Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN 1

SEJAUH MANAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERUBAHAAN DAN INOVASI DALAM


DUNIA PENDIDIKAN INI MEMBERI GAMBARAN YANG SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
ADALAH DINAMIK DAN APAKAH PERSEDIAAN DIRI GURU UNTUK MENGHARUNGINYA?

Inovasi dan perubahan dalam pendidikan berlaku dalam keadaan dirancang atau tidak
dirancang. Hal ini berlaku adalah kerana perubahan sistem kehidupan manusia sejagat. Suka
atau tidak para pendidik dan seluruh sistem pendidikan terpaksa berhadapan dengan
perubahan positif ini. Saya bersetuju bahawa perubahan dan inovasi dalam dunia pendidikan ini
memberi gambaran yang sistem pendidikan Negara adalah dinamik.

Pelbagai pihak mendefinisikan inovasi dari segi pandangan masing-masing. Menurut


Yayasan Inovasi Malaysia (2010) Inovasi boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti.
Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir
manakala inivasi pula adalah proses produktiviti. Inovasi menambah nilai kepada idea yang
dihasilkan dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah
idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah
tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih.

Kamus Dewan (2010), menyatakan inovasi merupakan sesuatu yang baru


diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru.

Rasidi Md.Sidek (2009), menyimpulkan inovasi sebagai suatu penghasilan baru yang
berbentuk maujud, unik dan sangat bernilai berdasarkan proses penyusunan semula
penggunaan unsur-unsur sedia ada.

Menurut Ronger E.Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di
anggap baru oleh seseorang.

Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik
daripada yang lama oleh seseorang individu.

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau
strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah ‘an effort to introduce a practice in
order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and
potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis
is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem’.

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan
Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea,
benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu
atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.

Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang
kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.

Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama
pada sesuatu produk atau proses. Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai
mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.

Inovasi dalam pendidikan memainkan peranan penting bagi memberi gambaran bahawa
sistem pendidikan adalah dinamik. Dunia pendidikan akan sentiasa berkembang dan berubah
mengikut keperluan semasa terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Corak
pengajaran dan pengajaran terkini menunjukkan kecenderungan pembelajaraniaitu berasaskan
penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif. Seterusnya, tumpuan kepada
mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat. Trend pengajaran pula, berfokus
kepada perkara yang diajar tidak serupa dengan perkara yang dipelajari. Pengajaran dan
pembelajaran terkini merangkumi pengajaran kolabratif dalam kumpulan pelbagai serta isi
pelajaran berbentuk rentasan kokurikulum dan berbentuk pengajaran berpasukan. Kemudahan
mengakses secara meluas isi pelajaran diluar waktu belajar dan kursus. Tenaga pengajar lebih
bersifat sebagai rakan kongsi dalam komuniti pembelajaran. Rakan sekelas juga berperanan
sebagai rakan kongsi dalam pembelajaran. Disamping itu, pentaksiran pembelajaran adalah
lebih kompleks dan berbentuk pelbagai aras, penilaian adalah secara formatif dan sumatif.

Perkembangan pesat TMK pada abad ke-21 menuntut para guru dan pendidik
mengubah cara pengajaran. Pelbagai perubahan telah berlaku dalam strategi pengajaran pada
masa kini kerana perkembangan pesat TMK pada abad ke-21. Antaranya ialah flipped learning.
Flipped leaning adalah satu pendekatan pedagogi yang mengubah persekitaran pembelajaran
berkumpulan kepada persekitaraan pembelajaraan individu. Persekitaraan berkumpulan
berubah menjadi persekitaran pembelajaran yang dinamik dan interaktif kerana guru
membimbing pelajar menggunakkan konsep dan terlibat secara kreatif dalam pembelajaran.
Pembelajaran dan pengajaran menggunakkan kaedah menterbalikkan Flipped leaning
menjadikan kelas dan subjek lebih menarik. Pelajar boleh menerima memproses maklumat,
meneroka dan mengkaji bahan-bahan di luar bilik darjah menerusi klip video dan bacaan
mengikut keesuaian masa mereka. Masa pembelajarandalam kelas atau perjumpaan
bersemuka digunakan untuk perbincangan, bersoal jawab dan melaksanakan kerja-kerja
praktikal. Pengajaran berbentuk satu hala berubah kepada persekitaraan bimbingan inkuiri
dengan berpusatkan pelajar. Gabungan unsur visual, audio dan penyelesaian masalah
membolehkan pelajar menilai diri sendiri dan memilih mod pembelajaran yang bersesuaian.
Pelajar lebih menggemari kaedah pengajaran yang diterbalikkan daripada menghadiri kuliah
tradisional kepada aktiviti hands-on, pembinaan pengetahuan, perbincangan secara kolabratif
dan penyelesaian masalah.

