Anda di halaman 1dari 6

TERMA DAN SYARAT

CRAFT ANIMATION VIDEO CHALLENGE


TEMA : CINTAI KRAF MALAYSIA

1. Craft Animation Video Challenge merupakan pertandingan yang julung kali


diadakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan
Malaysia) bagi memupuk minat rakyat Malaysia untuk mengenali, mencintai
dan menghargai seni kraf tangan Malaysia yang unik, menarik dan telah
mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Matlamat Kraftangan
Malaysia adalah untuk menjadikan pertandingan ini sebagai medium bagi
rakyat Malaysia menghasilkan video animasi yang dapat menarik minat
khususnya generasi muda untuk mengenali dan menghargai produk kraf
tangan Malaysia yang dihasilkan oleh usahawan tempatan. Pertandingan ini
adalah tertakluk kepada terma dan syarat seperti mana yang dinyatakan dan
perubahan dari semasa ke semasa mengikut situasi semasa yang disesuaikan.

2. Pengertian.

“Pertandingan” Merujuk kepada Craft Animation Video Challenge


yang dianjurkan Kraftangan Malaysia ;

“Penganjur” Merujuk kepada Perbadanan Kemajuan


Kraftangan Malaysia ;

“Urus setia” Merujuk kepada Urus setia pertandingan ;

“Borang Penyertaan” Merujuk kepada borang penyertaan yang perlu


diisi dengan lengkap oleh peserta dan persetujuan
ke atas terma dan syarat pertandingan ;

“Peserta” Merujuk kepada Peserta yang menghantar video


animasi bagi pertandingan ini;

“Hasil Penyertaan” Video animasi yang dihantar oleh Peserta


bagi tujuan penyertaan pertandingan ini ;

“Produk Kraf Malaysia” Merujuk kepada produk kraf tangan Malaysia


keluaran usahawan kraftangan tempatan.
3. Tempoh Pertandingan. Pertandingan ini berlangsung mulai 1 Mac 2021
(12:00 pagi) dan berakhir pada 31 Mei 2021 (12:00 tengah malam) walau
bagaimanapun, peserta boleh bermula sebaik sahaja Pertandingan ini
dihebahkan / dimuat naik.

4. Hasil Penyertaan. Peserta boleh menghantar Hasil Penyertaan dalam tempoh


tersebut. Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang diterima
selepas tarikh dan waktu yang ditetapkan.

5. Kategori Penyertaan. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara


Malaysia secara individu atau kumpulan mengikut kategori pertandingan
seperti berikut ;

a. Kategori Junior : Berumur dari 13 hingga 17 tahun;

b. Kategori Pro : Berumur 18 tahun dan ke atas.

6. Penyertaan dan Pertandingan.


i. Penyertaan adalah percuma ;

ii. Hasil Penyertaan adalah dalam bentuk VIDEO PENDEK dan mestilah
tidak melebihi satu (1) minit ;

iii. Setiap Hasil Penyertaan mestilah bertemakan “CINTAI KRAF


MALAYSIA”. Peserta boleh memilih salah satu bidang kraf dan satu
kategori produk (dalam bidang kraf tersebut) ATAU gabungan bidang
kraf dan kategori produk kraf mengikut kreativiti Peserta. Bidang kraf
dan kategori produk kraf adalah seperti berikut :-

BIL BIDANG KRAF KATEGORI PRODUK KRAF


1.1. Batik
1 Tekstil 1.2. Songket
1.3. Tenunan
2.1. Kayu
2.2. Anyaman Rotan
2 Hasil Rimba
2.3. Anyaman Buluh
2.4. Mengkuang / Pandan
3.1. Seramik
3 Hasil Tanah
3.2. Aksesori Manik
4.1. Tembaga
4 Hasil Logam 4.2. Perak
4.3. Pewter

2
iv. Borang Penyertaan boleh dimuat turun daripada laman sesawang rasmi
www.kraftangan.gov.my atau melalui @komplekskrafkl (FB) dan
@kraftanganmalaysia (FB) sahaja. Borang Penyertaan yang
dikemukakan bersama Hasil Penyertaan dan bukti kesahihan
penghasilan Hasil Penyertaan oleh Peserta yang diperincikan dalam
Item 6 (ix) di bawah WAJIB dihantar kepada Urus setia melalui e-mel
contest@kraftangan.gov.my di sepanjang tempoh pertandingan
berlangsung. Penyertaan dengan Borang penyertaan yang tidak
lengkap ADALAH TERBATAL DENGAN SERTA MERTA ;

v. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) Hasil Penyertaan.


Walau bagaimanapun, satu (1) Peserta boleh memenangi satu (1)
hadiah sahaja ;

vi. Hasil Penyertaan perlu dihantar melalui e-mel


komplekskrafkl@kraftangan.gov.my ;

vii. Peserta TIDAK DIBENARKAN memuat naik Hasil Penyertaan dalam


mana-mana platform media sosial selepas Penganjur mengesahkan
penerimaan Hasil Penyertaan;

viii. Peserta boleh menggunakan BAHASA MELAYU atau BAHASA


INGGERIS sebagai pengantara serta mengandungi sari kata yang
bersesuaian dan tepat ;

ix. Hasil Penyertaan MESTILAH merupakan karya asli / asal sahaja dan
tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan. Hasil
Penyertaan mestilah disertakan bersama bukti kesahihan penghasilan
Hasil Penyertaan oleh Peserta contohnya skrip, storyboard, ATAU
proses pembikinan (filem/gambar di balik tabir) bagi penghasilan Hasil
Penyertaan. Setiap elemen yang digunakan untuk penghasilannya
adalah bebas royalti dan / atau mendapat kebenaran bertulis dari pihak
berkaitan sekiranya perlu yang mana ianya adalah merupakan
tanggungan Peserta sepenuhnya;

