1 orang sahaja) yang membantu untuk rakaman
video.
7.6 Robot perlu didaftarkan dengan pihak urusetia dan akan diberi No Pasukan
sebelum pertandingan bermula.
7.7 Segala pembantahan keputusan perlu dikemukakan dengan borang bantahan dan
wang cagaran sebanyak RM 300. Wang cagaran tidak akan dikembalikan.
7.8 JIKA didapati mana-mana pasukan yang tidak mematuhi syarat pertandingan,
penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan serta-merta.
7.9 Keputusan pengadil adalah muktamad.

8.0 SELEPAS RAKAMAN VIDEO

8.1 Sila hantar rakaman video, melalui Google Form Rakaman Video
Pertandingan yang sediakan oleh penganjur dalam pautan ini.
https://forms.gle/CX1njA92L867dowY8
8.2 Sila pastikan rakaman anda telah Berjaya dihantar dan anda menerima
maklumbalas penerimaan dari pihak penganjur.
8.3 Penghantaran Rakaman Video dan pengisian Google Form Catatan Masa
perlu dilakukan sebelum masa pertandingan tamat.

9.0 CARA PENILAIAN PEMARKAHAN

9.1 Setiap pasukan akan memperoleh 2 markah sebaik sahaja melepasi setiap
‘Checkpoint’ dengan anggaran jarak 10mm.
9.2 Jumlah keseluruhan yang perlu dikumpulkan oleh pasukan ialah 10 markah iaitu
(5 ‘Checkpoint’)
9.3 Kaedah penilaian pemarkahan mengikut turutan berikut:
9.3.1 Markah terkumpul selepas melepasi Checkpoint.
9.3.2 Masa minimum robot menyelesaikan tugas (Kepantasan robot
melepasi Checkpoint).
9.3.3 Masa Penghantaran Rakaman Video dan Google Form Catatan Masa
9.3.4 Bilangan percubaan yang minimum

9.4 Markah dan masa yang terbaik sahaja akan diambil kira untuk pemarkahan.
9.5 Keputusan pengadil adalah muktamad.
10.0 PELANGGARAN PERATURAN (PENALTI)
10.1 Peserta tidak dibenarkan untuk menyentuh robot semasa robot telah mula
bergerak dalam trek.
10.2 Hanya dua orang peserta dan seorang untuk rakaman video dibenarkan berada
di kawasan trek.
10.3 Peserta yang menunjukkan sikap dan tingkahlaku tanpa semangat kesukanan.
Contohnya, menggunakan perkataaan kasar, lucah dan berbaur pergaduhan,
menyerang pasukan lawan dan pengadil perlawanan.

HADIAH

Penyampaian hadiah terbahagi kepada 4 kategori iaitu

Kategori Sekolah Rendah Tahap 1 (7 – 9 Tahun)


Kategori Sekolah Rendah Tahap 2 (10 – 12 Tahun)
Kategori Sekolah Menengah (Rendah)(13 – 15 Tahun)
Kategori Sekolah Menengah (Atas)(16 – 18 Tahun)

Johan: (Cenderahati): Kedudukan 4 dan 5


-Piala Emas -Piala Gangsa
-Sijil Pencapaian -Sijil Penyertaan

Naib Johan:
-Piala Perak
-Sijil Pencapaian

Tempat Ketiga:
-Piala Gangsa
-Sijil Pencapaian

Anda mungkin juga menyukai