Proses pengajaran Sebelum Flipped Learning Selepas Flipped Learning


Sebelum pengajaran Murid ditugaskan membaca Pelajar dibimbing melalui
bahan. modul pembelajaran dengan
mengemukakan soalan dan
mengumpul soalan.
Guru sediakan bahan kuliah. Guru sediakan peluang
pembelajaran.
Permulaan kelas Pelajar mempunyai Guru sediakan peluang
maklumat yang terhad. pembelajaran yang
membantu pembelajaran.
Guru membuat andaian apa Guru dapat menjangka
yang dapat dibantu. bahagian yang perlu
pertolongan.
Semasa kelas Pelajar membuat kerj rumah Pelajar terus mengaplikasi
dengan maklum balas yang kemahiran selepas
diberikan. penjelasan dan maklum
balas diberikan.
Guru menggunakkan semua Guru membimbing pelajar
bahan. dengan memberi maklum
balas dan kuliah kecil.
Selepas kelas Pelajar membuat kerja rmah Pelajar mengaplikasi
dengan maklum balas yang kemahiran selepas
dilewatkan. penjelasan dan maklum
balas yang diberikan.
Guru menyemak kerja yang Guru menghantar
lepas. penerangan tambahan dan
bahan-bahan yang
diperlukan dan memberi gred
untuk kerja yang berkualiti.
JADUAL 1 : PROSES FLIPPED LEARNING

Perubahan seterusnya yang memberi gambaran bahawa sistem pendidikan Negara


adalah dinamik ialah Flipped classroom. Menurut Graham Brent (2013) Flipped classroom
merupakan strategi yang boleh diberikan oleh pendidik dengan cara mengurangkan jumlah
arahan langsung dalam amalan mengajar mereka sambil memaksimumkan interaksi satu sama
lain. Strategi ini menggunakan teknologi yang menyediakan tambahan yang menyokong bahan
pembelajaran bagi pelajar yang boleh diakses secara online. Hal ini membebaskan waktu kelas
yang sebelumnya telah digunakan untuk pembelajaran.

Pengajar menerima pakai model flipped classroom untuk memberikan pembelajaran


kelas atau kandungan pengajaran sebagai pekerjaan rumah. Dalam persiapan untuk kelas,
pelajar diwajibkan untuk melihat video pembelajaran. Menurut Tucker dalam Amy Roehl (2013)
pelajar memanfaatkan masa di kelas untuk bekerja menyelesaikan masalah, pembangunan
konsep, dan terlibat dalam pembelajaran kolaboratif.

Menurut Bishop dan Verleger (2013), Flipped classroom merupakan kaedah pedagogi
yang baru yang mempraktikkan keadah pengajaran berbantukan video yang selari dengan
aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah seperti kerja rumah, aktiviti berkumpulan dan aktiviti
penyelesaian masalah di dalam kelas. Kaedah pengajaran yang berpusatkan murid ini
memerlukan penglibatan aktif oleh murid-murid.

Flipped classroom memberi peluang kepada pelajar untuk perbincangan dan interaksi
dalam dan di luar kelas serta memberi maklum balas serta-merta untuk guru-guru dan pelajar.
Selain itu, bahan - bahan pembelajaran dalam pelbagai format sesuai dengan gaya
embelajaran pelajar yang berbeza. Disamping itu, lebih banyak masa digunakan untuk
berinteraksi dengan pelajar dan bukannya untuk memberi kuliah. Ianya juga memberi peluang
pembelajaran yang mencukupi untuk pelajar verbal dan pelajar visual. Selain itu, guru dapat
menyesuaikan diri dengan lebih mudah dengan pelbagai gaya pengajaran serta pelajar
membuat refleksi tentang pembelajaran mereka dan mengatur senarai soalan mengenai apa
yang mengelirukan mereka. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran elektronik yang membantu
dalam apa-apa media berasaskan komputer. Disamping itu,pelajar boleh mengulang-ulang
video tersebut hingga ia benar-benar faham isi pelajaran, tidak seperti pada pembelajaran
biasa, apabila murid kurang mengerti maka guru perlu menjelaskan lagi hingga pelajar dapat
mengerti sehingga kurang berkesan. Pelajar dapat mengakses video tersebut dari mana-mana
tempat asalkan mempunyai sambungan internet yang cukup, bahkan boleh dimuat turun dan
lebih puas untuk menontonnya berulang-ulang. Selain itu, pelajar diminta untuk mempelajari
bahan di rumah dan di kelas, serta dapat lebih memfokuskan kepada kesukaran dalam
memahami isi pelajaran ataupun kemampuannya dalam menyelesaikan soal-soal berkaitan
dengan isi pelajaran tersebut.

Perubahan seterusnya yang memberi gambaran bahawa sistem pendidikan Negara


adalah dinamik ialah pembelajaran berasaskan projek. Menurut Zimmerman (2010),
mendefinisikan pembelajaran berasaskan projek sebagai satu kaedah instruksional yang
membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran
koperatif dan teknik ‘hands-on’.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2006 mentafsirkan pembelajaran berasaskan projek


sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak
melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.

Pembelajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran dan


pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan
kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelapori sesuatu perkara atau topik. Ia juga
merupakan satu kaedah pembelajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pengetahuan
dan kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan autentik,
kompleks dan mementingkan hasil atau produk.

