Anda di halaman 1dari 3

FAKTOR-FAKTOR

Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan
sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini
bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama
dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja
awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang
secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan
ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini.
Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem
tadbiran awam negara kita.

Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat
kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan
masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang
harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian
menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi
rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa
sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini
menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat

Kepimpinan seseorang individu yang lemah. Individu yang mempunyai kepimpinan


yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain
untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan
seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat. Malah sejarah juga telah
membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang
ekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal ‘Water Gate’. Ada kalanya penerima
rasuah dianggap sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan mudah patuh dengan
kehendak pemberi rasuah. Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan masyarakat
hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan.

Kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya perbuatan


rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan
mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan
dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah.
Wujudnya birokrasi dalam sistem pemerintahan yang secara tidak langsung memberi
peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada berbagai-bagai peringkat
mengambil kesempatan. Hal ini berlaku kerana proses pengurusan pentadbiran
terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku, sudah dengan
harapan pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh
tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lama atau
panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah,
mereka akan mudah memberikan imbuhan hal yang demikian, sudah tentu situasi ini
akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat
dengan rasuah.
KESAN dan akibat

1. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu:

(i) Kehilangan pekerjaan.


(ii) Kejatuhan moral atau maruah.
(iii) Menerima hukuman.
(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(v) Keluarga terabai.
(vi) Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat.

2. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat:

(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang


tertentu.
(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
(iii) Membebankan golongan orang susah.
(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah
ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

3. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara:

(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.


(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.
(vii) Kehidupan masyarakat dan birokrasi sistem pemerintahan akan terganggu.

Anda mungkin juga menyukai