x. Setiap Hasil Penyertaan perlu disediakan mengikut spesifikasi berikut:-


(1) Sepenuhnya menggunakan perisian komputer ;
(2) H.262/MPEG-2 part 2 compression sehingga 9.6 Mbit/s (9,800 kbit/s)
atau MPEG-1 Part 2 compression sehingga 1.856 Mbits/s (1,856
kbit/s) ;
(3) 4:3 frame aspect ratio ;
(4) Penataan audio berformat sama ada PCM, MP2 atau AC-3, 48 kHz
atau 96 kHz sampling rate, 2-channel (L+R) ;
3
xi. Peserta WAJIB menggunakan logo KRAFTANGAN MALAYSIA dalam
Hasil Penyertaan.

7. Hadiah. Hadiah Pertandingan mengikut kategori yang dipertandingkan adalah


seperti berikut ;

a. Kategori Junior
Tempat Pertama : RM3,000.00 dan Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : RM2,000.00 dan Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : RM1,000.00 dan Sijil Penyertaan
Sagu hati : RM500.00 dan Sijil Penyertaan (3 pemenang)

b. Kategori Pro
Tempat Pertama : RM5,000.00 dan Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : RM3,000.00 dan Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : RM2,000.00 dan Sijil Penyertaan
Sagu hati : RM1,000.00 dan Sijil Penyertaan (3 pemenang)

Penganjur akan menghubungi secara terus Peserta yang berjaya memenangi


kategori-kategori di atas berhubung penyampaian hadiah yang berkaitan.

8. Pemilikan. Peserta bersetuju bahawa Hasil Penyertaan menjadi hakmilik


mutlak Penganjur selepas Hasil Penyertaan dihantar kepada Penganjur.
Penganjur berhak menggunakan Hasil Penyertaan secara penuh atau
suntingan (mengikut kesesuaian) bagi tujuan promosi dan publisiti industri kraf
negara. Peserta tidak mempunyai hak untuk menuntut sebarang bayaran bagi
tujuan yang dinyatakan tersebut.

9. Penganjur BERHAK menolak / membatalkan penyertaan Peserta


berdasarkan sebab-sebab berikut ;
i. Tidak mematuhi mana-mana syarat atau terma yang telah ditetapkan
oleh Penganjur;

ii. Hasil Penyertaan mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti


keagamaan, perkauman, politik, individu atau komuniti ;

iii. Mengandungi apa-apa kandungan (sebahagian atau sepenuhnya) yang


menyalahi undang-undang ;

iv. Mengandungi apa-apa kandungan (sebahagian atau sepenuhnya) yang


kurang sopan dan tidak bersesuaian ; dan

4
v. Membuat tuntutan terhadap Penganjur, mempertikaikan keputusan
pertandingan lain-lain perkara yang boleh menimbulkan isu kontroversi
atau persepsi negatif terhadap Penganjur.

10. Kos. Peserta adalah bertanggungjawab terhadap sebarang kos yang terlibat
sepanjang Pertandingan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap
apa jua bentuk tuntutan terhadap Peserta oleh mana-mana pihak di sepanjang
masa. Peserta bertanggungan sepenuhnya untuk menanggung rugi Penganjur
di sepanjang masa bagi apa jua risiko, kos, kerugian dan tuntutan terhadap
Peserta atau Penganjur.

11. Keputusan. Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak
akan diterima oleh Penganjur. Kriteria penjurian adalah seperti mana berikut ;

i. PENGGUNAAN PRODUK KRAF TANGAN MALAYSIA (30%)

ii. TEKNIK ANIMASI (30%)

iii. KREATIVITI (20%)

iv. PEMATUHAN TEMA PERTANDINGAN (10%)

v. PENCERITAAN (10%)

Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada :

Urus setia Pertandingan Animasi


BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-2162 7533 / 7459
Tel : 014-655 8500 (Puan Hana)
Tel : 017-526 3659 (Encik Shafiq)

5
BORANG PERTANDINGAN

CRAFT ANIMATION VIDEO CHALLENGE

Nama Peserta :.............................................................................................


(BAGI KUMPULAN, SILA LAMPIRKAN BUTIRAN BERSAMA BORANG INI BAGI SETIAP AHLI KUMPULAN)

Kategori : KATEGORI JUNIOR KATEGORI PRO


No. Kad Pengenalan :.............................................................................................
Alamat :.............................................................................................
..............................................................................................
..............................................................................................

Saya adalah merupakan Penama di atas dengan ini mengakui video animasi yang
dikemukakan adalah karya asli dan bersetuju dengan Terma dan Syarat CRAFT
ANIMATION VIDEO CHALLENGE dan/atau apa jua peraturan lain yang ditetapkan
oleh Penganjur di sepanjang masa.

Tandatangan :.....................................................
Tarikh :.....................................................
No. Telefon :.....................................................
Emel :………………………………………

**NOTA PENTING:
(BORANG PENYERTAAN YANG TIDAK LENGKAP AKAN DIBATALKAN SECARA AUTOMATIK)

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Tarikh Penerimaan :

Status Penyertaan : Lengkap / Tidak Lengkap

Pengesahan : Layak / Ditolak

Tandatangan Pegawai :

Nama Pegawai :

Tarikh Pengesahan :
Penyertaan

Anda mungkin juga menyukai