Menurut Kamaruzaman dan Khairul (2010), menyatakan pembelajaran berasaskan


projek adalah berasaskan soalan yang bermakna menggalakkan murid berfikir secara
mendalam, berpusatkan pelajar dan mencambahkan rasa ingin tahu, selain sangat dekat
dengan konteks dunia sebenar.
Pendekatan menggunakkan pembelajaran berasaskan projek yang memerlukan murid
menyiapkan projek berasaskan masalah atau soalan yang diberi akan turut mempengaruhi
pengetahuan saintifik yang dibina.

Pembelajaran berasaskan projek membantu murid mengaplikasi pengetahuan dan


pemikiran mengimplikasikan konsep tahu dan buat. Selain itu, ia juga membantu pelajar dalam
pembelajaran penyelesaian masalah, komunikasikan dan pengurusan kendiri. Penilaian
berdasarkan masalah kerja sebenar, meningkatkan akauntabiliti, matlamat dan usaha.
Disamping itu, mewujudkan komunikasi positif dan kerjasama kumpulan di kalangan pelajar
serta memenuhi cara dan keperluan penbelajaran yang berbagai dikalangan pelajar. Life long
learning, kejayaan kendiri dan kerjaya merupakan satu daripada sumbangan pembelajaran
berasaskan projek. Tambahan pula, ia juga mengintegrasikan kukurikulum, arahan dan isu
masyarakat serta menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus. Ia juga
memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut. Pembelajaran berasaskan
projek juga mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu serta
menggalakkan mereka untuk sedia menanggungi risiko dan berkongsi idea dan pandangan
masing-masing. Ia juga menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

Secara keseluruhannya, penggunaan pembelajaran berasaskan projek akan membantu


murid untuk membina kemahiran dan keterampilan dalam menghadapi masyarakat masa depan
yang lebih berasalkan kepada maklumat dan teknologi. Negara maju menggunakkan
pendekatan ini dalam bilik darjah. Pembelajaran berasaskan projek ini mampu melahirkan
murid yang boleh menghadapi dunia abad ke-21.

Kemajuan teknologi maklumat dan seterusnya telah meningkatkan penggunaan Internet,


laman web dan jaringan dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan
persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan
pembelajaran, di samping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih
meluas dalam proses pendidikan (Nunan, 1996; Jafari, 1999).

Pembelajaran elektronik berfungsi untuk menyediakan pembelajaran melalui


penggunaan komputer. Para pelajar boleh belajar dengan sendiri secara interaktif
menggunakan multimedia. Terdapatnya proses penilaian untuk melihat tahap kefahaman murid
dalam pembelajaran. Pembelajaran mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan
Malaysia dan komputer menjadi alat pengantaraan berkesan dan cekap untuk menyampaikan
kandungan.
Pembelajaran elektronik (e-Learning) adalah lebih efektif dan mewujudkan suasana
yang menggalakkan pelajar lebih innovatif dan kreatif dalam pembelajaran. Selain daripada
penyediaan bahan-bahan nota dan latihan serta penyampaian berasaskan atau melalui laman
web,guru atau pensyarah juga dapat menggalakkan pelajar mencari ilmu, melibatkan diri dalam
perbincangan akademik serta menyumbang ilmu di dunia cyber. Kaedah ini diharapkan akan
menghasilkan bukan hanya pelajar yang akan menjadi pekerja ilmu dan cerdik IT tetapi juga
berdikari dan berani menghadapi sebarang cabaran dalam dunia era informasi.

Pembelajaran elektronik atau E-Pembelajaran, adalah merupakan kaedah terbaru


menggunakkan teknologi yang terkini bagi meningkatkan tahap pembelajaran. E-Pembelajaran
merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakkan rangkai elektronik (LAN,
WAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi
melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita audio-video, interaktif TV dan CD-rom adalah
sebahagian dari media elektronik yang digunakkan untuk mempraktikkan E-Pembelajaran.

E-Pembelajaran merupakan satu alat bantu mengajar yang terbaru dan menggunakkan
kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi meningkatkan keberkesanan proses
pembelajaran dan pengajaran sama ada dalam kelas ataupun di luar kelas. E-Pembelajaran
mampu memberikan impak yang positif jika digunakkan dan dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin oleh para guru dan pensyarah. E-Pembelajaran juga dapat membantu penerapan
kemahiran abad ke-21 dalam sistem pendidikan kita. E-Pembelajaran ialah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infrastruktur ICT seperti rangkaian dan
internet bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif.

Perubahan dan inovasi dalam dunia pendidikan ini memberi gambaran yang sistem
pendidikan negara adalah dinamik. Bagi mengharungi perubahan dunia pendidikan ini guru
dikehendaki bersedia dari berbagai-bagai segi.

Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada masa
kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa
berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan
teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk
mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan
perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat
dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi
menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai
satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang
2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi
maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik
dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek
Sekolah Bestari dan SchoolNet, juga digunapakai oleh guru dengan menggunakan segala
kemudahan semaksima mungkin.

Menurut (Mook Soon Sang,2010), dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada
masa kini, seorang guru juga berpengetahuan luas, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru
yang berpengetahuan serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta
dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa
berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang
berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.
Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu
menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum
pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran.
Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna
kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010).

Anda mungkin juga menyukai